
Kuih Kerbau Guling, mendengar namanya sudah cukup untuk membuatkan kita berasa pelik. Namun ia tidaklah seburuk yang disangka. Disebut sebagai kuih ‘Kuba Guling’ dalam dialek Kelantan, ia merupakan hidangan yang berasal dari Thailand. Ada juga yang memanggil kuih ini dengan nama Kuih Hitam atau Koleh Hitam. Kuih ini mempunyai tekstur yang lembut dan disalut dengan kelapa mudah parut. Nak cuba? Jom lihat resipinya.
KUIH KERBAU GULING
BAHAN-BAHAN:
- 250gm tepung beras
- 200gm gula
- 150gm tepung jagung
- 1/2 sudu makan kapur
- 3 sudu makan tepung beras pulut
- 1/2 cawan santan pekat
- Tempurung bakar (ambik air hitam sahaja & tapis) – pastikan guna tempurung yang bersih
- 1 liter ( lebih) air (tengok atas kepekatan)
- Secubit garam
CARA MEMASAK:
- Masukkan semua bahan diatas ke dalam kuali. Kacau biar sebati dahulu baru buka api.
- Bila dah sebati, buka api sederhana dan masak hingga likat. Pastikan ia sentiasa dikacau.
- Sediakan loyang saiz 8. Sapukan minyak dan tuangkan tepung yang dah siap dimasak tadi.
- Bila adunan dah sejuk, potong dan gulingkan dalam kelapa parut (muda) yang dah digaul dengan sedikit garam.
- Siap dan sedia untuk dinikmati.
INFO:
- Tempurung kelapa yang dibakar haruslah ditumbuk dan dicampur dengan air. Kemudian tapis menggunakan kain bagi mendapatkan airnya,
- Sebagai ganti, boleh juga menggunakan serbuk arang yang boleh dibeli di kedai bakeri.
Kredit resipi & foto: Tengku Zaharah
Buat Sendiri 2 Versi Corn Dog Yang Mudah & Sedap, Gerenti Anak Suka.

Sebut je Corn Dog, mesti ramai anak-anak suka, nak beli harga pun boleh tahan mahalnya. Kadang sebatang dua tak cukup. Apa lagi kalau anak ramai. Jadi apa kata mak-mak cuba buat corn dog buat sendiri kerana ia sangat senang, cuma mak-mak kena tahu tekniknya yang betul supaya kejadian corn dog cantik dan sedap seperti yang dijual di restoran.
.
CORN DOG
BAHAN-BAHAN:
- 125gm keju mizarella
- 5 sudu makan tepung gandum
- 3 sudu makan tepung jagung
- 1 biji telur
- 100ml susu cair
- 1 sudu teh serbuk penaik
- 1 sudu teh gula pasir
- 1/2 sudu teh garam
- 1/4 sudu teh serbuk lada hitam
- 1 sudu teh perasa daging atau cendawan
BAHAN SAMPINGAN:
- Serbuk roti secukupnya |salutan
- Lidi sate | pencucuk
- Tepung jagung untuk | salutan
- Sos tomato | pencicah
- Mayones | untuk pencicah
- Minyak untuk menggoreng
CARA MEMASAK:
- Potong memanjang keju Mozarella, kemudian cucuk dengan lidi sate, salutkan dengan tepung jagung. Simpan dalam peti sejuk (untuk elakkan keju cair).
- Sementara itu, campurkan tepung gandung dengan tepung jagung, garam serbuk lada hitam, perasa daging/ cendawan serta serbuk penaik.
- Kacau rata kemudian masukkan sebiji telur dan susu cair sedikit demi sedikit sambil kacau rata menggunakan wisk Adun rata hinggga adunan menjadi seperti adunan lempeng.
- Masukkan adunan dalam gelas tinggi, dan simpan dalam peti sejuk lebih kurang 15minit.
- Keluarkan keju dan adunan corndog, celupkan keju dalam adunan corndog sehingga kesemua bahagian kejut disaluti sepenuhnya dengan adunan corndog.
- Kemudian golekkan dalam bekas berisi serbok roti hingga rata .
- Panaskan minyak, goreng corndog hingga kuning keemasan.
- Angkat dan taburkan gula di atasnya
- Corndog sedia dihidangkan bersama mayones atau sos cili.
by: @amandawati
.
CORN DOG ALA KOREA
BAHAN-BAHAN:
- 130gm tepung gandum berprotein tinggi
- 1 biji telur
- 60-70ml susu cair sejuk
- 1 sudu makan gula
- 1/2 sudu teh yis segera
- 15gm mentega
- Secubit garam
- 5 batang sosej|
- 5 keping keju chedar
- Tepung berprptein | untuk salutan
- Tepung roti secukupnya
- Gula untuk tabur
- Sos tomato dan mayones
CARA MEMASAK:
- Untuk menyediakan adunan roti,campurkan semua bahan kerin, kecuali garam hingga rata.
- Masukkan mentega dan garam, uli hingga sebati.
- Tutup dengan plastik wrap dan biarkan lebih kurang 30 minit.
- Sementara itu, cucukkan sosoj pada lidi sate dan balut dengan kepingan keju diluarnya.Simpan dalam peti sejuk seketika.
- Kempiskan aduan dengan garpu,kemudian balut sosej dan keju mozzarella.
- Salut dengan tepung roti.
- Panaskan minyak dan goreng hingga kuning keperangan.
- Angkat dan taburkan gula di atasnya dan picitkan sos tomato dan mayones di atasnya.
- Oleh @bebenooom
Kuih Tradisional Daripada Pulut, Menu No 5 Tu Tapai Sedap Melampau

Bila disebut kuih Melayu Tradisional, tepung dan beras pulut memang di antara bahan ‘popular’ terkandung dalam ramuannya. Pulut menjadikan kuih mengenyangkan dan sesuai disajikan waktu sarapan esok mahupun petang.
Jom kita cuba warisan resipi zaman berzaman. warisan budaya usah dilupa
PULUT INTI MANIS
BAHAN-BAHANNYA:
Bahan inti :
- 50 gm gula merah
- 2 sudu makan gula pasir
- 1 cawan air
- Garam secukup rasa
- 300 gm kelapa parut | diambil putih sahaja
Bahan pulut : - 100 gm beras pulut | direndam 3- 4 jam toskan
- 100 ml air
- 50 ml santan
- Garam secukup rasa
CARA MEMASAK :
CARA MASAK INTI :
1. Masukkan gula merah, gula pasir dan air dalam kuali.
2. Masak hingga gula larut.
3. Masukkan garam dan kelapa parut.Gaul sebati.
4. Biarkan agak kering, tutup api dan ketepikan.
CARA MASAK PULUT / PENYEDIAAN :
1. Masukkan beras pulut, santan dan sedikit garam ke dalam loyang. Kacau rata.
2. Masukkan loyang dalam pengukus dan kukus hingga naik wap. Angkat dan ketepikan.
3. Ambil sedikit beras pulu yang sudah masak tadi, letak di atas daun pisang yang telah dilayurkan dan dilap.
4. Letakkan inti di atas beras pulut. Bungkus daun pisang kemas-kemas
5. Sedia dihidang
Saiz hidangan : 2-3 orang
Masa memasak : 40 minit
Cara memasak : Kukus
Jenis masakan : Kuih tradisional
Keistimewaan : Pulut dimakan dengan kelapa parut manis memang lazat
Anggaran kos : RM 5
INFO CHEF : Memasak dengan membungkusnya dalam daun pisang menambah aroma dan citarasa yang amat membangkit selera.
2 .TEPUNG GOMAK
BAHAN-BAHAN :
Bahan salutan :
- 500 gm kacang hijau
Bahan inti : - Air secukupnya
- 200 gm gula Melaka
- 1/2 cawan gula pasir
- Garam secukup rasa
- 1 helai daun pandan
- 1 sudu makan tepung gandum
- 1 biji kelapa parut
Bahan Kuih: - 500 gm tepung pulut
- Garam secukupnya
- Air secukupnya
CARA MEMASAK :
Cara masak bahan salutan:
1. Basuh dan toskan kacang hijau.
2. Goreng kacang hijau, angkat dan sejukkan
3. Kisar kacang hijau hingga halus seperti tepuk. Ayakkan dan ketepikan.
Cara masak inti :
1. Masak gula Melaka, gula pasir, garam dan daun pandan.
2. Biarkan gula larut, angkat dan tapiskan
3. Masukkan tepung gandum dan kelapa parut ke dalam air gula.
4. Kacau hingga inti masak dan sebati.
5. Angkat dan sejukkan dahulu.
6. Bulat-bulatkan dan ketepikan
Cara memasak :
1. Bancuh tepung pulut dengan garam dan air. Masukkan air sedikit demi sedikit sehingga adunan kental.
2. Ambil sedikit adunan, bulatkan dan leperkan.
3. Masukkan inti dan leperkan dengan kemas.
4. Masak air, selepas mendidih masukkan kuih. Masak hingga kuih timbul dan angkat.
5. Gaul atau golekkan dengan bahan salutan, siap dihidangkan
Saiz hidangan : 30- 40 orang makan
Masa memasak : 30 minit
Cara memasak : Rebus
Jenis masakan : Kuih tradisional
Keistimewaan : Kenyal dan kaya rasa kacang hijau
Anggaran kos : RM 6
INFO CHEF : Selain inti kelapa manis boleh juga menggunakan inti kacang hijau yang dicampur kelapa parut dan gula Melaka. Cuma inti kelapa manis gula Melaka memberi variasi rasa.
3.KUIH BOM
BAHAN-BAHAN :
Bahan doh :
- 2 cawan tepung pulut
- 2 sudu makan tepung gandum
- Garam secukup rasa
- 1 cawan air
- Bijan secukupnya untuk salut
Bahan inti kelapa :
- 1 biji kelapa parut/ putih sahaja
- 1 cawan gula merah atau gula Melaka
- 2 sudu makan gula pasir
- 2 helai daun pandan /disimpul
- Sedikit air untuk melarutkan gula
CARA MEMASAK :
CARA MASAK INTI :
1. Gaulkan kesemua bahan inti dalam kuali dan jerangkan di atas api yang sederhana.
2. Kacau inti hingga melekit dan separa kering
3. Angkat dan ketepikan
4. Bila sudah sejuk kepal inti bulat-bulat.
CARA BUAT DOH:
1. Satukan tepung pulut, tepung gandum dan garam.
2. Bancuh dengan air sedikit sedikit hingga menjadi doh yang tidak melekat di tangan.
3. Jika terlembik tambahkan sedikit lagi tepung beras pulut
4. Sapukan sedikit minyak pada tapak tangan. Ambil adunan leperkan dan masukkan inti kelapa yang telah dikepal bulat-bulat tadi.
5. Golekkan di atas bijan. Kemudian goreng dalam minyak panas hingga kekuningan.
6 .Angkat dan toskan.
Saiz hidangan : 9 biji kuih bom bersaiz bola ping pong
Masa memasak : 15 minit
Cara memasak : Goreng
Jenis masakan : Kuih tradisional
Keistimewaan : Kulit ini agak liat dan kenyal kulitnya, salutan bijan mengenakkan lagi rasa
Anggaran kos : RM 7
INFO CHEF : Selain inti kelapa manis, kuih bom ini juga didapati dengan inti kacang hijau dan kacang dal. Lebihan inti boleh disimpan untuk dibuat inti kuih lain seperti kuih koci, ketayap dan pulut inti.
4.TAPAI PULUT
BAHAN-BAHAN :
- 1 kg beras pulut | basuh bersih dan rendam selama tiga jam
- 1/2 biji ragi
- Daun pisang atau daun getah untuk membungkus
CARA MEMASAK :
1. Tanak pulut hingga masak. Sukat pulut menggunakan 5 cawan air panas untuk 5 cawan pulut. Boleh gunakan periuk elektrik
2. Selepas pulut masak letakkan dalam dulang dan sejukkan.
3. Ayakkkan ragi di seluruh permukaan pulut, terbalikkan dan ayak lagi di atas bahagian sebelah.
4. Bungkus pulut dengan daun getah atau daun pisang dan peram selama dua hari dalam periuk besar bertutup yang sudah dialas dan ditutup dengan daun pisang.
5. Sedia untuk dinikmati.
Saiz hidangan : 5 orang
Masa memasak : 30 minit
Cara memasak : Tanak dan peram
Jenis masakan : Kuih tradisional
Keistimewaan : Peram selama 48 jam untuk dapatkan hasil tapai yang cukup rasa manis dan masaknya.
Anggaran kos : RM 5
INFO CHEF : Jangan masukkan tapai yang belum cukup tempoh peraman ke dalam peti air kerana ia akan membantutkan proses menapainya. Sedap dimakan sejuk.
Sekaya Telur, Kuih Tradisional Yang Tetap Ramai Peminat

Kalau korang suka makan kuih tradisional, mesti korang akan suka jugak makan sekaya telur. Kuih simple tapi sedap ni boleh dijadikan juadah berbuka puasa yang amat menyelerakan. Nak buat pun bukannya susah. Ini resipi daripada Imah Rahman yang dikongsikan dalam telegram KakiMakan. Korang boleh cuba buat. Simple je. Selalunya kuih simple-simple ni yang lebih syok dimakan.
SEKAYA TELUR
Bahan-bahan
1 1/2 cawan santan pekat
1/2 cawan gula
1 ketul gula melaka (potong kecil)
10 biji telur ayam (gred B atau C)
Secubit garam
Sedikit esen vanilla
Cara membuat
1. Campurkan santan, gula dan gula melaka. Kacau sehingga larut.
2. Masukkan telur ayam dan kacau sampai sebati. Jangan dipukul. Kacau perlahan-lahan sampai sebati.
3. Masukkan garam dan esen vanilla. Kacau lagi.
4. Tapis dan masukkan ke dalam loyang.
5. Kukus lebih kurang 30 minit atau sehingga masak. Nak tahu dah masak atau belum, cucuk lidi. Kalau tak melekat, itu tandanya dah masak.
6. Simpan seketika di dalam peti ais kerana sedap dimakan ketika sejuk.
Resipi oleh Imah Rahman dari Telegram KakiMakan