Terasa nak makan Cendol di musim PKP ni? Petang-petang cuaca panas macam ni memang sedap kalau makan cendolsejuk. Kena pula dengan santan dan air gula melaka padu, fuh…laju je hirup. Kalau nak lebih sedap, cubalah buat cendol homemade ni. Pasti lagi mengancam rasanya. Tambah pula sekarang ni musim durian. Tambahlah seulas dua. Lagi padu.
Kalau nak tahu, mudah je buat sendiri sajian ini di rumah. Pasti seronok bila lihat hasilnya. Kos tak banyak, tapi satu keluarga boleh makan. Pendek kata memang puas. Jom cuba resipi perkongsian saudari Najwa Abd Razak ni. Sangat mudah. Pekali cuba, pasti akan buat lagi berkali-kali. Selamat mencuba!
RESIPI CENDOL HOMEMADE SEDAP BOLEH BUAT GUNA TEPUNG BERAS
Ada yang menggemari tart yang penuh dengan filling sebegini? Memang puas makan. Ada yang nak jimatkan masa atau nak jimatkan masa dengan membelinya. Lebih elok buat sendiri bagi memenuhi cita rasa. Untuk filling boleh pelbagainya mengikut tekak masing-masing.
Resepi Shell Tart Bahan-bahan: 125gm majerin/butter 150gm gula kastor 1 biji telur saiz B 400gm tepung gandum Esen Vanilla
Cara buat: 1.Dalam bekas masukkan marjerin dan gula , kacau dan Sebatikan. 2.Kemudian masukkan telur dan vanilla dipukul sedikit. Gaul sebati. 3.Akhir sekali masukkan tepung sedikit demi sedikit dan ramas dengan tangan hingga sebati dan menjadi doh. Tak perlu uli lama sangat. Cukup setakat jadi doh. 4.Bulat-bulatkan sebesar guli masukkan dalam bekas tart. Tekankan dengan jari hingga cantik dan kemaskan lebihannya. 5.Cucuk-cucuk sedikit dengan garfu. Bakar suhu 170c hingga masak dan jadi keperangan. 6.Setelah masak.Keluarkan dari oven. Biar sebentar dan baru keluarkan dari shell. Sejukkan atas redai. 7.Shell boleh dijadikan stok dengan menyimpannya dalam bekas kedap udara.
BAHAN FILLING CHEESE : 500gm cream cheese dari peti sejuk 100gm gula kastor -BELI ONLINE DI SINI 6 sudu besar telur yang telah dipukul sedikit 2 sudu besar butter 1 sudu kecil esen vanilla atau 2 sudu kecil perahan lemon-BELI ONLINE DI SINI
INTI : Apa-apa filling kegemaran. Cara buat: 1.Masukkan semua bahan kecuali vanilla dalam bekas. 2.Mix hingga berkrim dan gebu tapi masih kental. 3.Masukkan vanilla dan adun hingga sebati. 4.Masukkan dalam piping bag. 5.Picitkan sedikit filling dalam shell dan baru paipkan cheese ke dalam shell. 6.Untuk dapat filling yang tinggi. Caranya paip ditengah hingga penuh tanpa menggerakkan piping , bila penuh tarik naik perlahan sambil picit dengan muncung piping masih dalam cheese hingga tinggi yang nak baru berhenti picit dan tarik keluar piping. 7.Jika ada sedikit cacat atau bertanduk. Celup jari dalam air masak dan betulkan sedikit. 8.Lukis permukaan jika suka mengguna filling atau cheese yang diwarnakan. 9.Bakar suhu 170c lebih kurang 7-8 minit .Sekadar bila sentuh cheese tidak lekat dijari. Untuk hasil yang cantik. Cheese masih moist tidak kering
Hidangan ala salad dari Thailand penuh dengan rasa menyegarkan. Masam, manis, masin dan pedas menaikkan selera makan anda. Somtam sesuai untuk yang menjaga berat badan.
SOMTAM BETIK MUDA
BAHAN-BAHAN:
3 ulas bawang putih
2-6 biji cili padi ( ikut kepedasan yang diingini)
2 sudu makan udang kering
2 sudu makan kacang goreng
3 sudu besar perahan air limau nipis (sebiji limau nipis)
3 sudu makan sos ikan
3 sudu makan gula somtam @ gula melaka @ gula biasa
betik muda ( di sagat atau potong memanjang)
Lobak merah (di potong halus memanjang)
kacang panjang (di potong seinci panjang)
tomato ( di belah 4-6)
CARA MEMASAK:
1. Tumbuk bawang putih dan cili padi menggunakan lesung kayu (jika tidak ada lesung batu pun boleh).
2. Kemudian masukkan gula, sos ikan, udang kering jus limau. Tumbuk kasar baru masukkan sayur-sayuran.
3. Akhir sekali masukkan kacang, tumbuk kasar bersama-sama sayur-sayuran.
Suka makan daging bakar? Resipi daging bakar istimewa dengan rasa asli dari Thailand ni memang menyelerakan. Tak susah nak sediakan menu ni. Daging diperap dengan ramuan khas membangkitkan rasa enak ditambah pula dengan sos masam manis menambahkan lagi selera. Jom cuba! Anda pasti suka.
DAGING BAKAR ALA DANNOK
BAHAN-BAHAN DAGING BAKAR:
2 keping daging batang pinang/strip loin/sirloin/rib eye (sebesar tapak tangan lelaki dewasa adan setebal 2cm)*
2 sudu besar sos tiram*
2 sudu besar kicap cair*
1 ulas bawang putih- tumbuk halus*
1 batang serai- dihiris nipis & ditumbuk halus*
1 sudu kecil lada sulah*
2 sudu besar gula perang*
3 sudu besar susu cair*
1 sudu kecil serbuk cili *
Sedikit serbuk perasa*
Sedikit minyak masak
1 ketul arang size kecil
Aluminium foil
CARA MEMASAK:
1. Perap daging selama 3-4jam bersama semua bahan-bahan yang bertanda (*)
2. Simpan daging yang diperap dalam peti sejuk terlebih dahulu ( jangan letak bahagian yang beku)
3. Selepas 3 jam barakan arang, sambil-sambil itu boleh mula bakar daging atas pan. Letakkan sedikit minyak dulu dipermukaan pan. Bakar selama 10 minit sahaja (5 minit setiap bahagian permukaan). Tidak boleh terlebih masak dan gunakan api sederhana besar. Sebab kalau terlebih masak daging akan kering & agak liat. Kalau anda suka medium well cukup setakat 7-8 minit sahaja masa membakar daging tadi.
4. Setelah daging masak tutup api. Kemudian ambil arang yang telah berbara tadi dan letakkan diatas sekeping aluminium foil. Titiskan beberapa titis minyak masak atas arang ini akan menyebabkan arang mengeluarkan asap yang banyak dan letakkan arang dalam pan daging tadi.
5. Tutup pan cepat-cepat dengan penutup yang rapat. Proses ini untuk mendapatkan rasa daging seperti dibakar dengan arang dan yang pasti ianya sememangnya menyedapkan lagi rasa daging bakar tu nanti. Biarkan asap menyelimuti daging selama 1-2 minit sahaja.
6. Kemudian boleh angkat daging untuk dipotong & dihidangkan bersama sos pencicah.