Resipi kepak ayam goreng Serai Thai ini memang super yummy. Rahsiaya kena goreng dua kali. Macam mana tu? Siapa yang dah pernah cuba, mesti tahu kesedapan ayam ni. Ratah macam tu je pun sedap.
Boleh ikut resipi yang dikongsikan oleh puan Nurul Ateekah ini Selamat mencuba.
Sediakan mangkuk atau bekas, masukkan ayam dan kesemua bahan (KECUALI daun limau purut dan minyak masak) serta bahan Yang dikisar halus. Gaul sebati dan perapkan paling kurang selama 30 minit.
Panaskan minyak dalam kuantiti yang agak-agak boleh tenggelamkan ayam apabila digoreng nanti. Bila minyak panas, masukkan ayam dalam kuali dan goreng sekitar 5- 7 minit.
Kemudian angkat dan rehatkan 3 minit.
Ads
Kemudian, gorengkan semula ayam tadi 1-2 minit dengan minyak yang sama dan panas.
Apabila ayam sudah masak, angkat dan masukkan ke dalam bekas. Taburkan daun limau purut yang telah dihiris tadi. Gaul ayam bersama daun limau purut.
Sajian Cina memang terkenal di dunia kulinari antarabangsa.
Ni ada 5 aneka resipi terbaik dari Hotel Grand BlueWave, Shah Alam Selangor. Boleh lah dicuba cuti-cuti, ni ambik mood makan sajian Cina, kalau makan kat luar ni agak mahal juga.
1. AYAM GORENG BERSAMA KIUB JERUK HALIA DAN SOS MADU
BAHAN-BAHAN
½ ekor ayam | bersihkan, potong kecil
Air secukupnya | untuk rebus
Minyak masak secukupnya
BAHAN UNTUK KIUB JERUK HALIA MADU:
200gm halia muda
75gm cuka putih
100gm gula
30gm madu
BAHAN UNTUK PERAP:
1 biji telur
50gm tepung jagung
Sedikit serbuk ayam
Sedikit sos tiram
Sedikit garam
CARA-MEMASAK 1. Untuk membuat kiub jeruk halia madu; potong halia menjadi kiub kecil. Jerang air dan bila panas, masukkan halia dan rebus seketika. Angkat dan tapis. Ketepikan. 2. Masak gula bersama cuka sehingga mendidih dan masukkan madu. 3. Masukkan pula potongan halia tadi dan masak seketika. Sejukkan dahulu sebelum disimpan di dalam peti sejuk selama dua hari. Keluarkan ketika hendak masak. 4. Untuk memasak hidangan ini; ayam dipotong kecil dan perap dengan serbuk ayam, sos tiram, telur, tepung jagung dan sedikit garam. Gaul sebati. Ketepikan. 5. Panaskan minyak di dalam kuali, goreng ayam yang telah diperap sehingga masak sepenuhnya. Angkat, tos dan ketepikan. 6. Tinggalkan sedikit minyak di dalam kuali, panaskan dan masukkan kiub jeruk halia madu, goreng seketika dan masukkan ayam goreng tadi. Gaul sekata. 7. Angkat dan sedia dinikmati.
Info chef: Sedia dinikmati bersama nasi putih.
Saiz hidangan: 3-4 orang Waktu memasak: 40 minit Jenis hidangan : Cina Keistimewaan : Rasa masam dan manis Jenis masakan : Lauk pauk Cara memasak : Rebus, tumis dan goreng
2. DAGING RUSA GORENG HALIA DAN DAUN BAWANG
BAHAN-BAHAN:
600gm daging rusa
150gm daun bawang | hiris
50gm hirisan halia
30gm bawang putih | cincang
Minyak masak secukupnya
BAHAN PERAP:
1 biji telur | ambil bahagian putih sahaja
Sedikit serbuk ayam
Sedikit sos tiram
Sedikit garam
BAHAN B
20gm serbuk ayam
10gm kicap
10gm sos tiram
5gm gula
10gm kicap pekat
CARA MEMASAK: 1. Hiris daging rusa, bersihkan. Kemudian satukan bersama putih telur, serbuk ayam, sos tiram dan garam secukup rasa. Gaul sekata. Perap seketika. Ketepikan. 2. Panaskan minyak di dalam kuali, goreng hirisan halia hingga terbit harum. Masukkan bawang putih dan kacau sebati. 3. Masukkan hirisan daging rusa bersama bahan B. Gaul sebati selama seminit. Masukkan daun bawang. 4. Angkat dan sedia untuk dinikmati.
Info chef:Jika mahu lebih pedas, masukkan lebih cili padi.
Saiz hidangan: 2-3 orang Waktu memasak: 30 minit Jenis hidangan : Cina Keistimewaan : Aroma halia tambah kesedapan masakan Jenis masakan : Lauk pauk Cara memasak : Tumis dan goreng
3. UDANG HARIMAU GORENG BERSAMA KUNING TELUR DAN PLANTA
BAHAN-BAHAN:
600gm udang | bersihkan
5gm daun kari
2 biji cili padi | cincang
2 biji kuning telur masin
150gm planta
10gm serbuk ayam
5gm gula
50gm susu cair
Minyak masak secukupnya
Air untuk mengukus secukupnya
CARA MEMASAK: 1. Kukus telur masin selama 15 minit. Sejukkan. Kemudian ambil kuningnya sahaja dan cincang. 2. Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng udang harimau sehingga masak. Ketepikan. 3. Panaskan planta dan masukkan kuning telur masin yang dicincang. Diikuti cincangan cili padi dan goreng sekata. 4. Masukkan udang harimau yang siap digoreng dan kacau bersama susu cair selama seminit. 5. Angkat dan sedia dihidangkan.
Info chef: Api perlu betul-betul besar.
Saiz hidangan: 2-4 orang Waktu memasak: 45 minit Jenis hidangan : Cina Keistimewaan : Lemak, masin dan manis yang seimbang Jenis masakan : Lauk pauk Cara memasak : Tumis dan goreng
4. SUP ‘LOTUS ROOT’ BERSAMA AYAM DAN KURMA MERAH
BAHAN-BAHAN:
½ ekor ayam | potong kecil dan bersihkan
600gm lotus root
20 biji kurma merah
10 keping tiram kering
1.5 liter air masak
CARA MEMASAK: 1. Potong lotus root secara membulat dan nipis, kira-kira 1cm. 2. Masukkan kesemua bahan tadi ke dalam air masak dan stim selama 4 jam./ 3. Selepas 4 jam, tambahkan garam dan stim semula kira-kira 30 minit. 4. Angkat dan sedia dinikmati.
Info chef: Jika ingin lebih pedas, boleh tambah sedikit cili giling ketika menumis.
Saiz hidangan: 4-5 orang Waktu memasak: 5 jam Jenis hidangan : Cina Keistimewaan : Rasa lotus root yang unik Jenis masakan : Lauk pauk Cara memasak Kukus
5. HONG KONG CHOY SAM GORENG BERSAMA AYAM KISAR DAN CENDAWAN
BAHAN-BAHAN:
700gm Hong Kong Choy Sam
200gm isi ayam | kisar
50gm cendawan | hiris
50gm bawang putih | cincang
1 sudu teh sos tiram
1 sudu teh kicap pekat
1 sudu teh kicap manis
Sedikit serbuk ayam
Garam dan gula secukupnya
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK: 1. Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng Hong Kong Choy Sam bersama separuh daripada bawang putih hingga terbit bau harum. 2. Masukkan serbuk ayam, garam dan gula secukup rasa. Gaul sekata. Angkat dan letakkan di dalam pinggan. 3. Tumis baki bawang putih dan masukkan ayam dan cendawan. Tambah sos tiram, kicap pekat, kicap manis dan serbuk ayam. Gaul sekata sehingga masak. 4. Tuang sos di atas sayur tadi. Sedia dinikmati.
Info chef:Warna sayuran masih hijau dan cantik kerana dimasak dengan api yang besar dan sekejap sahaja.
Saiz hidangan: 2-3 orang Waktu memasak: 30 minit Jenis hidangan : Cina Keistimewaan : Ada rasa manis, masin dan lemak Jenis masakan : Lauk pauk Cara memasak : Rebus dan goreng
Bebola ayam homemade perkongsian dari saudari Mummy Chomey ni memang mudah nak dihasilkan. Hanya dengan menggunakan beberapa bahan ringkas dan mudah, anda boleh hasilkan hidangan sihat dan berkhasiat buat keluarga. Tak perlulah beli lagi lepas ni. Malah jika buat banyak, anda boleh sejukbekukan dan nikmati pada bila-bila masa. Memang sangat berbaloi dicuba.
RESIPI BEBOLA AYAM HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
Isi ayam ( anggaran 400gm)
Garam secukup rasa
2 sudu teh lada sulah
2 sudu makan tepung jagung
PENAMBAHAN JIKA SUKA:
Lobak merah | disagat
Daun sup @ daun ketumbar | dihiris
CARA MEMASAK:
1. Masukkan isi ayam, garam, lada sulah dan teung jagung ke dalam pengisar. Kisar hingga lumat.
2. Keluarkan bahan kisar dan letak dalam mangkuk. Jika suka, boleh tambah bahan-bahan lain seperti lobak merah dan daun sup@ ketumbar. Boleh juga digantikan dengan daun bawang dan apa-apa sayuran kegemaran.
3. Ambil doh dan bulat-bulatkan.
4. Didihkan air dan rebus bebola hingga terapung.
5. Angkat dan toskan airnya. Boleh digoreng atau dinikmati mengikut citarasa anda.
Hidangan masakan Cina antara yang menjadi kegemaran ramai. Ayam Masak Cendawan Shitake ni sangat mudah untuk dicuba. Bahan yang digunakan pun tidak banyak. Penggunaan kicap, sos tiram, cendawan, halia dan bahan lainmenjadikan masakan ini tambah aromanya.Tak pedas dan pastinya disukai oleh anak-anak. Ikuti resipi dari perkongsian @_onlyfiey dari TikTok ini.
AYAM MASAK CENDAWAN SHITAKE
Bahan-bahan:
Ayam
Cendawan shitake
Red dates
Goji berry
Halia
Daun bawang – kuantiti ikut korang nak letak berapa banyak)
Minyak masak
Garam
Gula
Kicap cair
Sos tiram (secukup rasa)
1 sudu tepung jagung
Cara memasak:
1. Campurkan ke semua bahan di atas kecuali minyak masak dan gaul rata bersama ayam.
2. Perap ayam kira-kira 20 minit.
3. Selepas perap, masukkan satu sudu minyak masak dan kukus ayam kira-kira 15 minit.
Sabun pencuci pinggan antara yang wajib ada di dapur. Tanpa pencuci ini memang akan melekat minyak dan kotoran pinggan mangkuk, cawan serta periuk belanga.Lagi...