Cucur Ayam perkongsian saudari Tengku RosElyza Raja Muhammad ni sangat sempurna jika dijadikan hidangan minum petang. Malah kalau nak dijadikan menu untuk potluck atau bekal juga sesuai. Boleh tambah aneka sayur seperti daun sup, kucai, daun bawang atau bayam untuk menjadikannya lebih berkhasiat. Anak-anak pasti berselera. Cubalah.
RESIPI CUCUR AYAM @ BEBOLA AYAM BERSAYUR
Ads
BAHAN-BAHAN:
Ayam – ambil bahagian isinya sahaja
Bawang merah – hiris dadu
Cili merah
Daun sup/daun kucai/daun bawang – ikut citarasa
Sedikit garam
1-2 biji telur – jika guna banyak isi ayam, lebihkan.
CARA MEMASAK:
Rebus isi ayam terlebih dahulu. Kemudian masukkan ke dalam pengisar, letak sikit air dan kisar hingga hancur.
Ads
Masukkan ke dalam mangkuk dan campurkan bahan-bahan lain. Gaul hingga sebati.
Panaskan minyak dan goreng bancuhan ayam tadi guna api sederhana.
Ads
Masak hingga kekuningan. Angkat dan sedia untuk dinikmati.
RASA kongsikan resipi ayam masak merah melalui sumber seorang pengguna facebook bernama Rohayu Ramli. Dia sememangnya rajin memasak dan kerap mengambil tempahan memasak set nasi hujan panas atau nasi minyak berlaukkan ayam masak merah.
Dia yang juga seorang usahawan Minaz Hijab Shah Alam turut mengakui ayam masak merah versi kenduri yang dibuatnya kerap mendapat pujian. Disebabkan itulah menu tersebut kerap diulang pesan oleh ramai pelanggan tetapnya.
Jom kita lihat resipi yang dikongsikan.
BAHAN ASAS
1 ekor ayam (potong kecil)
2 sudu besar serbuk kunyit
Garam secukup rasa
Minyak masak untuk menggoreng
BAHAN TUMIS
1 biji bawang besar (hiris)
2 batang serai (diketuk)
BAHAN KISAR
2 genggam cili kering (potong, buang biji dan rebus)
2 labu bawang besar
6 ulas bawang putih
2 inci halia
2 biji tomato
BAHAN HIASAN
2 biji tomato (dipotong kecil)
1 tangkai daun sup (hiris halus)
CARA MEMBUAT
1. Gaul ayam dengan serbuk kunyit dan garam.
2. Panaskan minyak masak. Goreng ayam separuh masak.
3. Angkat dan ketepikan.
4. Kurangkan minyak masak dalam kuali tadi. Tinggalkan sedikit sahaja untuk menumis.
5. Ambil BAHAN TUMIS. Tumiskan sehingga layu.
6. Masukkan pula BAHAN KISAR. Teruskan menumis sehingga pecah minyak.
7. Jika terlalu pekat, boleh tambah sedikit air.
8. Masukkan ayam yang telah digoreng separuh masak tadi.
9. Gaul lagi dan biarkan masak seketika.
10. Taburkan tomato dan daun sup. Sedia dihidang.
Lauk ayam masak merah versi kenduri ini memang sedap dimakan bersama nasi minyak basmathi dan acar nanas.
Jom masak Sup Ayam hari ni. Istimewa Sup Ayam perkongsian saudara Yayar B. Awang Noh ini adalah ia menggunakan banyak bawang goreng yang ditumis secara berasingan dan kemudiannya dituang ke dalam sup semasa kuah mendidih.
Aromanya…fuhhhh….Sangat wangi dan menyelerakan. Sesuai bagi anda yang suka hirup kuah sup panas, yang mempunyai aroma yang wangi serta ada rasa manis-manis bawang. Memang tak jemu.
Jom cuba masak menu ni. Anda sekeluarga pasti sukakannya.
Sebut tentang ayam bakar, terdapat pelbagai bahan dan cara perapannya. Antaranya adalah Ayam Bakar Cheese. Gunakan Tatura Cheese untuk merasai kelazatannya. Cicah pula dengan sos blackpepper. Fuh, rasa seperti makan di restoran!
Jom ikuti resipi Ayam Bakar Cheese hasil perkongsian daripada Nor Maiza Abdullah ini. Memang nampak lazat dan menyelerakan. Jom kita cuba buat.
Gunakan pisau yang tajam, masukkan dalam badan ayam lalu masukkan bahan-bahan yang telah digaul tadi ke dalam badan ayam.
Bagi ruang antara isi ayam dengan kulit untuk memudahkan menyumbat inti cheese tadi. Masukkan bahan cheese menggunakan spatula dan kemudian lurutkan cheese ke bawah.
Lebihan cheese tadi, campurkan dengan sedikit serbuk kunyit untuk beri warna dan letakkan sedikit minyak zaitun. Sapukan rata keliling ayam.
Ambil sebiji lemon dan potong nipis. Letakkan di atas dan bawah ayam. Letakkan kentang, lobak merah, capsicum dan cendawan butang di sekelilingnya.
Kemudian, bolehlah dibakar pada suhu 200C selama 1 jam 40 minit.
Satu jam pertama, saya tutup bahagian atas menggunakan foil. 40 minit selepas itu, saya tanggalkan foil untuk beri kulit ayam garing sedikit.