Menu berasas daging selalunya ambil masa nak memasaknya. Nak tunggu daging empuk dan lembut selalu mengambil masa yang lama.

Tapi ada juga lauk daging yang mudah buat dan sekejap saja masak. Paling penting daging tak liat malah sedap pula. Bagi yang nak makan lauk daging yang cepat olahannya boleh cuba resipi daging masak asam perkongsian Mariana Zainal.

Cara buat daging masak asam, lauk daging mudah dan cepat siap

Cara Masak Lauk Daging Yang Simple & Cepat Siap, Buat Daging Masak Asam. Sedap Pulak Tu!

 

Bahan-bahan:

1 kilo daging- jangan hiris besar
2 biji bawang besar -hiris
6 ulas bawang putih -hiris
Halia sebesar ibu jari -hiris
2 batang serai -diketuk (lebihkan 2 batang serai pun boleh)
1 helai daun kunyit -dicarik
1 cawan air asam jawa -sederhana pekat
1 sudu besar jintan manis (tumbuk halus dan kisar dengan air asam jawa)
1/2 sdb garam
1 sdt gula
Sedikit bahan perasa jika suka
1 sdb serbuk kunyit
2 1/2 cawan air
3 senduk minyak masak
Sedikit cili padi atau cili merah(hiasan)

IKLAN
Cara membuat:

1. Panaskan minyak dan masukkan serai dan bila serai sudah agak garing masukkan bahan-bahan hiris.

2.Tumis hingga layu dan  kemudian masukkan daging, guna api sederhana.

Cara Masak Lauk Daging Yang Simple & Cepat Siap, Buat Daging Masak Asam. Sedap Pulak Tu!

IKLAN

3. Biarkan perlahan-lahan masak hingga air daging kering dan naik minyak.

4. Apabila sudah elok naik minyak masukkan serbuk kunyit dan air asam jawa.

5. Biarkan mendidih dan naik minyak, masukkan air dan bila kuah sudah mula kering masukkan daun kunyit, cili besar, garam, gula dan bahan perasa (jika perlu).

IKLAN

6. Masak hingga pekat, jika suka berkuah boleh tambah 1/2 cawan air. Biarkan mendidih.

Cara Masak Lauk Daging Yang Simple & Cepat Siap, Buat Daging Masak Asam. Sedap Pulak Tu!

7. Bila dah sudah empuk, bolehlah angkat dan hidangkan.

Sumber: Mariana Zainal.

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI