Buat peminat makanan Korea, mesti kenal dengan Gejang (게장), makanan mukbang viral Korea ini, Jeruk Ketam Bertelur Mentah.
Rasanya sedap dan tak hanyir. Namun kena perap dua hari dalam peti sejuk bahagian biasa, baru boleh dimakan.
Menurut wanita yang berkongsi resipi ini, Fienaz Shafie, dia mengolah sedikit resipi asal supaya kena dengan tekak Melayu kita.
“Saya tuang kuah soy sauce tu masa panas-panas, jadi ketam ni akan jadi setengah masak. Bakteria dah mati ye sebab dalam perapan tu ada acidity itu yang punca ‘masak’ ketam tu secara perapan. Lagipun, saya tuang sos tu panas-panas dekat situ pun dah masakkan ketam tu.”
1. Mula-mula, potong semua kaki ketam. Basuh bersih-bersih dan toskan.
2. Masukkan ketam ke dalam bekas. Tuang air soda dan garam, gaul-gaul dan bersihkan. Tos dan ketepikan.
3. Potong bawang holland, halia dan daun bawang. Untuk daun bawang ni, ambil bahagian yang putih sahaja ye.
4. Kemudian, masukkan air dalam periuk. Masukkan kicap, cuka, gula, garam, sedikit minyak bijan.
5. Masukkan bahan-bahan yang sudah dipotong tadi iaitu epal, bawang, halia dan daun bawang. 6. Saya masukkan sedikit saja cili kering untuk bagi ada rasa pedas-pedas sos ni.
7. Hidupkan api dan masaklah hingga sos pekat. Boleh tengok airnya menjadi sedikit dan warnanya bertukar gelap (kehitaman). Tutup api.
Ads
8. Susun ketam di dalam bekas. Tuang sos ketika masih panas-panas. Tuang sehingga ketam tenggelam.
9. Kemudian, tabur bawang putih, cili padi yang sudah dipotong-potong. 10. Akhir sekali, tabur biji bijan. Tutup bekas dan simpan dalam peti sejuk (bahagian biasa) selama dua hari.
11. Selepas dua hari, barulah boleh dimakan. Selamat mencuba!
Nak apam yang mudah dan ringkas dibuat. Apam Milo ni pasti menepati citarasa anda. Masa PKP ni eloklah kita berjimat cermat, buat kuih muih yang ringkas aje.
Guna bahan ringkas aje, sukan cawan lagi senang. Jom cuba buat apam Milo empat bahan ini . Ada dua versi adunan ni boleh pilih mana satu, bagi yang tak suka manis boleh aje kurangkan sukatan gula tu.
Cuaca sekarang ni sekejap panas dan sekejap hujan, ada kalanya membuatkan seseorang itu mudah terkena batuk. Cuaca panas yang berhabuk dan berdebu mudah menyebabkan batuk bagi mereka yang sensitif.
Makan sup ayam dengan halia yang agak banyak boleh bantu legakan batuk dan sekali gus buang angin dari dalam badan. RASA berikan resipi sup ayam halia untuk korang semua. Cubalah.
SUP AYAM HALIA
BAHAN-BAHAN
3 ulas bawang putih
4 ulas bawang merah kecil
Rempah 3 serangkai
Minyak masak untuk menumis
3 inci halia (hiris nipis)
1 liter air
1/2 ekor ayam dipotong kecil (basuh bersih)
2 biji kentang (1 biji dipotong 4)
Garam secukupnya
Daun sup
Bawang goreng
CARA MEMBUAT
1. Bawang putih dan bawang merah kecil ditumbuk atau dicencang halus. Kemudian panaskan minyak masak. Tumiskan bersama rempah 3 serangkai.
2. Masukkan halia. Tumis lagi sampai naik bau harum.
3. Masukkan air dan ayam. Biarkan mendidih.
4. Masukkan kentang dan garam. Biarkan mendidih lagi.
5. Setelah masak, matikan api. Letakkan daun sup dan bawang goreng.
Kalau sebut tentang ayam masak rose, automatik teringat kenduri kahwin. Kalau dapat nikmati ayam masak rose time kenduri memang puas hati rasanya.
Menurut empunya resipi ni Ayam masak rose resepi ni dia dapat dari tukang masak kenduri.Dulu-dulukan ada gotong royong time masak.Sekali cuba balik di rumah Alhamdulillah sama rasa macam di kenduri. Jadi dikongsikan untuk anda semua mencubanya.
Ayam Masak Rose
Bahan-bahan:
4 sekawan
2 batang serai(diketuk)
2 helai daun pandan (disimpul)
Cili kering (direbus dahulu)*
1 batang lobak merah*
1 biji tomato*
3 biji bawang besar*
5/6 ulas bawang putih*
Halia (hiris)*
Serbuk kas kas
Serbuk badam(badam biji tu kisar halus)
Serbuk jintan manis
Serbuk jintan putih
Serbuk cili
1/2 tin susu cair
1 camca susu pekat
Tomato puri
Daun bawang
Daun sup
Garam kasar
Gula
Perasa(jika suka)
Cara memasak:
1.Ayam dibasuh bersih-bersih.Gaul kunyit garam.Goreng separuh masak.Ketepikan ayam yang telah digoreng tadi.
2.Bahan-bahan yang bertanda* dikisar halus.
3.Tumis bahan bawang besar yang dihiris,4 sekawan,serai dan daun pandan hingga sedikit layu.
4.Masukkan bahan kisar yang pertama dulu(bawang besar bawang putih dan halia)tumis sekejap.
5.Sepas tu masuk pulak bahan kisar yang kedua (cili kering,lobak merah, tomato) tumis hingga pecah minyak.
6.Dah pecah minyak,masukkan bahan-bahan serbuk jintan manis,serbuk jintan putih,serbuk cili,serbuk kas kas(satukan kesemuanya bahan-bahan ni dijadikan pes)
7.Masukkan susu cair,susu pekat, tomato puri dan tambah air. Biarkan mendidih.
8.Masukkan ayam,serbuk badam,garam, gula dan perasa.
9.Masak sehingga kepekatan kuah yang kita nak.
10.Dah boleh tutup api.Tabur daun bawang dan daun sup.
11.Siap untuk dihidang.