
Ada yang panggil kuih kasturi, kuih kacang hijau atau kuih rengas tapi cara pembuatan masih sama. Rasa inti kacang hijau berkrim dan bancuhan tepung diluar merangupkan kuih ini.
BAHAN INTI (KACANG HIJAU):
- 500gm kacang hijau
- 2 cawan gula
- 1 cawan kelapa parut
- 1/2 cawan tepung gandum
- Secubit garam
- Air untuk merebus kacang hijau
CARA MEMASAK:
- Rebus kacang hijau sehingga hancur..
- Bila sudah hampir kering. Masukkan kelapa parut, tepung gandum, gula dan secubit garam.
- Kacau sehingga betul-betul kering. Angkat dan sejukkan.
- Bila sudah sejuk. buat dalam bulat dan tekan.
BAHAN-BAHAN BANCUHAN:
- 3 cawan tepung gandum
- 1/2 cawan tepung beras
- 1/3 sudu mkn marjerin
- 1 sudu kecil garam
- secubit gula
- air secukupnya
- Sedikit pewarna kuning
- Minyak masak secukupnya untuk menggoreng
CARA MEMASAK:
- Dalam bekas, campurkan tepung gandum dan tepung beras, marjerin, garam,gul
a. - Masukkan air sedikit demi sedikit dan kacau supaya adunan cepat sebati. Tambahkan sedikit pewarna kuning.
- Panaskan minyak dalam kuali, celupkan inti yang sudah dibentuk tadi ke dalam adunan tepung dan goreng sehingga keemasan.
KREDIT GAMBAR & RESIPI: Habibah Binti Ujang
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Himpunan Menu Minum Petang Lejen Confirm Puas Hati Makan

Resipi dari air tangan ibu sememangnya tidak bandingan. Kesedapan memang terigau-igau buat anda terkenang selamanya. Walaupun masakan yang disediakan nampak ringkas dan bahan yang digunakan mudah didapati, bila ibu memasak dengan penuh kasih sayang menjadikan setiap hidangan itu istimewa. Jom kembalikan nostalgia lama dengan menyediakan hidangan minum petang yang sering dihidangkan dulu dan kini.
BUBUR CHA CHA CEMPEDAK
BAHAN–BAHAN:
100g cha cha kering
200g keladi
100g keledek kuning
100g keledek oren
100g keledek ungu
50g sago
5 ulas isi cempedak
Bahan-bahan (kuah santan):
750ml air
150g gula batu
2 cawan santan
Daun pandan
1/2 sudu kecil garam
CARA MEMASAK :
1. Rebus cha cha kering. Angkat apabila sudah terapung dan rendam di dalam air.
2. Rebus keladi dan keledek hingga empuk. Angkat dan toskan.
3. Rebus sago hingga masak. Angkat dan toskan.
4. Untuk memasak kuah santan, larutkan gula batu di dalam air.
5. Masukkan santan, daun pandan, dan garam. Kacau dan biar reneh.
6. Masukkan cha cha, keladi, keledek, isi cempedak dan sago.
7. Hidang panas atau sejuk.
Info chef: Sago direndam semalaman untuk cepatkan ia kembang dan cantik jika dimasak dengan api yang perlahan supaya santan tidak pecah minyak
UBI KAYU REBUS BERSAMA INTI KELAPA GULA MELAKA GEREK
BAHAN-BAHAN :
UBI KAYU REBUS
Ubi kayu
Secubit garam
INTI KELAPA GULA MELAKA GEREK
1 mangkuk kelapa parut
1 ketul Gula Melaka Gerek
Secubit garam
2 helai daun pandan
1 mangkuk air
CARA MEMASAK UBI KAYU
- Rebus ubi kayu
- Masukkan secubit garam
- Rebus ubi sehingga ubi empuk
- Setelah empuk, angkat dan sejukkan
INTI KELAPA GULA MELAKA GEREK
1.Di dalam kuali besar, cairkan gula melaka gerek bersama satu mangkuk air
2.Setelah gula melaka sebati cair, masukkan kelapa parut
3.Masukkan daun pandan
4.Masukkan sedikit garam
5.Gaul sehingga kelapa parut kering bersama air gula melaka tadi
6.Setelah kering, angkat dan sejukkan
7.Sedia dihidangkan bersama ubi rebus tadi
Info chef: Pilih kulit kayu yang berkerak bukan kulit yang licin. Ubi kayu yang baik tak masuk angin dan lembut bila direbus
ROTI JALA BERSAMA KARI IKAN
BAHAN-BAHAN:-
ROTI JALA
3 cawan tepung gandum
3 cawan air
1 biji telur
1/2 sudu teh serbuk kunyit
1/2 sudu teh garam
CARA MEMASAK
- Masukkan semua bahan kedalam blander dan bland sebati.
- Tapiskan adunan menggunakan penapis santan supaya tidak berketul.
- Test dulu sama ada adunan mudah keluar dari acuan atau tidak.
- Jika susah keluar, tambahkan lagi sedikit air dan kacau sebati.
- Bakar adunan diatas kuali leper hingga garing dibawahnya.
- Bila dah masak angkat masukkan dalam pinggan.
- Kemudian lipat atau gulung roti jala.
Info chef: Guna serbuk kunyit selain pewarna kuning untuk rasa yang sedap di samping warna yang cantik kuning keemasan.
KARI IKAN KEMBUNG ALA UTARA
5 ekor ikan kembung (sederhana kecil)
4 sudu besar rempah kari ikan
1 biji bawang besar (dikisar)
3 ulas bawang putih (dikisar)
1 bungkus santan (1 1/2 biji kelapa)
8 biji kacang bendi (kalau suka letak lebih)
3 biji tomato (belah 4)
4 biji cili merah
BAHAN TUMIS:
3 biji bawang merah (dihiris)
2 ulas bawang putih (dihiris)
1 sudu halba campur
5 helai daun kari
6 sudu minyak masak
1 cawan air asam jawa (1 inci)
1 kiub pati ikan bilis
garam secukup rasa
Cara memasak:
- Bersihkan ikan dan diketepikan.
- Bancuhkan rempah kari bersama air panas dan bahan kisar.
- Panaskan minyak dan masukkan bahan tumis sehingga kekuningan. Kemudian masukkan pula bancuhan rempah kari.
- Apabila rempah garing dan naik bau, masukkan air asam jawa. biarkan seketika.
- Kemudian, masukkan separuh santan bersama sedikit air. Biarkan mendidih.
- Masukkan kiub ikan bilis, bendi, tomato dan cili merah. Kacau seketika.
- Akhir sekali masukkan ikan bersama separuh lagi pati santan dan garam secukup rasa. Biarkan seketika dan bolehlah dihidangkan bersama roti jala.
LEMPENG NYOQ MUDA BERSAMA SAMBAL IKAN BILIS
BAHAN-BAHAN
LEMPENG NYOQ MUDA
2 cawan tepung – (anggaran saja)
1 cawan nyoq (kelapa parut )
Air – ikut kepekatan
Sedikit garam
Minyak untuk menggoreng
CARA MEMASAK:
1.Satukan kesemua bahan, jangan terlalu pekat atau cair. Agak-agak macam buat cekodok.
2.Panaskan minyak dalam kuali, tuangkan adunan ke dalam dan tutup sebentar, supaya lempeng itu masak sekata. Sudah masak angkat dan hidangkan dengan sambal tumis.
Info chef: Untuk melazatkan lagi lempeng, alas bersama daun pisang semasa membakar di atas kuali tanpa minyak. Lempeng akan bertambah garing di samping tidak melekat pada kuali dan menambahkan lagi kelazatan dengan aroma daun pisang bakar.
SAMBAL IKAN BILIS
BAHAN-BAHAN:
1 cawan bilis (siap kopek)
20 tangkai cili kering (dikisar)
3 biji bawang kecil (dikisar)
3 biji bawang besar (dikisar)
1/2 biji bawang besar (dihiris)
4 ulas bawang putih (dikisar)
1 cawan minyak masak
Garam (secukupnya)
Gula (secukupnya
Sedikit belacan
Air asam jawa (secukupnya)
CARA MEMASAK:
1.Panaskan minyak dan goreng ikan bilis hingga garing.
2.Keluarkan bilis dan masukkan bahan kisar serta gula.
3. Tumis lama sehingga naik bau, pecah minyak dan garing.
4. Masukkan bawang besar yang dihiris, air asam jawa dan garam.
5. Kacau lagi sehingga kering dan sambal jadi gelap.
6. Masukkan sedikit air dan bilis goreng, kacau rata.
7. Tutup api dan hidang bersama lempeng tadi.
PULUT INTI MANIS
BAHAN INTI
50gm gula merah
2 sudu makan gula pasir
1 cawan air
Garam secukup rasa
300gm kepala parut
CARA MEMASAK
- Masukkan gula merah, gula pasir dan air dalam kuali.
- Masak hingga gula larut.
- Masukkan garam dan kelapa parut. Gaul sebati, biarkan agak kering. Tutup api dan ketepikan.
BAHAN PULUT
100gm beras pulut
100gm air
50gm santan
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK
- Kukus beras pulut dengan air, garam dan santan sehingga masak.
- Angkat dan ketepikan.
CARA PENYEDIAAN
- Ambil sedikit pulut. Letak dia atas daun pisang yang telah dilayurkan.
- Letakkan inti di atas beras pulut. Bungkus elok-elok.
- Sedia dimakan.
Info chef: Pulut direndam semalaman terlebih dahulu sebelum ditanak/dikukus untuk menjimatkan masa semasa memasak pulut
Resipi: Rozelinda Mustapha
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
https://www.rasa.my/resipi-nasi-kerabu-kuning-sedap-masak-sendiri-baru-puas-makan/
https://www.rasa.my/resipi-rojak-ayam-sedap-masak-sendiri-puas-hati-lebih-jimat/
https://www.rasa.my/cara-masak-oden-homemade-ala-family-mart-sedap-puas-makan/
https://www.rasa.my/jom-cuba-resipi-kuih-kole-kacang-sedap-mudah-kurang-manis/
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
Apam Kampung, Kuih Orang Lama Yang Tetap Disukai

Resipi apam kampung ni perlu kita jaga sebab kuih ini ejenis hidangan tradisional yang sedap dan disukai ramai. Kalau tak dijaga, bimbang nanti makin dilupakan. Apam yang dimasak gebu memang selalunya mencuit selera. Lagi-lagi kalau dimakan dengan kelapa parut. Lemak manis jadinya. Ini apam yang sangat asas. Nama pun kampung. Tapi kalau dah makan, memang teringat-ingat. Apam yang manis dimakan dengan kelapa parut masin, memang amat mengasyikkan.
APAM KAMPUNG
Apam Kampung, resipi tradisi yang kekal disukai ramai.
BAHAN-BAHAN
1/2 cawan gula merah (BELI DI SINI)
1/2 cawan gula pasir
Sehelai daun pandan
1 1/2 cawan air
3 cawan tepung gandum (BELI DI SINI)
1/2 peket mauripan (mauripan + air setengah cawan kembangkan)
Kelapa parut putih + garam (BELI DI SINI)
CARA MEMBUAT
1. Masak gula merah, gula pasir, daun pandan bersama air 1 1/2 cawan tadi. Sejukkan.
2. Sediakan loyang, masukkan tepung, mauripan yg direndam tadi dan air gula yang disejukkan.
3. Kemudian bancuh rata. Perap 1 jam.
4. Panaskan pengukus sehingga air mendidih. Kukus adunan selama setengah jam. Siap.
5. Hidangkan dengan kelapa parut.
Resipi oleh Eita Emi dari Telegram KakiMakan Channel
NAK RESIPI LAIN? Klik sini:
https://rasa.my/resipi-oreo-cheesecake-yang-mantap/
https://rasa.my/lelaki-ini-olah-roti-jadi-biskut-kering-bergula-kreatif-sungguh/
https://rasa.my/perghhh-mantap-sungguh-gulai-ikan-tenggiri-paling-power-ni/
Jom tengok video ni
https://www.youtube.com/watch?v=aEt_c9-AsQo
Lemak Manis & Sedap. Resipi Belebat Ubi Ni Memang Kena Cuba.

Resipi Belebat Ubi Keledek Oren Ungu perkongsian opah Mas Cotek ni memang terbaik. Melihat gambarnya sahaja sudah dapat membayangkan rasanya yang sedap dan membuka selera. Bagi anda yang dah lama tak makan kuih tradisional, resipi ni tentunya perlu dicuba. Pasti puas hati.
CARA MASAK BELEBAT UBI KELEDEK
BAHAN-BAHAN:
- 1 ketul ubi keledek oren (anggaran 200gm)
- 1 ketul ubi keledek ungu (anggaran 200gm)
- 1 1/2 cawan tepung beras
- 1/2 cawan gula
- 4 cawan santan
- 1/2 sudu teh garam
- Daun pisang secukupnya untuk membungkus (ukuran daun guna 4×6″)
CARA MEMASAK:
1. Ubi keledek dibersihkan, dipotong dadu kemudian dikukus sehingga empuk.
2. Satukan tepung beras, santan, gula dan garam. Kacau sebati. Guna api perlahan, masak adunan sehingga pekat dan berkilat.
3. Padamkan api dan masukkan keledek. Angkat dan ketepikan adunan.
4. Sediakan daun pisang, sudukan 2 sudu makan adunan belebat, bungkus dan kemaskan.
5. Susun bungkusan Belebat Ubi dalam periuk dan kukus selama 10 minit menggunakan api perlahan.
6. Angkat kuih dan sejukkan terlebih dahulu sebelum dinikmati.
Kredit resipi & foto: Mas Cotek
JOM CUBA RESIPI LAIN: