Resipi lama cara pembuatan pun gaya lama, kuih tradisional orang dulu-dulu yang masih digemari tetapi tidak banyak tempat yang menjual kuih ini. Sangat ‘rare’ kalau kamu teringin merasanya, apa kata ikut resipi ini pasti jatuh cinta.
Cara-cara:
1. Campur gula merah, gula pasir, santan , garam & daun pandan dan masak sehingga mendidih. Dah mendidih tutup api. Biarkan sejuk. Dah sejuk tapis.
2. Masukkan tepung dalam besen, kemudian masukkan bahan2 yg dimasak td (No 1). Kacau sampai hancur semua tepung tu.
3. Balut dalam daun pisang (daun pisang kena sapu minyak supaya x melekat) lepas tu kukus 15-20 minit.
Siap…
NOTA: Kalau yang ade kelapa macam mana pulak yer?… Kalau yang ada kelapa. Hanya parut kelapa. Tambah sedikit garam. Letak acuan atas daun pisang. Kemudian letak inti kelapa lepas tu balut sampai inti kelapa tu tak kelihatan.
Resipi talam keledek oren. Pernah buat sendiri tak? Atau pernah makan? Sedap tau. Macam kuih talam lain juga. Sememangnya kuih talam memiliki peminat tersendiri. Sekarang macam-macam perisa yang ada. Kali ini cuba pula resipi ini ye.
Ikut saja resipi yang dikongsikan oleh puan Sue Suria ini. Cubalah. Tak susah mana pun.
1cawan keledek oren – rebus dan lenyek (untuk bahagian atas)
1/2 cawan keledek dadu (kukus sekejap) – untuk bahagian bawah
Untuk lapisan bawah, sebatikn dulu semua bahan A. Kemudian tapis masuk periuk. Setelah itu, masak dengan menggunakan api sederhana.
Kacau hingga dah nampak nak pekat, masukkan ubi yang dikukus tadi. Kacau sekejap. Bila dah pekat adunan, tutup api dan tuangkan adunan ke dalam Loyang. Sebelum itu, sapu minyak pada loyang berukuran 6 inci. Kemudian lapik plastik ye. Kukus sekitar 20 minit.
Untuk lapisan bawah, sebatikn semua bahan. Tapis dan masukkan ke dalam periuk.
Masak dan kacau atas api sederhana hingga pekat. Tak perlu masa lama ye. Kemudian tuang di atas lapisan bawah tadi. Sebelum tuang, cakar-cakarkan sikit lapisan bawah ye.Kukus 25 minit lagi.
Setiap 5 minit buka tudung kukusan supaya air tak menitis atas lapisan. Kalau nk balut tutup pengukus dengan tuala bersih pun boleh. Tak perlu buka tutup tiap 5 minit.
Setelah siap, tunggu sejuk dulu, barulah boleh dipotong. Oh ye. Resipi ini menggunakan cawan/sudu metric.
Donut memang sedap lebih-lebih lagi jika ianya gebu dan seakan cair di mulut. Fuhhh..Sekeping je tak cukup. Kalau buat kuih ni banyak-banyak, boleh je simpan sejukbeku. Anda nak cuba buat sendiri untuk hidangan suami dan anak-anak? Boleh cuba resipi di bawah ini.
Sedapnya Karipap Inti Ikan ni. Lama rasanya tak mencuba juadah popular dari Terengganu ni. Berbeza dengan karipap biasa yang menggunakan kentang atau sardine tin, karipap ini menggunakan inti ikan segar yang dimasak bersama santan dan ramuan-ramuan lain. Memang sangat membuka selera. Sedap boh. Rugi tak cuba. Bagi anda yang rasa, resipi mudah dari saudari Hajar Mohd ni antara yang terbaik. Selamat mencuba!
1. Masukkan tepung gandum ke dalam besen bersama garam. Gaul rata.Kalau tak letak garam nanti tawar pula.
2. Panaskan minyak masak hingga betul-betul panas.
3. Bila minyak sudah panas mendidih, terus tuang ke dalam besen berisi tepung tadi.
4. Cepat -cepat gaul minyak panas bersama tepung dengan menggunakan spatula. Jangan gaul guna tangan nanti melecur pula.Kalau tiada spatula, boleh guna senduk, sudip atau garpu.
5. Bila tepung tadi sudah sejuk sedikit, ramas-ramas dengan tangan supaya adunan tidak berketul.
6. Masukkan air sejuk dari peti ais atau air berais sedikit demi sedikit. Uli adunan sampai jadi doh.
7. Tutup doh dan rehatkan sekurangnya 10-15 minit. 8. Leperkan doh dan sedia untuk dimasukkan inti.
BAHAN INTI IKAN:
1kg ikan Selayang @ sardin 1 sudu teh halba – beli online disini 5 ulas bawang merah @1 biji bawang merah besar – mayang 1 inci halia – mayang halus 2 cawan santan segar
CARA MEMASAK:
1.Bersihkan ikan dan rebus menggunakan air secukupnya.
2. Bila sudah masak, asingkan isi dan tulang ikan tadi. Tumbuk kasar isi ikan tadi.
3. Seterusnya sediakan bahan-bahan yang diperti halba, bawang dan halia.
4. Masukkan santan segar ke dalam kuali. Boleh juga menggunakan santan kotak. Masukkan isi ikan yang ditumbuk kasar.
5. Hidupkan api dapur dan masukkan bahan mayang tadi ( bawang merah, halia dan halba).
6. Masak dan kacau hingga kuah santan kering atau sedikit lembap.
7. Ambil kulit karipap yang sudah dicanai tadi, masukkan inti dengan secukupnya dan kelim bahagian tepi. Lakukan hingga habis adunan.
8. Panaskan minyak dan goreng semua karipap tadi. Tip untuk kulit karipap yang licin ialah, goreng guna api perlahan.
9. Karipap Inti Ikan yang siap dimasak. Jika ada lebihan, boleh dsejukbekukan.
RASA Bubur Lambuk Rewang Abang Bomba 2026 bakal berlangsung di Dataran Merdeka dengan penghasilan 16,000 pek bubur lambuk bersama anggota bomba dan komuniti sebagai percubaan rekod Malaysia.