Pau goreng inti kacang merah yang rangup dan sedap sesuai dijadikan hidangan waktu sarapan. Buat doh pau lebih sikit boleh juga diisikan dengan inti lain atau juga goreng kosong.
Pau goreng macam ni memang sedap untuk dijadikan menu ketika sarapan mahupun minum petang. Pau goreng berinti kacang merah, inti sambal antara yang menjadi pilihan ramai. Rangup di luar lembut di dalam.
Makan dengan keluarga sambil minum kopi atau teh cukup menyelerakan. Makan pula panas-panas memang tak cukup satu. Bolehlah cuba nanti!
Resepi Pau Goreng Inti Kacang Merah Gebu
Bahan-bahan:
800 gram tepung gandum
1 biji telur
3 sudu besar planta
2 sudu besar susu pekat
1 sudu kecil gula
½ gelas air suam
1 peket yis
Air sejuk secukupnya
Cara Memasak:
Ads
Masukkan gula, yis & air suam. Biarkan seketika hingga yis tu nampak kembang dalam gelas.
Dalam satu bekas masukkan tepung gandum, telur, planta, susu pekat & bancuhan yis.
Kemudian, masukkan air sejuk sedikit demi sedikit sehingga doh lembut. Pastikan masukkan air tu masukkan sedikit2 ye supaya doh tak terlebih air. Uli sehingga doh tidak melekat di tangan.
Kemudian rehatkan doh, sehingga naik 2 kali ganda.
Ads
Kemudian, tumbuk2 manja sikit doh gitu, supaya udara keluar.
Ambil sedikit doh, masukkan inti kacang merah & bulat2kan. Buat sendiri letak inti meriah gitu.
Dalam dulang untuk susun pau tu, pastikan taburkan dengan tepung dulu. Kemudian, lepas siap susun doh ayakkan sedikit tepung di atas doh supaya bila kita nak ambil untuk goreng tak melekat di tangan. Rehatkan sekejap.
Kemudian, gorengkan pau. Pastikan minyak panas. Semasa permulaan perlahankan api, kemudian guna api sederhana.
Ads
Jika suka garing boleh goreng lama sikit, yang suka lembut kurangkan masa goreng. Angkat dan sejatkan supaya minyaknye turun.
Siapa suka cucur badak? Kadang-kadang bila membeli nak dapat yang sedap dan mencapai citarasa memang sukar. Luarnya dah ok tapi intinya pula hapak dan tak sedap. Bagi memuaskan hati, jomlah buat sendiri intinya . Buat banyak, boleh simpan dalam tupperware. Makan dengan nasi, buat inti cucur badak, inti pulut sambal, pulut udang pun boleh.
Bahan-bahan : Bahan utama 1 biji kelapa parut
Bahan kisar: 4 ulas bawang merah 4 ulas bawang putih 4 batang serai 5 tangkai cili kering. Potong kecil(buangkan sikit biji)-BELI ONLINE DI SINI 3 cm halia 2 cm kunyit hidup 1 cawan udang yang dah direbus 1/2 cawan air(agak-agak boleh kisar bahan-bahan)
Bahan Perasa: 2 sudu besar gula 1 sudu kecil garam 1 sudu kecil jintan manis (ditumbuk kasar)-BELI ONLINE DI SINI 1 sudu besar serbuk perasa
Cara memasak: 1) Kisarkan sedikit kasar(untuk lebih sedap. Ada rasa bahan tu) 2) Masukkan kelapa parut ke dalam kuali non stick. Masukkan bahan-bahan kisar. Masak atas api sehingga kering air(nak tau kering air, kelapa parut tak melekat antara satu sama lain) sambil masak tu gaul-gaul supaya tak hangit/nak sekatakan bahan-bahan tadi. 3) Masukkan semua bahan perasa. Gaul sebati. Siap.
Kuih dengan rona kuning keemasan diberi nama kuih Jala Mas dan popular di Terengganu dan Kelantan. Penghasilan ialah daripada kuning telur dengan proses yang agak cerewet. Bentuknya seperti mee malah lebih lebih halus dan lembut yang diurai ke dalam air gula yang panas. Kuih ini sering menjadi hantaran perkahwinan Melayu. Nak tahu cara buatnya lihat perkongsian resipi oleh Anie Kue.
JALA MAS
BAHAN-BAHAN:
30 biji kuning telur | ditapis
1kg gula
1kg air
Daun pandan
Pewarna kuning
Kuali seeloknya guna kuali tembaga. Jika tiada, guna mana-mana kuali yang tebal.
Acuan untuk jala mas (boleh juga guna acuan roti jala)
CARA MEMASAK:
Masukkan air, daun pandan, gula dan pewarna kuning ke dalam periuk. Masak hingga didih dan air gula kelihatan agak pekat. Pada waktu ini, daun pandan bolehlah dibuang.
Kemudian kirai kuning telur yang telah ditapis ek dalam air gula tadi. Guna acuan yang bermuncung halus.
Untuk proses mengirai ni, kirai sikit-sikit, kemudian angkat. Boleh juga menambah sedikit air kerana air gula akan menjadi bertambah pekat. Ulang hingga habis adunan.
Jala mas yang siap dihasilkan, boleh dinikmati begitu sahaja atau dijadikan pelengkap hidangan puding raja.
Nota: Pewarna tidak boleh dimasukkan ke dalam adunan kuning telur kerana ianya tidak larut dan menjejaskan kualiti Jala Mas.
Teringin nak makan Kuih Akokhomemade yang sedap dan panas-panas masa berbuka? Ha…Cubalah buat sendiri dengan resipi perkongsian saudari Sitisarah Hamid ni. Mudah je. Paling istimewa sebab boleh bakar guna mesin kek cawan je. Tak perlu guna arang pun. Namun jika tiada sandwich maker, anda boleh menggunakan loyang muffin dan dibakar dalam ketuhar atau acuan kuih cara dan masak menggunakan dapur gas. Sangat mudah. Jom lihat bahan-bahan dan cara pembuatannya. Pasti puas hati dapat makan kuih ni untuk berbuka puasa.
CARA MEMBUAT KUIH AKOK SEDAP
BAHAN-BAHAN:
6 biji telur 2 keping nise /gula melaka besar (kalau yang kecil guna 3 keping) – beli online disini 1 cawan santan 1/2 sudu teh garam 3 sudu makan tepung gandum – beli online disini 1/4 cawan air
CARA MEMASAK:
1. Masak gula melaka atau nise dengan air hingga larut. Sejukkan. 2. Kemudian satukan semua bahan termasuk air gula melaka tadi. Kisar hingga sebati. Boleh juga jika kacau guna tangan sahaja. 3. Adunan Kuih Akok siap untuk dibakar. Tuang adunan ke dalam acuan dan biarkan masak. Boleh guna mesin pembakar kek cawan sebegini.
4. Kuih Akok sedia untuk dinikmati.
NOTA:Jika tiada mesin kek cawan ni, boleh sahaja bakar menggunakan sandwich maker, dimasukkan ke dalam tray muffin dan dibakar di dalam ketuhar atau menggunakan acuan Kuih Cara dan dimasak di atas dapur gas. Semuanya menjadi.
Nak tahu ayam segar atau tidak? Rahsianya ada pada warna buntut ayam! Ketahui cara mudah bezakan ayam segar, ayam tak halal, dan ayam bangkai sebelum beli di pasar.