
Isi Kandungan
ToggleSambal hijau petai ini memang memancing selera untuk makan. Bila tengok saja lauk ini terus ‘auto’ rasa lapar.
Sambal ini tak perlu lauk mentah atau ikan bilis, hanya semata-mata petai, bawang dan cili. Inilah yang membuatnya sedap tak terkata.
Resipi sambal hijau petai
Bahan-bahan
1 genggam cili api (campur dengan cili besar supaya tak terlalu pedas)
5 ulas bawang putih
1 biji bawang besar dipotong
1 mangkuk petai
Cara membuat
1. kisarkan cili api dan bawang putih bersama sedikit air. Masukkan dalam kuali dan keringkan atas dapur tanpa minyak.
2. Sementara itu dalam kuali lain panaskan minyak dan goreng bawang besar.
3. Masukkan petai ke dalam kuali berisi cili, dan perasakan dengan garam dan serbuk perasa.
4. Bila bawang sudah berwarna perang satukan dengan tumisan cili yang sudah kering airnya. Kacau dan biarkan hingga cili masak. Sedia dihidangkan.
Kredit resipi & foto : Yayar Awang Noh
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Sambal Goreng Garing, Campuran Ikan Bilis, Bawang Goreng Rose & Bawang Putih Crispy

Siapa peminat sambal goreng garing di sini? Memang sumpah sedap sambal goreng garing ni. Nak jadi kudap-kudap pun boleh, nak buat makan dengan nasi panas pun boleh.
Di sini, kita sertakan resipi sambal goreng garing ni daripada Masfaliza Ab Jaafer. Lagipun tak lama lagi kita dah nak puasa, bolehlah siap-siap buat persediaan untuk juadah bersahur dan berbuka nanti.
Untuk sambal goreng garing ini, ada campuran ikan bilis, bawang goreng dan bawang putih crispy.
SAMBAL GORENG GARING
BAHAN-BAHAN:
Cili kering – beli online di sini
*Pada sapa yang suka pedas, tak perlu campur dengan cili kering yang jenis besar tu. Tapi saya suka campur sedikit supaya rasanya tak begitu pedas sangat. Sesuai untuk semua golongan untuk menikmati sambal ni. Kanak-kanak pun suka tau sambal ni.
2 sudu gula halus – beli online di sini
1 kiub pati ayam – beli online di sini
*maaf saya tak ada sukatan untuk buat ini, hanya main agak-agak saja.
TONTON Asam Pedas Ikan Kembung | Dapur Rasa Live
CARA-CARA:
1. Gunting cili kering atau masukkan ke dalam food processor untuk buang biji cili. Basuh cili kering.
2. Jemur cili kering sehingga cili menjadi rapuh. Kena alih-alihkan cili semasa proses menjemur.
3. Goreng cili kering dengan sedikit minyak menggunakan api kecil. Agak-agak cili kering dan rangup, boleh tutup api. Letakkan cili dalam penapis.
4. Masukkan cili ke dalam food processor atau chopper. Letakkan kiub ikan bilis. Letakkan 2 sudu gula halus.
[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]
5. Ini hasil cili yang telah dikisar (lihat gambar). Semakin kering cili kering kita, semakin cantik hasil kejadian sambal nanti. Kalau cili kurang kering, sambal nanti akan jadi basah dan sedikit lembab.
6. Akhir sekali, di dalam talam atau dulang besar, campuran ikan bilis, bawang goreng rose dan bawang putih krispi. Gaulkan bersama.
7. Letakkan cili kisar ke dalam campuran kita tadi. Ikut tahap kepedasan yang kita mahu. Cara saya, suka kering-kering untuk kekalkan kerangupan bahan-bahan 3 sekawan tadi.
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
8. Dah siap. Boleh simpan di dalam bekas kedap udara. Makan dengan maggi cup dan bubur pun sedap juga.
UNTUK BUAT BAWANG GORENG
1. Bawang goreng guna food processor atau sagat tupperware. Mana-mana cara pun boleh digunakan.
2. Buang kulit, cuci dan toskan seketika. Saya sagat menggunakan food processor Phillips.
3. Goreng menggunakan api kuat sehingga warna keemasan. Bila nampak bawang dah timbul, perlahankan sedikit api. Jangan tunggu sampai warna coklat, nanti bawang akan jadi pahit.
4. Angkat dan toskan. Sejukkan, lapikkan tisu untuk membuang lebihan minyak.
UNTUK BAWANG PUTIH CRISPY:
Bawang putih (ikut berapa banyak ingin digunakan & kalau boleh, pilih saiz yang besar) – beli online di sini
Garam
Minyak untuk menggoreng – beli online di sini
Tepung gandum (optional) – beli online di sini
TONTON Red Velvet Creampuff | Dapur Rasa Live
CARA-CARA:
1. Pilih bawang yang besar-besar bagi memudahkan kerja nanti. Leraikan, kemudian rendam dengan air selama 15 minit dan toskan.
2. Kopekkan semua bawang. Kemudian, bawang putih disagat.
3. Bawang yang telah siap disagat, rendam dengan air + garam (6 sudu kecil). Sambil itu, ramas manja-manja untuk buang getah bawang.
4. Rendam selama 15 minit. Selepas itu, bilas dengan air paip sebanyak 3 kali dan toskan.
5. Tuang minyak ke dalam kuali. Sebelum goreng, boleh taburkan sedikit tepung, atau digoreng begitu sahaja. Mana-mana kaedah boleh digunakan, insya-Allah bawang jadi rangup.
6. Gunakan minyak yang banyak dan api yang kuat untuk dapatkan tekstur bawang yang garing.
7. Bila bawang dah masak, dia akan timbul begini (macam dalam gambar). Cepat-cepat angkat dengan menggunakan penapis seperti dalam gambar.
8. Sejukkan. Saya taburkan sedikit perasa Hilal (boleh google) dan ikan bilis.
9. Bila dah sejuk, boleh masukkan ke dalam balang atau bekas kedap udara.
*TIP nak dapat bawang putih goreng yang cantik:-
*Masak dengan menggunakan api yang besar.
*Masa mula letak bawang tu, minyak jangan panas, nanti terus masak layu.
*Semasa bawang dalam proses nak masak, balik-balikkan bawang dan kecilkan sedikit api.
Kredit resipi: Masfaliza Ab Jaafer
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Guna Cara Ini Jika Nak Bagi Nasi Kerabu Bunga Telang Berderai Cantik
Resipi Pulut Mangga Dengan Rasa Lemak Manis, Mudah Je Nak Buat
Kuih Bantal Buruk, Rasa Lemak-Lemak Dengan Inti Ikan & Labu Air
Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official:
Resipi Gulai Ayam & Sambal Belacan Macam Nasi Ala Kak Wok.

Nasi Kak Wok, menu berasal dari Kelantan tetapi kini popular dikalangan penduduk di kawasan Lembah Klang. Pergilah kemana sahaja pasti mudah nak jumpa restoran yang jual nasi ni. Lauk pauknya mudah sahaja. Ia merupakan nasi putih yang dimakan bersama ayam goreng garing, gulai ayam serta sambal cili. Makan panas-panas memang sedap!
Keenakan hidangan ni terletak pada gulai serta sambal cilinya kerana ia ada rasa asli masakan gulai dan sambal Kelantan. Ramai yang cuba buat tapi tak dapat ‘rasa’ yang sebenar. Anda nak rasa? Resipi perkongsian saudari Rusmida Rusli ni boleh dicuba.
NASI ALA KAK WOK
BAHAN-BAHAN:
- Nasi putih – masak seperti biasa dan letak daun pandan simpul. Wangi!
BAHAN GULAI AYAM:
- 4 biji bawang bombay
- 5 ulas bawang putih
- 1 1/2 inci halia
- 3 sudu makan rempah kari daging
- 1 sudu makan rempah kerutub
- Kacang panjang secukupnya – potong
- Terung – potong kecil
- Leher, kaki, kepak dan paha yam – potong kecil
- Santan ( jangan pekat sangat)- ikut jumlah ayam yang diguna.
- Garam dan kiub pati ayam secukup rasa
- 1 kerek manisan / gula melaka
- 2-3 keping asam gelugur (RASA TAMBAH)
CARA MEMASAK:
- Kisar bawang merah, bawang putih dan halia hingga lumat dan tumis hingga wangi.
- Satukan rempah kari dan kerutub. Bancuh dengan sedikit air hingga jadi pes. Kemudian gaul pada ayam dan perap seketika.
- Seterusnya masukkan ayam ke dalam periuk berisi bahan tumis tadi. Masak hingga empuk.
- Masukkan santan dan masak hingga mendidih serta kuah menjadi sedikit pekat.
- Tambahkan terung, kacang panjang dan asam gelugur ( jika suka).
- Perasakan dengan garam, manisan serta kiub pati ayam dengan secukupnya. Kacau hingga sebati rasa. Angkat.
AYAM GORENG HARUM
BAHAN-BAHAN:
- 1 ekor ayam – potong kecil
- 2 sudu teh garam
- 2 inci kunyit hidup – tumbuk lumat
- 1 sudu teh serbuk kunyit
- 1 sudu teh serbuk cili
- 3 tangkai daun kari
CARA MEMASAK:
- Basuh bersih ayam dan lumurkan dengan bahan-bahan lain. Perap seketika.
- Panaskan minyak masak dan goreng sampai sederhana garing.
- Angkat dan toskan minyaknya.
SAMBAL BELACAN ALA KAK WOK
BAHAN-BAHAN:
- 4 biji cili kering – direbus
- Cili padi – jumlah ikut pedas yang dikehendaki
- 2 inci belacan
- 1 biji bawang besar – dibakar
- 1 labu bawang putih – dibakar
- Gula, garam dan perasa secukupnya
- Air asam jawa- anggaran 1/2 mangkuk
- Limau kasturi secukupnya
CARA PENYEDIAAN:
- Satukan semua bahan dalam pengisar dan kisar hingga hancur. Jangan terlalu halus nanti tidak sedap.
- Tuang kisaran cili ke dalam bekas dan masukkan perahan limau kasturi hingga capai tahap masam yang sedap dengan citarasa.
- Kulit limau kasturi yang dibuang. Hiris halus dan masukkan ke dalam sambal. Gaul rata.
- Sedia untuk dinikmati bersama nasi, ayam dan gulai.
Kredit resipi & foto: Rusmida Rusli
Nampak Ringkas Tapi Sambal Mangga Kencur Ni Boleh Tambah Selera Makan.

Nampak biasa tapi ini pembuka selera yang paling kita ingini ketika menjamu selera. Rasa masam pedas yang menyelerakan sampai boleh tidak sedar makan bertambah-tambah.
RESIPI SAMBAL MANGGA KENCUR
BAHAN-BAHAN:
- 15 biji cili padi
- 4 biji cili merah
- 4 ulas bawang merah – hiris
- 1 ulas bawang putih – hiris
- 1 cm kencur @ cekur – hiris
- 4 buah tomato – dadu
- 1 biji mangga muda – parut
- Sedikit belacan
- Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Tumbuk kasar cili padi, cili merah, bawang merah, bawang putih, kencur, tomato dan belacan.
- Kemudian masukkan parutan mangga, garam dan gula secukup rasa.
- Gaul rata dan sedia dihidangkan.
ANDA JUGA BOLEH CUBA:
Sederhana Dengan 4 Bahan Siap Satu Hidangan Ikan Selar Masak Berlada Padang
Cara-Cara Hasilkan Teppanyaki Ayam Secara Homemade. Dijamin Halal & Enak!