Anda dan keluarga suka makan pasta? Ini ada resipi Pasta Udang Berkrim yang sangat mudah, sedap dan sesuai cuba masak di rumah. Malah penggunaan bahan-bahannya juga tidak banyak dan mudah diperolehi. Jom cuba. Tentu kena dengan selera anda sekeluarga.
RESIPI PASTA UDANG BERKRIM
BAHAN-BAHAN:
100gm udang | buang kulit
200gm pasta rebus
250gm susu cair | 1 kotak kecil susu rendah lemak
½ biji bawang Holland | dadu kecil
2 ulas bawang putih | cincang halus
150gm mentega
Garam, paprika, lada sulah dan lada hitam secukupnya
Sedikit daun parsli | cincang halus
CARA MEMASAK:
Ads
1. Masukkan isi udang bersama serbuk lada hitam, lada sulah, serbuk cili dan garam secukupnya, Gaul rata dan ketepikan.
2. Panaskan sedikit mentega dalam kuali, tumiskan udang hingga kemerahan. Angkat dan ketepikan.
3. Dalam kuali lain, panaskan mentega, tumis bawang Holland diikuti bawang putih, kacau rata hingga wangi. Kemudian masukkan susu cair dan kacau lagi.
4. Perasakan dengan garam, lada sulah dan lada hitam, kacau rata.
Ads
5. Masukkan pasta dan udang yang telah digoreng tadi, kacau rata.
Ads
6. Setelah digaul rata, taburkan daun parsli dan sedia dihidangkan.
INFO CHEF: Jika mahu lebih berkrim dan pedas, boleh tambah parutan keju dan sebelum dihidangkan.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download seeNI sekarang!
Bihun Celup Siam ni memang antara menu popular di Thailanddan juga negeri-negeri bersempadan seperti Kelantan. Keenakan kuah dan campuran dalam mangkuk mi tu membuatkan kita teringat-ingat. Pedas, masam, memang cukup sempurna. Rasa nak cuba? Nak ke Thailand rasanya jauh sangat. Jadi boleh buat sendiri di rumah. Puas makan dan memang berbaloi. Sedap weh!
BIHUN CELUP SIAM
BAHAN-BAHAN:
1 kg tulang lembu yang berdaging
4 ulas bawang putih – dimayang
4 ulas bawang merah – dimayang
1 inci halia – dimayang
1 batang serai
2 pokok ketumbar | ambil bahagian akarnya
Sos ikan ikan
Gula kabung
Garam
Air secukupnya
Minyak masak secukupnya
BAHAN REMPAH PENUMIS:
4 kuntum bunga cengkih
1 kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
BAHAN ISIAN:
Bihun | rendam dan celur
Hirisan ayam yang telah direbus
Bawang putih goreng bersama minyak chili flakes
Daun ketumbar
Kacang tumbuk
Taugeh | dicelur
Kangkung | dicelur
Limau nipis
CARA MEMASAK:
Rebus tulang hingga empuk, kemudian ketepikan.
Panaskan minyak, bahan rempah penumis bersama bawang putih, bawang merah, halia hingga naik bau.
Kemudian masukkan tulang yang telah direbus bersama-sama air rebusan. Tambahkan air secukupnya.
Masukkan serai dan akar pokok ketumbar. Rebus sehingga mendidih, kemudian perasakan dengan sos ikan, gula kabung dan juga garam.
Matikan api.
Untuk menyediakannya, masukkan bihun ke dalam mangkuk.
Diikuti semua bahan sampingan yang lain dan tuangkan kuah sup.
Bihun Sup Thai sedia dihidangkan.
INFO CHEF: Bihun Sup Thai berbeza daripada bihun sup biasa kerana kuah supnya sedikit masam selain daripada bahan sampingan yang digunakan.
Char Kuey Teow merupakan antara menu yang menjadi pilihan untuk makan malam. Hidangan yang ringkas tetapi enak sungguh bila dimakan panas-panas, ditambah pula dengan cili jeruk. Fuh padu! Kami kongsikan resipi yang paling mudah hasil perkongsian SuiSan Aliezsha. Selamat mencuba!
RESIPI CHAR KUEY TEOW
BAHAN-BAHAN:
Kuey teow (cuci toskan)
Cili kering (dikisar)
Bawang besar (dikisar)
Cili sos
Kicap manis
Kicap pekat
Sos tiram
Bawang putih – diketuk
Taugeh
Daun kucai
Telur
Udang direbus (asingkn air)
Kerang (direbus)
CARA PENYEDIAAN:
1. Panaskan kuali, masukkan minyak. Minyak lebih sikit ya supaya bila masukkan telur nanti, kuey teow tak bantat.
2. Tumiskan bawang putih, masukkan udang, 3 sudu besar cili yang dikisar, 1 sudu besar sos cili, 1 sudu besar sos tiram, 1 sudu besar kicap pekat, 5 sudu kicap manis dan sedikit garam. Kacau-kacau.
3. Masukkan air rebusan udang. Pecahkan telur dan gaulkan hingga sebati.
4. Kemudian, masukkan kerang, kuey teow, taugeh dan daun kucai.
5. Siap!
Anda mencari KUALI pada harga yang murah tetapi berkualiti? Klik DISINI.
Kuetiau Kung Fu menu yang sesuai untuk makan malam. Makan panas-panas ada pula kicap cili potong memang mantap.
Letak segala jenis sayuran dan juga haiwan, mesti meriah dan menyelerakan.
Kalau ada stok yee mee dekat rumah boleh jadikan alternatif selain kuetiau. Memang sedap pasti tak menyesal kalau buat.
KUETIAU KUNG FU
BAHAN-BAHAN (untuk 3 orang makan):
500 gm kuey teow/ 3 keping yee mee
3 biji telur
Sedikit lada sulah
CARA MEMASAK:
1.Panaskan sedikit minyak. Pukul 1 biji telur dgn lada sulah hingga rata dan masukkan kuetiau anggaran seorang makan kacau rata. Goreng hingga garing. Angkat dan Ketepikan.
BAHAN-BAHAN KUAH:
3-4 ulas bawang putih – ketuk
1 mangkuk isi ayam
5 ekor udang
3 ekor sotong
1 batang karot dihiris
2 pohon sayur sawi
1 mangkuk bunga kubis
1 sdk lada sulah
1 kiub ayam
1 1/2 sdb tepung jagung + air sikit
Air anggaran 4 cawan
CARA MEMASAK:
Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih hingga kekuningan.
Masukkan isi ayam dan kacau rata. Masukkan air dan biarkan kuah mendidih kemudian masukkan sotong dan udang.
Setelah mendidih, masukkan bunga kubis, carrot dan sayur sawi.
Akhir sekali, masukkan kiub pati ayam dan garam secukupnya.
Masukkan air bancuhan tepung jagung. Masak hingga kuah pekat.
Tuang kuah atas kuey teow yang telah digoreng tadi. Tabur bawang goreng, jika suka. Sedia untuk dihidangkan.
Udang goreng sambal matah adalah antara resipi yang semakin popular kerana rasanya yang unik, gabungan tekstur rangup udang goreng dan kepedasan aromatik sambal matah dari Indonesia.