Saat bersama ibu tersayang cukup membahagiakan Fara Fauzana (Fafau). Restoran kawan baik Farah di Restoran Kari Kepala Ikan Mutiara Damansara menjadi lokasi pilihan kedua beranak ni menikmati Kari Kepala Ikan Jenahak kegemaran mereka. "Makan kari kepala ikan ni kalau nak double sedap bila makan kuahnya kena banjir." kata Fara.

Rasa Anak Emak Anak Bapak Episod 7, Fara Masak Kari Kepala Ikan Jenahak

Fara mahu mencabar diri memasak untuk ibu tersayang menu kegemaran ibunya Faridah Jalil .Usai membeli belah bahan-bahan memasak di Ikhwan Mart, Kota Damansara , Farah terus ke dapur. Ibunya Faridah turut teruja hendak menikmati air tangan Fafau.

Rasa Anak Emak Anak Bapak Episod 7, Fara Masak Kari Kepala Ikan Jenahak

Yang kelakarnya Fafau memasak di dapur sambil buat 'live' di media sosial. Heheh fokus lari lah sikit, tu yang terletak garam terlebih. Ulasan Faridah tentang masakan Farah, rupa ada tapi rasa kurang sikit. Masin skit. Tapi takpalah Farah usah berputus asa dan terus mencuba sampai jadi sedap. Keep It Up Farah."

Rasa Anak Emak Anak Bapak Episod 7, Fara Masak Kari Kepala Ikan Jenahak

Jom semak resipi asli yang sebenar :

IKLAN

KARI KEPALA IKAN JENAHAK

Rasa Anak Emak Anak Bapak Episod 7, Fara Masak Kari Kepala Ikan Jenahak

BAHAN-BAHANNYA :

  • 1 keping kepala ikan jenahak | dibersihkan
  • 2 biji terung ungu |bulat dibelah empat
  • 1 biji cili merah, belah 2 tapi tak putus
  • 1 biji cili hijau, belah 2 tapi tak putus
  • 2 sudu makan pes asam jawa | campurkan sedikit air
  • 3 sudu makan rempah kari ikan
  • 1 sudu makan cili kisar
  • 1/4 cawan pati santan
  • Air secukupnya
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 2 tangkai daun kari
  • 2 biji tomato | dibelah 4

Bahan Kisar Halus :

IKLAN
  • 1 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1/2 inci kunyit hidup

Bahan tumis :

  • 4 biji bawang merah kecil, hiris
  • 2 ulas bawang putih, hiris
  • 2 tangkai daun kari, dilurut
  • 1/3 sudu teh jintan halus
  • 1/3 sudu teh jintan kasar
  • 1/3 sudu teh biji sawi
  • 1 sudu teh halba campur

CARA MEMASAK :

IKLAN

1.Kepala ikan dipotong kepada beberapa bahagian, cuci dan perap dengan jus limau nipis dan sedikit garam selama 15 minit, cuci bersih dan toskan.
2. Terung dibelah 2 setiap 1, kemudian belah 2 setiap keratan. Dan belah 2 tapi tak putus untuk setiap kerata. Rendam.
3. Satukan bahan kisar halus dan rempah kari, kacau hingga menjadi pes. Ketepikan.
4. Panaskan minyak dalam periuk (anggaran 1/3 cawan). Masukkan bahan tumis dan tumis hingga harum. Tambah cili kisar dan masak hingga cili garing. Masukkan pes rempah, kacau rata dan masak hingga rempah wangi dan terbit minyak. Guna api kecil dan kacau selalu.
5. Tuang air secukupnya (anggaran 1200 ml), kacau dan masukkan asam jawa. Bila mendidih, masukkan kepala ikan, masak sekejap dan boleh masukkan terung (toskan) dan cili hijau dan merah serta tomato.
6. Tuang pati santan, perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula. Kacau perlahan dan biar mendidih hingga terung lembut. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi panas dan lauk lain.

Rasa Anak Emak Anak Bapak Episod 7, Fara Masak Kari Kepala Ikan Jenahak

Teruskan menonton Rasa Anak Emak Anak Bapak setiap hari Selasa 1.00 petang di Astro Prima 105 dan Prima HD 121

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI