Kuih Koci antara kuih melayu yang digemari ramai. Kena yang sedap, makan dua tiga biji pun tak cukup. Bagi anda yang suka kuih ni dan nak belajar cara-cara buatnya. Jom lihat resipi di bawah ini.
KUIH KOCI PULUT HITAM
BAHAN INTI:
- 2 biji kelapa
- 1 cawan gula merah
- 1/2 cawan gula pasir
- 1 sudu teh garam
- 2 cawan air
- 2 helai daun pandan
- 2 sudu makan tepung gandum
CARA MASAK INTI:
1. Satukan kesemua bahan ( kecuali tepung gandum) dan masak sampai hampir kering.
2. Kemudian masukkan tepung. Kacau rata.
3. Setelah inti kering, padamkan api. Setelah sejuk, cubit inti dan bulat-bulatkan.
NOTA: Jika suka inti manis, lebihkan gula.
BAHAN DOH KOCI:
- 100gm pulut hitam (rendam semalaman & kisar dengan air)
- 500gm tepung pulut
- 3 sudu makan tepung gandum
- Air secukupnya
CARA ADUN DOH:
1.Tapis pulut hitam yang dikisar tadi untuk dapatkan patinya. Kalau nak muda,h guna je tepung pulut hitam tapi rasanya akan jadi lain. Maka ikut citarasa masing-masing.
2.Kemudian campurkan dengan bahan-bahan lain. Uli hingga menjadi doh. Tekstur doh seakan nak buat onde-onde ( buah melaka).
BAHAN SANTAN:
- 1/2kg santan
- 2 cawan air
- 1 sudu teh garam (kalau suka masin lebihkan jumlahnya)
- 3 sudu makan tepung jagung
- 3 sudu makan tepung beras
CARA MEMASAK:
1. Satukan kesemua bahan dalam periuk. Kacau sebati.
2. Kemudian masak guna api sederhana hingga pekat.
BAHAN LAIN:
- Daun pisang secukupnya – bersihkan dan potong empat segi
CARA PENYEDIAAN KUIH KOCI:
1. Didihkan air dalam periuk dan siapkan daun pisang.
2. Ambil doh dan letak inti yang telah dibulat-bulatkan. Masukkan doh ke dalam air mendidih.
3. Setelah doh timbul, toskan dan letak ke dalam adunan santan yang dah dimasak tadi.
4. Golek-golekkan doh dalam santan hingga rata dan bersalut.
5. Letak doh koci atas daun pisang.
6. Bungkus dengan elok dan buat hingga habis adunan.
7. Siap dan sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Izza Howzin
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI