Ads

Tip Bancuh Tepung Untuk Goreng Cempedak. Hasilnya Dah Sejuk Pun Tetap Rangup

Dah masuk musim cempedak ini, lagi berbaloi kalau kita beli buah dan goreng sendiri memandangkan harga cempedak goreng yang boleh dikatakan mahal.

Bagi memastikan hasil cempedak goreng kita rangup dan kekal begitu walau dah sejuk boleh gunakan teknik bancuhan yang dikongsi Tuan Adriana . Katanya bancuhan ini juga yang digunakan untuk berjualan, pisang goreng, ubi, seafood dan juga tauhu bergedil untuk hasil yang rangup.

Cempedak goreng rangup, tetap rangup walaupun dah sejuk

Bahan-bahan:
2 cawan tepung beras
1 sudu kecik garam
Sedikit air kapur (hujung sudu kecil)
1 biji telur
Pewarna kuning telur
Ais (4-5 ketul) rahsia tepung rangup tahan lama
Air sejuk (jangan cair atau pekat sangat) nanti ais akan mencair.

Tip Bancuh Tepung Untuk Goreng Cempedak. Hasilnya Dah Sejuk Pun Tetap Rangup

Cara membuat

Ads

1. Bancuh semua bahan-bahan dalam mangkuk.

2. Masukkan cempedak dalam bancuhan, pastikan cempedak disaluti bancuhan.

3. Panaskan minyak dan boleh mula menggoreng. Minyak kena panas ya.

Ads

4. Angkat bila nampak garing dan tos.

Tip Bancuh Tepung Untuk Goreng Cempedak. Hasilnya Dah Sejuk Pun Tetap Rangup

Ads

Tip pilih tepung beras

Anda mungkin berminat dengan

  • Boleh guna Tepung Beras Gajah Seekor. Tepung ini sesuai digunakan untuk salutan goreng-goreng seperti pisang goreng, ubi goreng, cempedak goreng.

Selamat mencuba.

Sumber: Tuan Adriana Arissa

 

Dapatkan resipi, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Menu Lain

10 Makanan Pantai Timur Paling Ikonik Yang Wajib Cuba Sekali Seumur...

Makanan Pantai Timur menawarkan pelbagai hidangan tradisional seperti nasi kerabu, nasi dagang, laksam, keropok lekor, sata dan budu yang wajib anda cuba sekurang-kurangnya sekali seumur hidup.