Sedapnya Ketam Sambal Telur Pecah perkongsian saudari Nurul Ateekah ni. Ketam segarmemang sangat enak dimasak bermacam cara. Bila dapat ketam isi padat, memang sedap dimasak lemak atau kari. Tapi tak kurang enaknya kalau masak sambal pecah telur begini. Memang terasa kemanisan isinya. Memang sedap dimakan bersama nasi atau dicicah dengan roti.
CARA MEMASAK: 1. Panaskan minyak dalam kuali besar dan masukkan serai. Tumis dan biarkan aromanya naik. Masukkan halia dan bawang putih.
2. Apabila telah kelihatan sedikit keperangan kemudian masukkan bawang besar. Masak seketika.
Ads
3. Seterusnya masukkan cili kisar dan daun limau purut. Tumis sehingga pecah minyak.
4. Apabila sudah pecah minyak, masukkan serbuk belacan, garam, gula, kiub pati ayam dan tomato. Biarkan ianya masak seketika.
5. Masukkan sos ikan, sos tomato, sos cili dan sos tiram. Gaul rata.
6. Kemudian masukkan ketam dan 1 cawan air. Kacau dan biarkan ketam masak dengan sempurna menggunakan api sederhana. Jika kuahnya kering jangan ditambah air lagi. Biarkan kerana nanti air ketam akan keluarkan sendiri. 7. Apabila sudah masak, masukkan telur dan gaul rata sehingga telur masak.
Ads
8. Tutup api dan Ketam Sambal Telur Pecah siap untuk dihidangkan.
Hidangan Ikan Siakap 3 Rasa ni memang digemari ramai. Jika makan di restoran harganya boleh mencecah RM30 keatas untuk seekor ikan yang siap dimasak. Jika buat sendiri, seekor ikan siakap saiz sederhana harga seekor tak sampai pun RM10. Jadi, apa kata anda masak je sendiri guna resipi perkongsian Cikgu Afy Al Habibi. Sama sedap macam hidangan restoran dan paling penting, dijamin halal dan jimat belanja! Selamat mencuba.
SIAKAP 3 RASA ARORA
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ikan siakap – belah dan bersihkan
2 hiris halia – tumbuk
3 ulas bawang putih – tumbuk
1/2 sudu teh garam
3/4 sudu makan tepung jagung
1 1/2 senduk cili kering kisar
1/2 senduk sos cili
1 sudu makan sos tiram
3/4 gelas air asam jawa ( secubit asam jawa + ¾ gelas air)
1 3/4 sudu makan gula
3/4 sudu teh garam
1/2 sudu makan perencah Hilal – jika ada
BAHAN POTONG:
1/2 biji bawang merah- dadu
1/2 biji bawang Holland- dadu
2 ulas bawang putih – dadu
2 helai daun limau purut
2 hiris halia- hiris memanjang
3 tangkai cili padi merah
1 tangkai cili besar hijau
1 batang serai- hiris serong
1 hiris nanas- hiris dadu
BAHAN KISAR:
1/2 biji bawang merah
1/4 biji bawang Holland
1 ulas bawang putih
1/4 sudu teh ketumbar& jintan putih
2 hiris (nipis) serai
1/4 hiris (nipis) halia
CARA MEMASAK:
1. Perapkan ikan dengan bahan-bahan tumbuk ( halia & bawang putih) dan garam. Biarkan selama 1/2 jam.
2. Kemudian tabur tepung jagung dan lumurkan di seluruh ikan supaya rata. Ia bertujuan untuk elak isi ikan melekat dan isinya jadi rangup.
3. Panaskan minyak dengan banyak dan goreng ikan hingga garing. Letak atas pinggan hidangan.
4. Dengan guna lebihan minyak goreng ikan tadi, masukkan bahan-bahan hiris kecuali cili dan nanas.
5. Kemudian masukkan 1 senduk bahan kisar. Tumis hingga naik bau dan sedikit garing.
6. Masukkan juga cili kering kisar. Tutup kuali seketika sehingga kauh menjadi pecah minyak.
7. Tambahkan sos cili, sos tiram dan air asam jawa. Kacau sekata dengan api perlahan.
8. Perasakan dengan gula, garam dan perasa. Boleh sesuaikan rasa ikut citarasa.
9. Akhir sekali, masukkan potongan nanas dan juga cili padi potong ( jika suka). Kacau rata.
10. Tuang sos ke atas ikan dan hias ikut kreativiti anda. Sedia untuk dinikmati.
Ada peminat nasi dagang di sini? Sesiapa yang pernah membuat nasi dagang, pasti tahu macam mana skill dan teknik yang diperlukan untuk membuat nasi istimewa ini.
Tak mudah namun bila dah merasa sekali nasi dagang yang sedap, pasti akan terjebak jua untuk masak nasi dagang.
Jom kita tengok perkongsian tips dan petua daripada Yus Kitchen tentang macam mana untuk membuat nasi dagang yang sedap.
#tipsmasaknasidagang
1.Ikan Ikan Aya ada 2 jenis, Aya Hitam dan Aya Putih. Kalu Aya Hitam, orang KL panggil ikan Tuna. Nak kenal tengok pada sirip. Kalau panjang, tu Aya Hitam. Kalau sirip pendek tu Aya Putih. Nak sedap, rebus sehari sebelum nak makan. Cara dan bahan nak rebus macam-macam. Terserah mengikut style masing-masing.
Antara bahan yang biasa orang guna untuk rebus ikan ialah daun pandan (hilang hanyir), gula perang atau nisan, lengkuas, asam keping, garam dan cuka (supaya isi ikan jadi pejal, terutamanya bila guna Aya Hitam sebab isi dia lembut).
2.Beras, campuran dan sukatan Jenis beras – orang kata yang paling afdhal guna beras Siam. Sebabnya dia jenis mudah lerai, nasi jadi cantik. Beras wangi. Sama ada beras wangi saja atau beras wangi campur beras pulut. Boleh juga kalau beras wangi campur dengan beras Basmathi. Ini pun menjadi juga, cantik jadinya.
Beras Basmathi, ni kira nasi dagang moden dah ni. Boleh campur beras pulut ataupun tidak. Bab beras saja, nasi dagang ada banyak khilaf, jadi jangan bergaduh. Boleh pakai mana-mana beras asalkan kena dengan selera.
Sukatan air untuk digaulkan. Nasi Dagang nak kena gaul 2 kali. Sukatan dia, untuk gaulan pertama: 2 cawan air biasa atau 2 cawan santan cair. Nak mudah guna cawan atau penyukat yang sama masa nak sukat beras tu.
Gaulan kali kedua: 1 cawan santan pekat. Rumusanny, sekilo beras 2 cawan air untuk gaul kali pertama, 1 cawan santan pekat untuk gaul kali kedua.
1 cawan bersamaan 250 gram. Jadi, kalau 4 cawan tu maknanya 1 kg. Sekilo nasi boleh makan antara 8 ke 10 orang. Untuk 1 kilo santan pekat pula, saya pernah tanya penjual santan. Dia kata, 1 kilo santan tu 4 biji kelapa. Jadinya, setengah kilo tu 2 biji kelapa (santan pekat ni). Masa nak kukus nasi, kena pastikan api besar. Jangan besar sangat. Kalau api perlahan, nasi jadi kembang.
3. Gulai Nasi Dagang
Cara nak masak gulai, ada banyak cara dan gaya. Cara 1: Tidak tumis. Masuk santan dulu, tunggu santan macam nak pecah minyak, lepas tu masuk semua bahan kisar dan mesin. Cara dan gaya ni orang panggil “Raja Berangkat”.
Cara 2: Tumis dulu cili boh. Ada yang pakai belacan dan ada juga yang kata letak ikan kering 1 ekor dalam kuah tu, untuk dapatkan rasa dan aroma ikan. Cili boh nak kena guna banyak, baru cantik kejadian gulai nasi dagang. Guna lada kering yang tak pedas. Kalau pergi kedai, dia panggil “Cili Kering Gemok”.
Untuk sekilo kuah gulai nasi dagang, boleh guna 200g ke 250gram cili boh. Insya-Allah gulai nasi dagang jadi comel, warna dan tekstur dia. Tumis cili dengan gula atau nisan. Supaya cili tumis tadi jadi kilat dan comel. Tumis sampai pecah minyak.
Kuah gulai nasi dagang sedap kalau pekat. Untuk satu hidangan nasi dagang, kita tak pakai banyak sangat kuah macam nasi kandar. Nasi kandar kena guna kuah dalam 100g ke 150gram kuah. Untuk nasi dagang elok sangat kalau 50gram untuk satu hidangan. Sesenduklah bahasa mudahnya.
Sukatan kuah gulai untuk 1 kilo nasi dagang. Dalam 1000 gram ke 1500gram. Senang cerita, kalau bekas kisar tu 1 setengah air bekas kisar tu. Tidak termasuk santan. Campur sekali air tadi dengan 1 atau 2 cawan air ikan.
****** Masuk 1 cawan dulu tak apa, takut masam sangat kuah gulai. Sebab masa rebus ikan, kita guna asam keping banyak. Terlebih masam payah nak ubah.
*******Masuk 1 cawan kemudian rasa. Kalau kurang, tambah lagi sikit. Untuk 1kg kuah nasi dagang, sedang elok guna 2 cawan santan pekat.
Masa nak masukkan ikan, kena perhati ikan elok-elok. Jangan ada asam keping pada ikan. Takut terlebih masam kuah gulai ikan kita. Untuk menambah aroma dalam kuah gulai nasi dagang, bolehlah masukkan sesudu halba ke dalam gulai nasi dagang kita tu.
Begitulah kurang lebih cara, petua dan tip untuk buat nasi dagang terengganu kita. Sekadar perkongsian melalui himpunan-himpunan perkongsian dari sahabat-sahabat yang lain. Mohon maaf atas segala kekurangan, sekadar perkongsian. Mudah-mudahan bermanfaat buat semua.
Resepi Gulai Nasi Dagang Terengganu Asli (Homemade)
Kalau ikut resepi asal gulai nasi dagang Terengganu asli, memang tidak menggunakan rempah kari. Rempah dia ringkas sahaja. Untuk membuat rempah gulai nasi dagang Terengganu versi asal, hanya menggunakan beberapa campuran rempah yang biasa kita gunakan untuk memasak seharian. Serta mudah untuk didapati di dapur rumah masing-masing.
Bagi membuat rempah gulai nasi dagang. Rempah ratus yang digunakan adalah ketumbar, jintan manis, jintan putih, bunga lawang, bunga cengkih dan kulit kayu manis.
Sukatan dan campuran adalah seperti berikut:
Untuk sekilo nasi dagang (beras) 1 batang kulit kayu manis 1 batang kulit kayu manis 3 bunga lawang 6 biji bunga cengkih 1 sudu besar biji ketumbar 1 sudu kecil jintan manis 1 sudu kecil jintan putih
CARA-CARA: 1.Rebus kesemua bahan rempah ratus dengan sedikit air. Rebus sehingga air sedikit kering. 2.Kemudian kisar halus rempah ratus yang telah direbus tadi bersama-sama dengan bahan-bahan basah. (Bawang merah, bawang putih, halia, kunyit dan lengkuas).
Suka makan Bingka Susu? Mudah sahaja resipinya. Bahan-bahan yang digunakan sangat ringkas dan cara membuatnya juga mudah. Pendek kata jika terasa nak makan, boleh buat cepat tanpa perlu fikir lama. Jom cuba resipi perkongsian saudari Siti Aliah Roslini. Pasti puas hati.
CARA MEMBUAT BINGKA SUSU SEDAP, MUDAH & TAK GUNA BANYAK BAHAN
BAHAN-BAHAN: 1 tin susu pekat manis (kurangkan jika tak suka) – beli online disini 1 1/2 tin tepung gandum (guna tin susu pekat manis) – beli online disini 3 tin air (guna tin susu pekat manis) 4 biji telur (apa-apa saiz) 1 sudu makan planta / margerin – beli online disini Sedikit esen vanilla – beli online disini Garam secukupnya
Dapatkan COPPER DIAMOND BAKEWARE SETdengan harga diskaun DISINI! Masukkan codeRASGSP5sebelum buat pembayaran untuk dapatkan DISKAUN EXTRA RM5!
CARA MEMASAK: 1. Satukan susu pekat manis, tepung gandum, margerin planta, air, telur, esen vanilla dan garam. Kemudian kisar hingga sebati. 2. Setelah semua bahan tercampur rata dan sebati, tapis bahan tadi supaya tidak ada adunan yang berketul. 3. Ambil loyang yang bersesuaian dan sapu margerin hingga rata. 4. Tuang adunan tadi da bakar dalam ketuhar hingga masak dan garing ikut sesuai selera masing-masing. (ada yang masak guna suhu 200c selama 1 jam 15 minit)
5. Bila Bingka Susu telah masak, keluarkan dari ketuhar dan sejukkan seketika sebelum dipotong dan dinikmati.
INFO: Jika tiada ketuhar, boleh bakar guna pemanggang ajaib.
Kajian menunjukkan teh daun jambu batu mampu merencatkan virus H1N1 hingga 5 kali lebih kuat daripada teh hijau. Ketahui cara penyediaannya untuk bantu rawat influenza secara semula jadi.