
Muffin telur ni kaya dengan rasa keju dengan inti ayam di dalamnya. Kalau tak nak ayam, boleh juga diganti inti udang, ikan, ketam dan daging.
Menu yang dikongsi melalui Resepi Sarapan Pagi ini, menggunakan ramuan agak-agak saja dan bergantung kepada kreativiti anda untuk meletak banyak mana bahan yang ada.
MUFFIN TELUR BERKEJU DENGAN INTI AYAM
BAHAN-BAHAN:
4 biji telur
Isi ayam (boleh ganti dgn udang/ikan/ketam/daging)
Susu segar
Bayam (boleh ganti dengan sayur lain)
Cili merah – beli online di sini
Cili padi (optional kalau nak pedas) – beli online di sini
Cendawan butang (optional) – beli online di sini
Bawang besar holland | dipotong dadu – beli online di sini
Cheese slice
Garam
Lada hitam – beli online di sini
Dapatkan DeRoyal 3 in 1 Cordless Chopper & Mixer dengan HARGA ISTIMEWA DI SINI! Masukkan code RASGSP5 sebelum buat pembayaran untuk dapatkan DISKAUN EXTRA RM5!
CARA MEMASAK:
1. Pukul telur, masukkan susu, garam dan lada hitam. Saya masuk sedikit baking powder.
[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]
2. Masukkan sumber bahan dalam acuan muffin. Ikut suka nak letak macam mana.
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
3. Masukkan adunan telur 3/4 acuan. Bakar pada suhu 180C selama 20-25 minit atau sampai masak.
4. Sudah siap dibakar.
Kredit: Resepi Sarapan Pagi
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Cara Buat Cili Jeruk Homemade Yang Sedap, Rangup & Tak Lembik
Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap Dailymotion @Rasa dan YouTube @Majalah Rasa Official:
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Ifa Raziah Tunjuk Skil Masak Bihun Sup Utara Gaya Miss Diva Depan Chef Wan

Nama Ifa Raziah memang begitu terkenal dalam industri seni hiburan. Bukan sahaja kerana bakat nyanyian dan lakonan, namun Ifa turut handal memasak. Walaupun suka masak dan suka makan, potongan badan Ifa tetap cantik sesuai dengan gelarannya Miss Diva.
Dalam rancangan RASA Nostalgia Ramadan yang bersiaran pada jam 5 petang tadi, Ifa Raziah adalah tetamu jemputan yang dijemput oleh Chef Selebriti, Chef Wan. Chef Wan akui Ifa kelihatan sangat cantik pada usianya sekarang. Kata Ifa, dia tidak amalkan senaman sebaliknya menjaga pemakanan.
“Saya suka makan hidangan sup. Kurang berminyak, kurang masin dan kurangkan manis dalam hidangan. Itu saja yang saya amalkan untuk jaga badan,” cerita Ifa.
Justeru, dalam episod kali ini, Ifa memasak Mihun Sup Utara Miss Diva. Ini adalah kegemaran Ifa Raziah tiap kali tibanya bulan Ramadan.
“Mihun sup utara tidak dimakan dengan sambal kicap. Tapi dimakan dengan sambal cili merah. Itu bezanya antara utara dan selatan. Mihun pula dimasak kuning kerana dicelur dengan air kunyit. Kalau mihun lain, biasanya warna putih saja,” cerita Ifa lagi.
Untuk hidangan pencuci mulut pula, Ifa menyediakan Kuih Jala Emas. Korang nak tahu apa sejarah kuih ni?
“Kuih jalan emas ni asal-usulnya daripada orang Portugis. Ketika mereka tu menjajah Siam dulu, mereka selalu buat kuih ni. Kemudian dibuat pula oleh orang Golok dan orang Kelantan. Sebab itulah kuih ni popular di Kelantan. Manis rasanya, orang Kelantan suka,” kata Ifa mengenai asal-usul Kuih Jala Emas.
DIPERHEBAT DENGAN COWAY
Sesi memasak oleh Ifa Raziah dan Chef Wan sangat santai. Maklumlah mereka masak ditemani dengan penapis udara dan penapis air daripada Coway. Memasak dengan udara yang bersih. Dipermudahkan pula dengan penapis air yang ada ciri-ciri hebat. Memang semakin lincah kerja di dapur!
Nak tahu resipi yang dimasak oleh Ifa Raziah dan Chef Wan tadi? Nah, RASA kongsikan resipinya. Korang try buat tau.
MIHUN SUP UTARA
BAHAN MI
1 peket bihun
Sedikit serbuk kunyit
CARA MEMBUAT
1. Rebus seketika bihun dengan air bercampur serbuk kunyit.
2. Angkat dan toskan.
BAHAN SUP
6 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2 inci halia
Minyak masak untuk menumis
Rempah 3 sekawan
2 sudu besar rempah sup
1 sudu besar serbuk lada hitam
1 jag air panas
1 kg daging (potong dan direbus dulu)
1 batang lobak merah (dipotong besar)
3 biji kentang (dipotong besar)
Garam secukup rasa
CARA MEMBUAT SUP
1. Kisar bawang merah, bawang putih dan halia sehingga halus.
2. Panaskan minyak masak. Tumis bahan kisar tadi bersama rempah tiga sekawan.
3. Tumis sampai agak kering. Masukkan rempah sup dan lada hitam. Kacau.
4. Masukkan air panas. Masukkan juga daging dan air rebusan daging.
5. Masukkan lobak merah dan kentang. Perasakan dengan garam.
6. Biarkan mendidih.
KUIH JALA EMAS
BAHAN-BAHAN
2 biji kuning telur itik
1 jag air
2 cawan gula
CARA MEMBUAT
1. Pecahkan telur itik. Ambil kuningnya sahaja.
2. Tapis kuning telur dengan kain kasa.
3. Masukkan kuning telur dalam botol yang selalu orang buat roti jala. Ketepikan.
4. Di dalam kuali, panaskan air.
5. Masukkan gula. Biarkan gula larut.
6. Kiraikan kuning telur di atas air gula. Biarkan dia terbentuk cantik.
7. Gunakan kayu penyepit, simpulkan biar cantik. Angkat.
Jangan lupa saksikan episod seterusnya dalam rancangan RASA Nostalgia Ramadan di Astro Prima dan Prima HD sepanjang bulan Ramadan ini. Rancangan ini bersiaran setiap Isnin hingga Khamis, jam 5 petang. RASA Nostalgia Ramadan dihebatkan oleh Coway.
10 Idea Bento & Bekal Kanak-Kanak Sekolah Rendah

Sesi persekolahan sudah pun bermula, bu-ibu yang mahukan anak-anak mendapat khasiat makanan seimbang bolehlah mencuba idea bekal makanan dan bento hasil insipirasi dari Young Chefs Academy ini. Mudah dibuat dan pastinya membuka selera anak-anak untuk dinikmati masa rehat nanti. Yang pasti bekalan makanan yang disediakan dari rumah bukan sahaja menyelerakan tetapi bebas daripada msg dan pengawet. Makanan sihat bernutrisi membentuk akal dan tubuh badan yang sihat dan cergas.
1. BENTO MUFFIN BERSAAMA TELUR HANCUR
BAHAN-BAHAN :
Bahan muffin :
- 107ml air suam
- 24gm susu tepung
- 1sudu teh ibu roti
- 1 sudu makan gula
- 306gm tepung roti
- 1/2 sudu teh garam
- 30gm mentega
- 1/2 biji telur
- 2 sudu makan Polenta
- 8 hirisan tomato
Bahan telur hancur :
- 2 biji telur
- Secubit garam
- Secubit lada hitam
- 60ml susu segar
- 2 sudu makan mentega
CARA MEMASAK :
1.Campurkan air suam bersama susu tepung. Kacau ibu roti dan gula dalam air campuran tepung. Biarkan selama 5 minit sebelum sedia digunakan.
2.Di dalam mangkuk yang lain, campurkan tepung roti, garam dan mentega. Ramas mentega dengan rapi.
3. Kemudian masukkan campuran air ibu roti tadi ke dalam campuran tepung. Kacau dan uli sehingga menjadi doh. Jika doh terlalu cair atau basah tambah tepung dan sehingga tidak melekat pada tangan.
4.Tutup doh dengan kain basah dan rehatkan doh selama sejam.
5. Uli doh dan bahagikan doh kepada empat bahagian. Bulatkan setiap doh dan tekan doh dengan telapak tangan. Letak doh atas dulang pembakar dan taburkan polenta di atas doh. Biarkan seketika selama 10 minit.
6.Panaskan ketuhar di dalam 150 darjah C dan bakar muffin selama 10-15 minit. Gunakan garfu untuk memotong muffin.
7. Untuk membuat telur hancur campurkan semua bahan kecuali mentega di dalam mangkuk.
8. Pukul sehingga sebati. Panaskan kuali dan cairkan mentega. Masukkan campuran telur di dalam kuali, hancurkan telur menggunakan sudip.
9. Letakkan hirisan tomato di atas muffin diikuti telur hancur.
Saiz Hidangan: 4 Orang
Waktu memasak: 1 jam 30 Minit
Cara memasak : Bakar dan goreng
Jenis masakan: Sajian barat
Keistimewaan : Telur hancur dan muffin gebu lembut sesuai dijadikan bekal.
Anggaran kos : RM10
INFO CHEF : Untuk roti yang lebih lembut, rehatkan doh selama 4 jam.
2. BENTO PASTA 'WAGON WHEEL'& SOS TOMATO BERKRIM
BAHAN-BAHAN :
- 240gm pasta bentuk wagon wheel | direbus dan tos
- 2 sudu makan mentega
- 3 ulas bawang putih | dicincang
- 1/2 biji bawang besar | dicincang
- 100gm isi ayam | dipotong dadu
- 1 cawan puri tomato
- 185ml krim
- 125ml susu segar
- 30gm keju parmesan
- 1 sudu teh basil
- Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK :
1. Cairkan mentega di atas kuali atas api yang sederhana. Masukkan bawang putih dan bawang besar dan tumiskan hingga naik bau.
2. Masukkan ayam dan masakkan ayam hingga empuk.
3. Masukkan kesemua bahan-bahan, kacau hingga keju menjadi cair. Perasakan dengan garam dan gula.
4. Masukkan pasta dan gaul selama 2 minit atau sehingga soso tomato jadi pekat.
Saiz Hidangan: 4 Orang
Waktu memasak: 40 minit
Cara memasak : Tumis
Jenis masakan: Pasta
Keistimewaan : Pasta lazat dengan rasa tomato dan keju berkhasiat
Anggaran kos : RM15
INFO CHEF : Jika suka anda boleh variasikan menu dengan memasukkan cendawan butang.
3. BENTO NUGGET AYAM BAKAR
BAHAN-BAHAN :
Bahan nugget ayam :
- 200gm dada ayam | dipotong kecil
- 85gm serbuk roti
- 1 sudu makan minyak zaitun
- 1/2 sudu teh garam
- 1/4 sudu teh lada hitam
- 32gm tepung gandum
- 1 biji telur
- 1 sudu makan air
Bento :
- 2/3 cawan nasi sushi | dimasak
- Sos tonkatsu atau sos tomato
CARA MEMASAK:
1. Panaskan ketuhar pada 200 darjah C.
2. Panaskan kuali dan goreng serbuk roti yang dicampur dengan minyak zaitun di atas api sederhana sehingga kuning keemasan.
3. Pukul telur dan air. Perasakan daging ayam dengan garam dan lada hitam. Kemudian sadurkan ayam dengan tepung diikuti ke dalam telur yang telah dipukul.
4. Akhir sekali salutkan ayam ke dalam serbuk roti yang telah digoreng.
5. Susun ayam yang telah disalut di atas dulang pembakar. Bakar ayam selama 20-25 minit.
6. Di dalam bekas bento susun nasi dan nugget ayam ikut kreativiti anda.
Saiz Hidangan: 4 Orang
Waktu memasak: 40 minit
Cara memasak : Tumis
Jenis masakan: Sajian Jepun dan Nugget Ayam Homemade
Keistimewaan : Nugget lebih berkhasiat 'homemade' bebas dari msg dan pengawet. Tidak berminyak kerana ia dibakar
Anggaran kos : RM15
INFO CHEF : Untuk mengepal nasi shushi sentiasa basahkan tangan semasa membentuk nasi supaya ia tidak melekat pada tangan dan mudah dibentuk.
4. BENTO ROTI PRETZEL BERSALUT COKLAT
BAHAN-BAHAN :
Bahan roti pretzel :
- 80ml air suam
- 1/2 sudu teh ibu roti
- 1 sudu teh gula
- 86gm tepung gandum
- 1 sudu makan soda bikarbonat
- 2 cawan air
Bahan hiasan :
- 62gm coklat susu | dicairkan
- 30gm coklat putih | dicairkan
- Biskut oreo secukupnya
CARA MEMASAK :
1. Campurkan air suam bersama gula dan ibu roti. Di dalam mangkuk satukan tepung bersama campuran ibu roti. Kacau hingga rata.
2. Taburkan sedikit tepung di atas meja dan uli tepung sehingga menjadi doh. Tutup doh dengan kain basah dan biarkan doh rehat dalam suhu bilik selama 1 jam.
3. Panaskan ketuhar pada suhu 200 darjah C. Bahagikan doh kepada 4 bahagian. Ulis kesemua bahagian doh hingga membentuk pretzel. Tutup doh pretzel dengan kain basah dan biarkan selama 20 minit.
4. Didihkan 2 cawan air di dalam periuk.Kacau soda bikarbonat ke dalam air yang mendidih. Celupkan setiap pretzel ke dalam solusi soda bikarbonat selama 15 saat dan kemudian susun pretzel di atas dulang pembakar.
5. Bakar pretzel di dalam ketuhar selama 10-15 minit. Setelah bakar biarkan pretzel sejuk atas dulang.
6. Salutkan permukaan pretzel di dalam coklat yang telah dicairkan. Boleh hiaskan roti pretzel ke bentuk burung hantu jika suka.
Saiz Hidangan: 2 Orang
Waktu memasak: 1jam 40 minit
Cara memasak : Bakar
Jenis masakan: Snek barat
Keistimewaan : Snek roti bersalut coklat yang pasti digemari kanak-kanak
Anggaran kos : RM12
INFO CHEF : Roti pretzel juga sesuai dimakan bersama sos karamel
5. ROTI TORTILLA BERSAMA TUNA, TELUR DAN JAGUNG
BAHAN-BAHAN :
- 2 keping roti tortilla
- 1/2 cawan tuna
- 1 biji telur | direbus dan disagat
- 1/2 cawan jagung manis | sudah direbus
- 1/2 biji bawang besar | dipotong dadu
- 2 sudu makan mayonis
- Secubit garam dan lada hitam
- 2-3 helai daun salad | dihiris nipis
CARA MEMASAK :
1. Masukkan kesemua bahan-bahan di dalam mangkuk dan kacau hingga sebati.
2. Sapukan setengah campuran tuna ke atas sekeping roti tortilla.
3. Letakkan hirisan daun sald di atasnya. Gulung roti tortilla dan potong roti tortila kepada dua atau empat bahagian.
Saiz Hidangan: 2 Orang
Waktu memasak: 20 minit
Cara memasak : Bakar
Jenis masakan: Snek barat
Keistimewaan : Snek ala sandwich yang senang dan cepat disediakan.
Anggaran kos : RM10
INFO CHEF : Hidangan ini boleh disediakan sehari sebelum dan simpan di dalam peti sejuk. Panaskan tortila dalam ketuhar mikro sebelum dihidang.
6. BROWNIE ZUHCCHINI
BAHAN-BAHAN :
- 1 cawan tepung
- 1/4 cawan serbuk koko
- 1/2 sudu teh soda bikarbonat
- 1/4 cawan minyak sayur
- 3/4 cawan gula
- 1 sudu teh ekstrak vanila
- 1 cawan zucchini | disagat
- 1/4 cawan kacang pecan | dikisar kasar
- 3 sudu makan air
CARA MEMASAK :
1. Panaskan ketuhar pada suhu 180 darajah C.
2. Di dalam mangkuk campurkan tepung, serbuk koko dan soda bikarbonat. Di dalam mangkuk yang lain, pukul gula, ekstrak vanila dan minyak sayur. Masukkan campuran tepung dan kacau hingga rata.
3. Masukkan zucchini dan kacau hingga campuran menjadi basah. Jika campuran itu kering masukkan air sedikit.
4. Campuran brownies akan menjadi pekat dan akhir sekali masukkan kacang pecan dan kacau rata.
5. Masukkan campuran brownies ke dalam tin pembakar dan bakar selama 20-25 minit.
Saiz Hidangan: 4 Orang
Waktu memasak: 40 minit
Cara memasak : Bakar
Jenis masakan: Pencuci mulut
Keistimewaan : Brownies sedap dimakan bersama coklat ganache.
Anggaran kos : RM12
INFO CHEF : Sebanyak 95 peratus daripada zucchini adalah air. Ia membantu menjaga keseimbangan tubuh dan mencegah dehidrasi.
7. POP CORN BROKOLI

BAHAN-BAHAN :
- 1/2 brokoli | direbus dan dicincang halus.
- 1 biji telur
- Secubit garam
- Secubit lada hitam
- 1/2 sudu teh serbuk bawang putih
- 1/2 sudu teh oregano
- 1/2 sudu teh paprika
- 1/2 cawan keju cedar
- 1/2 cawan serbuk roti
- 2 sudu makan minyak sayur
Bahan sos yogurt :
- 2/3 cawan yogurt
- 1/2 sud makan jus limau nipis
- 1 biji bawang putih | dicincang
CARA MEMASAK :
1. Panaskan ketuhar pada suhu 200 darjah C.
2. Di dalam mangkuk pukul telur, garam, serbuk bawang putih, oregano, lada hitam dan paprika. Kacau sehingga rata.
3. Masukkan keju cedar, serbuk roti dan brokoli yang telah dicincang. Gaul hingga sebati.
4. Ambil sudu besar kaut dan bentukkan 16 biji bebola.
5. Bakar pop corn di dalam ketuhar selama 15-20 minit.
6. Untuk sos: Masukkan semua bahan-bahan dan kacau hingga sebati.
Saiz Hidangan: 4 Orang
Waktu memasak: 40 minit
Cara memasak : Bakar
Jenis masakan: Snek ala cucur
Keistimewaan : Cara terbaik agar kanak-kanak menggemari makan sayur
Anggaran kos : RM 14
INFO CHEF : Brokoli mengandungi kadar kalsium dan vitamin K yang tinggi untuk kesihatan tulang dan cegah osteoporosis.
8. NASI GORENG PELANGI

BAHAN-BAHAN:
- 1/3 cawan minyak sayuran
- 2 biji bawang putih | dicincang
- 1/2 biji bawang besar | dicincang
- 300gm isi ayam
- 1 biji telur
- 1/4 cawan kacang pis
- 1/4 lobak merah | dipotong dadu
- 1/4 cawan biji jagung
- 1/8 kobis ungu | dihiris
- 2 sudu makan sos tiram
- 1/2 sudu makan minyak bijan
- 1 1/2 cawan nasi
- Garam secukup rasa
- Lada hitam secukup rasa
CARA MEMASAK :
1. Panaskan minyak di dalam kuali, tumiskan bawang putih dan bawang besar hingga naik bau.
2. Kemudian masukkan telur dan kacau sehingga hancur. Masukkan semua jenis sayur dan perasakan dengan garam, lada hitam dan sos tiram.
3. Kacau hingga rata.
Saiz Hidangan: 4 Orang
Waktu memasak: 30 minit
Cara memasak : Tumis dan goreng
Jenis masakan: Nasi
Keistimewaan : Makanan dengan khasiat seimbang dengan pelbagai vitamin di dalam sayur-sayuran
Anggaran kos : RM 10
INFO CHEF : Potong sayur-sayuran dengan kecil untuk mengelakkan anak-anak daripada mengasingkan sayur bila makan.
9. KASEROL HASHBROWN

BAHAN-BAHAN :
- 1 cawan kentang, dikupas dan disagat
- 1/2 biji bawang besar | dipotong dadu
- 1/3 cawan mentega
- 1/3 cawan tepung gandum
- 1 1/2 cawan stok ayam
- 1/2 cawan keju mozarella
- Garam secukup rasa
- Lada hitam secukup rasa
CARA MEMASAK :
1. Panaskan ketuhar pada suhu 180 darjah C.
2. Cairkan mentega di dalam periuk dan tumis bawang hingga naik bau.
3. Masukkan tepung dan kacau hingga rata. Masukkan stok ayam, garam, dan lada hitam. Kacau sehingga kuah menjadi pekat.
4. Masukkan kentang yang disagat di dalam bekas aluminium. Tuang kuah stok ayam sehingga menutupi kentang dan taburkan keju mozarella.
5.Bakar hashbrown di dalam ketuhar selama 20-25 minit.
Saiz Hidangan: 2 Orang
Waktu memasak: 45 minit
Cara memasak : Tumis dan goreng
Jenis masakan: Sajian barat
Keistimewaan : Rasa kentang yang kaya dengan keju enak
Anggaran kos : RM 15
INFO CHEF : Bekal makanan yang kaya dengan serat. Pilihlah kentang russet untuk rasa terbaik
10. GRANOLA BEAR

BAHAN-BAHAN :
1/2 cawan oats
1/4 cawan kismis
3 sudu makan biji kuaci | disangai
2 sudu makan madu
2 sudu makan mentega
CARA MEMASAK :
1. Panaskan ketuhar pada suhu 180 darjah C.
2. Cairkan madu dan mentega di dalam periuk. Tutup api dan biarkan seketika.
3. Di dalam mangkuk yang lain, satukan oat, kismis dan kuaci. Masukkan campuran mentega dan gaul bersama campuran oat.
4. Bahagi dan masukkan ke dalam kek cawan. Mampatkan oats ke dalam kek cawan menggunakan sudu.
5. Bakar granola di dalam ketuhar selama 10 minit.
Saiz hidangan : 2 orang
Waktu memasak : 30 mint
Cara memasak : Bakar
Jenis masakan : Snek bijirin
Keistimewaan : Bijirn oat bekal makanan yang tinggi serat dan mengenyangkan.
Anggaran kos : RM10
INFO CHEF : Selain kismis anda boleh juga memasukkan buah-buahan yang sesuai untuk dimasukkan ke dalam granola.
Cara Buat Kuih Lepat Labu Sedap Untuk Minum Petang

Kuih Lepat Labu memang sedap. Rasa lemak-lemak manis, memang sesuai sangat dijadikan sajian untuk minum petang. Bagi anda yang suka makan kuih tradisional ni, resipi perkongsian saudari Asma Mohamed antara yang mudah boleh dicuba. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
RESIPI KUIH LEPAT LABU SEDAP & MUDAH
BAHAN-BAHAN:
- 1 cawan labu – rebus dahulu labu hingga lembut kemudian baru disukat
- 1 cawan tepung gandum
- 2 sudu makan tepung ubi kayu
- 3 ½ sudu makan gula
- Secubit garam
- Santan pekat – jumlah agak-agak supaya adunan tidak cair dan tidak terlalu pekat
- Daun pisang secukupnya – bersih & layurkan
BAHAN INTI:
- Kelapa putih parut
- Manisan @ gula melaka secukupnya
- Sedikit air
- Secubit garam
- 1-2 helai daun pandan
CARA MEMASAK:
1. Sediakan inti terlebih dahulu. Satukan semua bahan inti dan masak sehingga manisan @ gula melaka larut. Tekstur inti paling sedap ialah bila ia agak lembab dan tidak kering.
2. Untuk adunan lepat, satukan semua bahan dan adun hingga sebati.
3. Untuk membungkus lepat, ambil daun pisang yang telah dipotong dan dilayur.
4. Ambil 2 sudu makan adunan lepat, letak atas daun pisang.
5. Seterusnya, ambil 1 sudu teh inti. Balut daun pisang dengan kemas. Lakukan hingga habis adunan.
6. Panaskan periuk kukusan dan susun kuih lepat tadi. Kukus selama 25 minit atau hingga masak.
7. Sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Asma Mohamed
ANDA JUGA MUNGKIN SUKA: