Enaknya jika dapat menikmati sajian Nasi Tomato yang enak bersama lauk Ayam Masak Merah dan juga Jelatah. Memang tak jemu. Ada yang teringin nak makan menu ni hari ini? Saudari Zadariah Zakaria ada kongsikan resipinya. Istimewa resipi beliau, Nasi Tomato dikukus dan bukannya dimasak seeprti biasa. Katanya nasi akan tahan lebih lama dan lambat basi. Wow…Boleh cub ani.
CARA MASAK NASI TOMATO KUKUS, AYAM MASAK MERAH & JELATAH
NASI TOMATO KUKUS
Ads
BAHAN-BAHAN: 3 cawan beras biasa – basuh dan tos (jika guna beras basmathi -rendam 30 minit, basuh dan tos) 1 ulas bawang merah -tumbuk 1 ulas bawang putih -tumbuk 2 cm halia -tumbuk 2 sudu makan minyak sapi@ marjerin – beli online disini Rempah 4 sekawan – tak perlu banyak 1/2 tin tomato puri (empunya resipi guna duChef tin 220gm) – beli online disini 2 sudu makan gula @ secukupnya 1 sudu teh garam Secubit aji – jika suka 1/3 tin susu cair – beli online disini 2½ cawan air Daun pandan
CARA MEMASAK: 1.Panaskan minyak sapi dan tumis bahan tumbuk dan rempah 4 sekawan hingga naik bau. 2. Masukkan semua bahan-bahan lain. Tunggu mendidih dan masukkan bersama beras dalam pengukus. 3. Kukus selama 15 minit, buka penutup dan gemburkan nasi. Sambung kukus hingga nasi masak.
AYAM MASAK MERAH
BAHAN-BAHAN: 1 ekor ayam – bersihkan & letak garam kunyit Rempah 4 sekawan 1 senduk kecil cili kisar – beli online disini ½ tin tomato puri (baki masak nasi tadi) 1 batang lobak merah – kisar halus bersama air 2 sudu makan sos tomato – beli online disini 1 sudu makan sos cili – beli online disini 4 sudu makan gula perang @ secukup rasa – beli online disini 1 sudu teh garam 1/2 sudu teh serbuk cukup rasa 1/3 tin susu cair Minyak untuk menumis Daun pandan 2 biji bawang besar – potong bulat Daun bawang – jika suka
BAHAN KISAR HALUS: 3 biji bawang besar 4 ulas bawang putih 1 ruas lengkuas 1 ruas halia 2 batang serai
CARA MEMASAK: 1.Bersihkan ayam, lumur garam kunyit dan goreng tidak terlalu garing. Angkat dan ketepikan. 2. Tumis bahan kisar, rempah 4 sekawan dan daun pandan hingga naik bau. 3. Masukkan cili kisar, tomato puri, sos tomato dan sos cili, Masak sampai pecah minyak. 4. Kemudian masukkan lobak merah kisar dan ayam. Masukkan 1 cawan air jika terlalu kering. Renehkan sebentar. 5. Masukkan susu cair dan bahan-bahan perasa lain. Masak sampai pecah minyak. Kuah boleh tahap kepekatan yang disukai. 6. Akhir sekali masukkan bawang potong dan daun bawang. Tutup api dan hidangkan.
JELATAH TIMUN
BAHAN-BAHAN: 1 batang timun 1 batang lobak merah 1 biji bawang besar 1 tangkai cili merah 1 sudu makan gula 2 cubit garam 1 sudu makan sos cili 1 sudu makan cuka – beli online disini
CARA MEMASAK: 1.Potong semua bahan ikut saiz yang digemari. 2. Campur semua bahan dalam bekas bersesuaian dan gaul sebati. 3. Jika suka, boleh tambah cili padi untuk rasa lebih pedas dan juga nanas.
Anda peminat mi goreng? Dapat pula mi goreng basah, memang tak cukup sepinggan. Minum petang ni jom masak mi goreng lada hitam. Mi goreng ni simple saja tapi memang sedap. Kalau tak nak kosong boleh letak ayam, udang dan sayuran seperti sawi dan tomato.Korang kena cuba. Memang kena dengan tekak bila dapat menikmati mi ni.
MI GORENG MERICO(LADA HITAM)
Bahan-bahan:
1 labu bawang besar-sederhana besar
3 tangkai cili besar -hiris serong
5 tangkai cili padi-hiris
3 ulas bawang putih-hiris
3 sudu besar lada hitam tumbuk kasar
Bahan-bahan tambahan:
Udang kering
Dada ayam -dadu
Fish cake- potong dadu
2 biji telur
Sawi
Taugeh
Tomato belah dua
Cara memasak:
1.Panaskan minyak.Tumiskan bahan-bahan yang dihiris kecuali lada hitam.
2.Dah layu masukkan ayam dan fishcake.
3.Bila ayam dan fishcake dah masak,ketepikan semua pecahkan telur
4.Kacau-kacaukan.
5.Masukkan mi yang dah direndam dengan air suam dan lada hitam gaul rata.
6.Tambahkan 2 sudu besar gula dan kacau rata.
7.Tambahkan 7-8 sudu besar sos cili.
8.Gaulkan.
9.Tambahkan kicap kipas udang dan sedikit air.
10.Biar kejap semua bahan tu serap sebati dengan mi.
11.Baru tambah garam sedikit dan perasa.
12.Akhir sekali, tambahkan sayur gaulkan dan siap untuk dihidang.
Sup ikan jernih yang segar serta rasa masam dan pedas yang sungguh menyelerakan. Gerenti hirup sup sampai licin mangkuk. Makan panas-panas memang puas menikmatinya. Boleh aje dimakan begitu sahaja, kalau tengah berdiet atau tak selera nak makan nasi.
SUP IKAN SIAKAP VERSI KELANTAN
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ikan siakap
3 biji bawang merah sederhana besar – dimayang*
4 biji bawang putih – dimayang*
Halia sebesar ibu jari – potong memanjang*
Sedikit minyak
Air secukupnya
Garam secukup rasa
Perasa | Jika suka
2 Sup bunjut
Kayu manis
Bunga lawang
CARA MEMASAK:
1. Tumis bahan yang bertanda * sampai naik bau
2. Masukkan air agak-agak sesuai untuk sup seekor ikan.
3. Masukkan sup bunjut, kayu manis & bunga lawang.
4. Masak sampai mendidih. Bila sudah mendidih masukkan garam & perasa.
6. Kemudian masukkan ikan dan tunggu sehingga ikan masak.
7. Bila ikan sudah masak, rasa sup pun dahulu dan tutup api.
BAHAN HIASAN & PELENGKAP:
Daun sup – hiris
4 biji cili api – potong kecil
1 biji limau nipis – potong
Bawang goreng
CARA MEMASAK:
Masa hendak hidangkan sup, boleh taburkan dengan bahan-bahan pelengkap/hiasan dan limau nipis. Siap!
INFO CHEF:
Masa masak tidak perlu balik-balikkan ikan sebab nanti isi ikan hancur. Cukup sekadar ikan tenggelam keseluruhan bahagian di dalam sup
Masakan sup di Kelantan memang menggunakan perahan limau nipis, cili padi potong selain daun sup & bawang goreng dalam masakan mereka. Ala-ala thai sup macamtu.
Info Tambahan : Boleh aje kalau nak gantikan dengan ikan merah atau jenahak.