Kalau dulu-dulu, nak makan menu berasaskan jering dan petai kena tunggu musim, sekarang dua bahan ini sentiasa ada di pasaran. Bila teringin makan boleh beli dan masak sambil mengimbau keenakan masakan autentik air tangan ibu-ibu di kampung. Berikut ada beberapa variasi menu jering dan petai yang boleh anda cuba sebagai hidangan keluarga.
GULAI LEMAK PETAI MUDA BERSAMA UDANG
BAHAN-BAHAN:
2 papan petai muda | kikis kulit arinya dan potong 3-4 cm
500gm udang saiz XL | bersihkan
2 batang serai | titik
2 keping asam gelugor
1 helai daun kunyit | carik-carik dan simpul
3 cawan santan
Garam dan gula secukup rasa
BAHAN KISAR HALUS:
15 biji cili padi
2 tangkai cili merah
1 ulas bawang putih
4 ulas bawang merah
3cm kunyit hidup
CARA MEMASAK:
Rebus petai yang telah dibersihkan hingga empuk. Angkat dan toskan.
Masukkan petai di dalam periuk bersama asam gelugor, serai dan daun kunyit dan bahan-bahan kisar halus tadi.
Tuangkan santan dan gaul rata.
Masak dengan api sederhana sehingga mendidih.
Seterusnya masukkan udang dan sentiasa kacau.
Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
Kecilkan api dan kacau seketika, kemudian tutup api.
Gulai sedia dihidangkan.
INFO CHEF: Anda boleh tukar udang dengan ketam mahupun ikan. Ikut selera dan cita rasa anda sekeluarga.
Ads
RENDANG BEREMPAH JERING TUA BERSAMA AYAM
BAHAN-BAHAN:
10 biji jering semai | rendam dan buang kulit arinya
500gm ayam | potong kecil, cuci dan toskan
1 liter santan pekat
3 sudu makan kerisik
1 sudu makan rempah kari
1 keping asam gelugor
3 batang sarai | titik
1 helai daun kunyit | siat dan simpul
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak secukupnya
BAHAN KISAR:
8 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
8 tangkai cili kering
3cm halia
2cm lengkuas
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dalam kuali, goreng jering. Angkat dan titik jering dalam lesung batu. Kemudian ketepikan.
Panaskan minyak, tumiskan bahan kisar bersama serai hingga wangi.
Kemudian masukkan rempah kari yang dibancuh dengan sedikit air. kacau rata hingga pecah minyak.
Masukkan ayam, kacau lagi sehingga ayam kecut.
Masukkan santan, asam gelugor dan daun kunyit.
Kemudian perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Apabila kuah agak pekat, kecilkan api, masukkan jering dan kerisik.
Kacau rata sehingga kuat menjadi kering dan timbul minyak.
Setelah secukup rasa dan ayam empuk. Tutup api.
Rendang sedia dihidangkan.
INFO CHEF: Selain ayam boleh juga guna daging tetel atau daging biasa.
SEMUR JERING BERSAMA DAGING
BAHAN-BAHAN:
300gm jering tua | buang kulit ari dan rebus
250gm daging | rebus dan hiris nipis
2 helai daun salam
3 helai daun limau purut | carik-carikkan
1 batang serai | titik
3 sudu makan kicap manis
1 sudu teh lada hitam | kisar kasar
1 sudu teh jus asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak secukupnya untuk menumis
BAHAN KISAR:
6 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
2cm halia muda
1 batang serai
3 biji buah keras
3 biji cili merah
10 biji cili padi
CARA MEMASAK:
Ads
Panaskan minyak, goreng daging yang telah direbus (jangan terlalu garing). Angkat dan ketepikan, kemudian titik daging supaya lembut.
Kemudian tumiskan bahan kisar bersama serai, daun salam dan daun limau purut hingga wangi.
Masukkan jering bersama daging goreng tadi, kacau rata 2-3 minit.
Masukkan air asam, kicap pekat manis dan perasakan dengan serbuk lada hitam, garam dan gula secukup rasa.
Kecilkan api, kacau sehingga semur kering dan timbul minyak lebih kurang 2-3 minit lagi.
Tutup api dan semur sedia dihidangkan.
INFO CHEF:Selain jering direbus, ia boleh juga digoreng. Terpulang kepada cita rasa anda.
DENDENG KERDAS BERSAMA DAGING
BAHAN-BAHAN
200gm kedas | goreng dan buang kulit arinya
200gm daging | rebus dan hiris nipis
1 sudu teh pes asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak secukupnya
BAHAN KISAR:
6 biji cili merah
6 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
2cm halia muda
2 biji buah keras
1 batang serai
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak, goreng daging (jangan terlalu kering). Angkat dan daging dititik supaya lembut.
Kemudian, tumiskan bahan kisar hingga wangi, kemudian masukkan pes asam jawa.
Seterusnya masukkan daging dan kerdas tadi, kacau lebih kurang 2-3 minit.
Kecilkan api, kemudian perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Kacau lagi sehingga kering dan timbul minyak lebih kurang 2-3 minit.
Tutup api, angkat dan hidangkan.
INFO CHEF: Selain kerdas boleh juga tukar dengan jering.
Tercari-cari resipi mi dan bihun yang mudah dan sedap? Maklumlah, sepanjang bulan Syawal ni, pasti ramai yang bakal mengadakan jamuan makan-makan tidak kiralah di rumah, di sekolah mahupun di pejabat. Bagi anda yang bakal buat potluck raya atau jamuan raya di pejabat, menu-menu mi dibawah ini sesuai anda sediakan. Sukatan disediakan sesuai untuk 10-15 orang makan. Jadi jika nak buat banyak, anda gandakan saja. Mudah! Selamat mencuba!
1. MI REBUS KELEDEK
BAHAN-BAHAN:
1kg mi kuning |dicelur
BAHAN KUAH:
1/2 kg ubi keledek |direbus dan dikisar halus
2 liter air
60gm cili kering |dikisar
6 sudu udang kering |dikisar
5 biji bawang besar |dikisar
4 ulas bawang putih |dikisar
Garam dan gula secukup rasa
BAHAN SAMPINGAN:
6 keping tauhu |digoreng
5 biji telur rebus | dibelah 2
6 biji cucur goreng | dipotong
100gm taugeh |dicelur
10 biji limau kasturi
500gm udang | digoreng tepung / optional
CARA MEMASAK:
Tumiskan bahan kisar sehingga naik baunya.
Kemudian masukkan air dan biarkan mendidih seketika.
Setelah mendidih, masukkan ubi keledek yang telah dikisar halus. Kacau rata.
Perasakan dengan garam dan gula kemudian biarkan mendidih dan sehingga kuahnya menjadi pekat.
Apabila mendidih, angkat dan hidangkan bersama mi kuning serta bahan hiasan lain.
Info Chef: Pastikan keledek direbus terlebih dahulu kemudiannya barulah dikisar dan dilecek hingga halus.
2. BIHUN SOTO AYAM
BAHAN-BAHAN:
1 paket bihun |dicelur
BAHAN KUAH:
8 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
2 batang serai
2sm halia
1 sudu makan lada hitam
3 liter air
Minyak masak untuk menumis
Garam dan serbuk perasa secukupnya
BAHAN SAMPINGAN:
15 biji bergedil
1/2 ekor ayam | direbus dan dicarik isi
200gm kacang tanah |digoreng
100gm taugeh |dicelur
100gm bawang goreng
CARA MEMASAK:
Kisarkan kesemua bahan kuah.
Panaskan minyak dan tumiskan kesemua bahan kisar sehingga naik baunya.
Masukkan air dan biarkan mendidih seketika.
Perasakan dengan garam dan serbuk perasa secukupnya. Kacau rata dan biarkan mendidih.
Hidangkan kuah soto bersama bihun, bahan sampingan serta sambal kicap.
Info Chef: Penambahan lada hitam dalam kuah soto menaikkan rasa pedas dan hangat pada kuah soto.
3. MI KARI THE WARUNG
BAHAN-BAHAN:
1kg mi kuning |dicelur
BAHAN SAMPINGAN:
5 biji telur rebus | dibelah 2
6 keping tauhu goreng | dihiris
8 tangkai kacang panjang | dipotong dan dicelur
2 sudu makan taugeh |dicelur
300gm isi ayam |direbus
BAHAN KUAH:
1 liter santan pekat
1.5 liter air rebusan ayam
6 ulas bawang putih |dihiris
5 biji bawang merah |dihiris
2 tangkai daun kari
180gm serbuk kari daging
2 batang kulit kayu manis( A )
2 biji bunga lawang
4 biji buah pelaga
2 senduk minyak masak
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dan tumiskan kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga bersama bahan hiris dan daun kari hingga naik baunya.
Kemudian masukkan bancuhan serbuk kari daging dengan sedikit air. Biarkan hingga garing dan pecah minyaknya.
Masukkan air rebusan ayam dan biarkan seketika hingga mendidih.
Apabila mendidih, masukkan santan dan kacau rata.
Perasakan dengan garam secukup rasa dan biarkan hingga kuahnya menjadi pekat.
Apabila mendidih dan pekat, angkat dan hidangkan bersama mi kuning dan bahan sampingan.
Info Chef: Lamakan sedikit proses merenehkan serbuk kari dan biarkan kuah sehingga benar-benar garing dan pecah minyaknya. Jika terlalu pekat, tambah air secukupnya.
4. LAKSA PENANG
BAHAN-BAHAN:
1kg laksa beras @ 2 paket laksa kering siap rebus
BAHAN KUAH:
2 liter air
1kg ikan sardin |direbus dan ambil isinya
40gm cili kering | direbus dan dikisar halus
8 biji bawang besar |dikisar
4sm halia |dikisar
4 kuntum bunga kantan | dibelah 2
1 ikat daun kesum
7 keping asam keping
Garam secukup rasa
BAHAN SAMPINGAN:
8-10 biji telur rebus
1 biji timun | dihiris
2 biji bawang besar | dihiris
Hirisan daun salad secukupnya
Limau kasturi secukupnya
CARA MEMASAK:
Satukan kesemua bahan kuah ( kecuali daun kesum)dan biarkan masak sehingga mendidih.
Perasakan dengan garam secukup rasa dan biarkan mendidih lagi sehingga mencapai kepekatan yang disukai.
Masukkan daun kesum dan biarkan layu seketika.
Apabila mendidih sekali lagi, angkat dan hidangkan bersama laksa dan bahan sampingan lain.
Sedia dinikmati.
Info Chef: Pastikan kuahnya dibiarkan mendidih sedikit lama supaya rasanya benar-benar sebati, pekat dan enak dimakan.
5. MI BANDUNG UDANG
BAHAN-BAHAN:
1kg mi kuning
16-20 tangkai cili kering
6 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
4 sudu makan sos tiram
4 sudu makan udang kering
40gm udang
400gm daging
Garam dan gula secukup rasa
2500ml air rebusan daging
4-5 tangkai sawi
Sedikit kubis
2 sudu makan sos tiram
4 biji telur
CARA MEMASAK:
Rebus udang kering bersama 1 cawan air.
Kisar cili kering, bawang putih, bawang merah dan udang kering bersama air rebusan udang kering.
Panaskan sedikit minyak, tumis bahan kisar sehingga pecah minyak.
Masukkan batang sawi, sos tiram, udang dan daging, kacau seketika. Kemudian masukkan air rebusan daging.
Masukkan daun sawi dan kubis berserta bancuhan tepung jagung.
Masak sehingga mendidih. Angkatdan sedia dinikmati bersama
Info chef:Basuh bersih mi kuning sebelum dihidangkan bersama kuah.
6. MI KARI ALA NYONYA
BAHAN-BAHAN:
1kg mi kuning
500gm ayam | potong kecil
1kg kerang | rebus dan ambil isi
300gm udang | rebud dan buang kulit
2 cawan air rebusan udang
10-15 biji bebola ikan
3 keping kek ikan
4 sudu makan rempah kari ayam | bancuh menjadi pes pekat
2 keping asam gelugor
1 biji kentang atau 1/2 biji keledek merah | rebus dan lecek halus
2 cawan santan pekat
2 cawan santan cair | boleh digantikan dengan santan kotak
BAHAN UNTUK REMPAH TUMIS:
1 batang kayu manis
3 kuntum bunga lawang
3 kuntum cengkih
5 biji buah pelaga
2 tangkai daun kari
BAHAN UNTUK KISAR HALUS:
6 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci lengkuas
1 batang serai | hiris nipis
10 tangkai cili kering | rebus dan toskan air
2 sudu makan udang kering | rendam sehingga lembut
BAHAN UNTUK HIASAN:
4 biji telur rebus | potong dua
2 tangkai sawi | potong dan rebus
Bawang goreng
Limau kasturi | potong dua
Taugeh
Daun bawang
Cili merah
Tauhu kering goreng
CARA MEMASAK:
Panaskan air sehingga mendidih dan celur mi kuning seketika. Angkat dan toskan.
Panaskan minyak, masukkan bahan rempah tumis dan kacau sehingga naik bau. Masukkan pula bahan kisar halus bersama pes rempah kari. Kacau sehingga agak garing dan betul-betul pecah minyak.
Masukkan ayam dan kacau seketika sehingga separuh masak. Kemudian masukkan air rebusan udang dan santan cair. Masak kuah sehingga mendidih.
Masukkan pula santan pekat, bebola ikan, kek ikan, udang, kerang, asam gelugor dan kentang (atau keledek) lecek. Kacau kuah semasa proses memasak supaya santan tidak pecah minyak.
Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Hidangkankan mi bersama bahan hiasan dan tuang kuah secukupnya.
Info chef: Apabila kuah sudah siap, angkat keluar asam keping jika rasa kuah sudah masam untuk mengelakkan kuah terlebih masam.
7. BIHUN SUP TULANG POWER
BAHAN-BAHAN:
1kg tulang dan daging lembu
1 bungkus bihun
BAHAN UNTUK REMPAH TUMIS:
2 batang kayu manis
5 biji buah pelaga
3 biji bunga lawang
3 tangkai cengkih
BAHAN UNTUK DIKISAR:
5 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
3 biji buah keras
1 sudu teh jintan manis
1 sudu makan lada hitam
1 sudu teh serbuk ketumbar
1 sudu teh jintan putih
½ batang lobak merah | potong dadu besar
2 biji kentang sederhana besar | potong dadu besar
Tomato | potong 4
BAHAN UNTUK SAMBAL CILI:
4 sudu besar serbuk cili | dibancuh dengan sedikit air
3 ulas bawang putih | dikisar
3 ulas bawang merah | dikisar
½ biji bawang besar | dikisar
Garam dan gula secukup rasa
BAHAN UNTUK HIASAN:
200gm lobak masin | dicelur
2 tangkai daun bawang
3 tangkai daun sup
Bawang goreng
CARA MEMASAK SUP:
Panaskan 3 sudu besar minyak dalam periuk
Tumiskan rempah tumis bersama bahan kisar. Biarkan sehingga naik bau dan pecah minyak
Masukkan tulang, kacau dan biar sebentar.
Masukkan air, lebih kurang 3 cawan.
Bila sup sudah mula mendidih, masukkan lobak merah dan kentang. Masak sehingga empuk.
Masukkan tomato beserta garam dan gula secukup rasa
Taburkan daun sup dan bawang goreng apabila hendak dihidang.
CARA MEMASAK SAMBAL CILI:
Panaskan satu senduk minyak di dalam kuali, tumis bawang putih, bawang merah dan bawang besar yang telah di kisar, tumis sehingga naik bau.
Masukkan bancuhan serbuk cili dan masak sehingga pecah minyak.
Perasakan dengan garam dan gula secukupnya, lebihkan sedikit gula untuk rasa yang lebih sedap.
CARA CELUR BIHUN SUP:
Rendam bihun di dalam air yang di campur dengan satu sudu serbuk kunyit selama satu jam
Apabila bihun sudah lembut tapis dan celurkan di dalam air yang panas mendidih selama beberapa minit, jangan terlalu lama kerana bihun akan menjadi lembik.
Kemudian bilas dengan air bersih.
Hidangkan bihun bersama bahan hiasan dan sup.
Info chef: Jika tidak menggunakan pressure cooker pastikan tulang direbus selama sekurang-kurangnya 2 jam untuk memastikan tulang betul-betul lembut dan lerai dengan sempurna.
8. MI REBUS MUAR
BAHAN-BAHAN:
1kg mi kuning |dicelur
250gm taugeh | buang ekor dan celur
Limau kasturi
Bawang goreng
3 biji telur | direbus
1 tangkai daun sup | hiris halus
Cili merah | hiris nipis
Cili hijau | hiris nipis
3 ketul tauhu | goreng dan hiris sederhana nipis
BAHAN UNTUK KUAH:
1 senduk minyak masak
500gm daging | hiris nipis
500gm keledek merah | anggaran 2 ketul kecil
2 sudu makan taucu
5 ulas bawang merah | kisar halus
4 ulas bawang putih | kisar halus
2cm halia | kisar halus
1 sudu makan udang kering | direndam dan kisar halus
2 sudu makan serbuk kari daging
6 cawan air
½ cawan serbuk kacang tanah | kacang digoreng tanpa minyak dan kisar halus
2cm lengkuas | dititik
1 biji tomato | dipotong dadu
Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK KUAH:
Rebus keledek sehingga masak dan lenyek halus.
Panaskan minyak, tumis bahan kisar sampai wangi, kemudian masukkan rempah kari daging dan taucu. Masak hingga pecah minyak.
Masukkan daging dan kacau sebati.
Masukkan air dan keledek yang dilenyek tadi. Masak hingga mendidih.
Kemudian masukkan lengkuas, serbuk kacang dan tomato. Didihkan sehingga kuah menjadi pekat.
Perasakan dengan gula dan garam secukupnya.
Info chef: Boleh hiaskan dengan tauhu goreng, daun bawang, telur rebus, cili merah dan hijau dan taugeh. Perahkan dengan limau kasturi untuk tambah kesedapan.
9. MI KOLOK DAGING SARAWAK
BAHAN-BAHAN:
8 gulung mi sanggul
2 sudu makan perencah sup
400gm daging
10 ulas bawang putih | dicincang
15 biji cili api
2 sudu teh serbuk lada hitam
8 sudu makan minyak masak
10 sudu teh kicap manis
2 sudu teh kicap pekat
4 biji limau kasturi | ambil jusnya
2 sudu teh sos ikan atau sos soya
2 sudu teh cuka
Daun bawang & daun sup | dihiris
Air secukupnya
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK SUP:
Rebus daging bersama perencah sup, garam dan air secukupnya. Rebus sampai empuk.
Setelah masak, toskan daging dan hiriskan nipis-nipis.
Ketepikan kuah/supnya (boleh panaskan semula dan tambahkan sedikit air jika berkurangan)
CARA MEMASAK MI :
Rebuskan mi bersama sedikit garam sehingga lembut (40 saat). Keluarkan dan toskan.
Panaskan 2 sudu besar minyak masak dalam kuali. Goreng bawang putih sehingga garing. Keluarkan.
Masukkan pula mi yang telah ditoskan ke dalam kuali dan goreng sebentar menggunakan minyak bekas bawang tadi.
Perasakan dengan cuka, sos ikan / sos soya dan sedikit garam. Keluarkan dan ketepikan.
Di dalam kuali yang sama, panaskan 2 sudu besar minyak masak dan goreng daging yang telah dihiris tadi.
Masukkan kicap pekat, 1-2sudu besar kicap manis, serbuk lada hitam dan secubit garam.
CARA MEMASAK SAMBAL:
Kisar cili api dengan 1 ulas bawang putih hingga lumat. Kemudian gaulkan bersama kicap manis dan perahan jus limau kasturi.
Info chef: Jika tiada kicap manis, boleh guna kicap masin dan tambah sedikit gula.
10. BIHUN BELACAN
BAHAN-BAHAN A
1 bungkus bihun | rendam kembang dan celur dengan air panas
Tauge secukupnya
Timun | potong halus
Telur padi
Sotong kembang | potong sederhana
Limau kasturi
BAHAN-BAHAN B (KISAR)
1 biji bawang bombay
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1/2 inci halia
sedikit udang kering
BAHAN-BAHAN C
Cili giling (abaikan jika tidak mahu pedas)
Minyak sedikit untuk menumis
BAHAN-BAHAN D
1 liter air
½ inci belacan | tambah sedikit air dan hancurkan
2 sudu teh pitis udang
1 sudu teh pes asam jawa | lebihkan jika mahu rasa masam
Sedikit kicap pekat masin atau kicap pekat | untuk warna
Sedikit garam
Gula dan bahan perasa secukupnya.
1 ½ sudu teh tepung jagung | tambah sedikit air untuk memekat kuah
CARA MEMASAK:
Tumis bahan (c) hingga garing dan masukan bahan kisar. Tumis sehingga kuning dan bawang masak.
Masukan bahan (d) kecuali bancuhan tepung jagung dan biarkan mendidih menggunakan api sederhana selama 10 minit. Masukkan sedikit garam.
Tapis kuah terlebih dahulu menggunakan penapis kecil supaya dapat kuah yang halus.
Masukan bancuhan tepung dan kacau rata. Tutup api. Kuah jangan terlalu cair ataupun pekat.
Siap dan boleh dihidangkan bersama bahan A, bahan sampingan diatas.
Info chef: Jika tiada tepung jagung, boleh digantikan dengan tepung kentang.
Suka makan Singgang Ikan Tongkol? Memang sedap lebih-lebih lagi letak bendi. Sajian ini adalah salah satu masakan Kelantan yang mudah, simple dan jimat masa. Bahan-bahannya pun mudah je. Bendi tu pilihan sahaja. Jika tak letak pun tak mengapa. Tapi kalau letak, lgi sedap meratah. Jom cuba resipi perkongsian saudari Mizah Ngatiman ni. Pasti puas hati. Selamat mencuba!
CARA MASAK SINGGANG IKAN TONGKOL CARA KELANTAN
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ikan tongkol – potong kecil
Bendi
2 biji cili – belah tengah
1 biji bawang merah – hiris
3 ulas bawang putih – hiris
2 inci lengkuas – hiris
2 keping asam gelugur
Gram secukup rasa
Air sebanyak mana kita nak kuah singgang
CARA MEMASAK:
1.Masukkan air ke dalam periuk dan masukkan semua bawang yang telah dihiris, lengkuas dan cili.
2. Bila kuah sudah mendidih manja, masukkan ikan.
3. Masukkan garam dengan secukupnya dan biar hingga isi ikan lembut.
4. Tambahkan asam keping.
5. Akhir sekali, masukkan hirisan bendi. Bila bendi kelihatan agak layu, tutup api.
6. Singgang Ikan Tongkol siap dan sedia untuk dinikmati.
Bagi penggemar lauk pauk pedas dan bersambal, resipi Ikan Cencaru Sambal Goreng Pedas perkongsian saudari Tengku RosElyza Raja Muhammad antara yang boleh dicuba. Sedap dan tentunya hangat. Namun bagi penggemar lauk bercili, tentunya berasa nikmat. Selain ikan cencaru, boleh juga guna ikan lain ataupun ayam. Sesuaikan sahaja ikut selera masing-masing. Selamat mencuba!
1. Panaskan minyak masak dan goreng ikan sampai garing. Angkat dan ketepikan. 2. Kisar kasar belacan, bawang merah, bawang putih, cili api, ikan bilis dan cili merah. Pastikan kisaran tidak terlalu halus.
3. Panaskan minyak dan tumis bahan tumisan. Masukkan juga serai yang diketuk dan teruskan masak hingga pecah minyak. (minyak perlu lebih supaya bahan tumisan tidak kering dan tumisan akan jadi cantik).
4. Masukkan air asam @ asam keping, garam dan gula secukup rasa. Sebatikan.
5.Bila sudah cukup rasanya, tuang sambal di atas ikan. 6. Ikan Cencaru Sambal Goreng Pedas sedia untuk dihidang.
Resipi sup ikan jenahak ini sesuai dihidangkan bila teringin menghirup sup panas. Tambah pula kalau cuaca hujan atau mendung, lagi berselera makan lauk sebegini.Cara...