Nasi Dagang berlaukkan Gulai Ikan Tongkolmemang enak. Juadah terkenal dari negeri Pantai Timur ini sentiasa menjadi buruan ramai. Namun jika tinggal di negeri-negeri luar dari Kelantan, Terengganu dan Pahang, agak sukar nak jumpa bahan-bahan untuk memasak juadah ini. Melainkan anda tempah menerusi kedai atas talian (online). Saudari Hajar Mohd ada berkongsi resipi memasak Nasi Dagang sedap menggunakan campuran beras Jati dan juga beras pulut. Ia sebagai pilihan buat anda yng sukar mendapatkan beras nasi dagang atau beras wangi. Nah…bolehlah cuba nanti ya.
CARA MASAK NASI DAGANG GULAI IKAN TONGKOL SEDAP
BAHAN NASI DAGANG: 4 cawan beras jati (kalau ada, boleh guna beras wangi@ beras nasi dagang) – beli online disini 1 cawan beras pulut (kalau pakai beras wangi @ beras nasi dagang, tak payah tambah beras pulut ya) – beli online disini 3 cawan santan cair yang telah dicampur sedikit gula dan garam 2 ulas bawang merah – hiris ½ inci halia – hiris 1 sudu makan halba – beli online disini 1 @ 1 1/2 cawan santan pekat yang dicampur sedikit garam
CARA MEMASAK: 1. Satukan beras dan beras pulut. Bersihkan. 2. Rendam selamat 8 jam atau 4 jam atau 2 jam. Kemudian basuh, toskan dan kukus selama 20 minit.
3. Cukup kukus 20 minit pertama tadi, angkat dan alih beras ke besen. 4. Gaul dengan santan cair yang telah dicampur sedikit gula dan garam. Bagi meresap elok. Biarkan sekejap.
5. Kemudian Letakkan hirisan bawang merah, halia dan juga halba. 6. Kukus kali kedua selama 20 minit.
7. Cukup kukus 20 minit kali kedua, angkat dan alih ke dalam besen.Aron (kacau) dengan santan pekat yang dicampur sedikit garam.Siap.
BAHAN GULAI IKAN TONGKOL: 1 kg ikan tongkol Garam Asam keping – beli online disini Sedikit gula melaka @ gula nisan – beli online disini 250ml santan 1.5 liter air 1 senduk cili kering kisar – beli online disini 1 paket rempah nasi dagang (kalau tiada guna saja rempah cap ros @ rempah kari biasa) – beli online disini Sedikit cili api hijau & merah
CARA MEMASAK: 1.Bersihkan ikan tongkol, potong dan rebus bersama garam dan asam keping untuk hilangkan hanyir. Boleh tambah sedikit gula melaka @ gula nisan. Rebus sampai ikan masak dan pejal. 2. Masukkan santan dan bahan kisar ke dalam kuali. Hidupkan api dapur.
3. Terus masukkan gulai nasi dagang. Jika tiada rempah ni, boleh guna rempah cap ros atau rempah kari biasa.Kacau sekejap sahaja.
4. Masukkan ikan tongkol yang sudah direbus tadi.
5. Ikan ni sudah cukup masam jadi tak perlu tambah asam dalam kuah lagi.Masak sampai mendidih tapi jaga-jaga jangan sampai santan pecah minyak. 6. Panaskan kuali lain, tumis cili kisar bersama minyak. Masak sampai naik warna lawa.
7. Masuk gula nisan.
8. Bila warna cili sudah cantik, masukkan ke dalam kuah gulai.Api dapur tutup ya.
Ads
9. Gulai Ikan Tongkol @ gulai nasi dagang siap disediakan.
BAHAN ACAR: 2 ulas bawang merah – beli online disini Sedikit halia (optional) Lobak merah – hiris Timun – hiris Cili besar merah – hiris Garam dan gula secukup rasa Cuka secukupnya – beli online disini
CARA MEMASAK: 1. Hiris bahan-bahan yang perlu dihiris dan masukkan ke dalam bekas bersesuaian. 2. Tumbuk bawang merah dan halia. Masukkan ke dalam bekas tadi.
3. Tambahkan garam dan gula dengan secukupnya.
4. Masukkan juga cuka. Gaul rata.
Ads
5. Hidangkan bersama Nasi Dagang dan Gulai Ikan Tongkol.
Selamat menyambut Hari Deepavali! Bagi yang belum tahu nak masak apa untuk tetamu yang datang esok, resipi yang RASA kongsikan ini pasti boleh membantu. Maklumlah, semua bangsa meraikannya baik India, Melayu dan Cina. Jadi apa salahnya kalau sajian pun ada pelbagai pilihan. Antara hidangan terbaik yang boleh anda cuba ialah Mi Rebus Johor resipi perkongsian Puan Faziatun Nisa Yusof Basha ni. Siap dengan resipi langkah demi langkah. Jadi senanglah ank cuba!
MI REBUS JOHOR
BAHAN-BAHAN:
1kg mi kuning- dicelur
BAHAN KISAR:
100g udang basah
3 sudu besar udang kering
2 biji bawang besar
3-4 ulas bawang putih
2 inci lengkuas
5-6 tangkai lada kering
BAHAN KUAH:
3 biji keledek- direbus dan dilecek
150-200g daging cincang/ daging tetel
1 batang serai
2 sudu besar serbuk kari daging
2 sudu besar taucu – kisar
Garam dan gula secukupnya
Air secukupnya
BAHAN HIASAN:
Tauge – dicelur
Tauhu goreng
Telur rebus
Bawang goreng
Lada potong
Daun bawang
CARA MEMASAK:
1. Rebus keledek dan lecek.
2. Tumis serai di belah dua.
3. Masukkan bahan blender. Tumis sehingga pecah minyak.
4. Masukkan serbuk kari dan tumis lagi.
5. Masukkan daging cincang dan tambah air.
6. Biar mendidih dan masukkan taucu kisar.
7. Masukkan keledek lecek, reneh sehingga kanji keledek memekatkan kuah.
8. Perasakan dengan garam dan gula.
9. Celur mi dan tauge. Goreng tahu dan rebus telur.
Resipi kari daging perap ini mengambil masa empat jam untuk diperap dengan serbuk kari. Lagi lama, lagi sedap kerana rasa kari meresap dalam daging.
Selain dimakan dengan nasi, kari ini juga enak dijadikan hidangan bersama pulut pulut kuning atau ketupat.
Resipi kari daging perap
Bahan-bahan
1kg daging -dipotong lawan urat
3 sudu serbuk kari (untuk buat perapan)
2 batang serai -diketuk
2 tangkai daun kari
Rempah empat sekawan
Cili kisar
1 sudu besar serbuk kunyit
2 sudu serbuk kari daging
1-2 biji tomato -dipotong
1 kotak kecil santan
1 biji kentang -dipotong
2 sudu kerisik
Garam dan gula
Bahan tumbuk/kisar
2 biji bawang merah -sederhana besar
5 ulas bawang putih
1 inci halia
Cara membuat
1. Gaul daging dengan 3 sudu besar serbuk kari hingga rata. Perap selama 2-4 jam.
2. Selepas dua jam boleh mula memasak. Mula mula tumis dulu bahan tumbuk dan cili kisar. Tumis hingga naik bau.
3. Masukkan serbuk kunyit dalam tumisan bersama daging yang diperap tadi. Gaul. Tunggu sampai air daging keluar. Masukkan dua sudu serbuk kari daging. Kacau.
4. Seterusnya masukkan tomato yang dipotong (tomato akan hancur dalam kari). Biarkan mereneh sampai keluar air daging dan terbit minyak.
5. Tuang air masak ke dalam periuk, air biar separas engan daging. Jangan banyak sangat. Biarkan daging empuk. Reneh sehingga 1 jam 15 minit.
6. Selepas itu masukkan santan bersama kentang. Didihkan kuah dan biar kentang empuk.
7. Masukkan kerisik, perasakan dengan garam dan gula secukupnya. Siap
MiUdang Kuala Sepetang memang terkenal seantaro Malaysia. Kuala Sepetang atau nama lamanya Port Weld , di Taiping, Perak memang jadi hub untuk menikmati sajian makanan laut yang segar dan rugilah kalau tak merasa Mi Udangnya.
Tengah PKPB ni lupakan lah hasrat nak berkunjung di sana. Masak homemade kat rumah, follow aje resipi perkongsian Zulfaza Loves Cooking ni @ ZLC.
Cerita ZLC,” Masa pilih udang dah terbayang-bayang udang tu berenang-renang dalam mangkuk. Macam biasa bahan anak-anak dah tolong prepare. Dah siap blend kan masak kuah, tengahari tinggal celur mi dan sayur jer.”
.
“Puas hati masak sendiri, semuanya secukup rasa. Alhamdulillah”, kongsinya lagi. Nak resipi lengkap, nah ini dia dari Zulfaza.
MI UDANG KUALA SEPETANG
.
BAHAN-BAHAN :
1 kg mi kuning
½ kg udang basah – bersaiz sederhana – beli online DI SINI
2 biji kentang – kupas kulit, hiris nipis dan goreng kemudian kisar halus (optional)
Bahan Kisar :
10 tangkai cili kering, rebus lembut – beli online DI SINI
1/2 buku gula Melaka @ secukup rasa – beli online DI SINI
4 batang sawi
1 cawan taugeh
2 pokok daun bawang
2 tangkai daun sup
5 biji tauhu – goreng dan potong empat segi sederhana nipis.
5 biji cili masak
Limau kasturi
Sedikit bawang goreng
CARA MEMASAKNYA : 1. Panaskan minyak dan gorengkan kentang. Kemudian kisar hingga lumat. 2. Minyak yang panas tadi gorengkan tahu, angkat dan hiris nipis atau potong dadu. 3. Panaskan semula minyak goreng tahu tadi, dan tumis bahan kisar seperti bawang merah, bawang putih, belacan, cili dan udang kering. 4. Setelah naik wanginya masukkan sos cili dan sos tomato, garam dan gula melaka. Gaul sebati. 5. Masukkan air secukupnya. Bila kuah dah mendidih sesuaikan rasa. Tambah garam dan gula secukup rasa. Akhir sekali masukkan udang. 6. Biar didih seketika kemudian tutup api. 7. Celur sayuran tadi sawi, taugeh, mi kuning. 8. Setelah selesai semuanya hidangkan bersama bawang goreng, daun bawang, hirisan tauhu goreng dan daun sup. Perahkan limau kasturi.