Wah…Nampak sedap je Roti Bun Manis ni. Selain cicah dengan teh atau kopi, makan macam tu je pun sudah membuka selera. Bagi sesetengah daripada kita yang mula bekerja dari rumah disebabkan PKPB, anak-anak pun tak ke sekolah, bolehlah cuba resipi perkongsian FB saudari Tempias Hawa ni. Pasti puas hati dengan hasilnya.
CARA BUAT ROTI BUN MANIS @ ROTI SWEETBUN GEBU GEBAS
1. Bancuh yis bersama air suam. Kacau dan biarkan hingga sedikit berbuih.
2. Dalam bekas berlainan, satukan semua bahan kecuali campuran yis. Gaul rata dan sebatikan.
3. Masukkan bancuhan yis dan uli sehingga doh tidak melekat di jari. Pastikan adunan tidak terlalu lembut.
4. Selepas diuli, perap doh selama 1 jam sehingga adunan menjadi kembang seperti dalam gambar di bawah.
5. Selepas 1 jam, tumbuk-tumbuk doh bagi membuang angin.
6. Bahagikan doh kepada beberapa bahagian dan bentukkan mengikut bentuk yang diingini. Susun dalam tray atau loyang bersesuaian.
7. Sapu kuning telur diatas doh yang telah dibulatkan tadi.
Ads
8. Rehatkan doh sebentar sementara menunggu ketuhar dipanaskan.
9. Bakar roti menggunakan suhu 180C selama 30 minit. Jika suka roti yang lebih keperangan, tambahkan masa membakar namun jangan samapi roti menjadi hangus pula.
10. Keluarkan roti yang siap dibakar dan sapu sedikit marjerin dipermukaannya. Sedia untuk dinikmati.
Ads
INFO: Untuk topping, terpulang untuk letak apa-apa bahan yang dirasa sesuai. Tak sapu kuning telur pun tidak mengapa.
Roti golok pernah viral suatu ketika dulu. Rasanya lemak manis. Kalau diikutkan, roti golok ni simple je. Nak buat pun senang. Jadi, kalau anda penggemar roti golok, boleh try buat sendiri. Puas makan. Lembut je teksturnya.
ROTI GOLOK
BAHAN A
1 cawan air suam
1 sudu besar susu pekat
4 sudu besar gula
3 sudu besar yis
(Bancuh BAHAN A dan biarkan sampai kembang atau berbuih naik)
BAHAN B
4 cawan tepung roti atau tepung high protein
1 sudu kecil bun softoner
2 sudu besar mentega
1 biji telur ayam
1sudu besar susu tepung
(Ramas- ramas BAHAN B sampai rata)
CARA MEMBUAT
1. Tuang BAHAN A ke dalam BAHAN B sedikit demi sedikit. Uli sampai elastik dan tidak melekat di tangan. Kalau dah cukup elastik, rehatkan doh selama 30 minit.
2. Timbang doh 20 gram setiap satu sebanyak 3 ketul untuk sebiji roti. Buat memanjang dan pintal-pintal ikut cita rasa masing-masing.
3. Susun dalam loyang.
4. Rehatkan lagi selama 30 minit atau sampai naik dua kali ganda. Sementara itu panaskan oven. Bakar pada suhu 180c atau mengikut suhu oven masing-masing dengan suhu api atas bawah.
5. Tunggu roti sejuk baru sapu mentega. Tabur gula kastor atau gula halus.
Harum semerbak bila membakar korean garlic bread ni. Ada lebihan roti yang tak habis, boleh cuba guna roti gardenia ikut resepi ni. Tak sangka lagi sedap rupanya. Tapi kalau yang suka pakai roti bun pun boleh, buat dua sekali.Tambah serbuk badam di atas lagi rasa crunchy.
KOREAN GARLIC BREAD ALMOND
Bahan-bahan:
Roti gardenia/roti bun
Serbuk badam@badam cincang
Bahan A
1 ketul butter
1 biji telur
3-5 ulas bawang putih
1sudu madu@gula
Parsley
Bahan B
250gm Cream cheese
2 sudu susu pekat
3 sudu susu cair/susu segar
Cara membuat:
1.Sebatikan A dengan cara cairkan butter,kemudian masukkan bawang putih biarkan sejuk seketika,kemudian masukkan sebiji telur yang dah dikocak ke dalam butter tadi bersama madu, parsley kering dan kacau sebati.
2.Untuk bahan B masukkan cream cheese ke dalam mangkuk.Aduk bersama susu pekat dan susu cair sehingga sebati dan ketepikan.
3.Kemudian ambil sekeping roti buang bahagian tepinya,letakkan cream cheese tadi dan lipat 2.Kelim pada bahagian tepi dengan garfu supaya tidak terbuka ketika membakar.
4.Salut roti ke dalam bahan A tadi susun atas dulang pembakar,dan bakar pada suhu 160°c selama 10 minit atau sehingga masak dan garing.Siap dihidangkan.
Seronoknya kalau dapat menikmati chicken floss bun sewaktu minum petang. Bertambah enak rasa roti itu bila dinikmati bersama yang tersayang. Jika anda teringin nak makan chicken floss bun tanpa penggunaan telur, butter, bread improver, bread softener, k-cream super dan ovallet, cubalah resipi yang dikongsi oleh Fatin Damia ini. Hasilnya tetap lembut dan sedap.
RESIPI CHICKEN FLOSS BUN
BAHAN-BAHAN
1 1/2 cawan tepung roti
150 ml susu full cream
2 sudu gula
1 sudu besar yis
1 sudu besar susu tepung
20 gm Vegetable Shortening
Secubit garam
BAHAN SAPUAN ATAS ROTI
Mayonis
Susu pekat manis
Chicken floss (boleh beli dekat bakeri ataupun buat sendiri)
CARA PENYEDIAAN:
1. Campurkan air, gula dan yis. Biarkan sampai berbuih.
2. Dalam bekas yang lain masukkan Tepung, garam dan vegetable shortening kemudian masukkan campuran yis yang telah aktif tadi kedalamnya. Uli semuanya sampai doh dah tak melekat di jari.
3. Rehatkan doh selama 45 minit hingga 1 jam sampai Doh mengembang 2 kali ganda.
4. Setelah itu, bahagikan doh dan bentukkan sesuai selera. Kemudian rehatkan doh selama 15 minit lagi.
5. Sapukan kuning telur atau susu cair pada permukaan roti sebelum dibakar.
6. Bakar selama 15 – 20 minit menggunakan suhu 180 darjah celcius api atas bawah sampai masak. Suhu dan tempoh masa memasak mungkin berbeza mengikut jenis oven yang kita gunakan.
7. Setelah roti masak, sejukkan ia sebentar. Campurkan sedikit susu pekat manis bersama dengan mayonis lalu disapu pada permukaan roti. Kemudian, letakkan chicken floss di atasnya sebelum dihidangkan.
TIP:
– Jangan sapu campuran mayonis ketika roti masih panas. Nanti mayonis akan mencair.
Selamat mencuba!
Anda tercari-cari AIR FRYER yang murah dan berkualiti? Cuba cari DISINI.
Tauhu Wrap Daging ialah pilihan high protein low carb yang mudah, cepat dan sedap. Ketahui cara membuat wrap sihat ini dengan langkah ringkas dan rasa penuh padu!