Kalau biasa kita melihat onde onde berwarna hijau. Tapi onde onde buah naga nampak cantik dengan warna semulajadi berwarna ungu. Keenakan kuih onde onde menjadi lebih mantap dengan ramuan buah naga di dalamnya.

Resipi dan foto yang dikongsikan Farisha Sofea ini memang menarik sekali. Bukan sekadar sedap tapi buah naga atau dragon fruit juga terkenal dengan khasiatnya untuk kesihatan. Jom lah cuba…

ONDE ONDE BUAH NAGA



BAHAN-BAHAN :



.

  • 3/4 paket tepung pulut
  • 1/4 cawan tepung gandum
  • 1 1/2 biji buah naga ( dilenyek )
  • 1/2 cawan air

Bahan Lain :

  • gula melaka ( dipotong kecil )
  • kelapa parut ( dicampur sedikit garam )

CARA MEMASAK :
1. Didihkan air di dalam periuk .
2. Satukan kedua dua tepung di dalam mangkuk dan kacau sebati .


3. Masukkan buah naga dan uli rata .


.

IKLAN

4. Masukkan air sedikit demi sedikit sambil diuli hingga adunan menjadi doh .


.

5. Ambil doh sebesar ibu jari dan leperkan .


.

6. Masukkan gula melaka dan tutupkan semula doh menjadi bulat dengan kemas .


.

7. Masukkan doh ke dalam periuk dan rebus sehingga doh terapung di permukaan .
.

8. Angkat doh tersebut dan golekkan ke dalam kelapa parut .
9. Ulang proses sehingga selesai .


.

10.Siap dan sedia untuk dihidang
.

Kredit foto & resipi FB : Farisha Sofea
IG : _farisha_sofea

Korang nak beli peralatan dapur menarik dan berkualiti tanpa meninggalkan rumah, jom layari shoppe.

Beli online kan lagi mudah. 

ANDA MUNGKIN JUGA MENYUKAI RESIPI INI :

DAN JUGA RESIPI INI :

Lima Kuih Tradisi Tanpa Telur.  Hilangkan Kebimbangan Si Alergi