
Sedapnya Puding Kastard Jagung ni. Makan sejuk-sejuk memang enak. Cara penyediaannya juga tak renyah dan tak guna banyak bahan. Cubalah. Resipi perkongsian saudari Mariana Zainal ni memang terbaik. Berbaloi untuk dicuba.
CARA MASAK PUDING KASTARD JAGUNG LEMBUT BERGEDIK
BAHAN-BAHAN:
- 1 tin jagung berkrim ( creamy)
- 300gm tepung kastard
- 200ml santan kotak
- 1800ml air (9 cawan)
- 200gm gula (1 cawan lebih kurang)
- 250gm susu pekat manis ( lebih kurang 1 cawan)
- 1 sudu teh garam
- Pewarna kuning lemon jika perlu
CARA MEMASAK:
(guna 1 loyang bulat saiz 12 inci atau 2 loyang bulat saiz 9 inci. Boleh juga guna bekas lain yang sesuai) :
1. Ambil loyang, basahkan dengan sedikit air. Buang airnya dan lapik plastik dalam loyang.
2. Satukan semua bahan dalam periuk. Kacau hingga larut.
3. Masak bahan tadi guna api sederhana perlahan. Sentiasa kacau guna ‘whisk’ hingga adunan berkilat dan meletup-letup. Padam api.
4. Tuang adunan ke dalam loyang atau bekas yang bersesuaian. Biarkan sejuk.
5. Bila puding telah kental, boleh potong dan dinikmati.
6. Jika suka makan puding yang sejuk, biarkan dalam peti sejuk sebelum dihidang.
INFO: Jika buat untuk niaga, sebaiknya guna santan kotak supaya puding lambat basi.
Kredit resipi & foto: Mariana Zainal
JANGAN LUPA CUBA JUGA RESIPI DI BAWAH NI:
Cara Buat Puding Karamel Tanpa Guna Telur & Tak Perlu Kukus.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Cara Mudah Buat Dadih Homemade Yang Sedap & Tak Perlu Guna Dadih Segera

Siapa je yang tak suka makan dadih kan? Teksturnya yang lembut dan pelbagai rasa, menjadikan manisan ini kegemaran ramai terutamanya kanak-kanak. Di pasaran terdapat banyak serbuk dadih segera yang dijual. Namun, anda juga boleh hasilkannya sendiri di rumah. Lebih jimat, mudah serta sedap! Jom lihat dan cuba resipi perkongsian saudari Jafahana Sulaiman ini.
RESIPI DADIH HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
- 20gm agar-agar tali – beli online DISINI
- 4 liter air
- 1 tin susu pekat manis – beli online DISINI
- 1 tin susu cair – beli online DISINI
- 400gm krimer coffeemate
- 4 sudu makan gula – beli online DISINI
- Sedikit garam – beli online DISINI
CARA MEMASAK:
1. Masak agar-agar bersama air hingga larut dan mendidih.
2. Kemudian masukkan susu pekat dan susu cair diikuti krimer, gula dan garam. Kacau hingga sebati dan mendidih.
3. Setelah bancuhan betul-betul mendidih, padamkan api, tapis dan tuang ke dalam acuan.
4. Sejukkan dan bolehlah dinikmati.
Info chef: Jika inginkan dadih yang berwarna-warni, tapis adunan ke dalam bekas dan masukkan pewarna kegemaran anda. Kacau hingga sebati dan barulah dimasukkan ke dalam acuan serta disejukkan.
Kredit resipi & foto: Jafahana Sulaiman
Anda mencari RICE COOKER? Boleh cari DISINI.
Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:
Nikmatnya Kalau Dapat Makan Puding Oreo Sejuk-Sejuk. Hanya Guna 4 Bahan!
Cara Buat Kastard Labu Yang Lembut & Terasa Lemak Pada Setiap Gigitan
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official:
5 Koleksi Pastri Viral. Mudah, Pedas & Sedap!

Menarik perhatian saudara datang bwrtandang. Aneka pastri pedas menerbitkan perasaan tidak sabar untuk menikmatinya. Bagi anda yang meminati hidangan pastri jenis pedas bolehlah menghasilkan sendiri di rumah, sambil meneliti resipi pilihan RASA dari media sosial yang viral kali ini. Pasti berpuas hati. Selamat mencuba!
1. CURRY CHICKEN PIE
BAHAN-BAHAN:
DOH:
- 230gm mentega
- 350gm tepung gandum
- 1 biji kuning telur | dipukul
- Secubit garam halus
- 1 sudu teh gula halus
- Sedikit air sejuk
CARA MEMASAK:
- Gaulkan tepung dengan gula halus dan garam hingga rata.
Masukkan mentega. Pastikan mentega dalam keadaan sejuk baru keluar dari peti ais. Potong kiub kecil (Jika mentega lembut, masukkan balik dalam peti ais bagi keras semula) - Ramas semua bahan hingga menjadi seperti serbuk roti.
Tambahkan sedikit air ais. Masukkan air ais tu sesudu duhulu jika adunan lembut dan mudah di bentuk tidak tambah air ais, jika masih berderai tambahkan lagi sesudu dan seterusnya hingga adunan menjadi doh yang lembut dan tidak melekat di tangan. - Bahagikan doh kepada dua.
Balut doh dengan wraping plastik dan simpan dalam peti ais semula anggaran 1/2 jam. - Kemudian canai doh diantara 2 plastik hingga menjadi kurang lebih 1/2cm tebal.
Perlahan-lahan tanggalkan plastik bahagian atas dan perlahan-lahan terbalikkan doh ke dalam acuan pie. Ratakan perlahan2 hingga menutupi kesemua bahagian dalam acuan pie. Potong lebihan tepi doh. - Adunan pie yg dah siap dibalut balik dengan wraping plastik dan simpan dalam peti ais sementara itu boleh buat lapik tutup pie. Canai adunan yang satu lagi dengan kaedah yang serupa.
- Cara membuat penutup pie. Potong dengan roller cutter anggaran 1cm lebar dan panjangnya biarlah dapat menutupi pie tadi.
- Tuangkan inti pie yang telah sejuk tadi dan tutup bahagian atas pie dengan kepingan doh. Buat secara mengayam tikar iaitu berselang- seli.
Atau boleh bungkus sahaja permukaan pie tadi dengan doh yang dicanai nipis.Bahagian tepi atas pie ditekan-tekan dengan garfu supaya bahagian atas dan bawah pie melekat bersama. Sapu dengan kuning telur dan larikkan dengan garfu secara bersilang utk menghasilkan corak. Lebihan doh jgn dibuang, boleh digunakan untuk menghias atas pie.
INTI PIE:
- 1 biji kentang | potong dadu dan di goreng
- 2 ketul bahagian dada ayam | di potong dadu
- 1 biji lobak merah | didadu, boleh juga menggunakan mix vegetable
- Cendawan butang | jika suka
BAHAN TUMIS:
- 1 labu bawang besar | di dadu
- 2 ulas bawang putih | boleh tambah
- 2 sudu minyak masak
- gula | secukup rasa
- garam | secukup rasa
- 1 sudu besar sos tiram
- 1 sudu besar rempah kari | untuk buat curry chicken pie
- 1 kiub ayam | stock ayam
- Serbuk lada sulah | secukup rasa
- 1 sudu besar tepung jagung | larutkan tepung jagung dengan 2 sudu makan air
CARA MEMASAK:
- Goreng kentang terlebih dahulu tetapi jangan sampai garing, angkat kentang dan toskan minyaknya.
- Panaskan 2 sudu minyak masak, tumis bawang besar dan bawang putih hingga naik bau. Kemudian masukkan bahan rempah kari dan ayam masak hingga ayam empuk.
- Tambahkan stok ayam, garam dan gula secukup rasa. Kemudian baru dimasukkan kentang, cendawan butang dan mix vegetable. Perasakan semuanya.
- Akhir sekali masukkan larutan tepung jagung tadi dan masak inti pie sehingga menjadi pekat. Sejukkan inti pie.
- Panaskan pembakar terlebih dahulu selama 10 minit. Bakar dalam oven yg telah dipanaskan pada suhu 180C selama 30 minit.
Biarkan selama beberapa minit didalam oven sebelum dikeluarkan.
Sejukkan pie sebelum dikeluarkan dari acuan pie.
Nota: Pastri yang di quiche atau tart saveri amat sesuai di sediakan untuk minum petang ataupun majlis ringkas yang mana pastri ini senang di makan.ianya juga di gelar sebagai finger food.
Kongsi resipi: Azlita Masam Manis
2. QUICHE TUNA PEDAS TANPA KRIM
BAHAN-BAHAN:
1 keping besar doh siap pastri manis
BAHAN INTI:
2 tin kecil tuna pedas*
Daun bawang* | cincang @ bawang cincang
Bahan bertanda perlu disatukan dan ketepikan
2 biji telur ayam
CARA MEMASAK:
- Sediakan doh pastri dan masukkan ke aduan tart besar
- Bakar 10 minit dan cucuk permukaan doh tadi.
Angkat dan sejukkan..
4. Apabila kulit tat sejuk. masukkan inti tuna yang di sediakan.
6. Rata-ratakan, pecahkan telur ayam di dalam bekas lain, kacau sampai sebati dan tuangkan adunan telur dan masukkan sedikit garam.
7. Lakukan sampai habis dan bakar pada suhu 170c sehingga kuning keemasan.
Kredit resipi: nikee-me.blogspot
3. APPLE TURNOVER
BAHAN-BAHAN:
1 paket puff pastry | suhu bilik
BAHAN INTI:
- 4 biji epal hijau | potong dadu
- 4 cawan air
- 2 sudu makan jus lemon
- 2 sudu besar mentega
- 1/2 cawan gula merah
- 1 sudu teh serbuk kayu manis
- 1 sudu teh tepung jagung
- 1 sudu makan air
- 1 sudu teh esen vanila
CARA MEMASAK:
- Panaskan oven pada suhu 200C
- Potong buah epal dadu halus dan letakkan ke dalam bekas yang berisi air dan di campurkan jus lemon kemudian ketepikan.
- Panaskan pan kuali kecil, letakkan mentega dan masukkan gula merah, serbuk kayu manis serta buah epal tadi. Masak dalam 2 minit dan masukkan bancuhan 1 sudu teh tepung jagung serta air.
- Gaulkan rata, setelah likat angkat dan sejukkan.
- Ambil kulit puff potong empat segi kecil dan letak inti epal. Sapukan sedikit air di tepi dan bentukkan menjadi 3 segi.
- Aturkan di dulang pembakar dan dalam 2 inci jaraknya dan sapukan susu atau telur merah di atasnya.
- Bakar pada suhu 180C selama 25 minit sampai masak garing..
INFO: Anda juga boleh menyediakn sugar glaze jika suka untuk di sapukan pada bahagian atas permukaan apple turn over yang sudah sejuk.
BAHAN SUGAR GLAZE:
BAHAN-BAHAN:
- 1 cawan gula aicing
- 1 sudu teh susu
- 1 sudu teh esen vanila
CARA MEMASAK:
- Gaulkan semua bahan ke dalam mangkuk kecil, kacau sampai sekata.
- Sapukan ke atas puff tunggu sampai kering dan sedia dihidangkan.
Kredit resipi: nikee-me.blogspot
4. PAI AYAM DAN BAYAM
BAHAN-BAHAN:
Inti:
- 400gm isi ayam | dipotong dadu
- 100ml krim masakan
- 5 ulas bawang putih | dihiris
- 100gm bayam | dihiris
- 1 kiub stok ayam
- Sedikit garam
- Sedikit minyak untuk menumis
- Kulit Pai:
- 150gm tepung gandum
- 6 sudu makan mentega sejuk | dipotong dadu
- 125ml air sejuk
- 1/2 sudu teh garam
- 1/2 sudu teh gula
CARA MEMASAK:
- Tumis bawang putih sehingga naik bau. Kemudian masukkan ayam lalu biarkan separuh masak. Masukkan bayam dan masak sehingga layu.
- Seterusnya, masukkan krim masakan dan kiub ayam. Kacau dan biarkan sehingga sedikit pekat. Ubahsuai rasa mengikut citarasa anda. Ketepikan seketika.
- Untuk menghasilkan kulit pai, campurkan tepung, garam dan gula ke dalam mangkuk besar.
- Kemudian cubitkan mentega sejuk dengan campuran tepung sehingga bergumpal dan tambah air sejuk sedikit demi sedikit sedikit sehingga adunan lembut.
- Kepalkan menjadi bentuk bulat dan bungkus menggunakan plastik. Simpan di dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 30 minit.
- Canai doh sederhana tebal dan letakkan ke dalam acuan. Isi inti pai dan tutup permukaan dengan lebihan doh.
- Lubangkan sedikit penutup doh supaya pai masak sempurna. Bakar di dalam ketuhar pada suhu 180C selama 25 minit atau sehingga masak.
Info chef: Selain ayam, boleh juga menggunakan isi udang yang telah dicincang kasar
Kredit resipi: INSTAGRAM: imeldaharris
5. PIZZA MINI
BAHAN-BAHAN:
- 1 keping doh pastri segera serbaguna
- 200gm keju cheddar di parut
- 50gm peperoni | dihiris
- 5 biji tomato ceri | dihiris
- 1 tangkai daun basil segar
- Sedikit sos tomato
- Sedikit herba parsley kering
CARA MEMASAK:
- Uli doh pastri dan canai supaya menjadi bentuk doh pizza.
- Kemudian sapukan sos tomato hingga rata. Taburkan keju, hirisan peperoni, tomato ceri dan daun basil di atas pizza.
- Taburkan herba parley dengan secukupnya.
- Bakar di dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 180C selama 20 minit atau sehingga pizza masak.
Info chef: Inti pizza boleh dipelbagaikan mengikut citarasa anda.
Kredit resipi: INSTAGRAM: imeldaharris
Buat Pizza Cup Tanpa Guna Oven. Serius, Masak Dalam 7 Minit Je.

Pizza Cup ni nampak sedap kan? Sesuai anda sajikan buat anak-anak. Di musim cuti persekolahan tentunya waktu yang sibuk bagi ibu-ibu. Mana tidaknya, anak-anak di rumah asyik minta makan. Salah satu menu yang paling mudah untuk dihasilkan adalah menu olahan dari roti. Sangat ringkas tapi sedap dan mengenyangkan.
Salah satu yang boleh dicuba ialah Pizza Cup perkongsian saudari Siti Misyati ni. Sangat mudah. Bakar pun guna air fryer je. Namun jika tiada air fryer, boleh je guna ketuhar. Selamat mencuba!
RESIPI PIZZA CUP MASAK GUNA AIR FRYER
BAHAN-BAHAN:
- Roti – potong kiub (beli online DISINI)
- Jejari ketam – boleh ganti dengan sosej (beli online DISINI)
- Bunga kubis secukupnya – boleh juga gantikan dengan sayur lain
- Bawang merah secukupnya – hiris (beli online DISINI)
- 2 biji telur
- Mayones secukupnya (beli online DISINI)
- Serbuk lada hitam secukupnya (beli online DISINI)
- Garam secukup rasa (beli online DISINI)
CARA MEMASAK:
1. Ambil roti dan dan potong kiub. Masukkan ke dalam bekas yang bersesuaian.
2. Kemudian masukkan bahan-bahan yang lain. Gaul sebati.
3. Gaul hingga semua bahan bersalut seperti ini.
4. Sudukan campuran roti ke dalam cawan kertas. Boleh juga guna acuan yang bersesuaian. Tabur keju jika suka.
5. Susun dalam air fryer dan bakar pada suhu 160C selama 7 minit. (dapatkan AIR FRYER murah secara online DISINI)
6. Angkat dan sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Siti Misyati
Dapatkan pelbagai barangan TEFAL original pada harga berpatutan sempena jualan 12.12 DISINI
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Sedap & Tak Perlu Sira. Resipi Kuih Gegatas Ni Sesuai Untuk Anda Tak Suka Manis.
Kak Ros Kongsi Cara Buat Sambal Belacan Sedap. Campur Bahan Ni Memang Padu.
Ayam Masam Manis Ala Thai Super Sedap. Bau Semasa Masak Pun Dah Cukup Buka Selera
Cara Buat Cekodok Pisang Rangup Di Luar, Lembut Di Dalam. Pasti Tak Cukup Satu
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official