Kadang-kadang rasa macam nak buat roti sendiri di rumah tapi takut tak menjadi pula dah memabazir bahan tu. Tapi jangan risau dah! Kalau ikut resipi yang dikongsikan oleh Eniza M.Salim ni pasti menjadi. Resipi Roti Bun Sardin ni sangat mudah je untuk disediakan. Bahan yang digunakan juga tidak banyak dan cara pembuatan tidak renyah.
Lepas ni kalau teringin nak buat Roti Bun sendiri cuma tinggal tukar inti je sebab bahan-bahan asas nak buat Roti Bun Sardin ni sama je cuma kalau tak suka inti Sardin boleh ubah inti lain tau. Jom kita cuba!
Ads
ROTI BUN SARDIN
BAHAN-BAHAN:
Bahan-Bahan Roti:
1/2 kg tepung
1¼ cawan air suam
1 paket mauripan
2 sudu marjerin
1/2 cawan susu tepung
1/2 sudu teh garam
2 sudu gula
** tambah 1/2 sudu teh bread improve (jika ada) untuk roti lebih lembut
Bahan-Bahan Inti:
1 tin kecil sardin
1 bawang besar holland- cincang
2 sudu cili blend bersama bawang
1/2 sudu teh garam
1 sudu teh gula
1 sudu minyak
Ads
Cara Penyediaannya:
Masak inti dahulu. Panaskan minyak dan tumis bawang holland cincang. Masukan cili kisar hingga garing. Tambah sardin lenyek tanpa sos. Tambah garam/gula & masak hingga kering. Sejukkan
Bancuh yis dengan 1/4 caaan air dan 2 sudu gula. Biar 10 minit hingga berbuih. (Jika tidak berbuih, mungkin yis sudah mati dan sila ganti yis baru
Gaul tepung dengan susu, marjerin, garam dan masukkan bancuhan yis
Tambah air sikit demi sikit sambil diuli hingga lembut. Lebih kurang 1/2 jam
Rehatkan 20 minit
Bulat-bulatkan dough sebesar bola pingpong dan sikan setiap bebola dengan inti sardin
Susun dalam tray dan biar dough naik selama 1/2 jam
Panaskan oven 180° selama 10 minit & masukkan tray roti dan bakar lebih kurang 20 minit
Bila masak angkat dan sapu butter pada permukaan roti.. Biar sejuk
Asyik beli donut kat luar je, jom lah kita buat donut sendiri di rumah. Macam-macam jenis donut boleh kita buat, nak yang biasa ke, berinti coklat, kastard dan sebagainya, semuanya mengikut kreativiti sendiri dan pastinya lagi puas hati! Kali ni jom kita buat donut ala Big Apple yang gebu gebas!
DONAT COKLAT
BAHAN-BAHAN
4 cawan tepung kek
6 kuning telur
3 sudu makan gula pasir
3½ sudu makan mentega yang telah dilembutkan
1¾ oz yis
1 cawan air suam
1 cawan susu full cream panas
½ cawan yogurt biasa
½ sudu kecil garam
Minyak masak
Jem pilihan (boleh menggunakan Nutella!)
CARA PENYEDIAAN
Adunan 1 Sediakan mangkuk, masukkan tepung dan buatkan satu ruang kosong di tengahnya. Dalam ruang tersebut, masukkan yis hancur, 1/2 sudu besar gula, dan separuh cawan daripada susu panas. Tutup dengan sedikit tepung dan mula mengaulkannya sehingga menghasilkan doh tebal berkrim. Tutup mangkuk dan biarkan ia sejuk selama 20 minit sehingga doh mengembang.
Adunan 2 Dalam mangkuk yang berasingan, masukkan susu yang selebihnya dan kacau bersama mentega dan yogurt.
Adunan 3 Dalam mangkuk lain, pukul kuning telur bersama baki gula yang ada.
Campurkan Adunan 1, Adunan 2 dan Adunan 3 sekaligus, uli sehingga menjadi doh yang licin dan elastik. Tutup dan biarkan ia pada suhu bilik selama 1 jam atau sehingga ia menjadi dua kali ganda saiznya.
Pada permukaan yang ditabur tepung, keluarkan doh dari mangkuk, uli doh tersebut sehingga tebal doh tersebut dalam anggaran 1 cm.
Gunakan gelas atau pemotong biskut berbentuk bulat untuk memotong bulatan doh dan letakkan di atas l bekas yang ditabur tepung. Tutup dengan kain, dan biarkan sejuk selama 40 minit lagi.
Panaskan minyak di dalam kuali supaya donat boleh terapung bebas dan tidak menyentuh bahagian dasar. Masukkan sebahagian kecil doh dan jika ia bertukar menjadi perang dengan cepat, bermakna sudah boleh diangkat.
Goreng donat sehingga perang keemasan di kedua-dua belah bahagian. Pindahkan ke atas kertas tisu. Beg pastri dipasang dengan tip panjang pada hujungnya, diisi dengan jem dan cucukkan jem ke dalam donat. Taburkan dengan gula tepung dan sedia dihidang!
Masukkan yis dan gula ke dalam air suam, kacau sedikit bagi gula larut dan biarkan hingga berbuih.
Masukkan tepung ke dalam bekas besar, buat lubang ditengahnya, campurkan semua bahan dan uli hingga sebati dan tidak melekat di mangkuk adunan tu.
Tutup atau simpan doh/adunan dalam mangkuk dan tutup dengan kain lembab dan simpan dalam oven yang tertutup rapat (INGAT oven tu jangan on api, cuma nak bagi cepat naik sahaja). Biar sampai naik 2 kali ganda.
Tabur tepung atas papan canai, canai doh tadi setebal 1/2 inci.
Terap menggunakan acuan donat. Susun dalam loyang, jarakkan dan tutup dengan kain lembab, biarkan hingga kembang sekali lagi.
Goreng dalam minyak yang telah dipanaskan. Pastikan minyak tu betul- betul panas, jika tak nanti donat jadi tak cantik dan serap banyak minyak.
Angkat dan letakkan di atas kitchen paper supaya serap minyak berlebihan.
Info: Kalau nak buat frozen, goreng separuh masak je (agak2 dah nampak kuning sikit/light golden, terus angkat dari kuali). Sejukkan, simpan dalam bekas dan masuk dalam peti sejuk. Kalau nak guna keluarkan biar hilang sejuk, kemudian boleh digoreng.
BAHAN GLAZE
1/3 cwn butter
2 cwn powder sugar
1 1/2 sudu kecil vanilla
5 cmb susu segar suam (tambah jika perlu)
CARA PENYEDIAAN
Cairkan butter dalam microwave, masukkan powder sugar dan esen vanilla.
Kacau sedikit, campur beberapa sudu susu segar suam sampai glaze jadi “nipis” (tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair sangat, ikut suka, kalau nak buat glaze berwarna-warni dan berperisa boleh gantikan esen vanila tu dengan pelbagai esen seperti esen lemon+1-2 drops pewarna kuning, strawberry esen+ 1-2 drops pewarna merah, respbery esen+1-2 drops pewarna ungu).
Celupkan 1 permukaan donat-donat tadi semasa masih panas, susun atas cooling rack bagi lebihan gula menitis, boleh juga tabur chocolate rice, kekacang atau lorekkan/paipkan dgn warna yang berlainan supaya nampak belang- belang di atasnya. Bila dah sejuk lebih kurang 5 minit, donat sedia untuk dimakan.
Cairkan coklat masakan dengan kaedah double boil. Jika rasa coklat pekat sangat, tambah sedikit whipping cream hingga mendapat kepekatan yang disukai.(jangan cair sangat ya).
Celupkan donat yang telah sejuk tadi. Hiaskan dengan coklat urai/coklat chips dan taburan kacang yang disukai.
Bagi penggemar Tat Telur, pasti pernah merasa keenakan Tat Telur Portugis yang biasa dijual di kedai-kedai bakeri. Harga boleh tahan mahal. Jika nak beli dalam jumlah yang banyak, agak ‘gerun’ nak membayarnya. Jadi kalau nak puas makan, apa kata anda hasilkan sendiri. Resipi asal perkongsian dari saudari Faridah Ainuddin ni telah dicuba oleh saudari Cik Sue. Memang menjadi! Anda bolehlah cuba.
PORTUGESE EGG TART (DAPAT 25 BIJI TAT)
BAHAN-BAHAN:
Puff pastry segera – boleh dibeli di pasaraya di bahagian sejukbeku.
BAHAN KASTAD:
4 biji telur
Sedikit esen vanilla
150ml air
250ml susu penuh krim
120gm gula kastor
1 sudu makan tepung jagung
CARA MEMASAK:
1. Canai manja kulit pastri, jangan nipis sangat. Letak tepung sikit biar tak melekat.
2. Potong pastri lebih besar dari acuan. Sekeping pastri boleh buat 5 biji tart. Lebihan tepi-tepi pastri masih boleh digunakan. Satukan semua dan bulatkan. Kemudian canai semula. Kalau tak ada acuan, boleh guna cawan muffin yang keras.
3. Masukkan pastri ke dalam acuan, tekan-tekan bagi rapat ke dinding. Jangan bagi ada gelembung udara. Ketepikan sekejap. Panaskan ketuhar.
4. Untuk menyediakan kastad, campurkan semua bahan. Kacau hingga sebati. Susu penuh krim boleh diganti dengan susu cair.
5. Tapis adunan kastad kemudian tuang ke dalam acuan. Bakar pada suhu 200C selam 40 minit. Guna api atas bawah.
Kalau pergi ke negeri Johor terutamanya di Johor Bahru, jangan sampai terlupa untuk makan kacang pool. Memang sedap sungguh dan sangat mengenyangkan. RASA kongsikan resipinya yang mudah untuk dibuat.
KACANG POOL
BAHAN TUMIS
3 sudu besar minyak sapi
1 labu bawang merah | cencang halus
2 ulas bawang putih | ditumbuk
1 sudu besar serbuk lada hitam
2 sudu besar ketumbar | ditumbuk halus
25 gram serbuk kari daging
BAHAN KUAH KACANG POOL
400 gram daging kisar
1 tin kacang parang
1 tin kacang merah
1 tin kacang bakar
Air secukupnya
2 sudu besar gula
Garam secukup rasa
CARA MEMBUAT
1. Panaskan minyak sapi. Tumis bawang merah dan bawang putih. Masukkan serbuk lada hitam dan ketumbar. Kemudian masukkan serbuk kari daging. Biarkan sehingga naik harum baunya.
2. Masukkan daging kisar. Kacau seketika.
3. Masukkan kacang parang, kacang merah dan kacang bakar. Biarkan semuanya sebati dan masak.
4. Masukkan air. Biarkan seketika.
5. Masukkan gula dan garam. Kacau dan biar seketika sebelum matikan api.
CARA PENYEDIAAN
1. Sapu roti dengan sedikit mentega. Bakar sekejap.
2. Masukkan kuah kacang dalam mangkuk.
3. Goreng telur mata kerbau. Letakkan di atas kuah.
4. Tabur hirisan cili besar dan bawang goreng. Jangan lupa sebiji limau kasturi.
5. Sedia dinikmati.
Cucur badak montok ini memang buat kita teruja untuk makan. Bentuknya yang bulat comel Bersama inti homemade tak dinafikan cukup sedap.Kuih tradisi ini tak...