Anda suka makanan bakar yang pedas? Seleksi masakan Sunda, Indonesia ni pasti kena dengan selera anda. Rata-rata masakannya memang menyengat tapi sedap. Pasti berpeluh kalau cuba. Kalau nak cuba masak sendiri, ini ada tiga resipi yang dikongsikan bersama. Tapi jangan tak cuba. Lebih jimat kalau masak sendiri.

 

1. AYAM BAKAKAK

BAHAN-BAHAN:

  • 1 ekor ayam | bersihkan dan tos
  • 1000ml santan pekat
  • 3 helai daun salam
  • 3cm lengkuas | titik
  • 1 batang serai | titik
  • 1 sudu makan gula merah
  • 1 sudu teh serbuk perasa ayam
  • Garam secukup rasa

BAHAN KISAR HALUS:

  • 12 ulas bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 6 biji buah keras | goreng sangai
  • 2cm halia
  • 2cm lengkuas
  • 6 biji cili merah

CARA MEMASAK:

  1. Gaulkan ayam dengan bahan kisar halus.
  2. Kemudian masukkan dalam periuk, tuangkan santan di dalamnya bersama daun salam, serai  dan lengkuas titik, garam dan gula secukup rasa.
  3. Tutup periuk dan masak atas api sederhana hingga kuah pekat.
  4. Tutup api dan biarkan ayam sejuk seketika.
  5. Siapkan pemanggang. Panggang ayam hingga garing .
  6. Hidangkan bersama hirisan tomato dan timun.

INFO CHEF: Semasa proses membakar, sering sapukan lebihan kuah ayam  supaya ayam tidak terlalu garing.

IKLAN

 

2. TULANG RUSUK BAKAR KICAP

BAHAN-BAHAN:

  • 1kg tulang rusuk lembu | potong 7cm
  • 10 sudu makan kicap
  • 500ml santan
  • 1 sudu makan gula perang
  • 1 sudu makan serbuk ketumbar
  • 2 sudu makan air asam Jawa
  • 1000ml air
  • Garam secukupnya
  • 3 sudu makan minyak masak

BAHAN KISAR:

IKLAN
  • 6 tangkai cili kering
  • 3 biji buah keras
  • 2cm lengkuas
  • 5ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih

CARA MEMASAK:

  1. Gaulkan tulang yang sudah dicuci bersih dengan bahan kisar dan perap selama 20 minit.
  2. Panaskan minyak, tumis tulang yang telah diperap  sehingga berubah warna.
  3.  Masukkan air, gula perang, air asam dan garam secukupnya. Masak hingga mendidih.
  4. Setelah mendidih masukkan kicap dan santan.
  5.  Kacau rata dan biarkan mereneh atas api kecil hingga kuah pekat.
  6. Tutup api, biarkan tulang sejuk seketika.
  7. Seterusnya sediakan pemanggang.
  8. Sementara pemanggang panas, sapukan lebihan kuah rebusan pada tulang dan bakar hingga wangi.

INFO CHEF:  Boleh juga menggunakan tulang kambing jika suka.

 

3. SOTONG  BAKAR

IKLAN

BAHAN-BAHAN:

500gm sotong | buang  kepala dan kulitnya
2 sudu makan kicap pekat manis
1 sudu teh gula perang
1 sudu teh perasa ayam
1 helai daun salam
Garam secukup rasa
2cm lengkuas | ketuk

BAHAN KISAR:

5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
5 tangkai  cili merah
2cm kunyit hidup
3 biji buah keras
1 sudu teh lada hitam

CARA MEMASAK:

  1. Lap sotong yang dibersihkan dengan tisu dapur supaya tidak berair.
  2. Panaskan sedikit minyak, tumis bahan kisar hingga  wangi.
  3. Tambahkan sedikit air, kemudian masukkan lengkuas, daun salam, garam dan gula perang secukupnya.
  4. Tutup api dan tambahkan kicap , gaul rata.
  5. Gaulkan sotong dengan tumisan tadi hingga rata.
  6. Sediakan pemanggang dan panggang sotong lebih kurang lima minit.
  7. Angkat dan hidangkan panas-panas.

INFO CHEF: Sotong direndam lima minit dengan air garam, sebelum dibilas dengan air bersih dan toskannya.