Bila dah bosan asyik makan nasi dengan lauk pauk, ubah menu yang lain pula. Makan malam dengan makaroni bakar ni memang mengenyangkan. Cara nak menyediakan pun mudah je dan cepat siap.
Kita buat ikut resipi Chef Ritz. Kebetulan bahan-bahan pun ada di dapur. Kalau dah pandai nanti boleh buat niaga online. Jom kita buat.
1. Panaskan kuali dan tumis bawang Holland dan lada hitam sehingga bawang sedikit layu. 2. Masukkan daging kisar, pati daging, capsicum hijau dan masak sehingga sedikit garing. 3. Tuangkan campuran sos, tomato puree dan air rebusan makaroni di dalam kuali dan masak sehingga sebati dengan daging.
4. Perasakan dengan gula. 5. Padamkan api dan masukkan butter ke dalam sos. Gaul sehingga sebati. 6. Tuangkan makaroni yang sudah direbus dan gaul sebati. 7. Pindahkan makaroni ke dalam dulang pembakar dan seterusnya tuangkan royal creme.
8. Susun dengan topping kegemaran masing-masing. 9. Bakar pada suhu 220 darjah selsius selama 15 minit atau sehingga cheese bertukar warna keperang-perangan. 10. Sedia untuk dihidang.
Mengeluh sibuk tak sempat masak tapi nak makan sedap. Ok, ini idea bagus RASA nak kongsikan untuk selesaikan masalah. Kebetulan hujung minggu ni cuti panjang, jom kita berkarya di dapur dengan memasak pelbagai lauk pauk. Bukan nak kenduri ye, tapi kita pek dan frozenkan untuk lauk pauk seminggu.
Bila ada stok lauk pauk frozen, takdalah anda tergocoh-gocoh nak ke dapur di hari-hari bekerja. Balik dari kerja nanti anda hanya perlu masak nasi dan sayur je. Lauk sudah ada, Cuma panaskan lauk saja. Berikut empat menu lauk pauk berempah mudah dan sedap yang sesuai difrozenkan:-
AYAM MASAK KICAP BEREMPAH
BAHAN-BAHAN:
1kg ayam | potong sederhana, cuci dan tos
2 biji kentang | belah empat
2 sudu makan kicap pekat
1 sudu makan sos tiram
3 sudu makan cili kering kisar
1 sudu makan rempah kari
Kicap manis secukupnya
Sedikit air
Serbuk perasa secukupnya
Minyak masak secukupnya | untuk menggoreng dan menumis
BAHAN KISAR:
3 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
3cm halia
1 batang serai
BAHAN REMPAH PENUMIS:
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
4 biji buah pelaga
5 kuntum bunga cengkih
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dalam kuali.
Sementara itu gaulkan ayam bersama garam dan kunyit.
Goreng hingga separuh masak. Angkat dan ketepikan.
Diikuti pula dengan menggoreng kentang. Angkat dan ketepikan.
Seterus, keluarkan minyak tinggal sedikit untuk menumis.
Tumiskan bahan rempah penumis hingga wangi.
Kemudian masukkan bahan kisar, diikuti dengan cili kisar. Kacau hingga pecah minyak.
Masukkan rempah kari yang dibancuh dengan sedikit air, kacau seketika baru masukkan ayam.
Tambahkan dengan kicap pekat manis, sos tiram air dan perasa secukup rasa.
Akhir sekali masukkan kentang.
Kecilkan api kacau rata seketika.
Angkat dan sedia dihidangkan.
KARI DAGING CAMPUR TULANG
BAHAN-BAHAN:
1kg daging | potong kecil, cuci dan tos
1kg tulang
1 liter santan
3 biji kentang | belah empat
1/2 cawan air asam Jawa
Garam dan gula secukup rasa
5 sudu makan rempah kari daging
2 sudu makan serbuk cili
5 sudu makan minyak masak
BAHAN REMPAH PENUMIS:
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
4 ulas buah pelaga
5 kuntum bunga cengkih
2 tangkai daun kari |lurutkan dari tangkai
BAHAN HIRIS:
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2sm halia
BAHAN KISAR:
1 biji bawang bawang besar
5 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
2sm halia
2sm lengkuas
2 batang serai
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak, tumiskan bahan rempah penumis hingga wangi.
Masukkan bahan hirisan, kacau lagi hingga kekuningan.
Masukkan bahan kisar, kacau seketika masukkan pula rempah kari yang dicampur dengan serbuk cili dan dibancuh dengan sedikit air.
Terus kacau hingga bahan tumisan pecah minyak.
Masukkan daging dan tulang, kacau hingga air daging keluar dan daging empuk.
Apabila air kering masukkan air asam Jawa dan diikuti santan serta kentang.
Biarkan mereneh lebih kurang 8-10 minit di atas api sederhana.
Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
Apabila timbul minyak. Tutup api.
Kari sedia dihidangkan.
SUP TULANG CAMPUR DAGING
BAHAN-BAHAN:
1 1/2kg daging campur tulang | rebus sampai empuk
2 biji kentang | belah empat
1/2 batang lobak merah | potong dadu
2 biji tomato | belah empat
1 sudu makan rempah sup
1 sudu makan rempah kurma
1 sudu teh serbuk lada sulah
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit minyak masak | untuk menumis
Sedikit hirisan daun bawang dan sup
BAHAN KISAR:
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
3cm halia
1 batang serai
BAHAN HIRIS:
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2cm halia muda
REMPAH PENUMIS:
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
5 biji buah pelaga
5 kuntum bunga cengkih
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak, tumikan rempah penumis hingga naik bau.
Masukkan bahan hirisan, kacau hingga bertukar warna kekuningan.
Seterusnya masukkan rempah sup dan kurma yang dibancuh dengan sedikit air.
Kacau hingga pecah minyak dan masukkan daging dan tulang yang telah direbus tadi, bersama airnya sekali.
Tambahkan air secukupnya dan masukkan asam gelugor, kentang dan lobak merah.
Kemudian perasakan dengan garam, gula, lada sulah secukupnya.
Biarkan mereneh lebih kurang 10 minit atas api sederhana.
Tutup api dan masukkan hirisan tomato.
Sebelum hidangkan taburkan hirisan daun bawang dan sup.
RENDANG DAGING
BAHAN-BAHAN:
1 kg daging batang pinang | hiris nipis atau potong dadu
1kg santan
4 sudu makan kerisik
4 sudu makan pes cili kering
2 helai daun kunyit | mayang halus
3 batang serai | titik
1 keping asam gelugor
Garam dan gula secukup rasa
4 sudu makan minyak masak
BAHAN KISAR:
8 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
3cm halia
3cm lengkuas
3cm kunyit hidup
3 batang serai
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak, tumiskan bahan kisar hingga naik bau.
Masukkan pes cili, kacau lagi hingga pecah minyak.
Masukkan daging, kacau rata sehingga daging kecut dan airnya kering.
Masukkan santan, asam keeping dan serai yang telah dititik
Terus renehkan daging atas api sederhana sehingga kuah pekat.
Apabila pekat tambahkan kerisik, kacau rata.
Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
Apabila kuah kering, taburkan daun kunyit dan gaul rata.
Makanan bergoreng seperti cucur, keropok, ayam goreng dan sebagainya, memang sedap jika dinikmati bersama sos. Bagi anda yang ada anak-anak yang’hantu’ sos, bolehlah cuba buat sendiri secara homemade. Maklumlah, bayangkan kalau sebotol sos tu tahan 2-3 hari je. Jenuh juga nak beli kan? Jadi buat sendiri lebih jimat. Selamat mencuba!
SOS CILI THAI HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
6-7 ulas bawang puteh *
5-6 biji cili merah @ cili besar – buang biji dan potong*
5-8 biji cili padi merah*
1/3 cawan air
3/4 cawan cuka
1 cawan gula – nak kurangkan pun boleh
1 sudu kecil garam
1 sudu besar tepung jagung (bancuh dengan 1/4 cawan air)
CARA MEMASAK:
Satukan bahan bertanda (*). Kisar hingga separuh hancur.
Masukkan bahan kisar ke dalam periuk.
Kemudian masukkan gula, cuka bersama garam. Masak hingga mendidih. Cuba dan pastikan rasanya seimbang ( manis, masam & masin).
Tambahkan bancuhan air tepung jagung tadi ke dalam sos. Masak hingga pekat dan berkilat. Padamkan api.
Sejukkan sos sebelum dimasukkan ke dalam bekas kering dan bertutup rapat.
Jom rajinkan diri di hujung minggu ni, kita buat sendiri bebola daging kemudian masak kari Ala India yang sedap menjilat jari. Rasa bebola daging yang berjus dengan limpahan kuah kari, memang sesuai dimakann dengan nasi putih dan dicicah dengan pelbagai roti. Anda yang ingin mencuba, berikut dikongsikan resipinya:-
KARI BEBOLA DAGING
BAHAN-BAHAN: BEBOLA DAGING:
500gm daging kisar
2 biji bawang besar | dadu halus
3 ulas bawang putih | kisar
2cm halia | kisar
1 sudu makan garam masala | untuk campuran kofta
1 sudu makan sos tomato
3 sudu makan daun ketumbar | cincang halus
Garam secukupnya KUAH:
2 sudu makan minyak masak
2cm halia | kisar halus
3 ulas bawang putih | kisar halus
1/2 cawan yogurt
2 sudu teh serbuk ketumbar
1/2 sudu teh serbuk jintan manis
1/2 sudu teh serbuk kunyit
1sudu teh serbuk cili
1sudu teh serbuk cili
1sudu teh garam masala
1biji tomato | potong dadu kecil
CARA MEMASAK:
1. Campurkan daging cincang semua bahan bebola daging dalam mangkuk, gaul rata dan sebati.
2. Bulat-bulatkan sebatian daging kisar dan ketepikan.
3. Panaskan minyak dalam kuali, kemudian goreng bebola daging hingga keperangan, kemudian tambahkan bawang putih dan halia kisar.
4. Terus goreng lebih kurang dua minit lagi.
5. Seterusnya, campurkan serbuk ketumbar, kunyit, jintan manis, cili dan garam masala, tambahkan sedikit air dan kacau rata. Ketepikan.
6. Sementara itu panaskan minyak, tumiskan pes masala yang siap dicampurkan tadi.
7. Tumis hingga pecah minyak, kemudian tambahkan dengan yogurt dan tomato yang telah dipotong dadu.
8. Tambahkan satu cawan air suam dan perasakan dengan garam secukupnya.
9. Akhir sekali masukkan bebola daging yang telah digoreng tadi, kecilkan api dan biarkan mereneh lebih kurang 3-5 minit.
10. Tutup api, kari bebola daging sedia dihidangkan bersama nasi putih atau roti.
Bagi yang suka makan Cina salah satu yang selalu dipesan jika makan di restoren ini adalah Ma Po Tofu. Tekstur tauhu yang lembut dan dimasak bersama kuah pekat memang cukup enak sekali untuk dimakan dengan nasi.