Sedapnya Botok-Botok Johor. Kombinasi ikan, ulam dan pes yang enak menjadikan sajian ini digemari ramai. Ada yang nak cuba masak Botok-Botok yang sedap? Saudari Dee Hakim ada kongsikan cara-cara menghasilkan pes Botok-Botok Johor homemade yang sangat sedap. Sukatan ini boleh dapat dalam 5-6 bungkus Botok-Botok. Jika mahu buat dalam jumlah yang banyak, gandakan sahaja bahannya. Selamat mencuba!
CARA BUAT PES BOTOK-BOTOK JOHOR
BAHAN PES BOTOK-BOTOK: Rempah kari ikan Kerisik Santan Asam Jawa
ULAM-ULAMAN (basuh bersih & gunting kecil): Pucuk ubi Pucuk bebuas Daun selasih Daun cekur Pucuk mengkudu Daun kunyit Daun kaduk Pucuk betik (tiada syarat daun tertentu. Boleh guna apa sahaja daun ulam yang disukai)
BAHAN UTAMA: Ikan tenggiri, ikan kembung, ikan pari, ikan tongkol, udang (ikut keseusian dan cita rasa masing-masing)
Ads
BAHAN MEMBUNGKUS: Daun pisang atau aluminium foil secukupnya
CARA MEMASAK: 1. Panaskan minyak. Masukkan bahan kisar dan tumis sampai pecah minyak. 2. Bila sudah garing, masukkan serbuk kari ikan. Tumis lagi. 3. Kemudian masukkan kerisik dan air asam jawa dengan secukupnya (kena sedikit masam). Tumis lagi macam biasa. 4. Akhir sekali masukkan santan, garam, gula merah dan bahan perasa. Siap!
5. Untuk membungkus, bentang daun pisang dan susun ulam-ulaman.
6. Kemudian letak pes atas daun. Ratakan sedikit kemudian letak ikan atau udang.
7. Tutup ikan dengan pes dan susun ulam-ulaman sekali lagi.
8. Cara bungkus seperti dalam gambar. Boleh guna lidi untuk ikat supaya tidak terbuka.
9. Kukus Botok-Botok selama 30 miniat atau hingga masak. 10. Angkat dan nikmati segera semasa masih panas.
Pernah cuba rasa Sata Goreng? Ia sama sahaja dengan Sata yang dibalut daun pisang dan dibakar tu cuma versi ini anda hanya perlu goreng sahaja tanpa menggunakan daun pisang. Bentuknya seakan bergedil. Memang sedap dimakan panas-panas. Nak buat untuk sajian keluarga? Saudari Tg Khuzanika ada kongsikan resipinya. Selamat mencuba.
CARA MEMBUAT SATA GORENG TERENGGANU
BAHAN-BAHAN:
2 cawan isi ikan (ikan Selayang/sardin @ kembung) yang sudah ditumbuk
Lapar tapi tak mau makan nasi, apa kata korang tukar dengan masak Char Kuetiau goreng bujang je. Nampak simple tapi sedap dan mengenyangkan, sesuai untuk makan malam. Sesiapa yang suka makan Char Kuetiau boleh cuba idea ni sebab menu ni tak sampai 15 minit dah masak dan boleh makan terus. Tak payah berkincah di dapur.
CHAR KUETIAU
BAHAN-BAHAN:
250gm kuetiau | cuci dan tos
4-6 ekor udang | bersih dan tos
1 ekor sotong | hiris bulat, bersih dan tos
Sedikit hirisan isi ayam
1 biji telur
Sedikit hirisan daun kucai
Sedikit tauge
2 ulas bawang putih-titik
2 ulas bawang merah-cincang
1 sudu besar pes cili
3 tangkai cili padi | titik
½ sudu besar sos tiram
½ sudu besar sos cili
1 sudu besar kicap pekat
Garam, gula dan perasa secukupnya
Minyak secukupnya
CARA MEMASAK:
Langkah 1: Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang putih dan merah kemudian masukkan pes cili. Kacau hingga pecah minyak.
Langkah 2: Masukkan hirisan ayam, sotong dan udang. Kacau lagi hingga layu.
Langkah 3: Masukkan sedikit air, sos cili, tiram, garam, gula dan serbuk perasa secukupnya.
Langkah 4: Seketika kemudian masukkan kuetiau.
Langkah 5: Setelah kuah pekat, masukkan telur.
Langkah 6: Masukkan kicap pekat.
Langkah 7: Akhir sekali masukkan tauge dan daun kucai. Gaul rata dan tutup api. Kauy teow sedia dihidangkan.
Dah malam malam gini tetiba rasa lapar pulak. Kalau dapat goreng nasi guna nasi baki tengah hari tadi sedap ni. Boleh makan sambil tengok tv..nyum..nyum.
Penggemar makanan pedas boleh cuba resipii nasi goreng yang ringkas. Makan ketika masih panas buat lagi teruja makan nasi goreng sotong pedas ini.
NASI GORENG SOTONG PEDAS
BAHAN-BAHAN:
Nasi putih (1 pinggan penuh)
BAHAN TUMIS:
1 biji lada merah
8 biji cili padi (tidak suka pedas kurangkan)
3 biji bawang (sederhana)
2 biji bawang putih
1/2 inci belacan
Sedikit ikan bilis (goreng ketepikan)
1-2 ekor Sotong (dipotong)
Kacang, lobak merah (atau sayur-sayur lain kegemaran anda)
Kicap manis
Kicap sotong
1 biji telur
Garam & perasa
Minyak
CARA MEMASAK:
Tumbuk lada merah, cili padi, bawang merah, bawang putih, belacan & masukkan sekali ikan bilis yang telah digoreng tadi (tumbuk jangan hancur sangat bahan tadi)
Panaskan sedikit minyak. Masukkan bahan tumbuk tadi goreng sekejap.
Masukkan sayur kacang panjang, lobak merah dan sotong.
Gaul rata dengan api sederhana. Masukkan kicap sotong dan kicap manis (sukatan agak-agak secukup rasa)
Pecahkan telur gaul rata dengan bahan tumisan tadi & masukkan nasi.
Kacau dan rasa jika tawar letaklah sedikit garam.
Goreng dalam 2 ke 3 minit &dan boleh tutup api. Sedia untuk dimakan.
INFO:
Boleh tukar berapa banyak kandungan cili padi yang anda suka. Ikut tahap kepedasan anda.
Boleh makan bersama ulam seperti timun, salad atau tomato.