
Makan Nasi Khoa Mok ni dengan ayam goreng. Cicah pula dengan sos masam manis ni memang ngam sangat dengan nasi Khoa Mok. From Thailand with love! Nasi Khao Mok Thai ni bukan main sedap lagi, bukan sekadar nasi biasa. Rasa pedas-pedas yang pasti buat anda berpeluh.
Nasi Khao Mok
BAHAN-BAHAN NASI:
2 sudu besar mentega
1 biji bawang besar | dicincang
1 inci halia | dicincang
3 batang akar ketumbar
1 sudu besar serbuk daging
½ sudu besar rempah ketumbar
1 sudu besar rempah kurma
1 sudu besar serbuk kunyit
4 cawan air
3 cawan beras basmathi
1 cawan susu cair
BAHAN-BAHAN AYAM:
½ ekor ayam
1 sudu besar bawang merah | dikisar
1 sudu besar bawang putih | dikisar
1 sudu besar halia | dikisar
3 sudu besar serbuk cili
1 sudu besar serbuk kunyit
1 sudu besar rempah ketumbar
Sedikit garam
2 sudu besar tepung beras
BAHAN-BAHAN SOS THAI:
½ cawan sos thai
6 biji cili padi
3 ulas bawang putih | dicincang
3 sudu besar sos ikan
1 pokok daun ketumbar
¼ cawan air
CARA MEMBUAT:
1.Panaskan kuali dengan mentega, tumis bahan kisar dan akar ketumbar.
2.Masukkan rempah-rempah ni baru sedap. Serbuk ketumbar, serbuk kurma, serbuk kari
dan serbuk kunyit.Tumis hingga pecah minyak.
3.Masukkan beras yang dibasuh.Masukkan air, susu cair dan gaul rata.
4.Kacau sekejap dan tutup dan biar nasi masak.
5.Kemudian perap ayam tepung beras, serbuk ketumbar, bahan kisar, serbuk cili, serbuk kunyit dan garam.
6.Gaul bahan-bahan ini dan perap seketika lebih kurang 30 minit.
7.Goreng hingga garing.
8. Untuk sos, kisar bawang putih, cili padi, daun ketumbar, sos cili thai , sos ikan
dan sedikit air.
9. Siap, dah boleh hidangkan nasi Khao Mok Thai.
Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan pelbagai resipi terkini yang mudah & enak di laman web RASA
Buttermilk Chicken Meleleh, Resipi Anak-anak Suka. Makan Dengan Roti Pun Sedap
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Hotel Maya Membawakan Menu Tradisional Ke Rumah Anda

Sempena bulan yang mulia Ini, walaupun tiada bufet Ramadan diadakan namun Hotel Maya menawarkan menu tradisional untuk pelanggan yang ingin merindui masakan sebegini
Chef Hasbullah bersama teamnya bersedia menyediakan menu tradisi ini untuk dinikmati bersama keluarga. Menu ini bakal mengubat kerinduan anda buat keluarga yang jauh terutama di kala perintah kawalan pergerakan yang tidak membenarkan masyarakat pulang ke kampung.

Chef Hasbullah juga terkenal dengan kepakarannya memasak hidangan Melayu seperti Nasi Tomato, Ayam Masak Merah, Nasi Kerabu, Soto Ayam dan sebagainya.


Pelanggan boleh memilih seleksi set makanan lengkap dengan buah kurma. Jika tidak mahu menu set, boleh juga memilih menu ala carte dengan pilihan makanan tempatan. barat, serta Jepun. Antara Chef signature menu ia ialah Salmon Teriyaki dan Cantonese ‘mi Ying Yong’ .

Bagi yang mementingkan diet dan kesihatan usah risau. Ada seleksi salad, makanan bebas gula dan vegan. Tidak lengkap makan tanpa pemanis mulut. Boleh nikmati waffle homemade, Chinese pancake with lotus paste atau pun Bubur Pulut Hitam. Begitu juga boleh pilih hidangan minuman yang disukai.
Menu Buka Puasa ini sedia untuk penghantaran bermula 5 hingga 23 Mei 2020 dan menu ala carte dari 5 Mei hingga seterusnya.
Tempahan boleh dibuat melalui Storehub atau hotelmayakl.beepit.com. Pelanggan boleh nikmati 10%store cash back untuk tempahan makanan di masa akan datang. Tertakluk hanya item makanan yang ditempah dari Hotel Maya KL.
Penghantaran percuma hanya untuk mereka yang berbelanja RM60 sekitar radius perjalanan 5km dan RM80 sekitar radius perjalanan 10km. Harga ini tidak termasuk prevailing tax.
Buat yang merindui masakan tradisi bolehlah membuat tempahan dan menikmatinya bersama keluarga.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Nampak Susah, Tapi Sebenarnya Mudah Je Nak Buat Nasi Arab Kabsah @ Mandy

Siapa yang suka dengan menu ala Timur Tengah, mesti suka dengan resipi Nasi Arab Mandy @ Kabsah ini.
Nampak macam susah tapi sebenarnya cara nak masaknya senang. Lebih kurang macam nak buat nasi ayam.
Resipi yang dikongsikan Aisyah Humaira ini, sesuai buat mereka yang pertama kali belajar nak masak nasi arab mandy.
NASI ARAB MANDY @ KABSAH

BAHAN PERAPAN AYAM MANDY:
½ ekor ayam
1 sudu besar rempah nasi mandy
1 sudu besar serbuk cili – beli online di sini
Sedikit pewarna kuning saffron
1 kiub pati ayam know
Garam, secukup rasa
2 sudu besar minyak zaitun – beli online di sini
[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]
CARA MENYEDIAKAN:
Masukkan semua bahan di atas ke dalam bekas kacau hingga sebati. Ratakan pada ayam kemudian perap ayam paling kurang 3-4 jam atau semalam di dalam peti. Setelah perap, bolehlah direbus ke dalam kuah sup.


BAHAN SUP/KUAH:
½ biji bawang besar | dihiris – beli online di sini
5 ulas bawang putih – beli online di sini
2 batang cili hijau – beli online di sini
1 sudu besar rempah Mandy
1 kiub pati ayam
Garam, gula (jika perlu)
1 sudu kecil lada hitam – beli online di sini
Sedikit pewarna kuning safron
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
CARA MENYEDIAKAN:
1. Panaskan minyak zaitun, tumis semua bahan di atas hingga terbit bau dan masukkan air mengikut banyak kuah yang diingini.


2. Saya lebihkan air sebab kuah ini akan dicampur bersama beras untuk masak nasi nanti.


3. Apabila kuah mendidih, masukkan ayam. Ayam dan kuah siap (jika ayam ingin dibakar /panggang, maka ayam tak perlu direbus).


BAHAN NASI MANDY:
4 cawan beras basmati – beli online di sini
1 sudu besar minyak sapi – beli online di sini
2 sudu besar minyak zaitun – beli online di sini
1 ½ sudu besar rempah nasi Mandy
1 biji bawang besar | dihiris
2 batang cili hijau
5 ulas bawang putih
1 helai bayleaves/daun salam
1 biji limau kering
1 batang kayu manis
3 biji bunga cengkih
3 biji buah pelaga
1 pokok akar daun ketumbar
1 kiub pati ayam

CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak sapi bersama minyak zaitun. Masukkan semua bahan nasi kecuali beras dan kiub ayam.
2. Tumis sehingga terbit bau. Masukkan beras serta 2 gelas air rebusan ayam dan bakinya masuk air biasa.

3. Sukatan air sama macam masak nasi biasa, perasakan garam dan aji secukup rasa. Kacau.
4. Masukkan ayam yang telah direbus.
5. Setelah nasi masak, terus lubangkan nasi kepada 4 bahagian dan masukkan sedikit pewarna oren atau kuning saffron.


6. Biarkan seketika dalam 5 minit dan gemburkan nasi perlahan-lahan agar nasi cantik terurai. Siap.

BAHAN SAMBAL SALATAH:
2 biji tomato
5 biji lada hijau besar
5 biji cili padi merah
2 tangkai daun ketumbar
1 sudu besar perahan lemon
Sedikit rebusan ayam
Garam, gula, pati ayam secukup rasa
CARA MEMASAK:
Kisar semua bahan sehingga hancur, siap.

Kredit resipi: Aisyah Humaira
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
https://www.rasa.my/fuh-sedap-tak-terkata-resipi-kambing-paratal-olahan-bersantan/
Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap Dailymotion @Rasa dan YouTube @Majalah Rasa Official:
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Tengah Cari Juadah Baru Bila Tiba Ramadan Nanti, Cubalah 5 Sajian Fusion Ini.

Anda pasti selalu dengar sajian fusion. Fusion adalah sajian barat yang diberi olahan semula ikut selera Asia dan juga Melayu.
Contohnya Shepard Pie jika diolah menjadi fusion terhasil lah Shepard Pie Rendang.
Begitu juga menu seperti betis kambing, kentang, tulang rusuk boleh sahaja diolah dengan rempah ratus menjadi resepi Asia dan Melayu yang lazat. Jom kita cuba ilham sajian fusion dari chef PNB Perdana Hotel & Suites On The Park, Kl, iaitu Chef Muhammad Suhaifi Idris, Mohd Suhaize Hasim, Isa Abu Bakar, Azrin Nuruddin Kamarul Azhar.

1.Tulang Rusuk Lembu Masak Hitam
BAHAN-BAHAN :
- 4 kg tulang rusuk/siap direbus dengan air selama 3 jam
- 250 ml ml air rebusan daging
- 300 gm bawang besar /dikisar
- 2 batang kayu manis
- 5 biji buah pelaga
- 10 gm bunga cengkih
- 5 sm halia /dikisar
- 7 ulas bawang putih
- 2 sudu makan serbuk cili
- 2 sudu makan serbuk ketumbar
- 2 sudu makan serbuk jintan manis
- 1 sudu makan jintan putih
- 50 gm kicap pekat
- 2 keping asam keping
- 1/2 biji santan kelapa
- Garam dan gula secukupnya
CARA MEMASAK :
1. Rebus tulang rusuk selama tiga jam. Keluarkan daging dari air.
2. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar dengan rempah empat sekawan hingga naik bau.
3. Masukkan serbuk jintan dan ketumbar dan tuangkan sedikit air rebusan daging (250) ml.
4. Kemudian masukkan tulang rusuk dan didihkan.
5. Masukkan asam keping dan kicap pekat
6. Masukkan santan dan reneh selama 30 minit. Perisakan dengan gula dan garam secukupnya.
7. Biarkan daging betul-betul empuk
8. Tulang rusuk siap dihidang.
Saiz hidangan : 7- 8 orang
Waktu memasak : 2 jam
Cara memasak : Tumis dan reneh
Jenis hidangan : Lauk utama fusion
Keistimewaan : Ramuan kicap, rempah dan santan beri keenakan rasa
INFO CHEF : Kicap pekat memberikan warna dan rasa tulang yang sungguh enak.

2.Mousakka Kambing
BAHAN-BAHAN :
Bahan A (inti) :
- 800 gm daging kambing cincang
- 250 gm puri tomato
- 1 sudu makan serbuk jintan manis
- 1 sudu makan serbuk jintan putih
- 1 sudu makan serbuk ketumbar
- 300 gm bawang besar /dihiris
- 7 ulas bawang putih /dihiris
- Garam secukup rasa
- 1 biji terung panjang / potong bulat menjadi beberapa keping
Bahan B:
- 1 liter susu segar
- 250 gm mentega
- 250 gm tepung gandum
- 250 gm keju mozarella
CARA MEMASAK :
1. Panaskan minyak dan tumis bawang hingga wangi dan kemudian masukkan puri tomato.
2. Tumis selama 7 minit dan masukkan semua rempah setelah tumisan sebati dan wangi.
3. Kemudian masukkan daging cincang, perlahankan api dan biarkan sejuk.
4. Ambil kuali lain panaskan mentega hingga cair dan kemudian masukkan tepung gaul sehingga kelihatan seperti doh dan masukkan susu.
5. Kacau sehingga pekat dengan suhu 60-70 celcius, tutup api. (becahamel sos siap)
6. Sediakan dulang pembakar, susun terung sehingga menutupi bahagian dulang
7. Kemudian masukkan inti daging cincang tadi dan diikuti bancuhan susu
8. Ulangi sebanyak 2 lapisan dan taburkan keju di atas lapisan tadi
9. Bakar dalam ketuhar selama 25 minit, dengan suhu 160 darjah celcius. Siap dihidang.
Saiz hidangan : 4-5 orang
Waktu memasak : 30 minit
Cara memasak : Tumis dan bakar
Jenis hidangan : Mediterranean
Keistimewaan : Inti daging dilapisi bechamel dan terung ciri utama moussaka
INFO CHEF : Moussaka dipercayai berasal dari Greece tetapi cukup terkenal di negara Arab dan Mediterranean.

3.Gulai Kawah Betis Kambing (Lamb Shank)
BAHAN-BAHAN :
- 4 kg betis kambing/direbus dengan air selama 1 jam
- 300 gm bawang besar /dikisar
- 5 sm halia /dikisar
- 7 ulas bawang putih /dikisar
- 2 batang kulit kayu manis
- 5 biji buah pelaga
- 10 gm bunga cengkih
- 2 sudu makan serbuk cili
- 2 sudu makan serbuk jintan manis
- 1 sudu makan serbuk jintan putih
- 200 gm rempah kari daging
- 2 keping asam keping
- 1/2 biji santan kelapa
- Garam secukup rasa
CARA MEMASAK :
1 .Rebus kambing dengan kadar menutupi daging, apabila masak keluarkan dagingnya.
2. Pijarkan minyak dan tumis bahan kisar bersama rempah 4 sekawan.
3. Masukkan serbuk kari, jintan dan ketumbar,tumis hingga pecah minyak dan masukkan air rebusan daging
4. Kemudian masukkan kambing dan didihkan
5. Masukkan asam keping, dan perisakan dengan garam .Masukkan santan dan reneh selama 20 minit
6. Biarkan daging empuk
7. Gulai kawah siap dihidang
Saiz hidangan : 7- 8 orang
Waktu memasak : 40 minit
Cara memasak : Tumis dan renih
Jenis hidangan : Lauk utama fusion
Keistimewaan : Lauk ini bertambah lazat apabila sudah semalaman
INFO CHEF : Sedap dimakan bersama roti dan nasi. Anda boleh menggunakan rempah gulai yang siap dijual, didalamnya tersedia segala campuran rempah ratus.

4.Rendang Daging Shepherd Pie
BAHAN-BAHAN:
- 4 kg daging batang pinang /dipotong dadu
- 300 gm bawang besar /dikisar
- 7 ulas bawang putih/dikisar
- 5 sm halia /dikisar
- 2 sm lengkuas/ dikisar
- 2 batang kulit kayu manis
- 5 biji buah pelaga
- 10 gm bunga cengkih
- 4 sudu makan serbuk cili
- 4 batang serai /diketuk
- 200 gm kerisek
- 2 keping asam keping
- 1 biji santan kelapa
Bahan B:
- 5 biji kentang
- Garam secukup rasa
CARA MEMASAK :
1. Kupas kentang dan tebus sehingga lembut dan lenyek, sejukkan
2. Panaskan minyak dan masukkan bahan kisar tadi bersama rempah empat sekawan sehingga naik bau.
3. Masukkan cili dan tumis hingga cili masak.
4. Kemudian masukkan daging dan didihkan
5. Masukkan kerisik, bersama santan dan renehkan selama 20 minit, Perasakan dengan garam.
6. Pastikan daging betul-betul empuk, dan padamkan api. Biarkan sejuk dan masukkan dalam acuan kecil.
7 .Ambil beg piping dan masukkan kentang yang telah dilecek tadi
8. Tekan di atas rendang tadi seperti membuat aising di atas kek
9 .Pastikan kentang menutupi rendang tadi
10. Dalam ketuhar bakar selama 13 minit dalam suhu 170 darjah celcius
11. Hidangkan bersama salad segar
Saiz hidangan : 7- 8 orang
Waktu memasak : 45 minit
Cara memasak : Reneh dan bakar
Jenis hidangan : Masakan barat diberi sentuhan fusion
Keistimewaan : Kentang dan rendang menjadi kudapan yang lazat
INFO CHEF : Sheperd Pie berinti rendang beri kelainan dan kelazatan baru untuk sajian barat yang diolah dengan inti rendang.

5. Ayam Panggang Gulung Madu & Sos Percik Berkeju
BAHAN-BAHAN :
Bahan A:
- 4 keping paha ayam tanpa tulang (chicken chop)
- 1 ketul dada ayam /dicincang
- 1 biji telur
- 1/2 sudu teh serbuk kunyit
- Garam secukup rasa
- 2 sudu makan madu
Bahan B (kuah percik berkeju) :/dikisar
- 2 biji bawang besar India
- 1 sm hali
- 2 ulas bawang putih
- 2 batang serai
- 1 sm kunyit hidup
- 1/2 biji kelapa (santannya)
- 50 gm keju mozzarella @ keju cheddar
CARA MEMASAK :
Cara membuat ayam gulung :
1. Cincang dada ayam bersama kunyit dan garam.
2. Campurkan telur dan kacau hingga sebati.
3. Gulung dada ayam cincang bersama paha ayam dan ikat dengan menggunakan tali ‘butcher’.
4. Tabur sedikit garam dan serbuk kunyit. Dan perap
Cara membuat kuah percik :
5. Kisar semua bahan B
6. Panaskan kuali , dan tumiskan bahan-bahan kisar.
7. Tumiskan hingga wangi dan masukkan ayam gulung tadi
8. Masak ayam selama 10 minit , keluarkan ayam dan biarkan seketika.
9. Masukkan santan ke dalam bahan-bahan tadi dan masukkan garam secukup rasa
10. Setelah mendidih masukkan keju dan kacau hingga keju betul-betul larut.
11. Dengan menggunakan kuali yang lain, goreng ayam dengan minyak sedikit. Sapukan madu sebelum itu.
12. Buang tali dan hiris ayam. Susun ayam mengikut kreativiti dan tuang kuah di atas ayam gulung tadi
13. Hidangkan bersama nasi putih atau roti
Saiz hidangan : 2– 3 orang
Waktu memasak : 15 minit
Cara memasak : Tumis dan goreng minyak sedikit
Jenis hidangan : Lauk utama fusion
Keistimewaan : Lemak berkeju dan sedap
Anggaran kos : RM 15
INFO CHEF: Gabungan keju dan sos percik, gandingan citarasa barat dan timur yang berperisa.
Terima kasih : PNB Perdana Hotel & Suites On The Park, Kl,
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!

