Comelnya Kek GulungMini Pelangi ni. Sesuai sangat dihasilkan untuk hidangan tetamu atau sebagai juadah minum petang. Istimewanya, resipi ini tidak memerlukan ketuhar. Hanya perlu kukus sahaja. Sangat mudah. Jom cuba resipi perkongsian Mak Frida @fridajoincoffee ni. Pasti puas hati.
Ads
RESIPI KEK GULUNG MINI PELANGI
BAHAN-BAHAN:
Ads
6 biji telur
200gm gula pasir
1 sudu teh SP ( cake emulsifier/penstabil kek)
1 sudu teh esen vanilla @ serbuk vanilla
200gm tepung gandum rendah protein
5 sudu makan susu penuh krim
150ml minyak jagung
Pewarna makanan pilihan
Buttercream / jem secukupnya
CARA MEMASAK: 1. Pukul telur, gula pasir dan SP menggunakan kelajuan rendah sehingga berbuih. Kemudian pukul guna kelajuan tinggi hingga kembang. 2. Masukkan tepung gandum dan serbuk vanilla yang telah diayak. Adun hingga rata. 3. Seterusnya masukkan susu dan minyak. Kaup balikkan lagi adunan hingga sebati dan tiada mendapan. 4. Bahagikan adunan kepada 6-7 bahagian. Warnakan ikut warna pilihan. Pada masa yang sama, panaskan periuk kukusan menggunakan api sederhana hingga berwap. 5. Ambil loyang bersaiz 20x20x5 dan oleskan dengan marjerin. Kemudian alas bahagian dasar loyang menggunakan baking paper. 6. Tuang satu adunan. Ratakan dan kukus selama 10 minit. Keluarkan loyang. 7. Tuang adunan berikutnya. Ratakan dan kukus lagi selama 10 minit. Ulang langkah hingga adunan habis. Untuk adunan terakhir, kukus selama 20 minit sehingga semua lapisan masak sekata. 8. Keluarkan kek dari loyang. Hiris setebal 0.5cm sahaja. Jangan lebih kerana kek kemungkinan akan patah ketika digulung. 9. Sapukan buttercream atau jem dengan secukupnya. Gulung kemas. 10. Sedia untuk dinikmati. 1 adunan resipi ini boleh dapat 40 gulung kek mini.
Lempeng ni bukan sahaja sesuai dimakan sewaktu sarapan bahkan bila-bila masa pun boleh. Agak-agak rasa lapar je, boleh bancuh lempeng. Lagi mengenyangkan dan lebih baik dari makanan segera lain yang tinggi kandungan garam dan gulanya. Terasa nak makan lempeng esok? Nah..resipi perkongsian saudari Kaseh Sery ni sangat sesuai anda cuba.
Kuih Lepat Ubi Kayu adalah antara kuih tradisional yang sangat digemari ramai. Tidak kira tua atau muda, semua sukakan rasanya. Kuih Lepat Ubi Kayu ni tidak susah pun cara pembuatannya. Nak cuba? Saudari Ruzana Ramli ada kongsikan resipinya. Selamat mencuba!
Kalau makan di kenduri kahwin, lauk ayam masak merah selaluya mesti ada dihidang. Ayam masak merah di kenduri mesti sedap, kan? Jom kita try buat nak?
RESIPI AYAM MASAK MERAH KENDURI
Bahan Utama 1 ekor ayam dipotong kecil dan basuh bersih. (Bubuh garam dan serbuk kunyit. Goreng jangan garing sangat.)
Bahan Kisar 3 biji bawang besar size besar 4-5 ulas bawang putih 1 1/2 inci halia
Bahan-bahan Minyak masak untuk menumis 1 kulit kayu manis 3 bunga lawang 5 buah pelaga 2 batang serai diketuk 3-4 senduk cili kisar Garam dan gula secukupnya 5 sudu besar sos cili 2 biji tomato (didadu kecil)
Cara membuat 1. Tumis kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga sampai naik bau. Masukkan serai. Tumis sekejap. 2. Masukkan bahan kisar. Tumis sampai garing. Kemudian masukkan cili kisar. Tumis lagi sampai garing. 3. Masukkan gula, sos cili dan tomato. Biar seketika. Kacau sesekali. Perasakan garam jika perlu. 4. Masukkan ayam yang telah digoreng tadi. Gaul sebati. Siap.