Lokching; snek jalanan berupa sate ikan yang dinikmati bersama sos. Memang popular di negeri-negeri Pantai Timur seperti kelantan dan Terengganu. Kalau dulu, lokching ni harganya 10sen sahaja secucuk. Sekarang, 5 cucuk pun dah RM2. Suka makan lokching? Jom buat sendiri. Lagi puas hati dan boleh makan puas-puas.
BAHAN-BAHAN:
- 10 ekor ikan selayang / sardin
- 1/2 biji bawang besar
- 1 1/2 cawan tepung ubi
- 1 sudu teh garam
- 1 sudu teh baking soda
- Sedikit ajinomoto ( jika suka)
CARA MEMASAK:
1. Hiris dan ceraikan isi ikan dari tulang.
2. Kemudian tumbuk isi ikan bersama bawang besar hingga lumat. Boleh juga kisar.
3. Setelah ikan lumat, campurkan dengan tepung ubi, garam, baking soda dan ajinomoto. Uli hingga sebati.
4. Cubit doh dan gentel jadi bentuk bulat kecil. Lakukan hingga adunan habis. Bagi mengelakkan doh melekat pada tangan, sapu sedikit minyak masak.
5. Panaskan minyak dan goreng doh ikan tadi hingga garing. Angkat, toskan minyak dan cucuk pada lidi.
BAHAN SOS:
- 3 ulas bawang putih – tumbuk halus
- 1 1/2 cawan air
- 4 sudu makan air
- Garam dan sedikit MSG
- 2 sudu makan tepung ubi – bancuh dengan sedikit air
- Sedikit pewarna merah
CARA-CARA:
- Tumis bawang putih tanpa minyak hingga kekuningan.
- Kemudian masukkan air, gula, garam, MSG ( jika suka), bancuhan tepung ubi dan pewarna.
- Jika suka sos pedas, tumis 2-3 biji cili padi tumbuk.
- Untuk menikmati lokching, bakar sate ikan tadi hingga sedikit hangus. Kemudian nikmati bersama sos.
Kredit resipi & gambar: Eza Darwisy
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI