Sambal Kicap Mak Ros ni memang power. Kalau nak belajar buat Sambal Kicap yang sedap, inilah resipinya. Menerusi perkongsian FB saudari Zee Azean Widawati, Sambal Kicap ini adalah resipi rahsia ibunya iaitu Puan Rossilawati Bt Ya’aman dan memang disukai ramai. Nak cuba buat? Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan. Memang sedap kalau makan bersama Mi Sup, Tempe, Tauhu dan pisang goreng.
CARA BUAT SAMBAL KICAP MAK ROS
BAHAN-BAHAN:
Ads
50 biji cili padi
10 ulas bawang putih
3 sudu makan gula
Kicap secukupnya – bergantung pada kehitaman sambal yang anda nak
5 sudu makan sos cili
1 sudu makan serbuk cukup rasa
Air masak – jumlah ikut kepekatan yang dikehendaki
CARA MEMASAK:
1. Bersihkan semua bahan dan kisar hingga halus.
2. Jika guna kicap manis, boleh tambah secubit haram. Jika guna kicap masin, tak perlu tambah garam.
3. Andai mahukan sambal kicap yang pekat likat, jangan letak banyak air. Seimbangkan kepekatannya.
Ads
4. Tuang sambal kicap dalam bekas bersih dan simpan dalam peti sejuk. Ia boleh tahan berbulan-bulan.
5. Enak dinikmati bersama aneka hidangan seperti sup, makanan bergoreng dan sebagainya.
Nak masak kuah kacang tak susah sebenarnya, cukup bahan dan tak derhaka cara masakan gerenti menjadi. Ini contoh resipi masak kuah kacang terpaling mudah dan sedap. Resipi ini telah dikongsikan di Facebook oleh Yatt Ismailyang katanya ada Chef dari Hotel kongsikan cara masakan ni kepada ibunya. Wahhh beruntung betul ada Chef dari Hotel ajarkan resipi masak kuah kacang. Kalau Chef yang ajar semestinya menjadi resipi ni. Admin suka makan kuah kacang bersama nasi impit sahaja. Makan macam tu pun dah layan habis, apatah lagi makan bersama satay fuhhh sedap sungguh haihh! Korang pula suka makan kuah kacang dengan satay atau nasi impit? Tak kesahlah apapun cara gandingan korang makan kuah kacang yang penting jom cuba resipi kuah kacang ni.
KUAH KACANG
BAHAN-BAHAN:
1 kg kacang tanah di sangai atau dipanggang dalam oven
Segenggam cili kering kurang pedas
2 biji bawang besar medium dimayang
1/2 inci halia
1 inci lengkuas
6 batang serai
2 ulas bawang putih
2 mug santan pekat
5 kerek manisan
3 sudu besar gula
Sedikit garam
2 liter air
CARA PENYEDIAAN:
Panggang atau sangai kacang tanah. Yatt panggang dalam oven suhu 150 selama 25 minit. Sesekali buka oven kacau.
Dah siap panggang buang kulit. Ramas kacang dan tampi untuk buang kulit. Kuah kacang lebih sedap tanpa kulit kacang.
Hiris bawang nipis-nipis.
Panaskan minyak dan tumis.
Lengkuas, halia, serai dan bawang putih dikisar dengan cili kering.
Cili kering dipotong-potong dan dibuang biji
Kisar sampai lumat.
Goreng bawang sampai kuning dan garing. Hati-hati jangan sampai hangus.
Bawang dah garing, masukkan bahan kisar tadi.
Blend kacang panggang dengan air. Kacang tu jangan terlalu hancur. Kiranya 50% hancur.
Masukkan ke dalam bahan tumisan. Tambah baki air. Masak dalam 20 minit sampai kekacangan dah lembut.
Masukkan manisan kerek, gula dan garam. Garam tu sikit dulu ye. Nanti boleh rasa.
Lepas 20 minit masukkan santan pekat. Kalau kuah terlalu pekat tambahkan lagi air dan masak lagi selama 30 minit.
Bila dah naik minyak macam ni kuah dah cukup masak. Boleh rasa dulu. Kuah ni mesti ada rasa lemak manis.
Siapa tak suka dengan ikan bakar ni, makan pula dengan nasi panas-panas. Memanglah layan. Kalau tekak nak merasa resepi ikan bakar sedap, ini min kongsikan. Nak guna untuk segala jenis ikan pun takpe janji ikan. Siakap, pari ke selar ke semua boleh. Kena plak cicah dengan air asam. Meleleh leleh air liur .
Bahan pes ikan bakar: 2 inci lengkuas 3 inci halia 5 batang serai 8 biji bawang merah 1 biji bawang Holland 1 sudu udang kering @ jika tak ada guna belacan 8 biji cili padi. – boleh tambah kalau nak lg pedas berapi 3 biji cili merah 3 helai limau purut
Cara memasak: 1. Kisar semua bahan sampai lumat. 2. Tumis dengan minyak yang agak banyak, kemudian masukkan cili boh 4-5 sudu. 3. Masukkan garam gula..serbuk perasa + asam keping . 4.Tumis smpai pecah minyak. *nak bakar ikan, lumur jer atas ikan tu,letak dalam aluminium foil. Balut bagi kemas bakar atas dapur. *udang dan sotong pun sesuai juga. *tahan sehingga 1- 2minggu di luar peti ais.
Sambal Air Asam KISAR: 7-10 biji cili padi (ikut citarasa nak pedas bubuh lebih) 2 biji cili besar(merah) 2 biji bawang merah 2 sudu pes asam jawa adabi 1 sudu belacan Garam gula(secukup rasa) Dah siap kisar, campur dengan bahan hirisan di bawah: 1 biji tomato-hiris 3 biji cili padi -hiris 1 biji bawang besar-hiris 2 biji limau nipis(perahkan) Gaul semua bagi sebati. Kredit resipi : Habeebah Md Daud
Jangan risau kalau di rumah cuma ada telur dan tempe. Buatlah sambal. Pastinya sedap. Ini dua resipi sambal daripada telur dan tempe yang pasti menambat selera anda.
SAMBAL TELUR HANCUR
Bahan-bahan
Minyak masak untuk menumis
5 biji bawang merah (dikisar)
2 ulas bawang putih (dikisar)
5 sudu besar cili kisar
Sedikit asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
4 biji telur
Cara memasak
1) Panaskan minyak di dalam kuali. Tumis bahan yang dikisar sehingga pecah minyak.
2) Setelah pecah minyak, masukkan air asam jawa, garam dan gula secukup rasa. Kacau perlahan.
3) Setelah kuah mendidih dan sedikit kering airnya, masukkan telur satu persatu.
4) Jangan kacau dahulu, biarkan telur sedikit keras barulah digaulkan keseluruhan.
5) Angkat dan sedia dihidangkan.
TEMPE GORENG DENGAN DAUN BAWANG
Bahan-bahan
1 keping tempe (potong dadu)
1 keping tauhu (potong dadu)
2 pokok daun bawang (potong 3 cm)
1 biji bawang besar (dihiris)
1 sudu makan udang kering
2 ulas bawang putih (dititik)
1 sudu makan pes cili kering
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak (untuk menggoreng dan menumis)
Cara memasak
1) Panaskan minyak, goreng tampe dan tauhu secara berasingan.
2) Keluarkan minyak, tinggal sedikit untuk menumis.
3) Tumiskan bawang merah, putih dan udang kering sehingga wangi.
4) Kemudian masukkan pes cili kering, kacau lagi.
5) Masukkan tempe dan tauhu diikuti daun bawang.
6) Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
7) Kacau seketika dan tutup api.
8) Sedia dihidangkan.
Cucur badak montok ini memang buat kita teruja untuk makan. Bentuknya yang bulat comel Bersama inti homemade tak dinafikan cukup sedap.Kuih tradisi ini tak...