Kekyang lembut dan mudah dibuat tentunya menjadi pilihan kaum ibu untuk mencubanya. Jika anda terasa nak makan kek, jom cuba buat Kek Span Pandan. Ia menggunakan bahan-bahan yang ringkas dan mudah disediakan. Malah teksturnya yang lembut dan gebu menjadikan rasa kek ini sangat sedap. Sesuai dihasilkan untuk hidangan keluarga. Nak sedekah dekat jiran-jiran pun boleh. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan. Resipi ini perkongsian oleh saudari Imah Rahman.
KEK SPAN PANDAN GEBU
Ads
BAHAN-BAHAN:
3 biji telur (*)
1/2 cawan gula (*)
1 sudu besar ovalette (*)
1 sudu teh esen pandan (*)
3/4 cawan tepung self rising (*)
1/4 cawan santan pekat (santan Kara) (*)
Sedikit pewarna hijau (*)
Secubit garam (*)
3 sudu besar minyak masak
CARA MEMASAK:
1. Satukan bahan bertanda ( *) dan pukul hingga putih gebu.
2. Kemudian masukkan minyak masak dan gaul sampai sebati.
3. Tuang adunan kek ke dalam loyang bersaiz 5 @ 6 yang telah disapu dengan mentega atau dilapik dengan baking paper.
Ads
4. Bakar dalam ketuhar selama 35-40 minit dengan suhu 180C. Guna api atas bawah.
Tengah cuti ni best jugak kalau buat biskut, kudapan sedap dimakan masa menonton tv. Bagi min biskut Sarang Semut suatu ketika dulu dah dianggap cukup moden dah. Biskut ni dibuat dari tiga jenis tepung iaitu gandum , kastad dan tepung jagung.
Tapi kini dengan pelbagai biskut moden dengan nama omputih yang canggih, biskut ni dah mula dilupai. Min sukakan teksturnya yang rapuh, dan bila dimakan cair dimulut. Wowww…memang sedap lah. Jom kita cuba resipi perkongsian di laman FB: Resepi Biskut Raya Sedap.
BISKUT SARANG SEMUT
BAHAN-BAHAN :
250gm mentega
100gm gula halus
350gm tepung gandum ( Mas ikut Noorsha guna 250 gm saja )
100gm tepung kastard ( Mas ikut Noorsha tambah )
100gm tepung jagung
1 biji kuning telur
1 sudu kecil esen vanila
Bahan Hiasan :
sedikit coklat rice
sedikit manik gula kecil ( warna warni )
secukupnya paper cup kecil
CARA MEMASAK :: 1. Pukul mentega dan gula hingga kembang.
2. Masukkan kuning telur dan esen vanila dan gaul rata.
3. Masukkan tepung dan gaul rata
4. Parutkan adunan kedalam mangkuk kecil dan sudukan ke dalam cawan kertas.
5.Taburkan coklat rice dan manik gula kecil.
6. Bakar dalam oven dengan suhu 180c sampai masak ( anggaran 15 minit )
Ni min kongsikan dua pilihan kek dari ramuan tempatan. Kek berasaskan kelapa dan satu lagi daripada betik. Buah tempatan memang istimewa dan keduanya memang menjadikan kek lebih lazat dan membangkit selera.
.
Jom semak resipi dari IKBN (Institut Kemahiran Belia Negara), Peretak, Selangor yang memang arif dan kreatif dalam mencipta resipi sajian.
COCONUT INDULGENCE CAKE
.
BAHAN-BAHAN :
Bahan kek :
113gm tepung gandum
125gm gula kastor
4 biji telur
13gm ovelet
27ml minyak jagung
1 sudu teh esen vanila
1kg kelapa kering kering
2 biji isi kelapa (kaup dengan sudu dan keringkan)
Bahan filling :
250gm whipping cream
1 biji gula Melaka
Bahan salutan /coating :
250gm whipping cream atau kordial kelapa laut
250gm coklat putih
CARA MEMASAK :
Cara penyediaan kek: 1. Campurkan gula kastor,telur,ovelet dan esen vanila ke dalam mangkuk adunan. 2. Satu dan gaulkan menggunakan whisk selama 10 minit, kemudian masukkan tepung yang telah diayak ke dalam mesin pengadun (mixer). Gaul perlahan menggunakan rubber spatula. 3. Masukkan pula minyak jagung dan gaul sebati. 4. Ambil isi kelapa yang telah dikeringkan dan campurkan dengan sedikit tepung. 5. Campurkan isi kelapa ke dalam adunan kek dan gaul sehingga sebati. 6. Pindahkan bancuhan kek ke dalam acuan kek dan bakar suhu 180 darjah C selama 45 minit.
Cara penyediaan filling: 1. Putar whipping cream sehingga mengembang dan campurkan gula melaka yang telah dicairkan ke dalam krim. Putar hingga sebati.
Cara penyediaan coating/ salutan : 1. Panaskan whipping cream atau cordial kelapa laut sehingga agak panas. 2. Tuang ke dalam coklat putih dan kacau sehingga tiada sebarang ketulan.
Saiz hidangan : 8 potong kek Waktu memasak : 45 minit Cara memasak : Bakar Keistimewaan : Kek ini menggunakan isi kelapa muda yang harum dan sedap Jenis masakan : Kek Anggaran kos : RM 30
INFO CHEF : Whipping cream pada coating kek ini boleh digantikan dengan kordial kelapa laut untuk memberi lebih rasa kelapa.
KEK BETIK
.
BAHAN-BAHAN
Bahan kek :
250gm mentega
250gm gula kastor
250gm tepung kek | diayak
2 sudu teh esen vanila
2 sudu teh glyserin
1 sudu teh serbuk penaik| diayak bersama tepung kek
50gm betik | dikisar
6 biji telur
Bahan sapuan/salut (coating):
400gm cream well
200gm gula aising
100gm mentega
Bahan inti (filling):
50gm betik | dikisar
1 ketul gula merah @ gula Melaka
200gm gula kastor
CARA MEMASAK:
Cara masak kek : 1. Masukkan mentega dan dan gula dalam mixer. Putar selama 10 minit. 2. Perlahankan mixer dan masukkan telur sebiji demi sebiji. 3. Masukkan pula esen vanilla, glyserin dan teruskan putar. 4. Kemudian masukkan tepung yang telah diayak bersama dengan baking soda. 5. Akhir sekali masukkan betik yang telah dikisar dan putar hingga sebati. 6. Pindahkan adunan ke dalam acuan kek dan bakar pada suhu 160 selama 30 minit.Bahagikan kepada tiga tin pembakar jika mahu membentuk tiga lapisan kek.Biarkan kek sejuk.
Cara sediakan ‘coating’: 1.Campurkan mentega ,cream well dan gula aising ke dalam mixer lalu putar sehingga kembang. Sapu rata -rata di atas dan keliling kek
Cara buat filling : 1. Kisar betik dan masak dalam kuali tanpa minyak. 2. Masukkan gula dan gula merah lalu masak hingga gula mencair. 3. Untuk disapukan di antara lapisan kek
Saiz hidangan : 8 potongan Masa memasak : 45 minit Jenis masakan : Kek Cara memasak : Bakar Keistimewaan : Kek berkhasiat kerana buah betik mengandungi banyak vitamin. Anggaran kos : RM20
INFO CHEF :Coating sapuan menyaluti kek boleh digantikan juga dengan whipping cream
BAGI ANDA YANG SEDANG MENCARI PERALATAN DAPUR TERBARU, BOLEH MEMBERI SECARA ONLINE DENGAN MELAYARINYA DI SINI.
Nak cuba buar brownieskedut paling mudah? Kalau nak tahu, ni antara manisan paling mudah, guna bahan yang senang dan sedap! Namun ada kalanya resipi yang dicuba tidak menjadi. Bagi anda yang teringin sangat nak buat brownies ni, resipi mudah perkongsian saudari Nur Amira ni boleh dicuba. Dijamin menjadi elok dan rasa tak muak.
RESIPI BROWNIES KEDUT PALING MUDAH
BAHAN-BAHAN:
130gm mentega/margerin
450gm dark chocolate compound
3 biji telur gred B
150gm gula perang
100gm tepung naik sendiri ( self raising flour)
CARA MEMASAK:
1. Satukan mentega dan dark chocolate compaund. Masak guna kaedah double boiler hingga semua bahan cair.
2. Dalam bekas berlainan, kacau telur dan gula menggunakan whisk / pemukul. Pukul manja-manja dan sekejap sahaja.
3. Rupa telur dan gula yang telah siap dipukul.
4. Campur adunan mentega coklat tadi ke dalam bekas yang mengandungi adunan telur dan gula. Gaul rata hingga sebati.
5. Seterusnya masukkan tepung. Kacau lagi hingga sebati. Jika tiada tepung naik sendiri, boleh juga guna tepung gandum biasa yang telah diayak bersama 1 1/3 sudu teh baking powder.
6. Ambil loyang bersaiz 9×9 dan alaskan dengan baking paper. Tuang adunan brownies tadi.
7. Panaskan ketuhar pada suhu 160C selama 5 minit. Kemudian turunkan kepada suhu 150C dan bakar adunan menggunakan api atas bawah selama 50-55 minit.
Kadang-kadang bila badan penat, mood nak masak tu ada, tapi malas sangat nak keluar beli barang. Jangan risau, dapur kita sebenarnya penuh dengan bahan ‘tersembunyi’ yang boleh jadi menu sedap.