Ads

Cara Buat Apam Telur Lembut Gebu, Sedap Cicah Kelapa Parut Muda. Ini Resipinya

Sebut apam telur atau apam lambung ini terus terbayang kuih bulat gebu yang ringan dan ada rasa lemak manis, dimakan pula dengan kelapa muda parut memang nikmat.

Kuih tradisional yang semakin jarang dijual ini rupanya senang saja jika ingin dibuat sendiri. Boleh juga acuan kuih cara atau kuali leper saja.

Sedapnya, makan panas-panas dengan kelapa muda parut, lembut dalam dan rangup luar. Sambil makan kenangan zaman kecil terus datang balik.

Resipi apam telur lembut gebu

Sedapnya apam telur cicah kelapa parut

Bahan-bahan

3 cawan tepung beras
3 sudu besar tepung ubi
2 sudu kecil yis kering
¾ cawan gula (boleh tambah kalau suka manis)
Garam secukup rasa
2 cawan air (jika terlalu pekat, boleh tambah sedikit air panas)
6 biji telur
1 sudu kecil pewarna kuning
2 sudu kecil perasa vanilla (untuk hilangkan bau hanyir telur)
Kelapa parut putih – dikukus dan gaul dengan sedikit garam

Cara membuat

1. Satukan epung beras, tepung ubi, yis, gula dan garam dalam satu bekas besar.

2. Tuang air sedikit demi sedikit sambil dikacau rata hingga adunan sebati.

Ads

3. Tutup bekas dan perap selama 1 hingga 2 jam.

4. Selepas perap, ambil adunan dan masukkan pewarna kuning serta esen vanilla. Kacau rata.

5.Untuk setiap 1½ cawan adunan, campurkan 2 biji telur. Kacau sebati. (Anggaran 1 biji telur untuk 1 biji kuih – lebih telur, lebih sedap!)

6. Sapu minyak pada acuan kuih cara atau kuali leper, tuang adunan ke dalamnya (tutup dengan penutup periuk)

Ads

Guna acuan kuih cara untuk membuat apam telur

7. Bakar atas api kecil hingga bahagian bawah keperangan, kemudian balikkan untuk masak bahagian atas.

Langkah buat apam telur ini mudah saja

8. Bila masak, angkat dan hidangkan bersama kelapa parut. Siap untuk dinikmati – rangup di luar, lembut di dalam!

Anda mungkin berminat dengan

Ads

Cara Buat Apam Telur Lembut Gebu, Sedap Cicah Kelapa Parut Muda. Ini Resipinya

TIP
Kalau dapat kelapa muda untuk dijadikan kelapa parut, rasanya lagi sedap. Nak buat lebih banyak cuma gandakan sukatan resipi dan simpan dalam bekas kedap udara – sesuai sangat untuk jualan juga!

Kredit resipi & foto: Muliadi Ramli

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA

 

Dapatkan resipi, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Menu Lain

Cara Buat Puding Raja. Resipi Istimewa Warisan Pahang Yang Sangat Sedap

Puding Raja Pahang ialah pencuci mulut istimewa dengan pisang lemak manis, jala emas, kacang gajus dan kuah berkrim. Jom cuba resipi warisan ini.