Kuih lapis merupakan sejenis kuih yang berasal dari Indonesia. Kuih ini terdiri daripada beberapa lapisan dan boleh didapati dalam pelbagai warna.
Teksturnya yang lembut dan warna yang menarik, pasti anak-anak suka. Kuih lapis simple yang biasa kita makan waktu minum petang, makan dengan kopi ‘O’ pun sedap.
Resipi kuih lapis yang dikongsi Azmalaini Abd Rahman ini, diolah daripada resipi orang lain dan dipermudahkan cara membuatnya.
1. Masak gula bersama dengan air yang telah disukat. Kalau nak wangi, masukkan daun pandan (ambil dalam 2 cawan). 2. Satukan semua bahan, kacau dan tapis. 3. Alas loyang 10 x 10 dengan plastik 16x 16/14×14. 4. Guna api yang sederhana kuat.
5. Sebelum masukkan tepung, panaskan loyang/letakkan loyang dalam kukusan. 6. Mula melapis. Lapisan 1 saya guna 400 ml. Banyak sedikit untuk cover tepung dalam kukusan, kadang kukusan kita tak sama bila berada di atas dapur. 7. Lapisan ke-2 dan seterusnya, saya guna 300 ml bancuhan tepung.
8. Penggunaan api; untuk lapisan pertama, dalam 4 minit, jangan lama kerana nanti dia mengelembung/terlebih masak. Tekan dengan jari atau tengok warna tepung dah berubah jadi cerah. 9. Lapisan seterusnya 5 minit/6 minit sahaja.
10. Resipi ini akan dapat 8 layer. Setiap satu warna tu, saya buat 2 lapisan. Akan ada sedikit lebihan tepung, jika tidak mahu membazir anda sukat siap-siap ye. 11. Bila dah faham dengan rentak kuih anda, dengan resepi yang sama kita boleh buat jadi 10 layer. 12. Dari segi penggunaan warna, terpulang pada pilihan masing-masing.
Kalau biasa kita melihat onde onde berwarna hijau. Tapi onde onde buah naga nampak cantik dengan warna semulajadi berwarna ungu. Keenakan kuih onde onde menjadi lebih mantap dengan ramuan buah naga di dalamnya.
Resipi dan foto yang dikongsikan Farisha Sofea ini memang menarik sekali. Bukan sekadar sedap tapi buah naga atau dragon fruit juga terkenal dengan khasiatnya untuk kesihatan. Jom lah cuba…
ONDE ONDE BUAH NAGA
BAHAN-BAHAN :
.
3/4 paket tepung pulut
1/4 cawan tepung gandum
1 1/2 biji buah naga ( dilenyek )
1/2 cawan air
Bahan Lain :
gula melaka ( dipotong kecil )
kelapa parut ( dicampur sedikit garam )
CARA MEMASAK : 1. Didihkan air di dalam periuk . 2. Satukan kedua dua tepung di dalam mangkuk dan kacau sebati .
3. Masukkan buah naga dan uli rata .
.
4. Masukkan air sedikit demi sedikit sambil diuli hingga adunan menjadi doh .
.
5. Ambil doh sebesar ibu jari dan leperkan .
.
6. Masukkan gula melaka dan tutupkan semula doh menjadi bulat dengan kemas .
.
7. Masukkan doh ke dalam periuk dan rebus sehingga doh terapung di permukaan .
.
8. Angkat doh tersebut dan golekkan ke dalam kelapa parut . 9. Ulang proses sehingga selesai .
Kalau ada pisang di rumah dan masih tercari-cari menu untuk hidangan makan petang, boleh cuba resipi apam pisang mini yang super mudah dan sedap ini.
Hanya gunakan pengisar, resipi daripada AtiQah Aziz ini memang nampak lembut dan ‘moist’ je.
Bahan-bahan yang diguna pun mudah je. Jom cuba buat untuk minum petang ni. Pasti puas hati.
APAM PISANG MINI
BAHAN-BAHAN:
1 ½ cawan tepung gandum 1 cawan gula 1 cawan minyak masak 1 cawan pisang emas yang dilenyek 1 sudu besar susu manis 1 biji telur 1 sudu kecik baking powder 1 sudu kecik soda bicarbonat
CARA MEMASAK:
1. (Adunan basah): Hanya guna pengisar, pukul telur dan gula sampai kembang (1 minit). 2. Kemudian masukan minyak masak, pisang dan esen pisang/esen vanila. Pukul sampai sebati lebih kurang ½ minit.
3. (Adunan kering): Ayak tepung, baking powder, soda bikarbonat. 4. Campur adunan basah dan kering. Kacau sebati. 5. Masuk aduan dalam acuan sebanyak ¾. Guna acuan apa pun boleh.
6. Kukus selama 30 minit. Pastikan penutup periuk dialas dengan kain untuk mengelakkan air masuk ke dalam adunan. 7. Apabila dah 30 minit, tutup api dan buka penutup periuk. Biarkan selama 1-2 minit baru angkat apam dari periuk. Biarkan sejuk sedikit baru keluarkan dari acuan.
Sempena Raya Aidil Fitri, pasti ramai yang sudah sibuk di dapur menyediakan persiapan juadah.
Jika di Kelantan, antara juadah wajib ada untuk raya ialah ketupat manis. Sedap dimakan begitu sahaja ataupun digoreng panas.
Jom kita buat ikut resipi yang dikongsi Sue Hani Abdullah.
KETUPAT MANIS KELANTAN
BAHAN-BAHAN:
1kg beras pulut – saya guna cap Angsa | rendam 5-6 jam atau semalaman – beli online di sini 500gm santan pekat – beli online di sini 300gm gula – biasa orang tua letak 1kg gula untuk 3kg beras pulut – beli online di sini *Kalau nak tawar sikit, letak 200gm-250gm 1 sudu besar @ 20gm garam
CARA-CARA:
1. Kukus pulut 40 minit atau sehingga masak. 2. Gaul pulut dengan santan yang dilarut dengan garam hingga sebati. 3. Kukus pulut sekali lagi anggaran 20 minit/naik wap. 4. Angkat dan gaul dengan gula hingga suam/leeik (pecah biji). Orang Kelantan sebut leeik gadik. Biarkan sejuk. 5. Boleh kukus atau rebus dengan air yang sedikit (1/3 tenggelam ketupat) hingga kering air. Dasar periuk lapik dengan lebihan tangkai daun yang dipotong. 6. Bila dah sejuk, boleh dibalut seperti biasa. Biasa org dulu-dulu buat masa masukkan pulut dalam kelongsong, ditekan hingga padat. 7. Kebiasaannya di daerah saya, ketupat digoreng dengan kulit sekejap dalam minyak yang banyak sebelum dimakan. Toskan. (Jangan kecam sebab ni cara kami) *Saya goreng guna Air Fryer untuk mengelakkan dari minyak yang melekat.
Nota:
1. Jangan risau jika pulut nampak melekit atau masa kita buka daun untuk makan nampak ada melekit macam basi. Sebab pulut banyak gula, sebab itu yang jadi macam tu. 2. Kalau tak habis dalam masa 3 hari, boleh disimpan dalam peti. Jika nak makan boleh kukus atau goreng tanpa kulit. Sedap sangat.
Ada roti sandwic yang hampir tamat tempoh? Jangan buang! Cuba 6 resipi roti sandwic sedap ini termasuk lasagna, apple pie dan puding roti. Mudah dan menjimatkan!