Puding Sagu Pelangi ni nampak sangat cantik. Malah rasanya juga sedap. Pasti ramai yang suka menikmatinya. Lebih mengujakan, resipi perkongsian Opah Mas Cotek ini juga sangat mudah disediakan. Bahan-bahan yang digunakan sangat mudah diperolehi malah tidak banyak. Sesuai sangat buat untuk hidangan keluarga. Malah boleh juga dijadikan bahan jualan untuk menambahkan pendapatan. Jom cuba! Anda pasti sukakan rasanya.
Selamat Hari Kopi Seduna kepada semua Coffee Lovers
Biji kopi ni nampak sama aje, tapi sebenarnya berbeza rasa. Jika anda tahu dan kenal jenis dan spesis kopi pastinya ia memberi satu persepktif baru terhadap kopi dan menjadikan anda lebih menghargai nikmat kopi.
Perasan tak kadang-kadang kopi tu tidak memberi kenikmatan rasa yang tidak seperti anda harapkan, itu mungkin anda sebenarnya ‘mengidamkan’ kopi spesis yang lain.
Meh, min tunjukkan 5 spesis kopi popular dan profilnya. Jadi bila anda ke pasaraya nanti ,dah tahu jenis kopi yang ingin dibeli dan sesuai dengan citarasa anda.
1. ARABIKA
Foto : teavillage.com
Jenis biji kopi ini menguasai lebih 60 peratus keluaran kopi dunia. Pohon arabica ini rendng dan tidak melebihi enam meter tinggi dan mudah dituai. Kopi jenis ini biasanya berasal dari Brasil atau Etopia.Biji kopi Arabika adalah paling asidik berbanding jenis lain dan ia biasanya dipanggang tidak terlalu gelap atau terlalu ‘terang’ warna biji kopinya.
Foto : dankoff.com.my
Biji kopi arabika juga memiliki bentuk yang lebih ‘membujur’/oval dibandingkan biji kopi jenis robusta. Arabika sangat digemari ramai, kandungan kafeinnya juga lebih rendah berbanding jenis lain, tetapi harus diakui rasa dan aromanya lebih nikmat. Sudah pastilah ia lebih mahal daripada robusta. Arabika adalah kopi yang paling mendapat ‘recommendation’ dan penilaian terbaik daripada pengkaji kopi.
2.ROBUSTA
Foto : ecplaza.net
Kopi robusta dapat tumbuh di tempat-tempat yang tidak sesuai untuk penanaman kopi arabika namun lokasi yang paling baik adalah pada ketinggian tanah 400-800 meter dari aras laut dan saiz pokoknya lebih besar. Kopi robusta menjangkaui hampir 30% pasaran kopi dunia.
Hampir sama rupa dengan kopi Arabika, tapi ukuran biji kopinya lebih berbentuk membulat, memiliki kadar kafein yang lebih tinggi dan aroma kurang harum. Ia kurang asidik dan lebih ‘terangkat’ dibancuh dengan gula dan susu. Kandungan kafeinnya lebih tinggi menjadikan kopi robusta pilihan terbaik untuk campuran espreso dan kopi o ais ‘americano’.
3. LIBERIKA
Foto :misteransel.com
Jika anda memilih kopi jenis ini, bererti anda telah memilih jenis kopi yang berasal dari Afrika, tepatnya dari Liberia, Afrika Barat. Tumbuhan kopi jenis ini dapat tumbuh hingga 9 meter tingginya
Di Asia Tenggara liberika diperkenalkan hasil pengeluarannya oleh Amerika Syarikat di Filipina. Hingga Filipina menjadi pembekal kopi liberika terbesar , banyak negara di dunia masih menggunakan campuran kopi Filipina dan liberika.
Rasanya seakan rasa bunga, buah-buahan dan aroma salai. Menambahkan 10 peratus daripada kopi liberika ke dalam sebarang campuran kopi akan menyebabkan rasanya menjadi lebih sedap dan baik lagi.
4. KOPI LUWAK
Foto :bali-divine-island.blogspot.com
Sebelum anda memilih kopi ini, ketahuilah bahwa kopi luwak berasal dari biji kopi arabika atau robusta yang dimakan oleh haiwan luwak atau sejenis spesis musang.
Musang ini akan menelan buah kopi yang sudah berwarna merah lalu memprosesnya dengan enzim yang berada di dalam perutnya. Tahap berikutnya adalah biji dari buah kopi itu akan keluar bersama najisnya.
Foto : grubstreet.com
Mengapa kopi ini menjadi istimewa sehingga kerap menjadi kegemaran saat memilih kopi? Ini kerana musang ini sebenarnya hanya mencari buah kopi yang sudah 90% matang.Ia menggunakan daya baunya yang tajam dan selalu mencarinya di malam hari. Boleh dikatakan kopi diambil oleh musang ini mempunyai nilai kematangan tertinggi yang berpengaruh pada ketika kopi dihidangkan. Kopi ini adalah yang paling mahal di dunia.
5. EXCELSA
Foto :amazon.com
Pengeluaran kopi excelsa adalah sejumlah 7 peratus dari pengeluaran kopi dunia. Ia biasanya tumbuh di Asia Tenggara. Meminumnya menyebabkan deria rasa pada lidah terasa melekat lama dengan rasa buah-buahan tapi dengan rasa kopi hitam.
Rasanya memang unik dan rasa yang amat menarik deria rasa. Tetapi biasanya penggemar kopi akan memasukkan dalam campuran jenis kopi lain. Jadi mana satu yang lebih menarik citarasa anda. Cubalah variasi kopi yang ada ni. Mana tau mungkin anda akan lebih tertarik dengan jenis kopi yang lain pula.
Bila tibanya Ramadan, pasti ramai yang tercari-cari resipi biskut raya mudah yang boleh dibuat dan disajikan untuk tetamu di hari raya nanti. Salah satu yang paling berbaloi untuk dicuba ialah Cornflakes Crunchy Cookies ni. Jom cuba!
RESIPI CORNFLAKES CRUNCHY COOKIES
BAHAN-BAHAN:
1 3/4 cawan tepung gandum
1/4 cawan tepung jagung
1/2 sudu teh baking powder
2 cawan cornflakes – diramas kasar
200gm mentega – suhu bilik
3/4 cawan gula kastor
1 biji kuning telur
CARA MEMASAK:
1. Pukul gula dan mentega selama 5 minit. Kemudian masukkan telur. Boleh pukul guna whisk (pemukul tangan).
2. Kemudian masukkan campuran tepung ( gandum & jagung), cornflakes dan baking powder. Gaul sebati.
3. Panaskan ketuhar terlebih dahulu pada suhu 170C selama 10 minit.
4. Oles nipis permukaan loyang dengan menggunakan mentega.
5. Kemudian sudukan sedikit adunan pada loyang. Lakukan hingga habis adunan.
6. Bakar pada suhu 170C selama 15-20 minit menggunakan api atas bawah.
7. Bila masak, sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara.
Onde-Onde atau kuih buah Melaka antara kuih paling senang dan sedap. Disukai ramai,terutamanya pada bulan Ramadan. Jadi anda simpan resipi ini dalam koleksi kuih muih. Tapi kalau nak buat terus pun takda masalah, resipi disediakan dan senang nak buat.
BAHAN-BAHAN:
500gm tepung pulut
4 sudu makan tepung gandum
Secubit garam
Air secukupnya
Pewarna kuning, hijau dan merah jambu
Kelapa parut | gaul dengan sedikit garam
CARA MEMASAK:
Campurkan tepung pulut, gandum dan sedikit garam. Gaul rata.
Campurkan air sedikit demi sedikit sambil uli hingga menjadi doh lembut.
Bahagikan doh kepada 3 bahagian dan warna dengan warna kuning, hijau dan merah jambu setiap bahagian.
Ambil doh sebesar ibu jari dan gentel menjadi bulat. Lakukan sehingga semua warna habis digentel.
Masukkan gula Melaka dalam setiap doh yang telah dibulatkan. Lakukan hingga habis.
Panaskan air dalam periuk, bila air mendidih masukkan onde-onde mengikut warna.
Selepas onde-onde timbul angkat dengan penapis dan masukkan dalam bekas yang berisi kelapa parut yang dicampurkan dengan sedikit garam.
Gaulkan dengan kelapa.
Lakukan cara yang sama hingga habis.
Campurkan onde-onde untuk dapatkan pelbagai warna sebelum dihidangkan.