Rendang siat. Lebih kurang macam serunding, tapi rasa rendang. Daging direbus dalam santan cair dan sedikit garam, disiat-siat dan kemudian dimasak macam rendang hingga tahap kering yang diinginkan.
Sedap dihidang pada hari Raya dengan ketupat palas, lemang, pulut kuning / nasi impit. Buat inti pulut pun sedap. Alahai rindunya pada kampung!
Buat yang ingin membuatnya sempena Hari Raya Korban tidak lama lagi, bolehlah buat mengikut resipi daripada Ida Alina Salleh ini.
Buat inti sandwich dengan roti Gardenia sedap, makan dengan nasi panas sedap, cicah ubi rebus lagi sedap.
RENDANG SIAT
Ads
BAHAN-BAHAN:
1kg daging 1kg bawang merah besar (jika tiada, boleh juga guna bawang merah kecil) | dihiris 20 batang cili kering | direbus dan dikisar (kalau nak pedas, boleh letak banyak lagi) – beli online di sini 800gm santan pekat Garam & gula secukupnya Kerisik (saya gunakan 1 biji kelapa dan buat sendiri) – beli online di sini Daun kunyit @ daun limau purut | dihiris halus
BAHAN KISAR:
1 labu bawang putih – beli online di sini Halia (sebesar ibu jari) – beli online di sini 5 batang serai (nak lebih pun boleh) – beli online di sini 3 bunga lawang – beli online di sini 5 bunga cengkih 5 butir buah pelaga Sedikit kulit kayu manis 2 sudu kecil tiap satu: biji ketumbar, biji jintan putih, biji jintan manis *kisarkan semua bahan di atas
CARA-CARA:
1.Daging direbus dalam santan cair dan sedikit garam hingga empuk. Bila dah sejuk. Siat-siat halus daging tu. Ada orang kata kalau daging lembut, boleh guna cake mixer nanti daging tu lerai.
2.Panaskan minyak. Tumis bahan kisar hingga garing dan wangi serta pecah minyak.
3.Bila bahan kisar dah garing, masukkan cili kering yang dah direbus dan dikisar halus.
4.Bila cili dah garing, masukkan bawang hiris. Kacau sehingga bawang bersalut rempah dan menjadi lembut.
5.Bila bawang dah mula lembut dan wangi, masukkan santan pekat (saya guna santan pekat dan air santan lebihan rebusan daging).
6.Kacau hingga bawang menjadi lembut dan mula hancur. Rasa rempah ni. Tambah garam jika perlu dan sedikit gula.
Ads
7.Masukkan daging yang dah disiat. Kacau-kacau, masak lagi hingga bawang mula tak berapa nampak dan kuah makin mengering.
8. Masukkan kerisik (saya guna 1 biji kelapa) Kacau lagi. Bila dah masuk kerisik, jangan tinggal. Sebab rendang ni senang sangkut di kuali dan hangus. Kacau-kacau-kacau.
9.Bila dah mula kering, Masukkan hirisan daun limau purut. Nak masukkan hirisan daun kunyit pun boleh. Saya tak letak sebab stok daun kunyit dah habis.
10.Saya kacau hingga kering dan garing sebab nak simpan lama sikit. Siap!
*Yang nak makan saya ketepikan. Selebihnya saya simpan dalam freezer. Berbulan tahan. Keluarkan letak di luar lepas defrost, tak perlu panaskan balik. Makan pada suhu bilik saja. *Saya suka buat garing sebab nak simpan. Ada yang suka lembab sikit. Terpulang pada selera masing-masing. Lagi selalu dipanas, semakin gelap dan garing.
Sup ayam Thai ini rasanya sebiji macam yang kita makan kat kedai-kedai tomyam. Memang sedap. Tak percaya cubalah. Hidangan yang simple tapi sedap.
Ikut saja resipi yang dikongsikan oleh puan Hajal Aishah Zakirai ini. Selain ayam boleh juga guna daging. Caranya sama. Bahan pun tak rumit sangat. Makan panas-panas, memang sedap!
Panaskan minyak. Tumis bahan-bahan ini hingga layu. Tumis hingga terbit wangi.
Dah wangi bahan tumis tadi, masukkan air, masak hingga mendidih.
Masukkan ayam. Masak sehingga ayam empuk.
Setelah itu bolehlah masukkan sayur pilihan. Terpulang pada selera tapi yang penting saderi wajib ada.
Masuk sayur keras dulu. Kemudian masukkan tomato. Tambah sedikit sos ikan dan jus limau nipis. Kacau. Kemudian perasakan dengan garam dan serbuk perasa.
Biarkan ia mereneh seketika, tutup api. Ketika nak menghidang, taburkan daun ketumbar. Siap!
Bolehlah gu dengan sambal belacan, timun jepun, telur dadar. Peh!
Tauhu merupakan sumber protien yang murah dan sedap. Apa kata pelbagaikan menu dari sumber protein ini sebagai hidangan sihat untuk keluarga. Selain murah, cara memasaknya juga ringkas dan senang. Malah, rasanya juga tidak pernah mengecewakan. Jom cuba resipi-resipi ini.
TAUHU CENDAWAN KUKUS SOS MASAM MANIS
BAHAN-BAHAN:
2 keping tauhu | hancurkan
1 tiup tauhu Jepun | hancurkan
1 biji telur | pecah dan kacau rata
4 biji cendawan Shitake | cincang halus
½ biji bawang Holland | cincang halus
½ biji cili benggala | cincang halus
1 sudu teh serbuk perasa ayam
1 sudu teh serbuk lada sulah
Garam halus secukup rasa
BAHAN SOS:
4 sudu makan sos cili Thai
1 sudu makan madu
1 sudu makan perahan jus lemon
Garam dan gula secukup rasa
2 ulas bawang putih | cincang halus
Sedikit cili benggala | dadu halus
Sedikit minyak masak
CARA MEMASAK:
Campurkan semua bahan di dalam mangkuk besar, gaul rata dan pastikan ia secukup rasa.
Panaskan pengukus.
Sementara itu, sudukan bahan adunan tauhu dalam acuan kuih lompang.
Kemudian, susun dalam pengukus dan kukus hingga masak lebih kurang 10-15 minit.
Sementara itu, panaskan sedikit minyak masak, tumis bawang putih, kemudian masukkan cili benggala.
Setelah layu masukkan sos cili Thai, madu dan jus lemon.
Seterusnya perasakan dengan garam dan gula secukupnya. Tutup api.
Cuaca sejak kebelakangan ni panas terik. Sedap kalau dapat makan hidangan seperti sup.
Untuk petang ni, boleh cuba mi sup ala Korea daripada Zurina Zulkefli. Menggunakan bahan-bahan yang senang je dan cara memasak pun mudah.
MI SUP ALA KOREA
BAHAN-BAHAN:
1 peket mi lidi halus (saya beli di Mr Dollar, 1 peket boleh hidang untuk 2 orang makan) 3 cawan air 1 kiub pati ikan bilis 1 ulas bawang putih | diketuk – beli online di sini 4 sudu besar kicap cair – beli online di sini Sedikit garam
1. Rebuskan 3 cawan air di dalam periuk sehingga mendidih. 2. Masukkan pati ikan bilis, bawang putih yang diketuk, kicap cair dan sedikit garam. Biarkan sup sebati dan sedia dihidang.
3. Untuk mi, sediakan periuk. Masukkan mi dan isikan air hingga tenggelam. Selesai rebus, toskan dan lalu air. Simpulkan dan letak ke dalam mangkuk makan.
4. Masukkan sup panas ke atas mi. Boleh tambah kimchi radish untuk rasa pedas masam.
5. Tambahan untuk mi ni, hirisan telur dadar, hirisan lobak merah (sangai dulu), dan daun kuchai.