Asyik makan junk food bila menonton tv  masa cuti ni. Beralihlah kepada cookies buatan sendiri, kan lebih mengujakan dan sedap dikunyah. Lebih best lagi boleh buat jualan untuk puasa nanti.

Tak payah tunggu raya pun biskut berperisa coklat mampu memuaskan keinginan anda untuk makan coklat. Lebih coklat dan koko lebih sedap biskut tu nanti. Ni min kongsikan 4 jenis biskut coklat yang sedap sungguh ni..

 1.TART WITH CHOCOLATE FILLING

Biskut Kaya Rasa Coklat, Kudapan Sedap Cuti Ni.

BAHAN-BAHAN :

  • 250 gm mentega
  • 60 gm gula aising300 gm tepung gandum | diayak
  • 1/2 biji telur
  • 120 kepingan coklat mini (mini bar)

Bahan hiasan :

  • Coklat urai hijau dan putih secukupnya.

CARA MEMASAK :

  1. Pukul mentega dengan gula aising hingga kembang. Masukkan telur dan gaul rata.
  2. Masukkan pula tepung dan adunkan menjadi doh.
  3. Setelah doh menjadi lembut, masukkan kepingan coklat di dalamnya sebagai inti.
  4. Bentukkan ikut suka, bulat-bulatkan.
  5. Panaskan oven dan bakar dalam suhu 170 darjah celcius selama 18 minit.

Saiz hidangan    : 100 – 120 keping

Waktu memasak  : 18- 20 minit

Cara Memasak   : Bakar

Jenis masakan    : Biskut

Keistimewaan    : Inti coklat pasti memenuhi selera penggemar coklat.  

INFO CHEF : Selain bar mini coklat susu biasa , anda boleh juga menggunakan bar coklat badam, gajus atau coklat lain kesukaan anda.

2. DAISY CHOCOLATE COOKIES

Biskut Kaya Rasa Coklat, Kudapan Sedap Cuti Ni.

IKLAN

BAHAN-BAHAN :

  • 250 gm mentega
  • 110 gm gula aising
  • 50 gm tepung ubi | diayak
  • 20 gm serbuk coklat | diayak
  • 300 gm tepung jagung | diayak
  • 50 gm tepung kastad | diayak
  • 1 sudu teh perisa coklat
  • 1 biji telur

Bahan hiasan :

  • Manik gula warna perak secukupnya

CARA MEMASAK :

  1. Pukul mentega bersama gula aising hingga kembang.
  2. Kemudian masukkan telur, pukul rata.
  3. Kemudian masukkan semua jenis tepung, adunkan menjadi doh.
  4. Kemudian masukkan doh dalam acuan berbentuk bunga dan tekan di atas dulang pembakar yang telah digriskan dengan mentega.
  5. Susun manik sebiji di atasnya.
  6. Panaskan oven dan bakar dalam suhu 170 darjah celsius selama 15 minit

Saiz hidangan    : 120 – 150 keping

Waktu memasak  : 15 minit

Cara Memasak   : Bakar

Jenis masakan    : Biskut

Keistimewaan    : Rasa penuh bercoklat  

INFO CHEF : Biskut ini mudah rapuh dan lembut berderai kerana penggunaan tepung jagung dan kastad.

3. BROWNIES COOKIES

IKLAN

Biskut Kaya Rasa Coklat, Kudapan Sedap Cuti Ni.

BAHAN- BAHAN :

  • 200 gm mentega
  • 300 gm tepung gandum | diayak
  • 50 gm serbuk koko | diayak
  • 100 gm perang
  • 10 gm serbuk penaik | diayak
  • 20 gm coklat cip
  • 1biji telur

Bahan hiasan :

  • Cip coklat secukupnya
  • Coklat cair untuk dipaipkan atas biskut

CARA MEMASAK :

  1. Cairkan mentega, kemudian masukkan gula perang dan telur.
  2. Kemudian masukkan serbuk koko dan serbuk penaik, gaul rata.
  3.  Adunkan menjadi doh dan terap mengikut acuan yang disukai.
  4. Hiaskan dengan cip coklat.
  5. Panaskan oven dan bakar dalam suhu 180 darjah celcius selama 18 minit.
  6. Sejukkan di atas redai, dan paipkan dengan coklat .

Saiz hidangan    : 100 keping

Waktu memasak  :18 – 20 minit

Cara Memasak   : Bakar

Jenis masakan    : Biskut

Keistimewaan    : Brownies lembut kaya dengan rasa coklat

Anggaran kos    : RM 50

IKLAN

INFO CHEF : Jika mahukan rasa yang rangup bakar lama sedikit 18-20 minit, dan jika mahukan rasa ‘chewy’ pendekkan masa membakarnya kepada 15 mini 

4. ALMOND COFFEE COOKIES

Biskut Kaya Rasa Coklat, Kudapan Sedap Cuti Ni.

BAHAN-BAHAN :

  • 250 gm mentega
  • 120 gm gula perang
  • 400gm tepung kotak | jika ‘superfine’ tak perlu ayak
  • 100 gm serbuk badam
  • 50 gm serbuk coklat | diayak
  • 20gm serbuk penaik
  • 1 biji telur
  • 1 sudu teh perisa kopi
  • 100 gm hirisan badam

Bahan hiasan :

  • Coklat putih secukupnya
  • Hirisan badam secukupnya

CARA MEMASAK : 

  1. Pukul mentega bersama gula perang hingga kembang. 
  2. Masukkan telur diikuti dengan serbuk coklat.
  3. Kemudian masukkan tepung, perisa kopi dan serbuk badam 
  4. Masukkan pula hirisan badam, adun sehingga menjadi doh. Hiaskan hirisan badam di atasnya juga.
  5. Panaskan oven dan bakar dalam suhu 170 darjah celcius selama 18 minit
  6. Sejukkan dan paipkan dengan coklat putih sebagai hiasan.

Saiz hidangan    : 120 – 150 keping

Waktu memasak  : 18 minit

Cara Memasak   : Bakar

Jenis masakan    : Biskut

Keistimewaan    : Gabungan rasa kopi dan badam yang sedap

INFO CHEF : Anda boleh juga menggunakan pes serbuk kopi menggantikan perisa kopi.

 

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI