Bagi para peminat laksa Aeon pasti ada yang pernah rasa sajian yang dijual di pasar raya terkemuka tu kan? Bila lalu depan kiosk, semerbak bau harum kuah laksanya. Pekat, masam, masin memang lengkap. Terasa nak cuba masak menu ni untuk keluarga? Resipi perkongsian saudari Hajal Aishah Zakirai ni boleh dicuba. Pasti puas hati.
CARA MASAK LAKSA ALA AEON YANG SEDAP & SIMPLE
BAHAN-BAHAN:
1 bungkus laksa – celur hingga lembut
3 biji bawang merah
1 paket pes asam pedas
2 tin kecil sardin ( 1 tin buang sos, 1 tin tidak perlu buang sos)
Sedikit belacan
1 kuntum bunga kantan
1 ikat daun kesum
2 keping asam gelugur
Air secukupnya
1 paket fishball
Garam, gula dan perasa secukupnya
BAHAN HIASAN:
Hirisan bawang
Hirisan timun
Hirisan cili padi
Limau kasturi
Telur rebus
Petis @ otak udang jika suka
CARA MEMASAK:
Ads
1. Kisar bawang merah, belacan, pes asam pedas dan sardin hingga halus. 2. Tuang bahan kisar ke dalam periuk. Masukkan juga asam gelugur, bunga kantan, daun kesum dan air secukupnya.
3. Bila kuah mendidih, masukkan garam, gula dan perasa dengan secukupnya. Tambahkan juga fishball.
4. Kacau sebati dan didihkan seketika. Padamkan api. 5. Untuk menikmatinya, masukkan laksa ke dalam mangkuk dan tambahkan bahan-bahan hiasan.
Resipi Mee Berkuah memang sedap dan mudah disediakan, kalau rasa terliur belek-belek bahan dalam peti, kalau kurang boleh ke pasar sebentar. Sesuai di jamu untuk makan petang atau malam nanti. Rasa berkongsi resipi turun temurun dari mak Rosehayatie.
Lapag mee kuah harini..mee kuah resepi Mak kami.. tapi Mak kami guna ayaq rebusan daging. kami tak dak daging..guna ayam ja ea ..dok makan2.. tiba teringat pulak kat Mak kami – Rosehayatie
Nota: Jika nak makan berulang2..kuah boleh asing kan dgn mee..kalau nak makan terus boleh masuk mee skli dgn kuah..sbb mee bercampur dgn kuah akan jadi kembang
Bosan dengan menu yang sama atau mahukan kelainan. Boleh saja sediakan menu mi yang tidak membosan dan disukai sekeluarga. Dikongsikan lima resipi mi kari mengikut cita rasa anda. Boleh anda cuba sebagai hidangan minum petang mahupun makan malam nanti.
1.Mi KARI STYLE CHINESE IPOH
Bahan A
Kisar halus.
4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 genggam ikan bilis
1 batang serai- titik.
Bahan B
4 sudu besar rempah kari ikan
1 sudu besar cili kisar (ikut suka nak pedas mana)
1 kotak santan kara
Segala jenis fishball fishcake tofu kosong
2 ketul kiub ayam
Garam
Gula
Serbuk perasa
Bahan C (hiasan)
Taugeh -tak perlu celur
Daun bawang
Cara membuat:
1.Panaskan minyak,goreng serai sampai naik bau.
2.Masukkan bahan kisar. Tumis sampai naik minyak.
3.Masukkan rempah kari dan cili kisar yang dah dibancuh air. Tumis 3x kering air.
4.Tambah air secukupnya dan 1 kotak santan kara, kiub ayam, garam, gula. 5.Masukkan segala jenis fishball & tofu kosong. Masak hingga mendidih.
*Minyak jangan byk, sbb nak makan dengan mee, nanti cepat muak. Kuah kari ni kene cair-cair saja. Cukup rasa rempah dan santannya. Ngam kalau makan dengan fucuk ikan goreng.
1.Panaskan minyak 2.Tumiskan bahan-bahankisar, serai & daun kari sehingga naik bau 3.Masukkan bahan-bahan pes & kacau sehingga pecah minyak 4.Masukkan ayam dan kacau rata 5.Masukkan santan pekat dan 1 liter air 6.Biarkan mendidih masukkan tauhu goreng, fish ball & fish cake 7.Masukkan garam secukup rasa
Hidangkan dengan mi kuning yang telah dicelur dan hiaskan dengan telur rebus, daun pudina dan taugeh atau sawi
Resipi :Datin Shida Yusoff
4.MI KARI
BAHAN-BAHAN:
1kg mi kuning
500gm ayam | potong kecil
1kg kerang | rebus dan ambil isi
300gm udang | rebus dan buang kulit
2 cawan air rebusan udang
10-15 biji bebola ikan
3 keping kek ikan
4 sudu makan rempah kari ayam | bancuh menjadi pes pekat
2 keping asam gelugor
1 biji kentang atau 1/2 biji keledek merah | rebus dan lecek halus
2 cawan santan pekat
2 cawan santan cair | boleh digantikan dengan santan kotak
Bahan untuk rempah tumis:
1 batang kayu manis
3 kuntum bunga lawang
3 kuntum cengkih
5 biji buah pelaga
2 tangkai daun kari
Bahan untuk kisar halus:
6 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci lengkuas
1 batang serai | hiris nipis
10 tangkai cili kering | rebus dan toskan air
2 sudu makan udang kering | rendam sehingga lembut
Bahan untuk hiasan:
4 biji telur rebus | potong dua
2 tangkai sawi | potong dan rebus
Bawang goreng
Limau kasturi | potong dua
Taugeh
Daun bawang
Cili merah
Tauhu kering goreng
CARA MEMASAK:
Panaskan air sehingga mendidih dan celur mi kuning seketika. Angkat dan toskan.
Panaskan minyak, masukkan bahan rempah tumis dan kacau sehingga naik bau. Masukkan pula bahan kisar halus bersama pes rempah kari. Kacau sehingga agak garing dan betul-betul pecah minyak.
Masukkan ayam dan kacau seketika sehingga separuh masak. Kemudian masukkan air rebusan udang dan santan cair. Masak kuah sehingga mendidih.
Masukkan pula santan pekat, bebola ikan, kek ikan, udang, kerang, asam gelugor dan kentang (atau keledek) lecek. Kacau kuah semasa proses memasak supaya santan tidak pecah minyak.
Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Hidangkankan mi bersama bahan hiasan dan tuang kuah secukupnya.
Mi Kari
Bahan- bahan:
2 biji bawang besar
2 sudu besar lada kering yang sudah dikisar
4 sudu besar rempah kari ayam
500ml santan
Rencah ayam dipotong kecil
Fishball., fishcake, tauhu kering
Garam & gula secukupnya
Serbuk perasa
Cara memasak: 1. Tumis bawang besar yang sudah dikisar 2. Tambahkan lada kering kisar 3. Letakkan rempah kari ayam 4.Letak air sedikit dan masakkan rempah tumis tadi dalam 10 minit.. 5. Isi rencah ayam sehingga ayam masak 6 Letakkan santan sedikit demi sedikit,tak perlu terlalu pekat. 7. Letakkan garam, gula dan serbuk perasa 8. Dah gelegak letakkkan fish ball, fishcake dan tauhu kering 10. Hiaskan mi kari dengan bawang goreng, daun bawang, tauge dan sawi yang sudah dicelur, telur rebus.
Sup sederhana masak ala cina yang menyegarkan dan sesuai makan ketika masih hangat.
SUP MI SUAH ALA CINA
BAHAN-BAHAN:
*5 biji bawang merah (ditumbuk)
*8 biji bawang putih (ditumbuk)
*Sedikit halia muda (ditumbuk)
Sos tiram
Minyak Bijan
Garam
Lada sulah
Ayam (terpulang suka bahagian mana)
Daun sup
1 kiub pati ayam
Sawi
2 biji telur
Lobak merah
CARA MEMASAK:
1. Panaskan sedikit minyak dan renjiskan dalam 3 kali renjis minyak bijan dan tumiskan bahan yang sudah ditumbuk.
2. Bila sudah naik bauk letakkan 3 sudu besar sos tiram dan satu kiub pati ayam.
3. Masukkan bahan-bahan lain seperti lobak merah, bebola ikan dan ayam.
4. Selepas itu masuk 3 cawan besar air. Lebih sedikit supaya ayam empuk dan mi suah itu nanti akan kembang dan menyerap air. Masuk garam secukup rasa.
5. Sudah mendidih dan masak dalam 20minit sup itu, masuk sayur dan pecahkan 2 biji telur. Biar masak sekejap.
6. Kemudian masukkan mi suah. Masuk tidak sampai seminit, kacau dan tutup api. Mi suah jangan bagi kembang nanti kurang sedap. Renjiskan sedikit lada sulah ikut citarasa anda.
7. Akhir sekali taburkan daun sup dan bawang goreng (kalau suka)
INFO: Untuk rasa pedas boleh makan bersama cili potong dengan kicap cair.
Kajian menunjukkan teh daun jambu batu mampu merencatkan virus H1N1 hingga 5 kali lebih kuat daripada teh hijau. Ketahui cara penyediaannya untuk bantu rawat influenza secara semula jadi.