1. Bahan segar dipotong kasar, dan ditumis sehingga naik aroma. Ayam kena potong kecil-kecil supaya cepat masak. Kalau nak lagi cepat, guna bahagian dada sahaja. Cuma kena ingat, bahagian paha, kepak, leher dan kakilah yang paling sedap. Tumis ayam! 2. Bila nampak ayam kuning, capai kicap lemak manis dan curah atas ayam. Agak-agak sahajalah. Kalau tak suka makan manis, guna kicap lemak masin. Saya gunakan api besar. Sentiasa gaul ayam.
3. Capai pula sos cili, masukkan. Bahan-bahan ni saya percaya semua orang ada dalam peti ais di rumah masing-masing. Kalau tak dalam botol, dalam peket kecil entah McD ke KFC punya mesti ada, kan? 4. Sekarang giliran sos tomato. Manis dah ada, masin dah ada, maka kena ada rasa masam. Selain beri rasa masam, tomato beri rasa umami. Sos-sos ni juga membantu pekatkan kicap.
5. Godek sampai ayam diyakini masak. Kalau tak masin, tambah garam. Ayam ni kita nak dia pekat dan kalau boleh sampai kering. Kuah dia semua nanti lekat pada ayam. Oh, saya letak sikit bawang Holland. 6. Bila dah kering, letaklah apa-apa daun. Biar nampak rupa sikit. Kalau tidak, gelap je kejadiannya. Kalau ada hijau sikit, merah sikit, baru menyelerakan. Siap! Dah boleh hidang.
Ada tanam pucuk ubi kat belakang rumah, kalau ada memang sedap dimasuk dalam lauk kerang masak lemak dengan cili api.Ni lauk tradisi memang senang dibuat.
Jome semak resipi dari Sweety Rose Cafe, yang disumbangkan oleh pemilik kafe ini Mohd Azmi dan Atie. Untunglah rumah yang ada pucuk ubi kat laman belakang rumah Azmi. Yang takde kenalah beli kat pasar tani.
KERANG MASAK LEMAK PUCUK UBI CILI API :
BAHAN-BAHAN :
1kg kerang segar
2 batang serai
2inci halia
2inci kunyit hidup
1 biji bawang besar
2 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
10 biji cili merah dan hijau
Perencah secukup rasa
Garam secukup rasa
Garam secukup rasa
Pucuk ubi secukupnya
Sedikit air
Sedikit minyak untuk menumis
CARA MASAK: 1. Bawang kunyit halia serai dikisar. 2. Tumis bahan-bahan di atas, Masukkan sedikit air. 3. Masukkan santan, kacau perlahan-lahan sehingga mendidih. Kemudian masukkan kerang. 4. Akhir sekali masukkan pucuk ubi 5. Siap untuk dihidangkan.
Dari : Azmi & Atie FB : Mohd Azmi. Pemilik Sweety Rose Cafe
Makanan Indonesia memang trekenal dengan kepedasan serta penggunaan cili yang banyak. Sambalnya pula, perghhh..memang memukau selera dan boleh dikatakan sebagai antara sambal yang terbaik yang boleh kita cuba. Cukup rasa, penuh ciri-ciri asli yang memukau deria. Bagi yang pernah merasainya, pasti tahu penangan sambal negara seberang ni macam mana. Nak cuba? Jom lihat resipi aneka sambal perkongsian dari Restoran Cibiuk, Shah Alam.
1. SAMBAL MERAH CIBIUK
BAHAN-BAHAN :
20 biji cili padi merah
3 biji cili merah | hiris
4 biji bawang merah hiris
1 ulas bawang putih | hiris
1cm kencur | hiris
4 biji tomato | dadu
Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
Tumbuk kencur bawang merah dan bawang putih hingga lumat.
Masukkan cili padi dan merah, tumbuk lagi.
Kemudian masukkan tomato, tumbuk lagi seketika.
Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
Sedia dihidangkan.
INFO CHEF: Jika tidak mahu terlalu pedas kurangkan cili padi dan lebihkan cili merah.
Bila Datin Azreen Abu Noh, penerajuk Wood &Steel Wangsa Maju dan Damasara sudi berkongsi beberapa resipi kegemaran keluarganya dengan RASA, min memang berbesar hati pula untuk share dengan semua geng RASA semua untuk cuba pulak.
Tak sangka sungguh, dalam pada sibuk dengan urusan bisnesnya, Datin Azreen masih sempat masak dan memasak ada minatnya. Sebab itulah dapur basahnya cukup besar dan segala keperluan memasak lengkap. Ada beberapa menu yang disediakan olehnya dan beikut dua resipi yang osem dari air tangan Datin untuk anda semua boleh cuba.
KARI KEPALA IKAN JENAHAK
BAHAN-BAHAN:
2 Kepala Ikan Jenahak | bersihkan
3 batang bendi | buang tangkai dan hujung
1 biji bawang besar | hiris bulat tebal
2 biji tomato | belah dua
A: Bahan Tumis:
½ sudu teh halba
2 tangkau daun kari | lurut dari tangkai
B: Bahan Kisar:
3 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
2 cawang rempah kari ikan
1 cawan air
C: Bahan Lain-Lain:
1 cawan air asam jawa
1 cawan susu rendah lemak
1 cawan air
Garam dan perasa secukupnya
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak di dalam periuk.
Masukkan bahan A. Masukkan sedikit
Seterusnya, masukkan bahan B, goreng sehingga wangi dan pecah minyak.
Kemudian campurkan bahan C dan masukkan kepala ikan.
Biarkan kuah mengeleggak, kemudian tambahkan asam jawa dan garam secukup rasa.
Akhir sekali masukkan bendi, hirisan bawang besar.
Apabila bendi sudah lembut, tutup api dan masukkan tomato
AYAM TAGIENE MOROCCO
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ayam | dipotong 14
3 biji kentang | kupas dan belah 4
2 batang lobak merah | potong bulat tebal
1/4 biji kobis | hiris tebal
2 biji bawang besar | belah 2
1/4 labu | potong tebal
4 ulas bawang putih | ketuk
1/2 cawan kismis
Bahan Rempah:
1 sudu teh serbuk lada hitam
1 sudu makan serbuk Safron
1 sudu kecil paprika
1 sudu kecil jintan putih
1 sudu kecil jintan manis
Garam secukup rasa
Sedikit Minyak zaitun
1 cawan air
CARA MEMASAK:
Ayam digaul dengan rempah-rempah dan minyak zaitun.
Ada roti sandwic yang hampir tamat tempoh? Jangan buang! Cuba 6 resipi roti sandwic sedap ini termasuk lasagna, apple pie dan puding roti. Mudah dan menjimatkan!