
Kuih muih lama memang enak dan pelbagai. Rata-rata banyak menggunakan bahan-bahan yang ringkas seperti ubi kayu, ubi keledek, pisang dan sebagainya. Walaupun ringkas namun kuih muih sebeginilah yang menjadi kegemaran ramai. Salah satu kuih lama yang masih popular ialah Belebat Ubi ni. Memang sedap! Dihasilkan dari campuran ubi kayu segar yang disagat halus dan dicampur dengan bahan-bahan sampingan yang lain. Rasanya lemak-lemak dan manis. Memang tak muak. Penambahan sagu juga membuatkan kuih ini mempunyai rasa lebih enak dan kenyal.
BAHAN-BAHAN:
- 1 1/2 kg ubi kayu | diparut dan diperah airnya
- 200gm gula merah
- 16 sudu makan gula
- 750ml santan
- 100gm kelapa putih yang dicampur dengan sedikit garam
- 3 sudu makan sagu mata ikan | dicuci bersih
- Daun pisang secukupnya | dilayur
CARA MEMASAK:
- Masak gula merah dan gula pasir sehingga larut. Tapiskan.
- Masukkan air gula ke dalam bekas berisi parutan ubi. Campurkan santan dan sagu. Gaul sebati.
- Sudukan sedikit adunan ubi kayu ke atas daun pisang. Kemudian letakkan inti kelapa diikuti sedikit lagi adunan ubi kayu. Bungkus dengan kemas dan ulang langkah sehingga adunan habis.
- Panaskan periuk kukusan dan kukus kuih selama 30 minit atau sehingga masak.
- Enak dinikmati panas.
Resipi Sos Steamboat Homemade. Sedap, Pekat. Memang Puas Hati!

Anda dan keluarga suka makan steamboat? Kalau makan di restoran, harganya boleh tahan mahal. Kalau nak tahu, tahap keenakan sesuatu hidangan steamboat ni terletak pada sos pencicahnya. Jika sedap sos, makan sedaplah steamboat anda tu. Nak cuba buat sendiri sos steamboat homemade? Ini resipi sos yang anda kena cuba.
RESIPI SOS STEAMBOAT HOMEMADE ALA JOHNNY’S
BAHAN-BAHAN:
10 biji cili merah (cili besar)
4 ulas bawang putih
5 sudu besar minyak bijan
5 sudu besar sos ikan
5 sudu besar cuka epal – tak ada cuka biasa pun ok
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap – sis guna kicap kipas udang manis
1 sudu besar pati sunquick
1 sudu kecil tepung jagung
1 cawan air
garam dan gula secukup rasa
2 sudu besar bijan – digoreng tanpa minyak
Sedikit daun ketumbar – dihiris halus
CARA MEMASAK:
1. Kisar cili merah dengan bawang putih hingga halus.
2. Masukkan bahan kisar, minyak bijan, sos ikan, cuka, sos tiram, kicap dan sunquick ke dalam periuk
3. Masak hingga mendidih. Kemudian masukkan bancuhan tepung jagung dengan 1 cawan air.
4. Masak hingga kuah agak pekat dan berkilat. Rasa garam dan gula secukupnya.
5. Sebelum tutup api,masukkan sedikit bijan yang telah digoreng tanpa minyak dan hirisan daun ketumbar.
BAHAN SUP STEAMBOAT ( STOK AYAM)
3 ulas bawang putih – ditumbuk
Sedikit minyak untuk menumis
2 ketul kiub pati ayam
Tulang ayam
Garam secukup rasa – jika perlu
Hirisan daun ketumbar
CARA MEMASAK:
1. Panaskan sedikit minyak dalam periuk.
2. Tumiskan bawang putih hingga naik bau. Kemudian masukkan airdengan secukupnya.
3. Bila dah mendidih,masukkan kiub pati ayam dan tulang ayam (kalau ada).
4. Akhir sekali masukkan hirisan daun ketumbar. Bila stok ayam ni dah masak,boleh la masukkan bahan-bahan steamboat ya.
5. Sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Saba Natasha
Aneka Kek Mudah Buat Dan Sedap Rasa

Minat membakar kek ini tidak ada pada semua orang. Kalau sudah jadi minat, boleh dikata tiap hari ada saja kek yang mahu cuba dibuat. Membakar kek pun kenalah ada ilmu supaya kek yang dibuat, bila dimakan tidak lah teruk sangat rasanya. Contohnya pemilihan ketuhar dan tahap kepanasan nya perlu diambil kira agar pembakaran kek gebu seperti mana yang diinginkan. Buat yang mahu mencuba min kongsi resipi kek mudah untuk dicuba. Ada yang dibakar guna ketuhar dan paling ringkas guna pemanggang ajaib.
KEK COKLAT MOUSSE SIMPLE
BAHAN-BAHAN
BAHAN KERING
• 1 1/2 cawan tepung gandum
• 1 cawan serbuk koko
• 2 sudu baking powder
• 1 sudu soda bikarbonat
BAHAN BASAH
• 1 cawan gula halus
• 1 cawan minyak
• 3 biji telur gred A
• 1 sudu esen vanila
• 1 cawan susu cair
CARA-CARA
1. Ayak bahan kering dan ketepikan
2. Pukul bahan basah hingga sebati kecuali susu.
3. Setelah sebati masukkan separuh bahan kering dan pukul sekejap.
4. Masukkan pula susu cair dan pukul sebati.
5. Masukkan baki bahan kering dan pukul sebati (tak perlu pukul lama)
6. Tuang dalam acuan dan bakar. Boleh bakar sekali dan potong jadi 3 bahagian atau bakar secara berasingan hingga masak. (Suhu bergantung dengan oven masing-masing)
CHOCOLATE MOUSSE
• 250gm coklat masak
• 3/4 cawan susu cair
• 2 sudu marjerin
• 1 1/2 sudu gelatin
• 3 sudu air
• 400ml whip cream pukul hingga gebu (ketepikan)
CARA-CARA
1. Cairkan coklat masak, susu cair dan marjerin dengan api perlahan. Ketepikan dan biar hingga sejuk sedikit.
2. Campur gelatin dan air biarkan 2-3 minit dan cairkan secara double boiled.
3. Kaup balik campuran coklat dalam whip cream dan masukkan gelatin. Kacau sebati dan bahagikan kepada 2 bahagian.
4. Susun lapisan pertama kek di bahagian bawah loyang(loyang springfom) Tuang sebahagian coklat mousse dan ratakan
5. Susun pula lapisan kedua kek dan diikuti lapisan kedua coklat mousse
6. Susun lapisan kek yang terakhir dan bungkus dengan plastik wrap. Simpan dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 2 jam
7. Bila dah set tuangkan coklat ganache di bahagian atas kek atau hias ikut suka
8. Siap untuk dihidang.
Kredit: Viviana Rose
KEK SPAN PANDAN OGURA
BAHAN-BAHAN:
Bahan A
- 5 biji kuning telur gred A + 1 biji telur gred A
- 65gm minyak jagung
- 90gm susu segar / santan
- 2 sudu besar pes pandan
- 70gm tepung naik sendiri atau tepung kek
Cara-Cara:
- Kacau telur dengan menggunakan pemukul putar. Masukkan minyak jagung dan kacau lagi.
- Masuk susu atau santan dan pes pandan. Kacau seketika.
- Masukkan tepung dan kacau sampai sebati. (Sebelum itu tepung di ayak)
- Kalau masih berketul tapis adunan.
Bahan B
- 5 biji putih telur gred A
- 70 gm gula halus/ gula kastor
Cara-cara:
- Pukul telur putih dalam mangkuk bersih dan kering.
- Sambil pukul masukkan gula sedikit demi sedikit
- Pukul sampai jadi meringue yang soft peaks.
- Masukkan 1/3 meringue ke dlm mangkuk kuning telur (bahan A) tadi dan kacau sebati (perlahan-lahan)
- Masukkan pula semua ke dalam baki putih telur tadi.
- Kacau sampai semuanya sebati dan tuang ke dalam loyang 7″ yang di lapik dengan baking paper sekelilingnya
- Hentak-hentakkan loyang dulu untuk mengeluarkan udara yang ada dalam adunan.
- Bakar cara waterbath iaitu letak air panas dalam loyang lain selama 1 jam. Pada 30 minit pertama bakar pada suhu 160°, 30 minit terakhir 140°
- Bila kek sudah masak jangan keluarkan terus, renggangkan pintu oven selama 10 minit
- Akhir sekali terbalikkan kek atas redai untuk disejukkan
Loyang di hentak perlahan untuk mengeluarkan gelombang udara didalam adunan.
Proses Waterbath – Loyang di letak atas dulang yang berisi air panas
Kredit: Zaimah Zakaria
KEK MINYAK PELANGI
BAHAN-BAHAN:
- 2 cawan tepung gandum
- 1 cawan susu pekat
- 1 cawan gula kastor
- 1 cawan minyak
- 1 sudu teh serbuk penaik
- 1 sudu teh esen vanilla
- 1 sudu teh ovalette
- 5 biji telur
- Pewarna (ikut warna pilihan )
CARA MEMASAK:
1. Pukul telur, gula kastor dan ovalette sampai kembang. ( pakai blender je pun boleh)
2. Masukkan susu pekat dan esen vanilla.
3. Masukkan minyak dan tepung yang telah diayak bersama serbuk penaik.
4. Bahagikan adunan kepada tiga bahagian. Kemudian warnakan dengan pewarna pilihan.
5. Tuang adunan ke dalam pemanggang ajaib secara berselang-seli.
6. Masak menggunakan api dapur yang paling kecil. Anggaran masa memasak adalah 40 minit.
Kredit resipi & gambar: Nurul Wahida Repaie via MAHN
KEK PELANGI KRIM MENTEGA
BAHAN-BAHAN:
KEK SPAN
- 500gm tepung kek span vanila
- 500gm telur
- 125gm air
- 125gm minyak jagung
- 5ml esen vanilla
KRIM MENTEGA
- 750gm mentega
- 250gm gula aising
- 15ml esen vanilla
- 25gm susu pekat manis
CARA MEMASAK:
- Campurkan telur dan tepung. Putar pada kelajuan tinggi selama 7-8 minit.
- Perlahankan kelajuan, kemudian masukkan air dan esen vanilla.
- Seterusnya, masukkan minyak jagung dan gaul sebentar.
- Asingkan kepada lima bahagian untuk lima warna (ungu, biru, kuning, oren dan merah).
- Panaskan ketuhar dan bakar pada suhu 180C selama 45 minit.
- Setelah masak, sejukkan di atas redai.
- Untuk menyediakan krim mentega. Pukul mentega sehingga kembang pada kelajuan tinggi.
- Campurkan esen vanilla dan susu pekat manis. Pukul hingga sebati.
- Kemudian masukkan gula aising, gaul sebati pada kelajuan tinggi selama lima minit.
- Cara untuk melapis. Letakkan lapisan ungu dan ratakan krim mentega di atasnya, seterusnya gunakan cara melapisan yang sama untuk warna biru, kuning, oren dan merah.
- Akhir sekali ratakan krim mentega pada seluruh permukaan dan di sekeliling kek.
- Hias ikut cita rasa anda.
Info Chef: Bahan hiasan dan warna lapisan ikut cita rasa anda atau permintaan anak-anak.
KEK KEJU OREO (TANPA BAKAR)
BAHAN-BAHAN:
- 250gm yogurt perisa asli
- 250g krim keju (cream cheese)
- 2 ½ sudu kecil gelatin
- 100ml air
- 75gm gula kastor
- 200gm biskut oreo ] hancurkan halus-halus
- 80gm mentega ] cairkan
- 40gm biskut oreo ] pecah-pecahkan kasar
- Sedikit biskut Oreo untuk hiasan
CARA MEMASAK:
- Biskut oreo halus disatukan dengan mentega. Tuang dan padatkan pada permukaan bawah loyang springform bersaiz 7 inci diameter.
- Gelatin dimasukkan ke dalam air. Kacau dan biarkan selama 5 minit. Panaskan menggunakan teknik ‘double-boil’ sehingga cair dan lut sinar. Ketepikan.
- Pukul krim keju dan gula hingga sebati. Masukkan yogurt dan gelatin. Tambah dengan Oreo yang dipecah-pecahkan kasar. Kacau dengan menggunakan spatula.
- Tuangkan ke dalam loyang, hias dengan biskut oreo di bahagian atasnya dan sejukkan di dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 4 jam.
- Keluarkan dan sedia dinikmati.
Sup Ayam Pekat Berempah, Resepi Mudah Kegemaran Ramai

Sedapnya Sup Ayam. Jika anda menggemari Sup Ayam yang pekat berempah, resipi perkongsian saudari Zurina Zulkefli ni antara yang boleh dicuba. Sangat mudah dan tidak menggunakan banyak bahan. Menu ini tentunya menjadi pilihan para ibu kerana tidak renyah. Tidak perlu kisar bawang. Cukup sekadar hiris dan tumbuk sahaja. Jom cuba! Anda pun pasti gemarkan rasanya.
RESIPI SUP AYAM PEKAT BEREMPAH
BAHAN-BAHAN:
- 1 mangkuk ayam bahagian bertulang
- 1 paket serbuk rempah sup – beli online disini
- 1 paket sup bunjut tulang – beli online disini
- 1 biji bawang besar – hiris nipis
- 3 sudu makan minyak masak
- Rempah 4 sekawan
- 2-3 ulas bawang putih – tumbuk
- 1 hiris halia – tumbuk
- 1 biji tomato merah – potong dadu
- Air secukupnya
- Ubi kentang – beli online disini
- Garam secukup rasa
- Sedikit kiub pati ayam – beli online disini
- Hirisan daun sup
- Bawang goreng – beli online disini
CARA MEMASAK:
1.Panaskan minyak masak dan tumiskan hirisan bawang besar dan 4 sekawan. Masak sehingga layu.
2.Kemudian masukkan bawang putih dan halia. Kacau sehingga naik bau harum.
3.Kemudian masukkan tomato merah yang dipotong dadu. Kacau sehingga tomato lembik.
4. Masukkan serbuk rempah sup dan sedikit air, kacau sebati.
5. Seterusnya masukkan ayam dan gaul rata.
6. Tambah dua mangkuk air dan masukkan juga sup bunjut.
7. Masukkan ubi kentang. Tutup periuk. Biarkan sup mereneh selama 30 minit pada suhu api kecil.
8. Bila sup sudah mendidih masak, boleh perasakan dengan garam dan sedikit kiub pati ayam.
8.Taburkan daun sup dan bawang goreng. Sup Ayam sedia untuk dihidang.
Kredit resipi & foto: Zurina Zulkefli
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Daging Masak Merah, Ini Rahsia Masak Sedap Macam Dekat Kedai
Resipi Cucur Bilis Tambah Kucai & Cili Kering Tumbuk, Sangat Sedap!
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official