Agak unik cara penyediaan Ayam Goreng Pedas ilham dari Tuanku Permaisuri ni. Macam Rendang tapi bukan Rendang, bahan yang digunakan juga seperti nak masak Rendang Ayam. Kelapa parut juga disoreng kering secara asing sebelum di masak sekali dengan bahan lain.
Bahan-bahan dan cara penyediaan akan dikongsikan dibawah, nanti kalau teringin bolehlah cuba ya!
Ads
AYAM GORENG PEDAS
Ads
Ads
BAHAN-BAHAN:
Bawang merah*
Bawang putih*
Kunyit*
Serai*
Cili kisar ( cili kering )
Halia*
Lengkuas*
Kisarkan bahan bertanda *
Cili kering (dikisar)
Asam keping
Garam
Santan pekat
Kelapa parut goreng
Daun kunyit hiris
Masuk kelapa
Masuk ayam
Daun limau purut
CARA PENYEDIAAN:
1. Rebuskan Ayam dan digoreng di dalam minyak yang panas.
2. Kisar kesemua bahan bertanda *.
3. Goreng kelapa parut tanpa minyak sehingga keperangan.
4. Tumiskan bahan-bahan kisar di dalam kuali bersama minyak goreng ayam tadi.
5. Masukkan cili kering dan masak sebati.
6. Bila dah pecah minyak, masukkan asam keping, gula melaka, garam dan perasa.
7. Masukkan sedikit air rebusan ayam, santan pekat, ayam, dan akhir sekali masukkan kelapa parut goreng tadi.
8. Taburkan daun kunyit dan juga daun limau. Dah siap!
Untuk cara penyediaan yang lagi jelas boleh tonton video ini:
Rendang tak cukup? Kena buat lagi, jangan risau ini ada tiga resipi rendang yang memang tak menyesal masak punya, sangat sedap dan memang legend. Dari dulu sampai sekarang tak pernah jemu. Tak caya cubalah ye…
AYAM RENDANG MINANG
BAHAN-BAHAN:
BAHAN KISAR:
CARA MEMASAK:
RENDANG TOK
BAHAN-BAHAN:
BAHAN KISAR:
CARA MEMASAK:
DAGING RENDANG CILI PADI
BAHAN-BAHAN:
BAHAN KISAR:
CARA MEMASAK:
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Sedar tak sedar rancangan Rasa: Ketuhar Kuali sudah memasuki episod kesembilan. Setiap minggu ada sahaja menu-menu menarik, mudah dan enak yang dikongsi oleh Aunty Aini dan Adam Didam untuk para penonton setia. Semuanya sangat mudah, sedap dan pastinya sesuai untuk puan-puan cuba di rumah.
Lebih istimewa pada episod kali ini, Aunty Aini dan Adam telah menggunakan gula perang keluaran Central Sugars Refinery Sdn Bhd (CSR) dalam resipi mereka.
Untuk pengetahuan semua, Gula Perang CSR dihasilkan dari gula tebu mentah yang kurang ditapis dan diproses serta mengandungi anti-oksidan dan mikro nutrien semulajadi. Oleh sebab itu, gula perang CSR ini adalah pilihan terbaik untuk meningkatkan rasa masakan harian anda.
Bagi anda yang tak sempat nak tonton Rasa: Ketuhar Kuali episod ke 9, Rasa kongsikan 3 resipi yang dikongsikan oleh Adam Didam dan Aunty Aini iaitu Kentang Lenyek Bersama Sos Pesto, Ayam Percik dan Tat Strawberry.
RESIPI RASA: KETUHAR KUALI EPISOD 9
1. KENTANG LENYEK BERSAMA SOS PESTO
BAHAN-BAHAN:
CARA MEMASAK:
2. AYAM PERCIK
BAHAN-BAHAN:
CARA MEMASAK:
3. TAT STRAWBERRY
BAHAN-BAHAN:
CARA MEMASAK:
Selamat mencuba!
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Resipi rendang ayam pedas Perak ini boleh dijadikan salah satu juadah untuk menerima kedatangan para tetamu sepanjang Syawal ini.
Tentu ramai yang mengadakan rumah terbuka untuk sahabai handai dan saudara mara kan? Bolehlah masak resipi rendang ayam pedas Perak ini. Boleh ikut resipi yang dikongsikan oleh puan Faidhatul Arfah Ahmad ni ye.
Masukkan ayam yg telah di cuci bersih ke dalam kuali. Kemudian masukan semua sekali bahan yang diracik halus iaitu bawang merah, bawang kecil, bawang putih, halia dan serai.
Masukan juga bahan yang dikisar iaitu cili boh, lengkuas dan kunyit hidup. Setelah itu masukkan ke semua santan. Masak dalam api yang sederhana sahaja. Gaulkan selalu untuk mengelakkan hangit. Tutupkan kuali dengan penutup. Ssekali bukakan penutup dan gaul-gaulkan ya.
Apabila kuah sudah mula nampak macam nak kering, perlahankan api dan guna api yang paling kecil. Masukkan gula Melaka, garam secukup rasa, daun limau purut yang di racik halus dan juga kerisik. Tunggu lagi dalam 30 minit – 40 minit. Selalunya proses nak buat rendang ini makan masa 2 jam – 3 jam bergantung kepada berapa banyak yang kita masak. Kalau nak bagi berkuah sedikit jangan masak sampai kering sangat.
Akhir sekali masuk daun kunyit yang diracik halus. Gaul-gaulkan sebati. Dan boleh tutupkan api.
Rendang ini mampu bertahan 3-4 hari juga bergantung cara memasak. Kalau nak panaskan semula just tambah sedikit air, jangan guna minyak masak. Selamat mencuba dan semoga bermanfaat.
NOTA : Rendang yang bahannya dikisar & diracik halus akan memberi kelainan dari segi rasanya. Rendang ini juga tidak perlu menumis.
Apricot Custard Tart ialah pencuci mulut istimewa dengan gabungan shortcrust rangup, kastard berkrim dan buah aprikot berkilat. Ikuti resipi lengkap serta tip untuk hasil yang lebih sedap dan cantik.