Kuih Peneram adalah sajian tradisi yang masih digemari hingga kini. Apa istimewanya kuih ini adalah rasanya yang enak malah bahan-bahannya setakat lima ramuan sahaja. Bila disemak resipi perkongsian Zalina Zali ini mungkin rahsia keenakannya terletak pada penggunaan gula yang dimasak bersama air (gula hangus). Doh pula diperap dahulu empat hingga lima jam atau lebih sedap lagi jika diperap semalaman. Berbaloi dicuba ni,boleh jadi kudapan masa menonton tv.

RESIPI KUIH PENERAM TRADISI HOMEMADE

Kuih Peneram Tradisi. Hanya 5 Bahan & Sukatan Guna Cawan Je

BAHAN-BAHAN:

4 cawan tepung beras cap gajah 3beli online disini
2 sudu besar tepung gandum beli online disini
1 cawan gula merah (*) beli online disini
1 cawan gula pasir (*)
1 cawan air (*)

CARA MEMASAK:
1. Campur bahan-bahan yang bertanda (*) dan masak sampai mendidih.
2. Bila sudah siap, terus tuang ke dalam tepung. Kacau tepung sampai sebati guna senduk. Jangan guna tangan pula kerana air gula tu panas.
3. Bila sudah siap digaul, perap selama 4 @5 jam. Nak lagi sedap, perap semalaman.

Kuih Peneram Tradisi. Hanya 5 Bahan & Sukatan Guna Cawan Je

Kuih Peneram Tradisi. Hanya 5 Bahan & Sukatan Guna Cawan Je4. Dah siap perap, bolehlah tekap dengan acuan dan goreng.

Kuih Peneram Tradisi. Hanya 5 Bahan & Sukatan Guna Cawan JeBerbaloi-baloi untuk dicuba. Sedap makan panas panas ni.

 

IKLAN

Kredit resipi & foto: Zalina Zali 

 

Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

 

Dapatkan pelbagai resipi terkini yang mudah & enak di laman web RASA

IKLAN

Resipi Sup Ayam Tumis Darat Terlajak Mudah

Nasi Beriani Ayam Telur Rebus Sedap, Sebutir-Sebutir Nasinya Memang Gebu

Resipi Tauhu Bergedil Berlauk, Cicah Sambal Kicap Memang Padu

Chicken Chop Crispy & Sos Cendawan Sedap. Langsung Tak Guna Minyak

IKLAN

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

https://www.dailymotion.com/video/x8q4g0f

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI