
Alahai mulut ni teringin nak makan yang manis-manis dan sejuk. Menu yang satu ini memang buat anda terlagi-lagi nak menikmatinya. Min kongsi cara membuat mango cheesecake.
Bahan-bahan:
2-3 biji mangga- saiz sederhana
250g creamcheese
1/2 cawan gula kastor -nak manis lebihkan sikit ikut tekak masing-masing
Gelatin
1 atau 3/4 cawan whipping dairy
1/2 buku butter
20 keping biskut marie
Cara membuat:
1) Kupas mangga dan bahagikan mangga ada yang didadukan untuk hiasan dan dimasuk dalam adunan kek. Yang satu lagi nak kisar jadikan puri atau macam pes.
2) Yang sudah dikisar jadi puri tambah gula sikit sebab mangga ini agak masam manis. Puri ni bila manis-manis sikit dan warna oren sikit bagi menyerlah.Bahagikan pada 3 , 1 untuk campur dalam adunan kek ,1 untuk puding dan tinggalkan sikit untuk topping.
3) Cair kan butter dan hancurkan biskut. Kalau nak base tebal jadi biskut banyak lebih kurang 20 hingga 25 keping cukup. Dah cair semua, masuk dalam tu dan gaul pakai sudu dulu baru ramas dan kepal-kepal pakai tangan.
4) Ratakan dan tekan padat biskut marie dan butter tadi.
5) Langkah 1 1cawan whipping dairy campur hingga jadi kental,jangan tinggal kene selalu tengok sebab kalau terlebih tak jadi dan jadi cair kena ambil whipping yang suhu peti ais.
1 cawan kalau sukatan ina cheese layer tu nanti lembut kalau suka macam kat kedai guna 3/4 atau 1/2 cawan pun memadai ikut tekak korang. Ina suka cream cheese yang tak keras sangat. Ketepikan dulu.
6) Masukkan cream cheese suhu bilik dan gula, sebatikan.
7) Tambah puri mangga tadi dan gaul hingga rata.
8) Tambah 1/4 cawan air suam dan 1 1/2 sudu gelatin- guna sudu makan dan kacau bagi larut
9) Masukkan whipping tadi, kacau bagi sebati
10) Masuk gelatin tadi kacau lagi
11) Masuk mangga dadu -suka hati nak banyak mana
12) Tuang atas loyang yang ada biskut marie tadi
13) Letak dalam freeze 15 minit
14) Sediakan puding pes tadi campur dengan gelatin. Kali ni guna 1 sudu besar gelatin kacau dalam 5 sudu besar air suam dan campurkan dalam puri gaul rata.
Tuang atas manggo cake cheese yang sudah sejuk dan keras sikit tadi. Kalau tuang sebelum keras nanti bercampur .Sentuh dulu kalau dah agak keras permukaan baru lah tuang
15) Masukkan ke dalam peti sejuk semalaman lagi baik atau pun 6 jam.
Kredit: azlina ina
INGIN MEMBELI BLENDER BARU, BOLEH LIHAT DI SINI.
Kek Buah Bakar Makin Lama Makin Lembab,Versi Buah Berselerak.
Kek Pisang Coklat Kukus Sukatan Guna Cawan. Lembut, Gebu Macam Span.
Sedap Menawan Selera, Jom Cuba Buat Kek Pandan Cheese Leleh, Guna Sukatan Cawan Saja
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Cara Buat Chocolate Cheese Brownies Bakar Sedap, Gebu & Tak Kering

Wow…Nampak sedap Chocolate Cheese Brownies Bakar perkongsian saudari Azza Ahsani ni. Menurut beliau resipi yang dikongsi ini adalah Brownies versi bakar namun memounyai rasa yang sangat sedap, gebu dan juga tidak kering. Sangat sesuai dicuba bagi anda yang tercari-cari resipi brownies yang sangat enak dimakan bersama keluarga. Jom cuba. Pasti puas hati dengan hasilnya.
CHOCOLATE CHEESE BROWNIES VERSI BAKAR. SEDAP, GEBU & TAK KERING
BAHAN-BAHAN A:
250gm mentega yang dicairkan – beli online disini
1 cawan gula kastor – beli online disini
1 cawan serbuk koko – beli online disini
1 cawan susu segar
½ cawan susu pekat manis – beli online disini
BAHAN-BAHAN B:
1½ cawan tepung gandum (*) – beli online disini
1 sudu teh soda bikarbonat (*) – beli online disini
1 sudu teh baking powder (*) – beli online disini
3 biji telur (suhu bilik)
1 sudu teh esen vanilla – beli online disini
(Ayak semua bahan bertanda *)
BAHAN-BAHAN C (TOPPING):
250gm krim keju / cream cheese
1 biji telur (suhu bilik)
1 cawan gula – beli online disini
CARA MEMASAK:
1.Masak semua bahan A dengan api perlahan. Mentega perlu dicairkan terlebih dahulu barulah diletakkan bahan-bahan lain.
2. Bila sudah agak sebati dan menggelagak, boleh tutup api dan sejukkan. Pada masa yang sama, sudah boleh panaskan ketuhar pada suhu 170°c mengikut kesesuaian ketuhar masing-masing.
3. Sementara menunggu bahan A sejuk, pukul telur dan esen vanilla hingga kembang.
4. Begini rupa telur yang sudah kembang.
5. Masukkan telur yang dipukul kembang tadi ke dalam bahan A. Kacau sebati.
6. Kemudian masukkan tepung sikit demi sedikit sambil dikaup balik sampai sebati.
7. Rupa adunan yang siap diadun.
8. Sediakan loyang yang bersesuaian. Sapu sedikit mentega dan alas dengan wax paper. (empunya resipi guna loyang saiz 7″x7″. Masak 2 kali sebab boleh dapat banyak keping bila dipotong.)
9. Bakar dalam ketuhar pada suhu 170°c selama 45 minit atau hingga brownies masak. Nak tahu masak atau belum, cucuk dengan lidi. Kalau lidi kering masa ditarik keluar, itu menandakan brownies telah masak sempurna.
10. Untuk topping brownies, pukul krim keju, gula dan telur hingga sebati.
11. Letak bahan C atas brownies yang sudah masak tadi. Ratakan dan bakar balik selama 15-20 minit atau hingga keperangan.
Tip: Brownies tadi empunya resipi bakar dalam ½ jam sahaja. Masa ni kek lembap sikit. Bila letak cream cheese dan bakar balik, tekstur kek tak akan jadi kering.
12. Chocolate Cheese Brownies yang sedap dan gebu sedia untuk dinikmati.
NOTA: Semasa menyukat bahan, sila guna 1 cawan yang sama sahaja supaya sekata timbangannya.
Kredit resipi & foto: Azza Ahsani
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Ayam Bakar Mayones Sukatan 1/2 Ekor, Sedap Menjilat Jari
Kulit Rangup, Inti Enak. Resipi Karipap Ikan Ni Memang Terlajak Sedap
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
15 Resipi Kek Mentega Homemade Paling Mudah & Sedap.

Kek mentega sememangnya digemari semua golongan tidak kira usia. Kecil, besar, tua dan muda semua menggemarinya. Selain rasanya yang enak, ia juga mudah disediakan dan tidak renyah. Namun, kini selari dengan peredaran zaman, kek mentega telah divariasikan dengan penambahan sedikit elemen moden bagi menepati citarasa. Terasa nak cuba bakar kek petang ni? Ha…Jom lihat resipinya.
1. KEK MENTEGA PANDAN
BAHAN-BAHAN:
- 1 ½ cawan tepung gandum
- 1/2 sudu makan serbuk penaik
- 1/4 sudu teh garam
- 1 cawan mentega | suhu bilik
- 3/4 cawan gula kastor
- 2 biji telur (Gred A)
- 1 sudu teh pes pandan
- 1/2 cawan susu segar
CARA MEMASAK:
- Panaskan ketuhar pada suhu 180°C. Sediakan loyang bulat bersaiz 8 inci dan alaskan loyang dengan baking paper. Ketepikan.
- Satukan tepung gandum, serbuk penaik dan garam. Kemudian, ketepikan.
- Pukul mentega dan gula sehingga kembang. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan pukul sehingga sebati. Masukkan pula pes pandan.
- Campurkan bahan kering secara bergilir dengan susu. Kacau sehingga sebati.
- Tuangkan adunan tersebut ke dalam loyang dan bakar selama 25 hingga 30 minit.
2. KEK MENTEGA STRAWBERI
BAHAN-BAHAN:
- 1 ½ cawan tepung gandum
- 1/2 sudu makan serbuk penaik
- 1/4 sudu teh garam
- 1 cawan mentega | suhu bilik
- 3/4 cawan gula kastor
- 2 biji telur (Gred A)
- 1 sudu teh pes/emulco strawberi
- 12 biji buah strawberi | dipotong kiub
- 1/2 cawan susu
CARA MEMASAK:
- Panaskan ketuhar pada suhu 180°C. Sediakan loyang bulat bersaiz 8 inci dan alaskan loyang tersebut dengan kertas pembakar. Ketepikan.
- Satukan tepung gandum, serbuk penaik dan garam. Kemudian, ketepikan.
- Pukul mentega dan gula sehingga kembang. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan pukul sehingga sebati. Masukkan pula pes/emulco strawberi.
- Campurkan bahan kering secara bergilir dengan susu. Kacau sehingga sebati. Masukkan pula buah strawberi dan kacau sekali lagi.
- Tuangkan adunan tersebut ke dalam loyang dan bakar selama 25 hingga 30 minit.
3. KEK MENTEGA OREN COKLAT URAI
BAHAN-BAHAN:
- 1 ½ cawan tepung gandum
- 1/2 sudu makan serbuk penaik
- 1/4 sudu teh garam
- 1/4 cawan coklat urai
- 1 cawan mentega (suhu bilik)
- 3/4 cawan gula kastor
- 2 biji telur (Gred A)
- 1 sudu teh pes/emulco oren
- Parutan kulit buah oren secukupnya
- 1/2 cawan susu
CARA MEMASAK:
- Panaskan ketuhar pada suhu 180°C. Sediakan loyang bulat bersaiz 8 inci dan alaskan loyang tersut dengan kertas pembakar. Ketepikan.
- Satukan tepung gandum, serbuk penaik, garam dan coklat urai. Kemudian, ketepikan.
- Pukul mentega dan gula sehingga kembang. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan pukul sehingga sebati. Masukkan pula pes/emulco oren.
- Campurkan bahan kering secara bergilir dengan susu. Kacau sehingga sebati. Masukkan parutan kulit buah oren dan kacau sebati.
- Tuangkan adunan tersebut ke dalam loyang dan bakar selama 25 hingga 30 minit.
4. KEK MENTEGA LEMON & KUACI
BAHAN-BAHAN:
- 1 ½ cawan tepung gandum
- 1/2 sudu makan serbuk penaik
- 1/4 sudu teh garam
- 1/4 cawan kuaci
- 1 cawan mentega | suhu bilik
- 3/4 cawan gula kastor
- 2 biji telur (Gred A)
- 2 sudu makan jus lemon
- Parutan kulit lemon
- 1/2 cawan susu
CARA MEMASAK:
- Panaskan ketuhar pada suhu 180°C. Sediakan loyang bulat bersaiz 8 inci dan alaskan loyang tersut dengan kertas pembakar. Ketepikan.
- Satukan tepung gandum, serbuk penaik, garam dan kuaci. Kemudian, ketepikan.
- Pukul mentega dan gula sehingga kembang. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan pukul sehingga sebati. Masukkan pula jus lemon.
- Campurkan bahan kering secara bergilir dengan susu. Kacau sehingga sebati. Masukkan pula parutan kulit lemon dan kacaukan.
- Tuangkan adunan tersebut ke dalam loyang dan bakar selama 25 hingga 30 minit.
5. KEK MENTEGA NENAS UPSIDE-DOWN
BAHAN-BAHAN:
- 1 ½ cawan tepung gandum
- 1/2 sudu makan serbuk penaik
- 1/4 sudu teh garam
- 1 cawan mentega | suhu bilik
- 3/4 cawan gula kastor
- 2 biji telur (Gred A)
- Gula perang secukupnya
- Nanas | dipotong gelung
- Ceri merah | dibelah dua
- 1/2 cawan susu
CARA MEMASAK:
- Panaskan ketuhar pada suhu 180°C. Sediakan loyang bulat bersaiz 8 inci dan alaskan loyang dengan kertas pembakar. Ketepikan.
- Salutkan nenas dengan gula perang dan susunlan ke dalam loyang permbakar. Letakkan ceri merah di bahagian tengah gegelung nenas tersebut. Ketepikan.
- Satukan tepung gandum, serbuk penaik dan garam. Kemudian, ketepikan.
- Pukul mentega dan gula sehingga kembang. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan pukul sehingga sebati.
- Campurkan bahan kering secara bergilir dengan susu. Kacau sehingga sebati.
- Tuangkan adunan tersebut ke dalam loyang dan bakar selama 25 hingga 30 minit. Setelah kek tersebut masak, terbalikkan kek tersebut ke atas pinggan dan kek hidangkan.
6. KEK MARBLE NUTELLA
BAHAN-BAHAN:
- 260gm tepung gandum
- 270gm mentega
- 6 biji telur
- 250gm gula kastor
- 2 sudu makan susu pekat manis
- 1 sudu makan ovalette
- 1 sudu makan serbuk penaik
- 1 sudu teh esen vanilla
- 1 sudu makan serbuk koko
- 1 sudu makan emulco kopi
- 1 sudu makan air
- Nutella secukupnya
CARA MEMASAK:
- Masukkan mentega dan susu pekat manis ke dalam mangkuk. Pukul hingga kembang. Ketepikan seketika.
- Kemudian dalam bekas berasingan, satukan gula kastor, telur, esen vanilla dan ovalette. Pukul hingga kembang.
- Masukkan tepung gandum, serbuk penaik dan air. Gaul lagi hingga sebati dan pukul hingga kembang.
- Masukkan adunan mentega sedikit demi sedikit. Gaul rata.
- Bahagikan adunan kepada dua bahagian. Satu bahagian dibiarkan pada warna asal, satu bahagian lagi dicampur dengan emulco kopi serta serbuk koko.
- Tuang adunan kek ke dalam loyang secara berselang seli. Bakar pada suhu 170C selama 45 minit atau sehingga masak.
- Setelah kek masak, sejukkan dan hiaskan dengan nutella.
7. KEK MENTEGA MARBLE
BAHAN-BAHAN:
- 250gm mentega
- 180gm gula
- 250gm telur
- 250gm tepung gandum
- 3 sudu makan susu segar
- 1 1/2 sudu teh esen vanilla
- 3 pewarna makanan pilihan
CARA MEMASAK:
- Panaskan ketuhar selama 20 atau 30 minit.
- Pukul mentega dan gula hingga kembang, gebu dan bertukar warna menjadi putih. Guna kelajuan rendah, kemudian ubah ke kelajuan sederhana dan kemudian ke kelajuan tinggi
- Kemudian masukkan telur sebiji demi sebiji diikuti dengan tepung. Pukul sebati menggunakan kelajuan perlahan.
- Akhir sekali masukkan susu segar dan kaup balik sehingga sebati.
- Bahagikan adunan kepada tiga bahagian dan warnakan dengan warna pilihan.
- Tuang aduan secara berselang seli dalam loyang bersaiz 9 inci yang telah dilapik dengan baking paper.
- Lorekkan dengan hujung pisau atau chopstik, pastikan hujung pisau/chopstik sampai ke dasar adunan.
- Bakar kek pada suhu 180C selama 40 – 50 minit atau sehingga masak. Angkat dan sejukkan atas redai.
- Sedia untuk dinikmati.
8. KEK MENTEGA BADAM
BAHAN-BAHAN:
- 250gm mentega
- 200gm gula kastor
- 5 biji telur
- 220gm tepung gandum
- 1 sudu teh serbuk penaik
- 50gm serbuk badam
- 50ml susu segar
- 2 sudu makan susu pekat manis
- 100gm badam cincang
- 1 sudu teh esen vanilla
CARA MEMASAK:
- Campurkan mentega, susu pekat manis dan gula ke dalam bekas. Pukul hingga kembang.
- Masukkan telur diikuti dengan tepung gandum yang telah diayak bersama serbuk penaik. Pukul lagi hingga semua bahan sebati.
- Kemudian masukkan susu segar, serbuk badam dan esen vanilla. Kaup balik adunan hingga sekata.
- Tuang adunan ke dalam loyang dan taburkan badam cincang.
- Masukkan kek ke dalam ketuhar dan bakar opada suhu 170C selama 40-45 minit atau sehingga kek masak.
- Sejukkan sepenuhnya sebelum dinikmati.
9. KEK MENTEGA KEJU
BAHAN-BAHAN:
- 100gm mentega
- 80gm krim keju
- 130gm gula kastor
- 3 biji telur
- 120gm tepung naik sendiri
- 1 sudu teh esen vanilla
- Secubit garam
CARA MEMASAK:
- Campurkan mentega dan krim keju. Putar sehingga krim tidak berketul.
- Masukkan gula sedikit demi sedikit. Putar sehingga warna mentega menjadi putih kekuningan.
- Masukkan esen vanilla dan garam.
- Tambahkan telur satu demi satu dan sebatikan.
- Kemudian masukkan tepung dan putar hingga sebati.
- Tuang adunan ke dalam loyang dan bakar pada suhu 170C selama 30 minit atau sehingga kek masak.
10. KEK MENTEGA PRUN
BAHAN-BAHAN:
- 250gm mentega
- 200gm gula kastor
- 4 biji telur
- 270gm tepung gandum
- 1 sudu teh serbuk penaik
- 100gm buah prun
CARA MEMASAK:
- Ayak tepung bersama serbuk penaik. Ketepikan seketika.
- Dalam mangkuk berlainan, pukul mentega dan gula kastor sehingga kembang.
- Masukkan telur sebiji demi sebiji dan tambahkan tepung gandum yang telah diayak. Kaup balikkan hingga sebati.
- Susun buah prun di dalam loyang yang telah digris dan tuang adunan. Bakar didalam ketuhar pada suhu 180C selama 25 minit.
11. KEK MENTEGA JAGUNG KUKUS
BAHAN-BAHAN:
- 130gm gula kastor
- 3 sudu makan mentega
- 1 sudu teh esen jagung
- 200gm tepung naik sendiri
- 4 biji telur
- 1/2 sudu teh soda bikarbonat
- 100gm krim jagung
CARA MEMASAK:
- Ayak tepung bersama soda bikarbonat. Ketepikan.
- Panaskan periuk kukusan. Oles loyang dengan sedikit minyak. Ketepikan.
- Pukul gula, esen jagung dan mentega sehingga kembang.
- Kemudian masukkan telur satu persatu. Pukul hingga sebati dan kembang.
- Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Kaup balikkan sehingga sebati.
- Tambahkan jagung dan gaul lagi hingga semua bahan sekata.
- Tuang adunan ke dalam loyang dan kukus selama 1 jam.
- Sejukkan kek sebelum dipotong dan dihidangkan.
12. KEK MENTEGA OREO
BAHAN-BAHAN:
- 250gm mentega
- 200gm gula kastor
- 4 biji telur
- 270gm tepung gandum
- 1 sudu teh serbuk penaik | diayak bersama tepung
- 20gm serbuk koko
- 100gm biskut Oreo | dibuang inti
CARA MEMASAK:
- Pukul mentega dan gula sehingga kembang.
- Masukkan telur sebiji demi sebiji ke dalam adunan mentega. Perlahankan kelajuan mixer.
- Tambahkan tepung gandum sedikit demi sedikit. Adun hingga sebati.
- Asingkan sedikit adunan dan campurkan serbuk koko.
- Masukkan sedikit adunan ke dalam loyang dan ratakan. Susun oreo diulangi dengan lapisan koko. Kemudian susun oreo lagi.
- Ulangi langkah nombor 5 hingga adunan habis.
- Bakar didalam ketuhar pada suhu 180C selama 30 minit.
13. BROWNIES BUTTER CAKE
BAHAN BROWNIES:
BAHAN A:
- 140gm coklat masakan hitam
- 50gm mentega
( Panaskan bahan diatas secara double-boiler. Ketepikan)
BAHAN B:
- 1 biji telur
- 50gm gula perang
- 35gm tepung gandum
( Campur semua bahan B ke dalam Bahan A. Pukul rata menggunakan spatula. Bakar pada suhu 180C selama 15-20 minit. Sejukkan sebentar.)
BAHAN KEK MENTEGA:
- 120gm mentega yang sudah dilembutkan
- 100gm gula kastor
- 2 biji telur
- 120gm tepung naik sendiri
- 1/4 sudu teh serbuk penaik | ayak bersama tepung
- 50ml susu cair @ susu segar
CARA MEMASAK:
- Pukul mentega dan gula sehingga kembang.
- Kemudian masukkan sebiji telur. Pukul. Kemudian barulah dimasukkan telur kedua.
- Masukkan tepung berselang seli dengan susu sehingga habis.
- Ambil 1/3 adunan, campurkan pewarna hitam atau mengikut kreativiti sendiri. Tuang ke atas brownies tadi.
- Bakar semula pada suhu 160C selama 30-40 minit atau sehingga masak.
14. KEK MENTEGA MIXED FRUITS
BAHAN-BAHAN:
- 250gm mentega
- 135gm gula kastor
- 50gm gula merah/perang
- 3 biji telur (saiz B)
- 200gm tepung naik sendiri
- 150gm buahan campur | direndam dengan air suam dan toskan
- 1 sudu teh esen vanilla
CARA MEMASAK:
- Pukul mentega dan gula kastor sehingga kembang dan berkrim.
- Ambil sedikit tepung dan masukkan buahan campuran ke dalam tepung. Gaul dan ketepikan.
- Masukkan telur satu persatu dan putar.
- Masukkan tepung dan diselang seli dengan campuran buahan tadi. Kacau sehingga sebati.
- Panaskan ketuhar dan masukkan adunan ke dalam loyang saiz 7 inci.
- Bakar sehingga masak dengan suhu 175C selama 45 minit.
Info chef: Jika guna tepung gandum biasa, tambahkan 1 sudu teh serbuk penaik.
15. KEK MENTEGA MASAM MANIS
BAHAN-BAHAN:
- 250gm mentega
- 125gm gula kastor
- 250gm tepung naik sendiri
- 4 biji telur
- 1 sudu teh esen vanilla
- 1/2 cawan susu pekat manis
- Kepingan masam manis secukupnya
CARA MEMASAK:
- Pukul mentega dan gula hingga kembang.
- Masukkan telur sebiji demi sebiji. Pukul sekejap.
- Masukkan tepung sedikit demi sedikit diikuti esen vanilla dan susu pekat. Putar hingga sebati.
- Masukkan sedikit adunan dan lapiskan diatasnya dengan kepingan masam manis. Bakar pada suhu 170C sehingga keperangan.
- Ulang langkah melapis sehingga adunan habis dan kek masak.
Tercari-cari OVEN baru yang berkualiti dengan harga yang berpatutan? Boleh dapatkan DISINI. Ada banyak pilihan & pastinya pada harga mampu milik.
Nak lebih banyak resipi KEK yang mudah & sedap? Boleh cuba resipi di bawah ni:
Wanita Ini Kongsi 7 Resipi Kek Tanpa Susah-Susah Nak Bakar, Confirm Sedap!
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
Resipi Cornflakes Crunchy Chocolate Chips Rangup Memang Tak Cukup Satu

Jom buat biskut cornflakes crunchy ni, senang sangat tau. Boleh ajak anak-anak buat sekali.Tambah chocolate chips, ikut selera anak-anak pulak.
Biskut Cornflakes Crunchy Chocolate Chips
Bahan-bahan:
250g buttercup atau boleh guna planta
1 cawan gula aising (tak suka manis boleh kurangkan jadi 3/4 cawan sahaja)
1 sudu kecil esen vanila
3/4 cawan tepung jagung
2 cawan tepung gandum
Cornflakes secukupnya (letak dalam 3 cawan, ramas sikit ye)
Chocolate chips
Chocolate rice (optional)
Almond cincang (optional)
Cara membuat:
1.Kacau sebati butter, gula aising dan esen vanila. Guna senduk je. Jangan pukul sampai kembang.
2.Kemudian masukkan tepung jagung dan tepung gandum sikit-sikit ye. Tak payah ayak bagai. Kacau sebati. Adunan memang lembik ye, jangan panik.
3.Masukkan cornflakes, chocolate chips dan almond, gaul sebati.
4.Sudukan adunan atas loyang yang dah disapu butter/ planta. Nak cubit-cubit guna jari jemari pun boleh. Lepastu nak golek-golekkan dalam baki cornflakes yang ada pun terserah . Boleh saja.
5.Jarakkan sikit ye, biskut akan mengembang. Tapi dia punya kembang tu biasa-biasa je sebab kita tak guna soda bikarbonat dan baking powder.
6.Sebelum tu, boleh panaskan oven dulu ye dalam 5-10 minit. Kemudian baru boleh bakar biskut kita, suhu 160’c masa 20minit atau ikut oven masing-masing ye (api atas bawah).
* Mula-mula keluar dari oven biskut memang lembut, lepastu baru akan keras. Sejukkan dulu baru susun dalam balang.
* Kalau tak suka manis-manis, boleh kurangkan sukatan gula aising jadi 3/4 cawan ye.
Sumber : Syuhada Che Din
Mudahnya Nak Buat Cheese Cake, Hanya Guna 3 Bahan Ini. Sesuai Untuk ‘Beginner’
Orange Muffin Tak Muak Makan. Adunan Ini Boleh Dapat 14 Biji