Kudapan apa yang enak untuk dinikmati ketika ini? Buat bebola keledek manis pasti jadi rebutan. Makan panas-panas pasti tak cukup satu. Jika suka bebola yang lebih kenyal, lebihkan tepung pulut. Goreng sepinggan gerenti licin nanti.
BEBOLA KELEDEK MANIS
Bahan-bahan:
1 ½ cawan keledek oren
(siap direbus dan dilenyek)
1/4 cawan gula pasir
1/2 cawan tepung pulut
3/4 cawan tepung beras
1 sudu teh baking powder
Ads
1/2 sudu teh garam
Cara memasak:
1.Satukan kesemua bahan.
2.Uli sehingga jadi doh yang lembut.
3.Bulat-bulatkan.
Ads
4.Dengan menggunakan api sederhana,goreng terendam sehingga masak kuning keemasan
Kalau anda tengah teringin nak kudapan manis yang senang dibuat tapi tetap wow rasanya? Kuih Sagu ialah jawapannya. Lembut, kenyal, manis berlemak… memang sesuai dinikmati waktu santai sambil hirup kopi o panas atau teh o tarik buih!
Dulu-dulu, kuih ni selalu jadi hidangan lepas kelas mengaji atau majlis kecil di kampung. Kini, anda boleh hidupkan semula nostalgia itu di dapur sendiri dengan resipi yang ringkas tapi hasilnya confirm puas hati!
1 ½ cawan sagu (warna putih atau merah jambu pun boleh)
2 cawan air
¾ cawan gula
1 sudu kecil sirap ros (untuk aroma & warna menggoda)
Kelapa parut secukupnya (guna yang putih sahaja)
Sedikit garam (bagi lemak seimbang)
Cara Buat
1. Basuh sagu hingga air jernih, kemudian toskan.
2. Satukan sagu dengan air, gula, dan sirap ros dalam satu bekas. Kacau rata.
3.Rehatkan selama 30 minit supaya sagu kembang sempurna.
4. Panaskan pengukus.
5. Sapu sedikit minyak masak pada acuan loyang.
6. Tuang adunan ke dalam acuan & susun dalam pengukus.
7. Kukus selama 20 minit atau hingga sagu jernih & masak.
8. Sejukkan sepenuhnya sebelum keluarkan dari acuan.
9. Golekkan dalam kelapa parut yang telah digaulkan dengan sedikit garam.
10. Siap! Susun dalam pinggan cantik dan sedia untuk dihidang.
Nak warna lebih menarik? Guna pewarna pink, hijau pandan atau ungu!
Boleh juga tuang dalam acuan kecil comel – senang nak hidang & makan.
Tak perlu tunggu majlis, Kuih Sagu ni memang terbaik untuk minum petang, jamuan pejabat atau bekal anak-anak. Cubalah resipi ini hujung minggu nanti — confirm jadi, confirm licin!
Kalau dah cuba, kongsi gambar dan tag kami di media sosial!
Cucur atau jemput-jemput memang menjadi salah satu hidangan yang ‘laku’ kalau dihidang atas meja makan. Rasanya yang sedap dengan tekstur rangup membuka selera ramai orang.
Sedap sungguh cucur cheese ni. Makan panas-panas sedap sungguh. Rangup dan membuka selera. Kalau terasa nak buat cucur yang sedap selain cucur bilis, jom buat cucur cheese. Senang sangat ni. Bahan pun tak banyak nak guna. Cuma 5 bahan je untuk buat cucur cheese ni tau.
Bahan-bahan
2 cawan tepung gandum
2 cawan air panas
2 sudu besar gula
1 sudu kecil garam
Cheese
Cara membuat
1. Adunkan tepung dengan air panas, gula dan garam sampai sebati atau pejal. Jangan lembik.
2. Bulatkan dan leperkan. Letak cheese di tengah dan tutup kembali.
3. Goreng dengan api sederhana. Angkat.
Info
Boleh tambah bahan lain ikut cita rasa misalnya lobak merah dan bawang.
Suka makan Karipap Telur? Nah…Resipi perkongsian Hajah Zainab Bt Mawan ni antara yang cukup mudah untuk anda cuba. Kulitnya sangat enak dan jika tidak suka inti telur, boleh sahaja letak inti ayam, daging, srdin atau kentang. Terpulang pada selera masing-masing. Jom cuba buat karipap guna resipi ni. Hasilnya pasti buat anda puas hati.
RESIPI KARIPAP TELUR OTAI PALING SEDAP
BAHAN-BAHAN KULIT:
BAHAN INTI TELUR (cara ni buat inti sardin pun sedap)
CARA MEMASAK:
1.Untuk inti, satukan telur kuning dan putih telur. Jangan guna banyak putih telur kerana nanti akan jadi cair.
2. Masukkan hirisan bawang besar, cili merah, garam, lada sulah, daun sup dan juga daun bawang. Sebatikan. Ketepikan seketika.
3. Untuk ulitnya, panaskan minyak masak dan marjerin dalam kuali. Kemudian tuang ke dalam bekas berisi tepung.
4. Peroikan terlebih dahulu campuran tepung dan minyak tadi.
5. Kemudian masukkan air dan air kapur. Uli hingga sebati.
6. Masukkan adunan ke dalam beg plastik dan perap selama 4 jam. Jika tidak punya banyak waktu, perap 2 jam sudah memadai.
7. Bahagikan doh dan bulat-bulatkan.
8. Canai doh kemudian masukkan inti yang telah dibuat tadi. Kelim dengan kemas supaya inti tidak terkeluar. Lakukan hingga habis adunan.
9. Sedia untuk digoreng dan dinikmati.
10. Jika untuk frozen, goreng seketika kemudian sejukkan terlebih dahulu sebelum disimpan di tempat beku. Bila hendak makan, baru goreng semula. Lagi bertambah rangupnya.
Pelajari cara membersihkan dan menyediakan Masak Lemak Cili Api Siput Belitong yang sedap bersama daun kaduk. Ikuti langkah lengkap daripada mencuci, menyiang hingga memasak untuk hasil yang lebih berlemak dan menyelerakan.