Musim cempedak tiba lagi. Sedapnya. Isi lembut, manis. Enak digoreng, dimasak bubur atau bermacam-macam lagi sajian. Malah macam tu je pun dah enak. Namun biasalah, seperti kita sedia maklum, harga buah cempedak memang mahal dan lebih kurang macam durian dah. Sebiji cempedak saiz sederhana, harganya mampu mencecah RM20-Rm30. Begitu juga kalau beli yang dah siap digoreng. Ada yang jual RM1 untuk seulas.
Kalau nak puas makan, kenalah beli sebiji dan goreng sediri di rumah. Tapi macam mana nak tahu cempedak yang kita pilih tu mempunyai isi manis, masak dan sedap? Yelah, kulitnya tebal. Kalau cium bau pun, belum tentu lagi isi dalamnya masak. Ha…ini ada lima panduan memilih buah cempedak yang sempurna. Anda bolehlah cuba nanti.
TIP PILIH BUAH CEMPEDAK YANG MANIS, SEDAP & SEMPURNA
1. KULIT SEMPURNA
Perkara pertama yang perlu dilihat masa pilih buah cempedak ialah keadaan kulinya. Pilih buah yang berkulit elok tanpa ada lubang atau kesan gigitan serangga atau haiwan. Ini kerana dibimbangi isi cempedak tidak elok, masam serta berulat.
Ads
2. BUAH BERWARNA KUNING
Cempedak yang masak serta matang mempunyai kulit yang berwarna kuning kehijauan. Jika warna cempedak yang dijual masih banyak hijau berbanding kuning, elakkan yang sedemikian kerana isi dalamnya pasti belum masak sempurna dan mempunyai rasa hambar. Selain warna kulit, lihat juga keadaan tangkainya. Pilih buah yang tangkainya berwarna coklat kerana ia menunjukkan buah tersebut berkualiti bagus.
3. DURI TUMPUL & MELEBAR
Masa pilih buah tu, sentuh permukaan kulit cempedak dan lihat durinya. Kalau duri cempedak tu rasa tumpul dan bentuk dia melebar, maksudnya buah tu memang dah masak. Cara ni juga anda boleh guna untuk buah nangka.
4. TEKAN KULIT
Kredit: Tribun Lampung
Selain merasa duri, anda juga boleh tekan kulit cempedak perlahan-lahan. Jika masih keras atau tak berapa boleh ditekan, ia menandakan buah masih muda. Sebaliknya pilihlah buah cempedak yang bila ditekan, kulitnya lembut dan seakan empuk.
5. BAU WANGI
Sama seperti durian, cempedak yang masak serta manis boleh dicari menerusi baunya. Kena buah yang elok, dari jauh dah boleh bau kemanisannya. Sebenarnya cempedak yang separuh matang juga mengeluarkan aroma. Cuma bezanya, cempedak yang betul-betul masak mengeluarkan bau yang sangat kuat. Oleh itu, masa pilih buah, jangan ambil yang wangi sahaja. Kena pilih yang betul-betul wangi tau. Barulah puas hati!
6. PILIH BUAH BERAT
Ads
Kredit foto: Aezach AR
Disebabkan harganya yang mahal, ramai yang memilih buah yang kecil dan sedikit ringan. Hati-hati! Kerana anda berkemungkinan beli buah yang kosong dan tidak berisi. Sebaliknya, pilihlah buah yang berat dan ada ciri-ciri seperti diatas. Barulah puas hati dengan isinya.
TERASA nak makan Cempedak Goreng? Boleh cuba resipi bancuhan tepung di bawah ini. Elok dan memang sedap.
Buah cempedak ni beli mahal kan? Jadi, selain dimakan isinya, kulitnya jangan dibuat. Boleh buat Jeruk Kulit Cempedak atau dikenali juga sebagai Mandai. Goreng dengan cili dan bawang memang sedap! Jom cuba.
Korang pengemar Asam Temmpoyak Patin, tapi bila makan hilang selera disebabkan bau tanah yang kuat, jangan risau ini ada cara untuk mengatasinya. Apa yang penting korang ikut je cara yang diberikan ini, ia sangat mudah dan korang boleh buat sendiri di rumah.
Sebaiknya bersihkan ikan di bawah air mengalir
Cuci insang ikan dan sisik dengan bersih.
Rendam ikan dengan air yang dicampur dengan perahan air limau nipis atau kasturi.
Biarkan lebih kurang 30 minit
Bilas semula di bawah air mengalir
Cara lain:
Ikan yang sudah dibuang sisik dan insang dicuci kemudian cuci sekali lagi dengan air garam.
Kemudian bilas di bawah air paip mengalir hingga bersih.
Cara Memasak:
Cara terbaik masak ikan ini dengan cara menggoreng atau membakar, dengan sedemikian bau tanah pada ikan akan hilang dengan sendirinya.
Gaulkan dengan perencah yang kuat aroma dan rasa seperti campuran bawang, kunyit, halia dan serai selain garam dan asam jawa. Hanya dengan cara ini bauk tanah akan hilang.
Semoga tip ini boleh membantu menangi masalah anda.
Hari-hari makan buah untuk sihat tapi hairannya selalu kena batuk. Salah satu puncanya boleh jadi kerana kita tak cuci buah-buahan dengan betul sebelum dimakan.
Perkara ini dijelaskan oleh Dr. Mazliana Mazlan, dan beliau turut berkongsi cara mencuci buah-buahan dengan betul. Tak perlu beli produk pencuci khusus, sebab bahan untuk mencuci buah ini ada saja di rumah.
Makan buah tak dicuci punca batuk dan alergik
Kadang kala anak batuk dan alergik lepas makan buah, mungkin sebab kita yang tak cuci buah dengan betul.
Saya pernah kena, anak batuk lepas makan blueberry. Dia terus ambil dari peti sejuk blueberry yang saya baru beli, dan tak sempat basuh pun lagi.
Lepas tu, terus saya serik. Bila beli apa-apa buah, mesti sampai rumah cuba untuk terus basuh. Sebab takut anak-anak termakan dan batuk lagi.
Dalam buah, dan sayur ada sisa-sisa racun serangga. Itu mungkin antara punca yang buatkan anak batuk dan alergik.
Cara mudah cuci buah guna bahan di dapur
Ini cara mudah untuk cuci buah-buahan. Boleh guna salah satu bahan di bawah; -Garam -Cuka -Soda bikarbonat
Salah satu dari 3 bahan ini wajib ada di rumah untuk kita cuci buah dan sayur. Tak boleh putus stok okay.
Kalau nak guna sabun pencuci buah pun boleh, cari yang natural dari bahan semula jadi. Tapi, sebab dah boleh dapat 3 bahan tadi dengan harga jauh lebih murah, sebab tu saya tak guna sabun pencuci buah.
Ratio untuk basuh buah dan sayur
1. Garam – 1 sudu kecil garam : 1 cawan air
2. Cuka – 1 cawan cuka : 3 cawan air
3. Soda bikarbonat – 2 sudu kecil soda bikarbonat : 4 cawan air ( nak mudah boleh beli jenis shaker. Boleh klik SINI )
Cara cuci
Kacau sebati, dan rendam buah atau sayur dalam 10 – 15 minit. Kali ini saya buat untuk buah strawberi dan blueberry. Boleh tengok gambar ya macam mana saya buat. Tak susah pun, perlukan sedikit je effort dari kita.
Lepas rendam boleh bilas dan tos.
Kita cuba sama-sama ya, basuh buah dengan lebih teliti.
Sayur lobak merah antara yang selalu ada dalam peti sejuk kita. Tapi ada masa disebabkan lama tak masak yang awalnya segar jadi kecut dan lembik.
Bila dah jadi begini, ramai juga yang masuk dalam tong sampah sebab ingat dah tak boleh guna. Lepas ni kalau lobak merah dah jadi macam jangan buang tau sebab kita boleh segar semula dan guna kembali untuk memasak.
Nak segar dan keraskan kembali lobak merah ini pun mudah sangat. Tip ini dikongsi oleh Munirah Jamaluddin. Caranya;
1. Buang kulit lobak merah yang dah lembik dan potong beberapa bahagian.
2. Sediakan air dalam mangkuk, kemudian rendam dalam air.
3. Lobak merah akan kembali segar dan keras setelah direndam dan boleh digunakan dalam masakan.
Resipi udang butter garlic ini hidangan paling sesuai kalau mencari lauk yang mudah dan cepat siap.Walaupun ringkas saja resipinya tapi rasa dan aromanya mewah...