Ada tanam pucuk ubi kat belakang rumah, kalau ada memang sedap dimasuk dalam lauk kerang masak lemak dengan cili api.Ni lauk tradisi memang senang dibuat.
Jome semak resipi dari Sweety Rose Cafe, yang disumbangkan oleh pemilik kafe ini Mohd Azmi dan Atie. Untunglah rumah yang ada pucuk ubi kat laman belakang rumah Azmi. Yang takde kenalah beli kat pasar tani.
KERANG MASAK LEMAK PUCUK UBI CILI API :
Ads
BAHAN-BAHAN :
1kg kerang segar
2 batang serai
2inci halia
2inci kunyit hidup
1 biji bawang besar
2 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
10 biji cili merah dan hijau
Perencah secukup rasa
Garam secukup rasa
Garam secukup rasa
Pucuk ubi secukupnya
Sedikit air
Sedikit minyak untuk menumis
CARA MASAK: 1. Bawang kunyit halia serai dikisar. 2. Tumis bahan-bahan di atas, Masukkan sedikit air. 3. Masukkan santan, kacau perlahan-lahan sehingga mendidih. Kemudian masukkan kerang. 4. Akhir sekali masukkan pucuk ubi 5. Siap untuk dihidangkan.
Ads
Ads
Dari : Azmi & Atie FB : Mohd Azmi. Pemilik Sweety Rose Cafe
Menu Ayam Goreng Kunyit ni memang sangat ringkas dan mudah. Satu hidangan cukup lengkap dengan sayur. Jadi tak perlulah masak lauk banyak kali. Anak-anak pun suka lauk sebegini. Untuk lebih enak, sediakan kicap, sambal belacan dan telur dadar. Memang ‘perfect’. Nak tahu cara-cara masak Ayam Goreng Kunyit yang sedap? Saudari Nina Mahdar kongsikan resipinya. Selamat mencuba!
RESIPI AYAM GORENG KUNYIT ALA KEDAI
BAHAN-BAHAN:
CARA MEMASAK: 1. Satukan tepung, garam, serbuk kunyit dan serbuk kari bersama isi ayam yang telah di potong kecil tadi. Gaul rata.
2. Panaskan minyak. Goreng ayam. Jika ayam masih melekat. Biarkan seketika.
3. Bila ayam kelihatan garing, terbalikkan. Jika ada isi ayam yang melekat, leraikan supaya semuanya masak sekata.
4. Bila ayam telah garing, masukkan sayur yang keras dulu seperti lobak merah dan bunga kubis.
5. Kemudian masukkan sayur-sayur lain. Goreng sehingga semuanya masak.
6. Angkat ayam dan toskan minyaknya terlebih dahulu.
Daging Masak Hitam Bawang Goreng, resipi perkongsian saudari Jaja Norizani nampak sangat sedap dan menyelerakan. Menurut beliau, resipi ini adalah warisan dari keluarganya dan merupakan menu ‘signature’ wajib ada keluarga terutamanya di musim perayaan. Sedap dimakan bersama nasi panas, lemang atau ketupat palas. Cara penghasilannya juga tidak susah. Sesuai sangatlah cuba buat untuk makan-makan bersama keluarga. Paling penting, kena rajin buat bawang goreng. Ini menjadikan menu ini lebih enak dan lain dari yang lain. Selamat mencuba!
CARA MASAK DAGING MASAK HITAM (BAWANG GORENG) WARISAN KELUARGA
CARA MEMASAK: 1.Hiris bawang merah halus-halus. Kemudian goreng hingag keperangan. Angkat dan toskan.
2. Perap hirisan daging dengan kicap pekat, kicap manis dan sedikit gula selama 1/2 jam. Sukatannta agak-agak sahaja. (gula dalam 2 sudu besar. Kicap pekat dan kicap manis jangan banyak sangat sebab masa menumis nanti kita akan tambah kicap lagi)
3.Panaskan minyak masak dalam kuali dan masukkan daging yang diperap tadi.
4. Masak sampai keluar air daging dalam 10 hingga 15 minit.
5. Kemudian masukkan cili kering kisar. Boleh lebihkan jika suka pedas. Reneh lagi hingga cili betul-betul masak.
6. Masukkan kicap manis, kicap masin dan kicap pekat. Sukatannya agak-agak sahaja diikuti dengan air asam jawa. Sukatannya juga jangan terlalu banyak untuk elak terlebih masam.
7. Renehkan daging hingga empuk. Jika kering atau daging belum empuk, tambah air dan terus masak hingga anda dapat tekstur daging yang lembut.
8. Akhir sekali masukkan bawang goreng dan masak hingga bawang sebati.
9. Rasa dan pastikan pedas, manis dan masinnya cukup dan menepati selera anda. Jika terkurang, tambah garam atau gula. 10. Daging Masak Hitam Bawang Goreng sedia untuk dinikmati.
Ayam Masak Cili Kering stail Cina Muslim yang sedap dan mudah dibuat. Gabungan rasa pedas, masam dan manis memang membuka selera makan dengan nasi panas.