
Sering kali para ibu mengalami kebuntuan memikirkan apakah resipi yang hendak dimasak untuk hidangan seharian. Kadangkala dalam seminggu, tanpa disedari, anda berulang memasak juadah yang sama dan ini membuatkan anak-anak merungut. Nakkan kelainan? Jom cuba menu Ayam Pop sedap ni. Menu ringkas tapi nikmat kalau dapat. Ada sambal power!
CARA MASAK AYAM POP
BAHAN-BAHAN:
- ½ ekor ayam sederhana besar
- 2 cm halia
- 1 batang serai
- 4 ulas bawang merah
- 3 ulas bawang putih
- 1 biji limau nipis
- 200 ml minyak masak
- Garam secukupnya
- Bahan perasa secukupnya
- Minyak untuk menggoreng
BAHAN UNTUK SAMBAL:
- 1 biji tomato | buang biji dan hiris
- 3cm belacan
- 50ml air
- 7 biji cili merah
- 3 biji bawang merah
- 1 biji limau kasturi | ambil jusnya sahaja
- Garam dan gula secukupnya
CARA MEMASAK:
- Basuhkan ayam bersama limau nipis sehingga hilang hanyir.
- Bawang merah, bawang putih, halia dan serai dikisar. Kemudian diperap bersama bahan yang dikisar selama 30 minit.
- Setelah bahan perapan siap, panaskan sedikit minyak dan goreng ayam yang telah diperap.
- Untuk menyediakan sambal; Goreng semua bahan sambal kecuali limau, garam dan gula.
- Masukkan ke dalam pengisar bersama jus limau kasturi, garam dan gula secukupnya.
- Kisar hingga lumat.
- Akhir sekali hidangkan bersama ayam pop dan ulam-ulaman.
.
INFO CHEF: Ayam Pop adalah masakan popular di kalangan masyarakat Padang, Indonesia.
Sos Perapan Ayam, Kambing, Daging & Sate. Resipi Jimat Pelbagai Hidangan

Nak panggang atau bakar ayam, kambing, daging dan sate, ni dia resipi perapan yang boleh masuk semua. Menurut Raja Amanina rencah ni harumnya semerbak wangi. Ramuan istimewa lada hitam, rempah kari dan segala bawang ni memang melazatkan makanan.
Buat lebih untuk jadi stok dan simpan dalam peti sejuk, jadi bila nak masak tinggal perap aje. Bahan segala daging, ayam, kambing dan sate memang sedap diperap lama sebelum dimasak. Kalau tetamu datang secara mengejut taklah kalut sangat nanti. Bakar dalam oven pun boleh.Jom kita cuba resipi dari Raja Amanina ini.
SOS REMPAH PERAPAN
BAHAN-BAHAN :
- 5-7 ulas bawang merah
- 5 ulas bawang putih
- 2 inci halia
- 4 batang serai
- 1 sudu teh jintan manis
- Sedikit lada hitam
- 3 sudu makan cili giling
- 1 paket kecil rempah kari adabi
- 1 keping asam keping
- Satu helai daun pandan | disimpul
- Gula Melaka atau gula biasa
- Garam secukup rasa
- Minyak untuk menumis
CARA MEMASAK :
1. Kisar bawang merah,bawang putih,serai,halia,jintan lada hitam
hingga halus
2. tumis bahan kisar sekejap masukkan serbuk kari,cili giling,daun pandan
asam keping perasakan gula garam.
*empunya resipi nina suka buat manis2 sikit lagi sedap
3. Masak hingga pecah minyak@agak pekat
4. Dah suam sikit boleh perap daging@ayam@kambing
5. Perap 1@2jam lagi lama perap lagi sedap
6. Sukatan yang ni boleh guna untuk perap 2 ekor ayam tu pun ada lebih lagi nak buat banyak boleh gandakan
Selamat Mencuba♥️
Resepi : nina-Raja Amanina
ANDA SEDANG MENCARI DAPUR PEMANGGANG ATAU GRIL YANG TERBAIK, JOM LAYARINYA DI SINI
ANDA MUNGKIN JUGA MENYUKAI VIDEO MASAKAN INI :
DAN JUGA RESIPI RESIPI INI:
Ini 3 Idea Masak Seafood Yang Comfirm Sedap, Korang Boleh Cuba.

Jemu dengan menu daging, hari ni jom kita masak lauk menu seafood yang ringkas yang gerenti sedap menjilat jari. Kalau nak cuba, ini RASA kongsikan tiga menu udang, sotong dan filet ikan yang 10 minit masak dan siap ye…
UDANG GORENG BERSAMA TELUR DAN DAUN BAWANG
BAHAN-BAHAN:
Bahan Perapan Udang:
- 300gm udang saiz sederhana | buang kulit dan cuci bersih
- 1 sudu teh garam
- 1 sudu teh minyak bijan
- ½ sudu teh serbuk lada sulah
Hirisan:
- 4 ulas bawang putih | cincang
- 1 biji bawang besar | cincang
- 3cm halia muda | hiris halus memanjang
Lain-lain:
- 4 biji telur
- 1/2 sudu teh serbuk lada putih
- 50gm daun bawang | potong 3cm
- 1 sudu makan susu segar
- Garam secukup rasa
- 2 sudu makan minyak masak
CARA MEMASAK:
- Bersihkan udang dan toskan, kemudian gaulkannya dengan garam, minyak bijan dan serbuk lada sulah. Perapkan 5-10 minit dan ketepikan.
- Pecahkan telur dalam mangkuk dan campurkan dengan susu segar, serbuk lada sulah dan sedikit garam. Kacau rata sehingga sebati.
- Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumiskan bahan hirisan hingga wangi.
- Kemudian masukkan udang, kacau rata hingga udang kemerahan (lebih kurang dua minit). Angkat dan ketepikan.
- Seterusnya panaskan sedikit minyak dalam kuali, masukkan telur dan kacau rata, lebih kurang satu minit.
- Kecilkan api dan masukkan daun bawang dan udang yang telah digoreng tadi.
- Kacau rata dan tutup api.
- Sedia dihidangkan panas-panas.
KUNG PAO FILET IKAN BERSAMA CILI KERING DAN DAUN BAWANG
BAHAN-BAHAN:
Bahan Perapan ikan:
- 300gm isi ikan dory | potong 2-3cm
- 1 sudu makan putih telur | pukul perlahan
- 1/4sudu teh serbuk lada sulah
- 2 sudu makan tepung jagung
Bahan Sos:
- 1/2 sudu teh serbuk cili
- 1 sudu makan kicap
- 3 sudu makan air
- 1 sudu makan tepung jagung
- 1 sudu teh gula
- Sedikit garam jika perlu
- Bahan-bahan lain:
- 4 ulas bawang putih | cincang kasar
- 4 pokok daun bawang | potong 2-3cm
- 5 tangkai cili kering | potong 2cm
- 1/2 sudu teh perasa ikan bilis
CARA MEMASAK:
- Untuk perapan ikan, masukkan ikan bersama bahan perapan yang lain dalam mangkuk.
- Gaul rata dan perap lebih kurang 10-15 minit.
- Sementara itu masukkan semua bahan sos ke dalam mangkuk, kacau rata dan ketepikan.
- Panaskan minyak, goreng ikan sehingga bertukar warna kuning keemasan. Angkat dan toskan di atas tisu dapur.
- Menggunakan kuali lain, panaskan sedikit minyak masak. Goreng cili kering bersama bawang putih hingga wangi.
- Masukkan bahan sos, kacau rata hingga sos sedikit pekat.
- Kecilkan api, masukkan isi ikan yang telah digoreng tadi bersama daun bawang.
- Tutup api, dan gaul rata.
- Angkat dan sedia dihidangkan panas-panas.
SOTONG MASALA
BAHAN-BAHAN:
Bahan Perap Sotong:
- 500 sotong saiz besar | cuci bersih dan potong kecil
- 1/2 sudu teh garam
- 1/2 sudu teh serbuk kunyit
- 1/2 serbuk lada sulah
- Bahan tumisan:
- 4 ulas bawang putih | cincang halus
- 1 biji bawang besar | dadu kecil
- 3cm halia muda | hiris halus memanjang
- 3 tangkai daun kari | lurutkan dari tangkai
- Bahan-bahan lain:
- 2 biji cili hijau | hiris bulat
- 1 pokok daun ketumbar | hiris halus
- 1/2 sudu teh serbuk lada hitam
- 1/2 sudu makan serbuk kunyit
- 1 sudu teh rempah masala
- 1 biji tomato | potong dadu
- 2 sudu makan air asam jawa
- Garam dan gula secukup rasa.
- 2 sudu makan minyak masak
CARA MEMASAK:
- Masukkan sotong dalam kuali bersama bahan perapan. Kacau rata.
- Kemudian panaskan di atas api dan kacau lebih kurang 3-4 minit. Angkat dan ketepikan.
- Menggunakan kuali lain, panaskan minyak dan tumis bahan hingga wangi.
- Seterusnya masukkan serbuk kunyit, lada hitam dan rempah masala, kacau 1-2 minit.
- Masukkan sotong, air asam jawa, hirisan cili hijau dan tomato. Kacau seketika.
- Perlahankan api dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
- Selepas 1-2 minit, tutup api dan sotong sedia dihidangkan.
Step By Step Mudah Buat Puding Buih Kuah Kastard, Makan Sejuk-sejuk Memang Layan

Puding Buih Kuah Kastard antara sajian pencuci mulut yang enak dinikmati sebagai ‘penyejuk’ tekak. Amat popular di sebelah pantai timur, Puding Buih dimakan bersama dengan kuah kastard, memang sedap. Cair di dalam mulut. Mari kita cuba resipi membuat Puding Buih Kuah Kastard seperti yang dikongsikan oleh Muliadi Ramli
RESIPI PUDING BUIH SOS KASTARD
BAHAN A
20 gm agar-agar tali cap burung layang-layang –BELI ONLINE
2 helai daun pandan
1/2 cawan gula 1/2 –BELI ONLINE
600 ml air
CARA MEMBUAT:
Masukkan air, daun pandan dan agar-agar. Masak hingga agar-agar larut. Selepas itu masukkan gula dan tutup api. Sejukkan. Ketepikan.
Bahan B
5 biji telur ayam gred B (asingkan putih telur dari kuning telur)
1 sudu kecil perisa vanilla
1 sudu kecil pewarna (ikut suka warna apa)
CARA MEMBUAT:
1. Pukul putih telur hingga betul-betul kembang ( kalau terbalikkan bekas pun tidak jatuh (guna handmixer)
2. Kemudian masukkan 4 biji kuning telur (1 kuning telur untuk sos kastard)
3. Pukul telur hingga kembang. Kemudian masukkan agar-agar tadi sedikit demi sedikit.
4. Masukkan sekali perisa vanilla dan pewarna.
5. Kemudian masukkan dalam acuan.
6. Sejukkan di dalam peti sejuk selama 1 jam.
BAHAN C
KUAH /SOS KASTARD
1 tin susu sejat –BELI ONLINE
1 sudu makan susu pekat manis –BELI ONLINE
1 biji kuning telur
1 sudu kecil perisa vanilla
1 sudu makan tepung kastard (jangan terlebih nanti pahit) –BELI ONLINE
CARA MEMBUAT:
1. Campurkan semua bahan ke dalam periuk. Kacau rata. Kemudian panaskan di atas api yang kecil. Kacau kuahnya. Setelah kuahnya agak pekat, tutup api.
2. Siram sosnya di atas puding. Makan sejuk-sejuk memang sedap. Selamat mencuba.
Sumber kredit: Muliadi Ramli via Masakan Terengganu
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official