Bila tibanya Ramadan, pasti ramai yang tercari-cari resipi biskut raya mudah yang boleh dibuat dan disajikan untuk tetamu di hari raya nanti. Salah satu yang paling berbaloi untuk dicuba ialah Cornflakes Crunchy Cookies ni. Jom cuba!
RESIPI CORNFLAKES CRUNCHY COOKIES
BAHAN-BAHAN:
1 3/4 cawan tepung gandum
1/4 cawan tepung jagung
1/2 sudu teh baking powder
2 cawan cornflakes – diramas kasar
200gm mentega – suhu bilik
3/4 cawan gula kastor
1 biji kuning telur
CARA MEMASAK:
Ads
1. Pukul gula dan mentega selama 5 minit. Kemudian masukkan telur. Boleh pukul guna whisk (pemukul tangan).
2. Kemudian masukkan campuran tepung ( gandum & jagung), cornflakes dan baking powder. Gaul sebati.
3. Panaskan ketuhar terlebih dahulu pada suhu 170C selama 10 minit.
Ads
4. Oles nipis permukaan loyang dengan menggunakan mentega.
5. Kemudian sudukan sedikit adunan pada loyang. Lakukan hingga habis adunan.
Ads
6. Bakar pada suhu 170C selama 15-20 minit menggunakan api atas bawah.
7. Bila masak, sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara.
Kek ini dinamakan Kek Madeline kerana menggunakan acuan loyang yang berbentuk seperti gelas kecil. Gabungan kek butter, strawberi dan kelapa kering mencetuskan rasa enak yang hebat.
Ni resipi sedap German Cookies. Bahan asasnya 4 bahan aje iaitu tepung kentang dan mentega, gula aising dan tepung gandum. Kalau guna mentega bergaram, tak yah masuk garam
Yang penting guna kan mentega asli kaya berkrim, sertaus peratus mentega asli, baru 'kick' rasanya. Jom cunagi
GERMAN COOKIES
BAHAN-BAHAN :
CARA MEMASAK:
Laku keras kalau buat niaga ni.
Kredit FB :resepi hangat
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Buah-buahan koktail sangat sedap dijadikan sebagai bahan tambahan dalam menu manisan kita. Mana taknya, kalau makan bersama puding jagung sejuk pun boleh bertambah banyak kali. Kali ni saya nak kongsikan resepi Kek Koktail Berkrim yang dikongsikan oleh Iedaa Jahaya iaitu resepi Kek Koktail Berkrim yang dijamin padu dimakan waktu sejuk. Jom kita cuba!
Sebatikan kuning telur dulu. Guna whisk sahaja dan masukkan ¼ cawan minyk jagung dan ¾ cawan air kacau lagi sehingga sebati
Masukkan ½ sudu kecil lemon jus atau sunquick pun boleh kacau sebati dan ketepikan dahulu.
Dalam bekas lain masukkan 1 cawan tepung gandum serbaguna, ¼ cawan gula castor, ½ sudu besar baking powder dan, ½ sudu kecil garam gaul sebati dahulu.
Masukkan adunan kuning telur tadi gaul sehingga tercampur rata dan ketepikan dahulu. Masukkan putih telur ke dalam mixer sekejap sehingga berbuih.
Masukkan ½ sudu kecil cream off tartar kacau guna mixer lagi hingga berbuih kecil-kecil. Masuk sedikit demi sedikit ¼ cawan gula.
Kacau guna mixer terus hingga jadi meringue (bila tonggeng telur tu tak jatuh)
Bila dah siap, masukkan adunan putih telur tu sikit demi sikit dalam adunan kuning telur tadi..kaup balik hingga sebati.
Panaskn oven 180, bakar kaedah water bath menggunakan loyang untuk kek 8 inci, loyang untuk isi air panas 10 inci.
Sapu loyang dengan minyak lapik baking paper dan tuangkan adunan kek ke dalam loyang.
Isi air panas ke dalam loyang 10 inci, letak loyang kek ke dalam oven dan bakar selama 30 minit.
CREAM:
Gunakan non sticky pan sahaja. Masukkan 2bji kuning telur..whisk sebati dulu.
Masukkan 150ml susu cair, ½ cawan susu pekat dan, esen vanilla sebatikan semua bahan.
Masak guna api sederhana. Sentiasa kacau sehingga nampak sedikit pekat dan masukkan 1 1/2 sudu kecil tepung gandum yang telah di bancuh dengan sedikit air.
Kacau sehingga nampak berkrim macam susu pekat dan tutup api.
Putarkan whipping cream sehingga kental dan masukkan cream kacau sehingga tercampur rata dan ketepikan dahulu.
Bila kek dah masak, sejukkan dahulu baru potong 2 bahagian. Letak lapis pertama dalam 1 bekas, tuang cream dan susun buah buahan koktail diatasnya. Letakkan lapisan kedua kek dan ulang cara tadi dan sejukkan di dalam peti barulah boleh dipotong dan di hidangkan.