
Kanak-kanak memang suka makan nuget ayam. Jika anak-anak anda pun begitu, anda patut cuba resipi Nuget Ayam Homemade ni. Bukan apa, kebanyakan nuget sejukbeku yang dibeli mempunyai kandungan garam serta MSG yang tinggi. Sangat tidak bagus untuk kesihatan. Bila buat sendiri, pastinya lebih sihat, kebersihan terjamin malah lebih sedap.
RESIPI NUGET AYAM KENTANG HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
- 4 keping dada ayam – kisar tanpa air
- 2 biji telur ayam
- 2 sudu makan tepung ubi kayu
- 4 biji kentang sederhana – rebus, lenyek
- 1/2 batang lobak merah – sagat. nak letak sayur lain pun boleh
- 1 sudu teh lada sulah
- Garam secukupnya
BAHAN SALUTAN TEMPURA:
- Tepung beras secukupnya – boleh juga salut dengan tepung kfc/bestari. Nak salut guna serbuk roti pun boleh.
- Telur – dipukul sedikit
CARA MEMASAK:
1. Satukan semua bahan diatas dan adunan hingga sebati.
2. Masukkan adunan ke dalam loyang dan kukus selama 15-20 minit atau hingga masak.
3. Bila adunan dah masak, keluarkan dan potong ikut bentuk yang disukai.
4. Sediakan bahan-bahn untuk salutan.
5. Ambil kepingan nugget ayam kemudian celup dalam bancuhan telur. Kemudian salut pula dengan tepung atau serbuk roti.
6. Panaskan minyak dan goreng hingga garing keemasan.
7. Sedia untuk dinikmati.
8. Jika ada lebihan, boleh goreng separuh masak, sejukkan, simpan dalam bekas dan sejukbekukan.
Kredit resipi & foto: Sharinaz Redwan
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Ayam Sos Lemon, Menu Ringkas Gerenti Anak Suka

Susah nak duga selera anak-anak ? Cer cuba masak Ayam Goreng Sos Lemon. Menu paling simple dan sedap, dengan rasa masam manis dan tak pedas gerenti anak-anak tak tolak punya. Jangan bimbang tentang resipi, di bawah ini RASA kongsikan:-
AYAM SOS LEMON
BAHAN-BAHAN:
BAHAN UNTUK AYAM:
- 2 keping dada ayam | bersihkan dan potong
- 2 sudu makan tepung jagung
- 2 sudu makan tepung beras
- 2 sudu makan tepung gandum
- 2 sudu makan tepung kastard
- Lada sulah secukupnya
- 1 biji telur | pecahkan
- Garam secukupnya
- Minyak masak secukupnya
BAHAN UNTUK SOS:
- 2 sudu makan perahan jus lemon
- 2 sudu makan cuka
- 4 sudu makan gula
- 2 sudu makan teh tepung jagung
- 1 sudu teh lemon emulco
- Garam secukupnya
CARA MEMASAK:
- Ketuk sedikit ayam dengan lesung batu untuk jadikan ia leper.
- Panaskan minyak.
- Campur semua tepung, garam dan lada sulah kecuali tepung kastard.
- Celupkan ayam ke dalam campuran tepung tadi, kemudian celup pula ke dalam telur. Akhir sekali, celupkan dengan tepung kastard.
- Gorengkan ayam dengan menggunakan minyak yang panas. Angkat, tos dan ketepikan.
- Untuk membuat sos, campur semua bahan untuk sos dan masak hingga mendidih dan pekat.
- Angkat dan siram ke atas ayam. Sedia dinikmati.
Cara Mudah Buat Ayam Paprik Terlajak Sedap

Untitled design – 2019-07-25T142925.205.
Ayam Paprik
Menu ayam boleh dipelbagaikan. Bagi yang sukakan menu pedas masakan Thailand boleh dipertimbangkan. Apa lagi kalau bukan ayam paprik. Kalau anda tidak makan terlalu pedas boleh kurangkan kepedasannya. Cara buatnya sangat mudah dengan langkah-langkah berikut.
Bahan-bahan:
Ayam bahagian dada
Serbuk kunyit
Garam secukup rasa
Cara memasak:
Langkah 1: Potong dadu ayam + kunyit sikit + garam goreng ayam separuh masak. Ketepikan.
66793521_910621512608130_969716268686901248_n.
step 1.
Bahan sos:
Bawang merah
Bawang putih
Halia
(Tumbuk 3 bahan-bahan) ni sehingga lumat )
bahan sos.
Bahan-bahan tumis:
Bahan- tumbuk tadi (3 bahan tadi)
serbuk cili
serai 1 batang
daun limau purut
sos tiram
sos cili kicap manis (bubuh ckit je nak bagi warna sos cantik)
bahan tumis.
Cara memasak:
1.Tumis 3 bahan tadi + serbuk cili + serai+ daun limau purut.
2.Tumis sehingga garing kemudian masukkan air dan tambah sos cili, sos tiram, kicap. Tambahkan lagi garam & perasa.
3.Apabila sudah masak pecah minyak sempurna masukkan ayam yang digoreng separuh tadi + sayuran (kacang panjang,bawang besar,cili besar)
4. Siap untuk dihidang.
Koleksi Resipi Lauk Pauk Goreng Yang Mudah & Cepat Masak

Hidangan lauk pauk goreng pastinya menjadi pemikat selera serta pilihan ramai. Selain enak dan menyelerakan, sajian sebegini amat senang disediakan serta menjimatkan masa di dapur. Sajian lauk pauk goreng ini juga sangat sesuai bagi kaum ibu yang gemarkan hidangan yang ringkas, enak dan juga berkhasiat buat keluarga.
RESIPI LAUK PAUK GORENG
1. BROKOLI DAN KACANG WALNUT GORENG
BAHAN-BAHAN:
- 1 biji brokoli | dipotong sederhana besar
- 3 ulas bawang putih | ditumbuk kasar
- 2 sudu makan sos tiram
- 50gm kacang walnut goreng
- 1/2 sudu teh serbuk lada hitam
- 50ml air
- Sedikit minyak untuk menumis
- Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak dan tumis bawang putih sehingga garing kekuningan.
- Kemudian masukkan brokoli dan sos tiram yang sudah dilarutkan dengan air. Kacau rata.
- Apabila brokoli kelihatan sedikit lembut, masukkan serbuk lada hitam dan sedikit garam.
- Padamkan api dan masukkan walnut. Gaul rata dan sedia untuk dihidang.
Info chef: Walnut memberikan rasa lemak serta rangup pada hidangan lauk pauk goreng.
2. AYAM GORENG BBQ
BAHAN-BAHAN:
- 6 ketul ayam | dibersihkan
- 3 sudu makan sos tiram
- 2 sudu makan sos tomato
- 2 sudu makan madu
- 1 sudu teh serbuk lada hitam
- 1 sudu teh herba parsli
- 1 sudu teh serbuk stok ayam
- 2 sudu makan minyak masak
- Minyak untuk mengoreng
- Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Dalam mangkuk besar, satukan sos tiram, sos tomato, madu, lada, herba parsli, stok ayam dan minyak masak. Kacau sehingga sebati. Tambah garam mengikut cita rasa anda.
- Masukkan ayam dan gaul rata. Perapkan selama satu jam.
- Panaskan minyak masak dan goreng hingga garing.
- Sedia untuk dihidangkan.
3. KERANG GORENG KICAP
BAHAN-BAHAN:
- 500gm kerang | dibersihkan
- 5 ulas bawang putih | diketuk
- 2 batang serai
- 50ml kicap masin
- 250ml air
- Garam secukup rasa
- Minyak untuk menumis
CARA MEMASAK:
- Tumis bawang putih dan serai sehingga garing dan kekuningan.
- Masukkan kicap dan tumis seketika. Kemudian masukkan kerang dan tambahkan air.
- Sesuaikan rasa dengan menambahkan garam mengikut cita rasa anda.
- Tutup kuali dan biarkan kerang masak sempurna. Sedia untuk dihidang.
Info chef: Cuba rasa terlebih dahulu sebelum menambah garam kerana kicap telah memberikan rasa masin. Tambah gula jika perlu.
4. LALA GORENG CILI API
BAHAN-BAHAN:
- 500gm lala | dibersihkan
- 5 ulas bawang putih
- 5 biji cili padi
- 2 sudu makan sos tiram
- 50ml air
- 1 batang bunga kantan
- Sedikit minyak untuk menumis
- Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Bawang putih, cili padi dan bunga kantan diracik halus. Ketepikan.
- Panaskan minyak dan tumis bawang putih sehingga garing kekuningan.
- Masukkan cili padi dan bunga kantan. Tumis sehingga wangi.
- Tambahkan sos tiram, air dan lala. Kacau sehingga lala kelihatan masak.
- Ubah suai rasa dengan menambah garam dan gula mengikut cita rasa anda.
- Sedia untuk dihidangkan.
5. SOTONG NESTUM
BAHAN-BAHAN:
- 500gm sotong | dibersihkan
- 60gm tepung gandum
- 3 ulas bawang putih | dicincang halus
- 100gm nestum
- 50ml susu pekat
- 50ml susu cair
- 1 sudu teh serbuk pati ayam
- 1 sudu teh serbuk lada hitam
- 3 sudu makan mentega
- Sedikit minyak untuk mengoreng
- Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Sotong digaul dengan tepung dan sedikit garam lalu di goreng separuh masak. Ketepikan.
- Tumis bawang putih dengan mentega sehingga garing kekuningan.
- Masukkan susu cair, susu pekat dan serbuk pati ayam. Kacau sebati.
- Seterusnya masukkan sotong dan nestum. Perasakan dengan garam secukup rasa.
- Sedia untuk dihidang.
Info chef: Kurangkan jumlah susu pekat jika kurang menggemari hidangan yang sedikit manis.
6.DAGING GORENG UBI KENTANG
BAHAN-BAHAN:
- 300gm daging batang pinang
- 2 biji ubi kentang | dipotong dan digoreng separuh masak
- 1/2 sudu makan serbuk kunyit
- 1/2 sudu makan serbuk kari
- 2 ulas bawang putih | dihiris
- Sedikit minyak untuk mengoreng
- Garam secukup rasa
- 125ml air
CARA MEMASAK:
- Masukkan daging ke dalam periuk dan rebus menngunakan api kecil selama 20 minit. Sejukkan daging seketika.
- Hiris daging nipis-nipis dan lumurkan dengan campuran serbuk kunyit, serbuk kari dan garam. Perap seketika.
- Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih sehingga kekuningan.
- Kemudian masukkan daging. Goreng hingga separuh masak lalu masukkan air ddan juga ubi kentang.
- Ubah suai rasa mengikut cita rasa anda dan sedia untuk dihidangkan.
Info chef: Jika menggunakan daging bahagian lain, pastikan anda merebus lebih lama bagi mendapatkan tekstur daging yang empuk.
7. JANTUNG PISANG TUMIS BAWANG PUTIH
BAHAN-BAHAN:
- 1 biji jantung pisang | dihiris
- 3 ulas bawang merah
- 3 ulas bawang putih
- 2 biji cili padi
- 1 biji cili merah
- 30gm ikan bilis
- Sedikit minyak untuk mengoreng
- Garam secukup rasa
- Sedikit air| jika perlu
CARA MEMASAK:
- Tumbuk bawang merah, bawang putih, cili padi, cili merah dan ikan bilis sehingga lumat.
- Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk tadi sehingga kekuningan.
- Kemudian masukkan jantung pisang. Tambahkan sedikit air jika perlu. Kacau sehingga jantung pisang menjadi lembut.
- Ubah suai rasa dengan menambahkan garam mengikut cita rasa anda. Angkat dan sedia untuk dinikmati.
Info chef: Jantung pisang hendaklah dihiris nipis dan direndam dengan air garam seketika bagi membuang getahnya.
8. CENDAWAN TOFU GORENG
BAHAN-BAHAN:
- 3 paket tofu jepun | dipotong bulat
- 1 paket cendawan shintake | dihiris
- 1 paket cendawan inoki
- 1 paket cendawan shimeiji
- 3 ulas bawang putih | dihiris
- 2 sudu makan sos tiram
- 2 biji cili padi
- Sedikit air
- Sedikit minyak untuk menumis
CARA MEMASAK:
- Tumis bawang putih menggunakan sedikit minyak sehingga wangi.
- Kemudian goreng tofu jepun sehingga hampir masak dan berwarna kekuningan.
- Masukkan kesemua cendawan dan masak sehingga sedikit layu.
- Tambahkan sos tiram, sedikit air dan cili padi. Reneh sehingga cendawan masak.
- Angkat dan hidangkan segera.
Info chef: Hidangan ini tidak menggunakan garam kerana sos tiram telah memberikan rasa masin pada masakan.
9. PUCUK MANIS TELUR GORENG
BAHAN-BAHAN:
- 1 ikat pucuk manis
- 3 ulas bawang putih | diketuk kasar
- 2 biji telur
- 1 sudu teh stok ayam
- Serbuk lada hitam dan garam secukup rasa
- Minyak untuk menumis
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak masak dan tumis bawang putih sehingga kekuningan.
- Pecahkan telur dan perasakan dengan stok ayam dan juga serbuk lada hitam. Pukul sedikit hingga rata.
- Masukkan bancuhan telur ke dalam kuali. Kacau dengan cepat dan masukkan pucuk manis.
- Masak seketika dan tambah bahan perasa jika perlu.
- Sedia untuk dinikmati.
Info chef: Tambah sedikit air jika sukakan sayur goreng yang sedikit berkuah.
10. TELUR HANCUR PERIA KATAK
BAHAN-BAHAN:
- 3 biji telur ayam | dipukul
- 2 biji peria katak | dihiris nipis
- 3 ulas bawang putih | dihiris
- 3 biji bawang merah | dihiris
- 1 biji cili merah | dihiris
- Serbuk lada hitam dan garam secukup rasa
- Minyak untuk menumis
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak dan tumis bawang putih, bawang merah dan cili sehingga garing.
- Kemudian masukkan peria dan gaul sehingga separuh masak.
- Setelah itu tuangkan telur dan gaul lagi sehingga semua bahan kelihatan sebati.
- Perasakan dengan garam serta serbuk lada hitam dengan secukup rasa.
- Angkat dan nikmatinya bersama nasi panas.
Info chef: Rendam hirisan peria di dalam air garam selama 10 minit bagi mengurangkan rasa pahit.