Sedapnya KuihBunga @ Kuih Tepung Bunga ni. Kuih tradisi orang Kelantan dan Terengganu yang sangat simple dan enak. Cara pembuatannya sangat cepat. Malah guna 4 bahan je. Jika bulan puasa, kuih ni memang popular. Kalau teringin, bolehlah cuba buat untuk keluarga guna resipi perkongsian saudari Nor Al Fatihah ni. Pasti puas hati.
Biasa makan kuih tiram yang kosong. Memang cukup rangup dan leka nikmatinya. Kali ni kita olah dengan meletakkan warna , bukan hanya sedap tapi buat tak henti nak makan.
1.Bancuh hingga sebati(ketepikan). 2.Uli sehingga doh licin.
3.Kalau nak buat warna, bahagikan doh dan lerak warna. Kalau tak nak guna doh kosong saja.
4.Canai hingga nipis dan sapu sapuan tadi bagi rata elok.Setiap lapisan kena sapu sapuan. Lapisan selang seli dengan doh warna. Gulung kemas-kemas, potong serong nipis-nipis.
5. Gelekkan bagi nipis.Goreng dengan minyak sederhana panas.Sejukkan. 6. Gaul gula kastor atau gula halus.Siap
Akok, kuih muih tradisional yang popular Malaysia terutama di pantai timur iaitu di Kelantan dan Terengganu. Lembut kearana Akok adalah kuih yang berasaskan telur dan dibakar menyedapkan lagi rasa.
KUIH AKOK
BAHAN-BAHAN
6 biji telur
1 cawan santan
1 cawan gula merah (gula ni masak dulu bagi cair)
1 sudu tepung gandum
2 sudu tepung beras
CARA MEMASAK:
Pukul telur sampai kembang
Bila sudah kembang masukkan santan dan kacau sehingga sebati.
Selepas itu masukkan gula merah dan kacau sebati.
Bila sudah sebati, masukkan tepung gandum dan tepung beras. Kacau laju-laju supaya jangan bagi berketul-ketul. (kalau berketul boleh tapis untuk dapat bancuhan yang halus)
Panaskan dapur dan letakkan sedikit minyak. Selepas itu tuangkan bancuhan ke dalam acuan. Biarkan sampai masak.
Info: Dengan adunan ini anda boleh dapat dalam 21 ketul jika mengikut acuan seperti di atas.
Terasa nak makan Apam Balik panas-panas tapi tak tau nak beli dekat mana? Meh cuba buat sendiri. Resipi ni memang mudah. 30 minit je dah siap dan boleh makan. Malah ia merupakan resipi dari ibu Ierv Munirvh sendiri. Masak pun guna kuali non-stick je. Boleh cuba.
APAM BALIK HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
1 biji telur
1 cawan gula
1 cawan air
1 sudu teh soda bikarbonate
1 sudu teh baking powder
2 cawan tepung gandum
Sedikit esen vanilla – jika suka
BAHAN INTI:
Jagung cream dalam tin
Kacang tumbuk
Gula
CARA MEMASAK:
1. Pukul telur bersama gula hingga kembang.
2. Kemudian masukkan air. Pukul seketika dan masukkan soda bikarbonate dan baking powder.
3. Seterusnya masukkan tepung gandum dan gaul hingga sebati. Tambah esen vanilla jika suka.
4. Untuk memasak apam, guna kuali yang senang tanggal yang tak payah minyak ( non stick pan).
5. Letakkan bancuhan tepung dalam kuali. Bentukkan leper.
6. Kemudian letak jagung, kacang tanah dan gula ikut kemanisan yang disukai. Nak letak coklat pun boleh.
7. Biar hingga rangup dan angkat. Semasa masak, pastikan guna api yang kecil.
Dari dunia undang-undang ke dunia ayam goreng, inilah kisah berani Dato’ Hifdzi Hamzah, bekas peguam korporat ternama yang kini menjadi pengasas kepada jenama makanan...