Penggemar sambal tapi alah dengan belacan, memang patut cuba resipi Sambal Gesek Goreng perkongsian saudari Aisyah Humaira ni. Sangat mudah dan sedap. Sesuai dinikmati dengan pelbagai cara termasuk nasi goreng. Jom cuba!

CARA MASAK SAMBAL GESEK GORENG YANG SEDAP & MUDAH

Resipi Sambal Gesek Goreng Sedap, Tak Guna Belacan
BAHAN-BAHAN A:

2-3 biji bawang besar – dipotong empat
5 ulas bawang putih – beli online disini
5 biji lada merah (lada besar) potong dua
10 biji cili padi merah atau ikut pedas disukai

BAHAN-BAHAN B:
3 sudu besar ikan bilis – digoreng garing – beli online disini
2 sudu besar ikan bilis – dicuci dan tumbuk lumat atau 80% hancur
Garam,gula & secukup rasa
Sedikit perahan air limau nipis
CARA MEMASAK:
1.Panaskan minyak dalam kuali kemudian goreng bahan-bahan A hingga layu dan hampir keperangan.
2.Dalam pengisar, masukkan bahan yang digoreng tadi, bilis goreng, gula, serbuk perasa dan juga sedikit garam. Garam jangan banyak sebab bilis dah masin.
Resipi Sambal Gesek Goreng Sedap, Tak Guna Belacan3.Kisar bahan tadi mengikut tahap lumat yang disukai.
Resipi Sambal Gesek Goreng Sedap, Tak Guna Belacan4.Tuang bahan telah siap dikisar dalam bekas.
5.Masukkan bilis yang telah ditumbuk dan sedikit perahan limau nipis. Kacau sebati.
Resipi Sambal Gesek Goreng Sedap, Tak Guna Belacan
6.Sambal Gesek siap untuk dinikmati.

Resipi Sambal Gesek Goreng Sedap, Tak Guna Belacan

Kredit resipi & foto: Aisyah Humaira

IKLAN

 

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

IKLAN

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:  

Resipi Ikan Siakap 3 Rasa Cara Orang Thailand Masak

IKLAN

Resipi Cucur Bilis Tambah Kucai & Cili Kering Tumbuk, Sangat Sedap!

Resipi Tat Telur Sedap Buat Guna Roti Sandwich

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI